Showing posts with label Sekalung Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Sekalung Tahniah. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

I Feel Good

Alhamdulillah. Mood meroyan sewel dah hilang.
Biasalah kadang kadang aku ni ter emo je lebih.

Hahaha ayat macam benci diri sendiri pulak.

Ok fine fine.

Meeting with them is the good feeling i tell you.
Manusia manusia ni boleh buat aku gelak macam setan kalau nak tahu.

Dah lama aku tak upload muka aku kan? Mesti ada yang rindu la tu HAHAHA aku buat lawak tolong gelak okay.

Gambar gambar ni di ambil time aku pergi visit little boy Noli & Ir. Congrats korang!
Noli baru balik dari pantang. Kami serbu rumah dia. Agak ketidaksabaran di situ.
Sambil makan goreng pisang & keropok lekor tepi jalan yang aku beli, kitorang bergosip sampai baby susah nak tido. Sorry baby, aunty aunty bising sikit. Alololo muaaah sekali!

Tetiba Noni sampai bawak jambu cicah kicap. Biasalah orang mengandung macam macam mengidam mengada mengada kan? Hahaha

Ayuh, gambar!

My name is Mohd Izz Zhafran :)

Para ibu ibu mengandung sibuk tunjuk perut heeee

Sibuk tunjuk perut jugak????

Oh bajet slim shady rupanya

I think its GIRL. what say you?

Muka tak leh gangster lagi ke nok? 
Perut Noni tak nampak lagi sebab baru lagi kan.
Aku tak leh bayang Noni dengan perut besar nanti HAHAHA

Oh btw, my ex-housemate Asmaa yang kahwin bulan lepas pun dah pregnant sama. Perkhabaran yang menggembirakan. Hooray!

Sekarang sebab asyik bergelumang dengan para ibu mengandung maka tak hairanlah ade orang office tetiba tanya " Eh Nabila tu pun pregnant jugak ke? Dah berapa bulan hah?"

Siot tak? Mesti dia tengok perut aku time lepas makan la tu. HAHAHAHA

Okla, memang aku dah bengang dengan penimbang berat badan sekarang ni.
Babai.

Tuesday, August 9, 2011

Baby, come to mama!

Haaa...inilah dia gambar baby yang berusia 3 bulan di dalam perut seorang ibu.
Alololo so sweet baby. Excited yeeeewwww!
Buat aku geram tapi seriau.
MasyaAllah hebat betul bila dipikirkan. Ada baby dalam perut yang bergerak2. OMG!

Kualiti gambar buat aku kecik hati je. tak nampak bentuk baby tu.
Okay, seronok dan terharu bila tengok baby Kutah bergerak gerak dalam perut tu.
Mula mula dia gerakkan tangan lepas tu dia angkat tangan dia ke atas kepala.
Baby, main main ek.

Kutah dan Doc Neena (dulu doc ni panel aku masa opis lama..I miss you Doc)
Part ni memang nak tergelak. Doc boleh tanya aku apa aku buat, Kenapa aku amik gambar? Hobi saya doctor suka amik gambar. Kutah pun cakap kat doctor aku ni macam macam hal je. Eleh padahal suka la tu aku amik kau, kan Kutah?

Sebab aku dah cakap dengan Kutah yang aku nak amik pic dia bila dia buat check up sebab nanti boleh dia tunjuk kat anak dia nanti dan cakap begini :-

" Tengok ni, mama dulu masa mula mula pregnantkan awak selalu kene jumpa doc. Sebab mama ni special case sikit. Penat tau mama tunggu kat hospital kadang kadang sampai satu hari dari pagi sampai petang. Jadi baby, tolong sayang mama banyak banyak okay dan jangan nakal nakal. Jadi insan yang berguna macam Suela tu okay HAHAHAHA"

Cuba tengok Suela kat bawah tu, dahla suka dera Kutah jalan jauh jauh bila time shopping.
Bila kena marah cepat cepat lari buat muka kesian sambil pekakkan telinga.
Sorry Kutah. Aku selalu terlupa yang kau ni dah pregnant huhuhu...

;)
Okay, aku ada satu cerita lawak kat sini.
Kutah kan pregnant jadi anak dia macam mengada sikit mengidam nak makan minum kat Starbucks.
Aku memang pernah la jugak lepak kat Starbuck tapi untuk pengetahuan korang aku tak pernah order sendiri sebab aku kan takde self confident dan malu terlebih takut kalau salah sebut ke ape kan tang menu tu.
Jadi bila dah penat shopping, haus tu Kutah ajakla aku lepak Starbuck.

