Showing posts with label AL-FATIHAH. Show all posts
Showing posts with label AL-FATIHAH. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Innalillah.

Pagi tadi bangun pagi aku terbaca SMS dari one of my best colleagues, Sherry Wahid.
Tersentak sekejap sebab katanya Nenek dia yang dipanggil MakSom dah kembali ke rahmatullah.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Arwah MakSom dah lama sakit sebenarnya. Kanser rahim. Start masa bulan puasa hari tu lagi.
Allah lebih sayangkan arwah. Sherry and family, be strong okay. Allah lebih sayangkan dia dan doakan semoga Arwah MakSom ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Arwah pun mesti suka sebab sempat tengok ko dah berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum dia menutup mata. 
Manis sangat ko bertudung Sherry.

Alhamdulillah.

Ini Sherry.

Btw, Thanks babe sometimes ko kena layan karenah aku yang berbagai ni and dengar rintihan aku.
You're such a good listener and friend.

Nota : Agak agak kalau aku takde nanti macam mana la ek?


Thursday, July 14, 2011

i miss you so much

If you're happy, you will remember the person whom you love.
If you're sad, you will remember the person who loves you. 

:(

I miss you teruk teruk, emak!
Rasa incomplete sangat sangat tambah nak dekat bulan puasa dah ni.

Bila lah aku nak sampai sana?
Teringin yang amat walaupun ada perasaan takut.

Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah aku nak pergi sana. Dapat pergi Umrah pun jadilah.
Impian dari kecik.

Beberapa tahun lepas, bila kakak aku pergi sana benda pertama aku pesan kat dia " Jangan lupa melawat mak kita lepas tu kalau boleh tolong amik kan gambar tempat tu sekali eh. "

Tapi kan bila kakak aku sampai sana dia lupa nak melawat tempat yang aku suruh dia pergi tu.
Banyak hari jugak dia mimpi benda yang sama tapi tak pasti apa maksud dia.
Mimpi tu lebih kurang kakak aku pegang kunci rumah sendiri tapi banyak kali cuba untuk buka pintu tu tapi tak juga terbukak.
Kakak aku tak faham mimpi tu. Pelik, banyak kali pulak tu.
Akhirnya, kakak aku rujuk kepada ustazah yang ada dekat situ.
Bila ustazah tu cakap ada niat apa apa tak masa sebelum datang sini? Atau ada buat salah apa apa ke?
Banyak hari jugakla kakak aku duk pikir dan mitak petunjuk.

Lepas kakak aku dah pergi melawat tanah perkuburan orang yang meninggal dekat sana terus mimpi tu dah takde lagi. Dengan izinNya.
Barulah kakak aku faham dan nangis tersedu sedu mengadu kat husband dia.
Aku yang dengar cerita dia masa tu pun rasa macam nak nangis tapi rasa jeles pun ada jugak.
Akak dah pergi turn aku entah bila laaaaa...

Tapi takpela kakak aku ada tunjuk kan gambar je macam mana tempat tu.

OOohhh macam ni tempatnya.

Aku tak simpan gambar tu ada dengan kakak aku jer. Aku ingat balik ni aku nak curi gambar tu.

Hmmm...sejak akhir akhir ni melampau lampau rindu aku dekat Arwah Mak. Sampai aku mimpi mak aku datang gosok gosok kepala aku time aku tak berapa nak sihat haritu. Sakit gigi punya pasal.
Bila terjaga sumpah aku rasa macam real. Tak tipu.

Selalu macam tu tau bila time aku sedih atau sakit ke aku mesti rasa mak aku datang. Walaupun dalam mimpi.
Kalau macam tu aku nak sakit selalu lah baru boleh jumpa mak hari hari.

Korang yang baca ni jangan sedih hiba pulak. Aku tak niat pun nak bagi korang cerita sedih cenggini tapi hakikatnya aku memang sedih kot.
Dan aku tak perlukan simpati. Aku hanya nak luahkan saja apa yang aku rasa sebab bila korang face to face dengan aku korang tak kan nampak aku sedih. Percayalah aku takkan tunjuk!

Sila senyum :)

Nota : Aku baru sign up untuk pakej haji/umrah PruBSN Ummah Prudential. Bayar RM100 je sebulan cukup hari pasti aku ke sana. InsyaAllah. Amin.

Friday, December 31, 2010

Pergi

Hari ini genap sepuluh tahun Arwah Ayah kembali ke rahmatullah.

Waktu tu saya umur 15 tahun. Result PMR pun arwah tak tahu. Elok juga sebab result saya tak gempaq langsung. Maaf Ayah.

Ayah meninggal sebab sakit jantung. Mungkin juga paru paru. Ayah memang sangat kuat merokok.
Dua hari sebelum meninggal doktor kata paru paru ayah sudah jadi hitam. Tapi ayah citer sambil gelak2 kat kitorang. Dia kata dia dah stop slow slow. Dia kata doktor tu tipu dia. Dua malam ayah sakit dada tak boleh tido.

Ayah "pergi" malam kakak saya bertunang. Hari raya ke 4 kalau tak silap masa tu.
Patutla siang tu ayah tak macam biasa. Dari seorang yang pandai bercakap dan peramah menjadi seorang yang malu malu masa majlis bertunang tu.

Ayah juga sangat suka bergambar masa hari raya. Habis semua anak cucu dia nak bergambar sambil rokok ade di tangan. Hmmmm
Walhal ayah bukan seorang yang suke bergambar. Kami adik beradik pelik tapi masing2 tak perasan itu adalah petanda awal.

Paling terkilan, saya tak sempat mintak maaf dengan ayah sebab petang sebelum arwah meninggal saya ade gaduh gaduh manja dengan ayah.
Ingat lagi, masa tu saya tengah cakap2 talipon dengan kawan yang duk sibuk tanya kenapa ramai orang kat rumah saya. Semuanya siap berbaju kurung dan bersongkok kopiah. Saya cakap tade papela...

Tiba tiba :-

Ayah : La, cuba tengok ade lagi tak nasi kat dapur. Ayah laparlah.
Saya : Hmmmm...entahla...(jawab acuh tak acuh)
Ayah : Pergila tengok kejap.
Saya : Alaaa...kejapla ayah ek. Kawan talipon ni.

Terus Ayah senyap tak cakap ape. Sumpah saya terkilan sangat2.

Perginya Ayah menjadikan saya yatim piatu. Saya redha dan pasrah. Sebab Allah lebih menyayangi Ayah.

Untuk yang telah pergi, sama sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Al-Fatihah. Amin.

Terindah


Ayah, orang rindu sangat sangat ;( ;( ;( ;(


PS : Dua hari lepas saya mimpi gigi tertanggal. Ya Allah!


Anak Ayah,
Billa