Monday, January 31, 2011

Hai mama wannabe!

Semalam aku lepak dengan mak budak.
Dalam perut dia ade insan comey yang sudah mula bergerak2. Gerammmmm ;)
Eksaited giler kot kan bila pregnant? Noli, cer citer!

Kitorang lepak kat Mamak Ali seksyen 13 tu yang dah tiga bulan aku kempunan nak makan nasi lemak sampai ke hari ni tak dapat. Bengang siot! Mengalahkan orang pregnant pulak.
Asal aku pergi je nasi lemak tu cuti. haih kemain siap ade cuti2 lagi engkau. Tahu tak aku dah tahap kempunan giler vavi dah ni. Oleh itu, aku tibai roti canai dengan teh o limau ais je semalam :(

Lepas tu kitorang pergi Sunway Pyramid. Pusing2 konon nak shopping (dasar pompuan betul) tapi aku tak beli ape2 pun. Oh setan, engkau tak berjaya hasut aku semalam. Padan muke hahahaha

Biasala kan, bila dah jalan dengan wanita mengandung ni dia cepat penat sikit. cepat hauslah, cepat lapar lah. Kelakar tapi macam agak munasabah dan sesuai la kan perangai cenggitu. Takdela mengada2 sangat lagipun aku kesian kat baby dlm perut Si Noli tu. Mungkin dia lapar kan...

APA PASAL ASYIK CERITA PASAL BABY? hehehehe

Penat tau pusing2 sambil bergosip meluah sana sini sampai muka kawan aku ni pun dah pucat sebab dah haus giler. Pastu aku bawak dia gi foodcourt beli air dulu. Tengokla muka dia kat bawah ni.

Mari kita kira taik lalat dia yuk ;)

Mari kita tampar2 pipi dia yuk :P

Tau la preggy.tengok tu! kemain lapoooo
Dah tu, kitorang balik pegi balik lepak kat Mamak Ali yang sama tu dengan harapan aku bolehlah makan nasi lemak tu. Tapi aku rasa  MEMANGBUKANREZEKIAKULAH! Tak merasa jugak (sedih bercampur bengang kali kelapan belas dah ni)

Anyway, thanks kat Noli & Ir (papa & mama wannabe) sebab tolong aku pamkan angin tayar kereta aku yang dah kempis sangat tu. Sumpah aku tau redah bawa je. Patutla rasa semacam je bila amik konar baring tu rupanya tayar depan kempis daaa. Ishhhh

Aku rasa aku kene belajar pam tayar sendiri la. Takpun belajar cara tukar tayar pulak lepas ni. Kalau ade pape tepi jalan tak payahla susahkan atau tunggu orang untuk datang betulkan. Dengan sexy nya, aku boleh betulkan sendiri kan hahahahaha bajet kuat! Tapi siyeslah, ini penting apeeee....

Okayla, aku rasa macam dah masam semacam dah ni. Dari kul 5 tadi lagi balik sampai skang pukul 10malam tak reti2 nak mandi. Bluwekkkkk

Chiow lu!

PS : Mari bernyanyi dalam jamban bersama2 yuk ;)

[nba]

Sunday, January 30, 2011

kemalasan

Hello Sunday!
Tiada sebarang plan untuk hari ini.
Mahu guling guling kat rumah je kot.

Perasaan malas melampau lampau sebab cuaca hujan. Wooh sangat syahdu tambah pulak saya terpaksa bergelumang dengan period pain neh. Sakit dowh!

Penyelesaiannya, panaskan seterika lepas tu gosok kat perut. Kelegaan terasa di situ.
Huh memang leceh jugak jadi pompuan. Kena buat perkara2 pelik tapi benar.

Okayla, saya nak pergi makan biskut cicah cicah milo.

Daaaa....Selamat berhujung minggu :)


PS : Kalau keluar nanti habis duit. Kene belajar berjimat huhuhu

Saturday, January 29, 2011

Break Even

Ini mampu buat saya sedih.
Tersentuh hati wei tengok ketulusan & kesetiaan mamat kerinting neh jaga girlfren dia yang sakit.




