Tak perlu berhari hari nak bersedih. Kita kene redah. Tabah.
Yes, aku tetap tabah.
Cuba kita fikir ramai lagi orang yang lagi teruk, bermasalah dari kita.
Ada orang yang takde rumah tido bawah jambatan, ada orang yang takde keluarga duduk rumah anak yatim, ada orang yang hidupnya susah sangat.
Sebab tu saya tak suka tengok BersamaMu TV3 sebab tak sampai hati. Tak sangka ada orang lagi susah dari kita.
Oleh itu, kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi dalam masa yang sama kita harus berusaha ke arah yang lebih baik.
Wah, tetiba saya sungguh bermotivasi gila hari ni. Dari celah mana entah dapat semangat ni.
Ke pura pura?
Owh.
Saya doakan rakan sekerja saya kuat dan tabah selepas kali kedua buat operation tulang belakang minggu lepas.
| Saya : Kinkin : Ecah : Sherry. Visit Kinkin @ HTAR, Klang |
| Peace, My name is Shikin. |
Dan operation ni pun agak berisiko juga, Silap silap haribulan kaki dia boleh lumpuh. Glurp.
Harap harap tak jadi macam tu la kan. Kinkin ni muda lagi kot. Steady boyfriend pun takde lagi.
Its okay Kin, cepat cepat sembuh dan berjalan berlari berlumba seperti biasa ek.
| My name is Imaan |
Cakap pun nak campur campur mat salleh. Geram dibuatnya.
Tapi malangnya dia takut dengan gigi besi pink saya ni.
Mula mula takmo kawan pastu dah nak balik baru gedik nak laga laga pipi.
Sedih tau bila semua budak budak kecik dah takmo kawan dengan saya. *sobs sobs*
| Aunty, please don't! |
Okay kawan kawanku dan juga bukan kawanku yang sedang membaca, tolong jaga kesihatan anda.
Jangan menambahkan bilangan pesakit di katil hospital kerajaan sebab ia bikin panas susah nak bernafas kepada para pesakit lain dan juga pelawat.
Babai.
PS : Tak suka betul pergi hospital. Damn.
No comments:
Post a Comment