Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

My New Toys ;)

Okay, sekarang ni bila ada masa lapang dan terluang asyik pergi main dengan budak kecik ni jer.
Grrrrr geram betul aku.

Geget dia geget!

Izz yang sporting tapi lama lama dia rimas hahaha

Aunty sayang awak mmmmuaaaah!

Oh I just cant wait to have my own baby ;)

Ok bye.

Wednesday, November 9, 2011

life.problem.mistake

Hai kawan,

Jangan risau, jangan takut.
Allah SWT selalu bersama kita.

Dari airmata kau, aku nampak kau benar benar mahu berubah dan menyesal.
Semua orang pun pernah melakukan kesilapan.

And yes, am so happy for you. Alhamdulillah. 
Akhirnya, kau sedar apa yang kau buat selama ni silap.
Terima kasih sebab percayakan aku.

And also to YOU,

Thank You for sharing the story. 

All your secret will safe with me.

Peace.




Thursday, October 27, 2011

Innalillah.

Pagi tadi bangun pagi aku terbaca SMS dari one of my best colleagues, Sherry Wahid.
Tersentak sekejap sebab katanya Nenek dia yang dipanggil MakSom dah kembali ke rahmatullah.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Arwah MakSom dah lama sakit sebenarnya. Kanser rahim. Start masa bulan puasa hari tu lagi.
Allah lebih sayangkan arwah. Sherry and family, be strong okay. Allah lebih sayangkan dia dan doakan semoga Arwah MakSom ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Arwah pun mesti suka sebab sempat tengok ko dah berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum dia menutup mata. 
Manis sangat ko bertudung Sherry.

Alhamdulillah.

Ini Sherry.

Btw, Thanks babe sometimes ko kena layan karenah aku yang berbagai ni and dengar rintihan aku.
You're such a good listener and friend.

Nota : Agak agak kalau aku takde nanti macam mana la ek?


Thursday, October 20, 2011

I Feel Good

Alhamdulillah. Mood meroyan sewel dah hilang.
Biasalah kadang kadang aku ni ter emo je lebih.

Hahaha ayat macam benci diri sendiri pulak.

Ok fine fine.

Meeting with them is the good feeling i tell you.
Manusia manusia ni boleh buat aku gelak macam setan kalau nak tahu.

Dah lama aku tak upload muka aku kan? Mesti ada yang rindu la tu HAHAHA aku buat lawak tolong gelak okay.

Gambar gambar ni di ambil time aku pergi visit little boy Noli & Ir. Congrats korang!
Noli baru balik dari pantang. Kami serbu rumah dia. Agak ketidaksabaran di situ.
Sambil makan goreng pisang & keropok lekor tepi jalan yang aku beli, kitorang bergosip sampai baby susah nak tido. Sorry baby, aunty aunty bising sikit. Alololo muaaah sekali!

Tetiba Noni sampai bawak jambu cicah kicap. Biasalah orang mengandung macam macam mengidam mengada mengada kan? Hahaha

Ayuh, gambar!

My name is Mohd Izz Zhafran :)

Para ibu ibu mengandung sibuk tunjuk perut heeee

Sibuk tunjuk perut jugak????

Oh bajet slim shady rupanya

I think its GIRL. what say you?

Muka tak leh gangster lagi ke nok? 
Perut Noni tak nampak lagi sebab baru lagi kan.
Aku tak leh bayang Noni dengan perut besar nanti HAHAHA

Oh btw, my ex-housemate Asmaa yang kahwin bulan lepas pun dah pregnant sama. Perkhabaran yang menggembirakan. Hooray!

Sekarang sebab asyik bergelumang dengan para ibu mengandung maka tak hairanlah ade orang office tetiba tanya " Eh Nabila tu pun pregnant jugak ke? Dah berapa bulan hah?"

Siot tak? Mesti dia tengok perut aku time lepas makan la tu. HAHAHAHA

Okla, memang aku dah bengang dengan penimbang berat badan sekarang ni.
Babai.

Thursday, October 6, 2011

Ini sumpah kelakar hahaha

Ganas bukan? kepala gear boleh tercabut.
Sampai sekarang bila ingat aku boleh gelak kot.
Haiyaaaa......