Orait, dah mula demam Americon Idol bukan Akademi Fantasia.
Sebab AF banyak poyo!

kalau takut mesti nangis

Lumrah standard la kan. Kalau takut semua orang akan nangis kot.

Alkisahnya semalam yang sangat panas. Kesemua ahli rumah saya berkumpul kat depan. Ade 3 orang sedang bergosip manja di depan dan SORANG lagi tido dalam bilik sebab demam.

Jam lebih kurang pukul 1030 malam. Saya yang eksaited dengan baju2 baru masuk bilik sebab nak try. Biasala pompuan kan. Eksaited lebih..

Tetiba, lagi kawan dua orang menonong masuk bilik saya dan terus kunci pintu dengan muka pucat kesi. Saya pelik ah. Dorang kata ade orang badan besar nak masuk rumah kitorang siap ade kunci bagai. Saya memang dengar ade orang buka kunci solex, grill & pintu dan melangkah masuk dalam rumah. Demmmmmmmmmmmmm

Kami tak kahwin lagi (kawan saya yang cakap). Saya pulak dengan tak berapa lengkap pemakaiannya (jangan imagine, berdosa hahaha).

Kami bertiga menggigil pucat nak mampos. Cuak giler kot. Ya Rabbi! Sumpah saya terduduk sebab dah takut sangat. Pastu capai henpon call member yang memang tahu rumah kitorang. Nasibla ade sorang budak opis saya. Dengan suara cemas hampir nak nangis tu saya suruh kawan datang rumah selamatkan kitorang.

Dah tu, call pulak Afiq sambil nangis2 sampai susah nak explain citer sebenar apa yang berlaku. Nama dia je saya duk ingat hahahaha...Mengada ngada betul.

Okay, penjahat tadi masih berada dalam rumah kitorang. Terdengar jejak kaki dia berjalan tetiba dia terpacak depan bilik yang kitorang tengah cemas ni. Pastu housemate saya yang sedang tido bilik depan tu panggil kitorang suruh keluar. Wah kitorang bajet penjahat tu letak pisau kat leher dia pastu paksa paksa dia kan. Lagi kitorang cuak.

Akhirnya masalah selesai apabila kawan kitorang tu explain rupanya tadi dia keluar dengan boyfie dia tapi kitorang mati mati ingat dia tido dalam bilik.  

JADI SEKARANG NI YANG BUKAK PINTU KEJADAH TU ADALAH HOUSEMATE SENDIRI!

What the???

Saya malu giler tahap babun kot.
Malu dengan kawan opis, malu dengan Afiq!
Penat berdrama airmata tau.

Jadi, dengan kejadian yang menimpa kita mesti tahu sape yang ade dalam rumah dan check betul2. Jangan main agak je kan dah susah kalau situasi cemas macam semalam terjadi.

Oleh itu, kitorang akan beli satu memo board tampal schedule keje masing2 dan kene selalu keep in touch. 
Sape nak keluar bagitahu, bukan sebab nak jaga tepi kain tapi nak elak ketakutan melanda. Sekarang ni macam2 kes je kan. Grrrrrrrrrrrr

Itu sahajalah episod drama queen kitorang. rasa nak pegi opis pakai topeng je hahahahaha


Bye, TAKE CARE :)

Friday, January 28, 2011

Jangan nak melebih

Gua dapat satu berita yang tak sedap dari fesbuk tadi.
Ade orang masuk fb chat gua.
Then gitau something yang gua rasa gua dah tahu.
Tapi gua malas nak amek tau sebelum ni.

Tapi kenapa macam pelik.
Melampau betul.
Tapi setan pulak hasut gua...entah entah betul jugak kata si budak saiko tu.

Arghhhhh.

Whatsoeva.

Its family matters.

Baiklah, gua nak pegi mandi pastu gua nak pegi jalan jalan sensorang.

Bye!

-Nba-

Thursday, January 27, 2011

recently...