Thanks to you yang betulkan benda alah ni.
Aku tahu hang sedang baca ni.
You know who you are.
Peace :)



Sunday, August 14, 2011

Iftar with housemates. yummeh!

Lokasi : JM Beriani, TTDI Jaya.
Date : 10/08/2011

Beberapa hari lepas, my ex-houssie (Chepp) tetiba datang rumah kitorang dan ajak berbuka bersama.
Yess, saya ketika itu memang duk tengah pikir nak berbuka dengan sape.
Kebetulan cuti jadi masa banyak dihabiskan di atas katil saje. Bergolek guling sana sini.
Baca novel, baca magazine, online download songs dan akhirnya boooommm tido. HEAVEN :)

Beriani dan Roti John adalah my fav :)

Chepp dah makin kurus sejak jadi cikgu permata. penat jaga bebudak.

Safwa baru balik keje. 

Bakal pengantin this raya. Asmaa datang dgn tunangnya Din. 

Kitorang berbuka dekat area rumah saja.
Tak larat nak pergi jauh jauh takut jammed kang tak pasal berbuka korek hidung dalam kereta je. heh?

Bukan senang nak duduk semeja makan sesama sejak akhir akhir ini.
Masing masing dah sibuk dengan kerja.
Kalau dulu, best je balik rumah masak sesama dan makan sesama sambil bergosip hehehe
Sayang je Amrilia (Alya) tak join sekali time berbuka hari tu.

Lepas raya ni, Asmaa dah kahwin jadi dia akan pindah rumah. Kitorang akan dapat housemate baru nampaknya :)

Hujung tahun ini, Chepp mungkin akan kahwin juga. Jangan Safwa pulak yang tetiba nak kahwin cepat sekali sudah.
Matila saya nak cari housemate baru.
Nak bayar sorang2? Hoiiii ini Shah Alam, harga rumah sewa lu pikir sendiri ah.

Apa apa pun, nasi beriani best (tetiba)

Babai!

Sunday, August 7, 2011

huk aloh heh

Dari pagi sampai ke malam semalam, aku rasa penat gila. 
Nak cakap hari yang malang rasa bersalah pulak sebab kebetulan hari jumaat kan.

Muka yakin dapat MC

Mula mula start dengan bengang doctor india tu dekat Klinik Selva kat Puchong. (siap mention nama klinik hahaha)
Aku pergi klinik sebab nak MC akibat gigi aku yang baru pasang bawah ni dah tak boleh blah.
Kalau pergi kerja boleh jadi gila aku dibuatnya. Berdenyut sampai otak, mencengkam sampai ke tulang aku cakap dengan korang. 
Alih alih, doctor tu boleh sound aku pulak kenapa tak amik MC dengan dentist aku.
Hoiiiiii (kan dah kurang ajaran), klinik aku kat Ampang. Jauh okay? Sekarang ni, gigi aku tengah sakit macam mana? Aku nak pain killer. Gila.
Nak je aku sembur semua besi ni kat muka dia.
Aku cool kan? Yer, selepas aku dapat MC dan seplastik ubat.

Konon ingat nak terus balik Shah Alam tetiba kawan baik dunia akhirat aku tu talipon ajak teman dia pergi servis kereta.

Aku paksa dia posing dgn jumper yang baru dibeli

Kerusi urut Gintell ni kalau dapat memang bestlah!

Okeh cun. Aku okay saja lagipun nak tunjuk la gigi besi baru aku ni kat dia. Memang mati kene kutuk. Macam biasala.

Feeling Faizal Tahir ek

Okay, masa untuk berangkat pulang dengan penuh bergaya aku nak start enjin kereta dekat parking basement IOI Mall tu.
Ceh ceh ceh bunyi dia. Takda bunyi enjin nak hidup langsung. Aku check gear semua dalam kondisi sepatutnya. Sebab kadang2 aku terlupa patut letak gear P aku belasah gear R.
Hati dah terdetik, mampusla aku kali ni. Damn.

Diorang pun bukan tahu jump kete,. Ceh eksen lebih.
Bateri boleh pulak kong time camni kan.
Kat basement tahulah kan, bahang panas gila kot.
Lepas bukak puasa baru settle. Dan aku berjaya sampai rumah Shah Alam.
Dah matikan enjin memang tak boleh start balik dah.

Pagi buta tadi, "dia" call cakap nak datang nak tengok kereta sebab tengahari nak balik Taiping.
Awalnyaaaaa, aku tak sanggup nak bangun tambah lagi aku keje pagi pukul 10pagi. memang tak sempatla.
Tunggu aku cuti baru nak hantar workshop sekarang ni aku pinjam kereta housemate untuk berulang alik pergi keja.

Haih, payah betul kalau takde kekasih hati aku yang seorang ni. Nak kemana mana pun susah. Nak harapkan orang segan la pulak.

Dear hero, janganla rosak teruk teruk okay. 

Thursday, July 7, 2011

sila bersyukur

Hidup kita akan jadi lebih indah kalau kita tahu cara untuk mengindahkannya.
Tak perlu berhari hari nak bersedih. Kita kene redah. Tabah.
Yes, aku tetap tabah.

Cuba kita fikir ramai lagi orang yang lagi teruk, bermasalah dari kita.
Ada orang yang takde rumah tido bawah jambatan, ada orang yang takde keluarga duduk rumah anak yatim, ada orang yang hidupnya susah sangat.

Sebab tu saya tak suka tengok BersamaMu TV3 sebab tak sampai hati. Tak sangka ada orang lagi susah dari kita.

Oleh itu, kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi dalam masa yang sama kita harus berusaha ke arah yang lebih baik.

Wah, tetiba saya sungguh bermotivasi gila hari ni. Dari celah mana entah dapat semangat ni.
Ke pura pura?

Owh.

Saya doakan rakan sekerja saya kuat dan tabah selepas kali kedua buat operation tulang belakang minggu lepas.

Saya : Kinkin : Ecah : Sherry. Visit Kinkin @ HTAR, Klang

Peace, My name is Shikin.
Dulu Kinkin ni junior kat tempat kerja saya. Tapi disebabkan masalah kesihatan dia yang selalu terganggu dia terpaksa hantar surat resign sebab nak buat operation. Kesian dia. Terpaksa berkorban.
Dan operation ni pun agak berisiko juga, Silap silap haribulan kaki dia boleh lumpuh. Glurp.
Harap harap tak jadi macam tu la kan. Kinkin ni muda lagi kot. Steady boyfriend pun takde lagi.
Its okay Kin, cepat cepat sembuh dan berjalan berlari berlumba seperti biasa ek.


My name is Imaan
Haaa, budak kat atas tu super duper comel. Anak buah Kinkin.
Cakap pun nak campur campur mat salleh. Geram dibuatnya.
Tapi malangnya dia takut dengan gigi besi pink saya ni.
Mula mula takmo kawan pastu dah nak balik baru gedik nak laga laga pipi.
Sedih tau bila semua budak budak kecik dah takmo kawan dengan saya. *sobs sobs*

Aunty, please don't!
Tengok, Imaan memang takut betul dengan saya HAHAHA

Okay kawan kawanku dan juga bukan kawanku yang sedang membaca, tolong jaga kesihatan anda.
Jangan menambahkan bilangan pesakit di katil hospital kerajaan sebab ia bikin panas susah nak bernafas kepada para pesakit lain dan juga pelawat.

Babai.

PS : Tak suka betul pergi hospital. Damn.

Tuesday, June 14, 2011

She's officially taken :)

Dah jadi isteri orang dah sahabat terbaik aku ni secara rasminya 04 June 2011.
Berakhirnya pernikahan dia maka bermula lah soalan soalan biasa yang aku dah penat dan tak tahu nak jawab dari orang sekeliling.
Aku senyum jela takpun paling paling busuk aku cakap InsyaAllah dan doa doakan lah untuk saya :)

Penat weh kenduri kendara ni.
Aku takdela sibuk kat dapur tapi sibuk ke hulu ke hilir. Tapi still penat nak mati.
Pengapit katakan.Harusla sibuk. Dalam masa yang sama nak melayan tetamu yang datang haritu rata rata kawan kawan kitorang dari sekolah rendah. Kawan dia kawan saya jugaklah.