Kesihatan terjejas siot.
Bila hati tak senang cepat je jatuh jatuh sakit. gedik betul.
Demam la, batuk la, selesema la.
Bagusla jugak hapus sikit dosa2 kecik tu.

Hmm..let's picture do the talking.

Ini last week hari khamis masa Thaipusam, saya dan rakan2 pergi mandi manda kat Sg.Tekala.
Punyala syiok berendam duk bawah air terjun tu sampai demam sudah.
Konon nya layan "kerusi urut" semulajadi.


Sue :: Itah :: Fairuz :: Noni

Azrin & Ikmal berusaha jadi pengakap

Skodeng kot la nampak port baek

Ahaaa sudah berhasil

eksaited ke minah?

super sedap.sumpah. Tq Itah :)
Lepas balik mandi tu kitorang lepak umah Itah jap kat Puchong pastu tetiba Carl aka Zul si pelawak nak mati datang.
Dia ajak kitorang teman dia makan & potong rambut. Oleh itu, layan jela dan rezeki kesemua pompuan dapat  potong rambut free. Carl belanja weh. Thanks btw :)

Oh yes, saya sudah potong rambut. Alahai sikit je pun. Trim rambut rosak. Sayang giler kot nak potong pendek even berambut pendek nampak saya lagi muda remaja dan senang jaga skit.


Nyum nyum
Pic kat atas ni saje je..nasi beriani takde motif nak tempek gak. Sebab? Sedap sangat!!
dulu dulu tak suka sangat kot nasi beriani ni tapi sejak saya study kat batu pahat dulu dah memang jadi makanan ruji kot. Ni kan makanan tradisi johor kan?


rasanya saya lagi comel dari arnab tu. walaweiii


Aksesori terbaek sepanjang minggu!

Muke demam lepas keje terus pegi tengok citer Khurafat

Jgn salah fokus okay.
Housemate saya cakap pic last sekali tu sangat sexy ade mengandungi unsur2 lucah.. mengekek saya gelak. saya tengok biasa je pun. Banyak konar betul la diorang ni taula memasing dah nak kawen. Apela korang *tepuk tepuk dahi*


~ Entri ini pertama dari my lil angel pink. Gua baru beli Dell ni woii ;)

yang ni la.

Wednesday, January 26, 2011

Monday, January 24, 2011

Kuat!

Cik Nabila Abas,

Tolong jangan menangis. Berhenti.

Cuba jangan ingat benda benda yang sedih.

Cubalah kuat sikit jangan lembik sangat.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

InsyaAllah.

PS: Nota untuk diri sendiri

Sunday, January 23, 2011

ILY 22 ;)

Selain dari nombor 12, saya pun suka amat nombor 22. 
Well oh saywell asal ade nombor 2 je saya sukalah tapi tadelah sampai nak jadi bini no 2 tau.
Euwww naye tak rela sentap hati mak nok. 
Sanggup tak kawen dari kongsi2 ni walaupun orang kata sharing is caring. Oh so pleaseeeee!

Sudahla. Balik topik asal.

Saya suka sebabnya setiap kali 22hb saya gaji. 
Bolehla feeling2 senang hati dan kaya kejap (kejap je pon lepas bayar itu ini kopak balik). Ciss hahaha
Wei, tak penah saya rasa gaji yang paling halal sepanjang saya keje ni. Kalau dulu asyik mengular je, direct facebook. Skang ni memang sumpah saya betul betul keje woooo....Halal la toyyiba :)

Dah plan esok saya nak pegi jalan2. Nak teman kawan saya tu beli barang sikit.
Okay, have a nice weekend!

Gudnite *tenyeh2 hidung gatal selsema*


-Nba-


Is it true?

People around me always said :-


" SOMETIMES SECOND CHANCES WORK OUT EVEN BETTER THAN THE FIRST BECAUSE YOU LEARN FROM YOUR MISTAKES "

I'm thinking right now? What about you bibeh?

Okay..I dont have any idea and answer for this.

Bye!

Friday, January 21, 2011

Demam :(

Saya tak nak sakit.