Seri pengantin

Sebelum berangkat ke masjid untuk akad nikah

Penuh debaran ye Asrul?
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.
Si Noniey macam biasa ah ratu airmata menangis dengan lebat. Sepatutnya saya la yang nangis kan?
Tapi cool je tahan dalam hati sebak jugak seposen huhuhu

Pic ni aku rasa aku macam mak nyah.

Time berarak ni panas terik, dah petang tu hujan pulak

Anie yang susah2 datang dari KL naik kete 7jam nak patah pinggang katanya hehe

Haaa tengok tu, gigih kipas pengantin tau

Siap touch up bagai. Good bridemaids rite? hahaha

Memang penat sampai tertido atas sofa wa cakap lu

Outdoor photoshooting @ Pantai Telaga Papan. 15min je dari rumah pengantin

Tengok. Sunset! Indah betul kan.

Kawan kawan yang lain pun sibuk nak bergambar jugak kalah pengantin
Pura pura berebut bunga pengantin.poyo

gedik. ini bukan pura pura tapi memang HAHA

Bidi yang sanggup fly dari KK walaupun demam.

Majlis bertandang di Pendang, Kedah. 09 June 2011

Oh my dear fren, im so happy for you :) 

Please Asrul, Janji dengan aku ko akan jaga sahabat aku baik baik.

Pipi makin tembam lengan macam ahli gusti. sekian.

Hai Noniey & Asrul, cepat cepat dapat baby tau aku tak sabar nak tengok anak korang.
Tahniah dan semoga kalian berdua bahagia sampai hujung nyawa.

Jangan risau, InsyaAllah berkat doa korang bersama semoga aku pun boleh pakai inai macam korang jugak tak lama lagi. Angan angan.
Terkilan tau hari tu inai tak cukup aku nak pakai. Mencik!

Monday, May 30, 2011

Luluh

Instinct saya sangat kuat dan kebanyakannya selalu betul.
Minggu lepas saya tak sedap hati buat apa semuanya serba tak kena tak tahu apa punca.
Tetiba dapat tahu dia masuk hospital sebab accident.

Ya Allah, saya macam nak gila menangis sebab kenapa dia tak bagitahu saya awal awal??
Sampai hati ;(
Yang saya tahu, saya nak tengok dia.
Terima kasih sangat2 kat kawan kawan baik yang bagi nasihat. Semua tu perlu. 

" Kalau ko nak pergi tengok dia, pergila tapi jangan emotional sangat. Aku tahu ko sayang dia. Inilah masa ko nak tunjuk kat dia selama ni ko ego nak mati. "

'' Kalau boleh aku nak tengok dia sekarang jugak tapi dah malam. Hospital pun tak kasi masuk. "

" Lebih baik ko jangan pergi sebab aku takut ko tak boleh control. Dan dia pun dah larang jangan pergi tengok dia kan. Ko lupakan jela dia wei"

Diam tanpa kata sambil menangis.


Sunday, May 15, 2011

Bila entah boleh tengok kongsi ni.Asyik full je.

Sebab semangat nak tengok Shaheizy Sam dalam Kongsi, kitorang sanggup meredah hujan renyai2 semalam pergi ke Jusco Bukit Raja.
Maksudnya kitorang tu Saya dan housemate, Chepp.
Sesampai je, Kongsi adalah fullhouse.
Padan muke kami. Yeah!

Ape lagi, perut lapar jadi makin gila lapar.
Terus menuju Nando's.

Cube ko amik pic aku sebelum makanan sampai chep? Aku rasa kurus ni...

My Chicken Pita & Sparkling Apple

Chepp dengan apa benda entah nama meal ni. Espetajado escada ape entah!

Vogue kan Chepp punya meal. Siap gantung gantung kau.

Apa kau buat dengan egg tart ni? Giler betul.