Saya tak suka sakit.

Saya sedih bila sakit.

Saya jadi manja bila sakit.

Sakit, pergilah jauh jauh.




Cepatlah baik. Baik baik sayang.

PS : Ini demam rindu kah atau demam sebab berendam dlm waterfall semalam?



Wednesday, January 19, 2011

Alamak

Tengah keje semalam my ex boyfie tetiba kasi sms.

"Salam, apa kabar? sihat ke? dengar citer awak dah nak bertunang...Tahniah laaaa :)"

OH EM GEE. Apakah?

Ini sebab bebudak ni la duk bising kat fesbuk.
Padahal saya takde pape plan pun.

Ish kesian dia. Mesti dia tengah sedih dan down.

Sorry Nik.

~Bila~

Tuesday, January 18, 2011

decision


ITS THE HARDEST PART :(

Run

Sometimes we have to run away from the people we love. Not because we want them to realize our worth, but for us to realize our own worth.



Huh

Serabut. Sungguh.

Oh FT, you really can read my mind and heart.




" Biarkan berlalu semua kepedihanmu. Lelapkan matamu biarkan mimpi membawamu kemana kau mahu "

SELAMAT MALAM.



Monday, January 17, 2011

Monday Blues

Its monday yo!

Syook oh harini bangun pukul 10.30pagi.
Dahla malam tadi mimpi besh (mimpi lagi????).

Aku ni kuat betul mimpi. Tapi selalunya mimpi ngeri lah. Jarang2 je mimpi indah. Tapi malam tadi aku dapat mimpi indah. Yuhuuu....AKU MIMPI SHOPPING KAWKAW. Giler heaven.

Dalam mimpi tu aku boleh beli handbag, kasut, baju 18helai macam2 lagi ah. Gaya dalam mimpi tu macam aku ni sorang puteri yang style kalo membeli tak payah tengok harga. Kalau berkenan main rembat je. Phewww bilalah boleh hidup cenggitu *berangan*

Orait. itu saja yang aku nak cakap yang aku ni memang kuat mimpi dan juga kadang2 mengigau (mengikut kata surveylaaa).
Kadang2 sampai boleh mengganggu ketenteraman orang yang tido sebelah aku. Hahahaha padanlah muke.
Mungkin sebab aku banyak sangat pikir pastu sampai masuk mimpi.

Kadang2 sebab aku nakkkkkk sangat benda tu tapi sebenarnya pada hakikat aku memang TAKDAPATKOT!.

Sebab tu jadi macamtu. Mimpi mimpi bagai. Bengong!

Comel kan perangai aku macam baby umur 3 tahun kan kan? wakakakakkaa larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk :P

Sunday, January 16, 2011

Terkedu

Ke mana saja saya pergi orang sibuk menanyakan bila saya nak kahwin.
Tak kira lah dari family ke, kengkawan ke, orang kampung ke sume duk tanyalah.

Saya senyum je. "InsyaAllah" kata saya.

Kalau di kalangan family saya tak usah cakap la. Pantang jumpa saya lepas peluk cium bagai.
Soalan pertama pasal isu itulah. Kawen kawen kawen!

Dekat page fesbuk family saya itu, anak2 buah saya siap tolong berangan untuk saya lagi. So sweet lah korang. Suela tahu anda semua sayang suela yer. Perasannya hehehehe



Paling terharu bila mereka sudi mendoakan saya. Terima Kasih!

Kalaulah mereka tahu hidup makcik dia ni makin complicated mesti mereka kecewa. Saya pun malasla nak kecoh pasal "apayangterjadidalamhubungansaya" kebelakangan ini. Takut kakak dan abang saya semua risau dan macam2 hal pulak nanti. Kang naye kalau saya kene kawen pilihan hati mereka pulak hahaha. Oh nehi nehi! Just imagine, kalau 6 orang kakak dan 4 orang abang saya bergabung tambah lagi 50 orang anak buah kompemlah saya kalah.


Kepada kakak & abang semua : Mintak maaf kalau orang terlalu merungsingkan kalian. Doa yang terbaik ok.
Kepada anak2 sedara : Korang sume stok study kat oversea, nanti Suela kawen korang takde.Sedih :(
Kepada sahabat : Aku tahu korang mahu lihat aku hepi.
Kepada orang kampung : Haaa...mesti tak sabar nak tengok bakal suami saya kan?

Kepada diri sendiri : Jangan banyak pikir dan risau. Tuhan dah tetapkan pasangan untuk semua umatNya. Sabar wahai hati.

Yang tak leh blah, kepada orang kampung tuuuuu....wakakakaka engkau bajet dan feeling artis la nabila oiii...

Okeh dah.
Blah!


Its 12!

Start menulis kui 12 tengahari. Its 12. Suka sangat leteww nombor 12.

Korang wiken buat apa? (saja tanya padahal tadak orang baca pun belog neh, berapa kerat je pun)

Saya mungkin duduk kat rumah je kot. Macam malas nak keluar. Ada yang ajak saya keluar tapi rasa macam tak patut saya keluar. Saya menolak dengan cara baik. Sorry.

Semalam susah giler nak tido. Tiba tiba hati jadi sayu dan kosong. Lepas tu tetiba airmata mengalir tak sengaja. Hampir basah bantal. Haih
Hmm dah lama tak menangis rupanya. Oh tambah maybe PMS.

Okay fine. Saya menafikan lagi.

Saya terlalu rindu kepada sesuatu yang tak patut saya rindu. Ya Allah betapa sakitnya bila perasaan rindu macam tu datang *sebak*

Bye. Lapar lah. Nak pegi masak kejap.

Saturday, January 15, 2011

This I Promise You,Bibeh!

Hari tu kan saya kan lepak lah kan dekat Bangi Kopitiam area umah saya tu kan.
Selalu je lepak situ sambil2 tunggu kereta saya siap dibasuh. Memang port saya lah pendek kata.
Port dating, gossiping, fesbuking macam2 lagi ah.

Part yang paling suke kat kopitiam tu sebab diorang suka pasang lagu2 yang saya suke.
Bila dengar je terasa macam terbang ke langit then rasa macam perasan sweet gitu.

Dorang suka pasang lagu2 lama dan jazzy jugak.
Contoh, lagu yang boleh buat kite teringat zaman persekolahan dulu. Oh rasa muda remaja balik seh!



Untuk engkau : 6 bulan lepas engkau karock lagu ni penuh perasaan tacing.

^_^

Hoi.
Gua bajet macam bizi giler lah konon sampai sanggup menahan sangap nak menulis. Hok aloh eh.
Padahal bukan bizi mana pon cuma line tenet kene potong kejap sebab masing2 terlupa nak bayar.
Engkau ingat aku bayar, pastu aku plk ingat engkau dh bayar. Hek betul.

Life gua okay okay saja.
Pegi keje balik keje. Tido bangun bantai makan.
Tapi tak banyak stress sangat. Itu penting. Gua memang paling tak leh blah kalo stress. Tak reti nak handle sudah.

Anyway, kerjaan gua baik baik saja. Harus mencintai keja untuk mengelak tension. Gua percaya yang itu satu.
Personal life gua masih lagi di tahap rumit. Gua sebenarnya sudah penat. Bukan gua nak tunjuk keras kepala atau ego tahap mambang tapi gua bengang. Gua pendendam dalam diam. Dah ar gua malas nak cakap lebih bab ni.

Eh, gua perasan gua kuat betul makan. Asik nak makan je, giler tekak neh.
Sampai gua kene tegur kat opis dgn sorang colleague ni. Selamba yaya je dia sound gua kuat makan.
Gua malu habis. Tapi siyes ar, gua memang tak leh tahan lapar wei. Rasa macam nak mati je kalo perut berbunyi.