Lepas tu, saya tershopping sedikit. Sedikit je tak banyak pun. Sumpah tak tipu.

Lepas tu, masa nak balik terserempak dengan junior masa sekolah rendah kat kampung dulu.
Bayangkan, dah lebih 15 tahun tak pernah jumpa tapi saya boleh cam lagi budak tu. Mizan nama dia.
Nasib baik dia ingat lagi kat saya ni. Jadi, bolehla perasan macam saya glamer gila lagi famous nak mati kan masa sekolah dulu dulu. HAHAHA nak jugakkkkkk

Lepas tu, blah macam tu je. Malas nak tukar tukar no telefon rasa macam tak patut pun.

Esok hari ahad, jadi harus plan ajak sesiapa yang boleh temankan saya tengok Kongsi jugak.
Kutah are you ready?
Tengok ramai ramai baru seronok nak bantai gelak sampai guling guling pun takde hal.

Chiow!

Saturday, May 7, 2011

Hai Kutah The Legend!

Mari ucapkan Hello and Hi to my besties.
Welcome to the blogging world Kutah!
Acewah gitu.

Thanks a lot for being such a very good good good buddy to me!
Im really appreciate you.

Kutah (nama manja kuchi kuchi) buat satu entry untuk saya.
Dia la yang selalu teman saya ke mana saje.
Tak semena mena saya touching sangat dan beremosi lebih bila baca entry ini dan juga ini

I LOVE YOU TOO KUTAH !!!!!!

Speechless sudah tak tahu nak cakap ape. Tapi saya sangat bersyukur mempunyai Kutah ibarat seperti kakak sendiri.
Membebel pun dia, Marah pun dia. Saaaayang pun dia hehehe

Kan Kutah?
Tak sangka you ade blog jugak.

Friday, April 29, 2011

The Gonjengs & Co

Woot woot..ada berita gembira yang menggembirakan hari saya. Yeah!
Selepas setahun budak budak gonjengs ni buat hal masing masing tadi kami gathering sama sama balik.
Siang tadi saya dan Noniey pergi YOKOGAWA opis lama tempat kami kerja dulu tu.
Seronok nak mati beb gelak sampai kepala tingtong masuk angin terus biol sampai malam ni haaa...

Kalau dulu semua aktiviti memang dengan mereka inilah.
Sekarang ade yang dah kawen, baru nak kawen dan sudah bertunang kecuali saya.
Tinggal saya sorang je tau. Biasalah bongsu katakan kasi line kat yang lain dulu HAHA ayat cover sedih.

Bila bukak balik folder ternampak gambar2 dengan mereka lalu terasa nak upload balik.
Kelakar betul kitorang dulu dulu.


@ Cameron, 2009

@ Borneo. My 24th Birthday

@ Pulau Pangkor

Time ni tangan saya injured tu sebab jatuh main ice skating tu yang berbalut bagai. Ni bufday yang ke 24 rasanya.
@ Sungai Gabai

 Lepaking @ Putrajaya
Mereka 3 orang ni bodyguard terhebat.
Orang lain kacau saya diorang marah tapi kalau diorang menyakat bukan main lagi.
Bengong ni.

@ Langkawi 2008

Walkathon Niosh Bangi




Last pic kitorang lepak sekali. Rasanya ni bulan March 2010 kot

Seperjuangan
Hmmm menggigil kawan saya tadi sebab dah lama tak jumpa.
Nervous mungkin. Rindu pun ye jugak kot. Acewah.

Okay, itu jela.
Dah tak tahu nak cakap ape sebab saya pun macam tak percaya kejadian hari ni lepas diorang ni "digari"oleh wife masing masing ekekeke

Kepada The Gonjengs & Co (Noniey, Sue, Man Toi , Pidot, Mizan, Nazir, Tasha) korang pernah mewarnai hidup aku terima kasih banyak banyak dan aku harap walaupun korang semua dah ada life sendiri tapi janganlah menyombong sangat terus lupa kawan. Coiiii tau.
Papepun, aku sentiasa doakan kegembiraan dan kebahagia korang semua.
Amin.




*Jenab*