Patut ah balak gua penah cakap entah macam mana kalo suatu hari nanti dia jatuh papa kedana dan takde duit nak beli makanan kompem gua meraung hentak hentak kaki muka muncung2 kalo tak dapat makanan. Nak pulak mekdi time tu. Camna? Engkau orang tau gua cakap ape "ek eleh bila time susah pandai2 la wat gaya susah". Gua kena la sweet talk beb konon gua girlfren paling baeeeeeeeekkk sekali dalam dunia neh.
Padahal dalam hati gua cakap, wooiii sape mau hidup susah wei..ngeri je hahahaha (gua tau gurau kasar ni)

Okayla weh, gua baru balik keje ni. Gua mengantuk. Kalo tak tido petang  itu bukan gua ar namanya.
Gua tido dulu.

Chiow!

Saturday, January 8, 2011

Heyyyyyyyyyyyyy

Rindu gilaaaaaaaa!!!!

Hehehehe.....

Lately, balek keje abis kul 11malam melepak kat mamak pekena sate, roti canai, nasi lemak dengan budak2 opis pastu tengah malam kul 1 baru balik.

Matila kalo selalu makan tengah malam macam ni. Mahu besar tong badan jadinya.

Sampai rumah tanpa mandi, basuh muka, basuh kaki, gosok gigi terus kebaboom tido.

Hello. TIPU. Bukan senang nak tido. Berfikir fikir dan terus berfikir.

Btw, saya baru saja habis bergosip sana sini dgn rakan baik dari Sabah dekat mekdi tadi.

Thanks Bidi belanja aku makan tadi yer. Sori weh, esok aku keje tak leh nak anta hang pegi airport.




Lastly, Gudnite :)


[nba]

Tuesday, January 4, 2011

Hanya PadaMU


"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang Engkau berikan "

Amin.



Monday, January 3, 2011

Harap tak penat

Minggu neh direct masuk keje kul 2 petang then balik kul 1045 malam.
Lebih kurang 11malam dah leh landing atas katil.
Fuhh.

Okay, im off to work now.


PS :  Comey tengok budak2 masuk sekolah tadika & darjah 1 kat tv tadi. Mcm2 ragam ekeke


~Nba~

Sunday, January 2, 2011

Babai 2010 Hello Hi 2011

Terlalu banyak yang terjadi dalam 2010.
Ada yang best malah ada yang tak best langsung.
Whateva, semua tu mematangkan kita kot.
Acewah, bajet dah matang siot aku ni.

Apa yang saya ingat tahun  2010 tidak seaktif tahun 2009.
Dah tua so agak slow sikitla. banyak duk umah je weh.

Macamni :-

Jan : Tade pape yang hebat berlaku. Time tu saya tengah DOWN NAK MAMPUS.

Feb : Pergi Pulau Kapas dengan budak2 Gongjengs & Co. Syok wohhhh.Last min punya plan.

Mac : 1st time tengok Teater kat IB. Citer Antara.

Apr : Time ni dah anta surat resign kat company lama. YOKOGAWA.

Mei : Nonton konsert Kelly Clarkson. Oh, kisah chenta berada di kemuncak. Sampai ke Singapore. Dasat!

Jun : Dah start keje dengan MAYBANK. Pindah dari Puchong ke Shah Alam.

Jul : Hidup dah mula nak bersinar semula. 1st time jejak kaki ke Taiping & Perlis ;)

Ogos : Bulan puasa. Dugaan demi dugaan. Cobaan katanya.

Sept : Hari Raya Puasa. Seronok balik Ganu. Tiket flight di sponsor baek punya ngeh2

Oct : Doc mengesahkan saya ade migraine (ek eleh migraine je pun, kecoh!) plus low blood pressure.

Nov : Byk event giler kat opis. FUN! Owh, saya pegi ke Johor attend Noli's Wedding.

Dec : Bulan yang hebat jadi tak hebat. MURUNG.



WELCOME 2011
Jadi, semoga kedatangan 2011 saya mengharapkan lagi tabah dan kuat menghadapi liku liku hidup. Btw, semua orang mahu hepi dan sihat selalu kan. Saya mendoakan yang baek baek aja.

Amin. Mudah mudahan.


*Nabila*