Aku buat muka confident nak mampus macam hari hari beli air kat sini. Kononlah kan.
Untuk langkah keselamatan, aku cepat cepat duduk kat kerusi dan biarkan Kutah yang TAK PERNAH order sebelum ni.
Yesss, aku nampak dia terkial kial terkulat kulat dengan cashier tu.

Fuhh selamat aku wei. Lepas tu berderai kitorang gelak. Baru masuk Starbuck dah cuak kalau masuk kedai yang hebat hebat lagi aku tak tahu ah macam mana menggelabah.
HAHAHAHAHA gila jakun weiiiii

Frappucino apekebendaentah. Lepas ni dah pandai dah order sendiri ;)

Kutah yang selamba confident!
Kalau keluar takde cerita lawak memang tak sah.
Balik tu mesti kitorang masing masing gelak. Gelak dengan kebengongan masing masing.
Yang aku kurang daya keyakinan tapi Kutah pulak terlebih yakin dan selamba gila.

Papepun, Kutah kena ingat! Aku dah janji dengan doctor kena kawal kau.
Doctor Neena cakap, you please take care your friend okay. Jangan bagi dia minum ais, makan benda yang bukan bukan. 

Baiklah! *Itu pun kalau dia tak degil*

Nota : Tak sabar nak tengok anak mereka. Rendah macam mak dia ke atau tinggi melangut macam ayahnya.

Tuesday, June 14, 2011

She's officially taken :)

Dah jadi isteri orang dah sahabat terbaik aku ni secara rasminya 04 June 2011.
Berakhirnya pernikahan dia maka bermula lah soalan soalan biasa yang aku dah penat dan tak tahu nak jawab dari orang sekeliling.
Aku senyum jela takpun paling paling busuk aku cakap InsyaAllah dan doa doakan lah untuk saya :)

Penat weh kenduri kendara ni.
Aku takdela sibuk kat dapur tapi sibuk ke hulu ke hilir. Tapi still penat nak mati.
Pengapit katakan.Harusla sibuk. Dalam masa yang sama nak melayan tetamu yang datang haritu rata rata kawan kawan kitorang dari sekolah rendah. Kawan dia kawan saya jugaklah.

Seri pengantin

Sebelum berangkat ke masjid untuk akad nikah

Penuh debaran ye Asrul?
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.
Si Noniey macam biasa ah ratu airmata menangis dengan lebat. Sepatutnya saya la yang nangis kan?
Tapi cool je tahan dalam hati sebak jugak seposen huhuhu

Pic ni aku rasa aku macam mak nyah.

Time berarak ni panas terik, dah petang tu hujan pulak

Anie yang susah2 datang dari KL naik kete 7jam nak patah pinggang katanya hehe

Haaa tengok tu, gigih kipas pengantin tau

Siap touch up bagai. Good bridemaids rite? hahaha

Memang penat sampai tertido atas sofa wa cakap lu

Outdoor photoshooting @ Pantai Telaga Papan. 15min je dari rumah pengantin

Tengok. Sunset! Indah betul kan.

Kawan kawan yang lain pun sibuk nak bergambar jugak kalah pengantin
Pura pura berebut bunga pengantin.poyo

gedik. ini bukan pura pura tapi memang HAHA

Bidi yang sanggup fly dari KK walaupun demam.

Majlis bertandang di Pendang, Kedah. 09 June 2011

Oh my dear fren, im so happy for you :) 

Please Asrul, Janji dengan aku ko akan jaga sahabat aku baik baik.

Pipi makin tembam lengan macam ahli gusti. sekian.

Hai Noniey & Asrul, cepat cepat dapat baby tau aku tak sabar nak tengok anak korang.
Tahniah dan semoga kalian berdua bahagia sampai hujung nyawa.

Jangan risau, InsyaAllah berkat doa korang bersama semoga aku pun boleh pakai inai macam korang jugak tak lama lagi. Angan angan.
Terkilan tau hari tu inai tak cukup aku nak pakai. Mencik!

Monday, February 21, 2011

kenduri kawen lagi..lagi..lagi

Oh yeah, setiap minggu ade kenduri kawen.
Minggu lepas ex-housemate minggu ni pulak kawan sekolah menengah saya.

Kenduri ni kat Keramat AU3 je. Nasib dekat sini kalau jauh2 tak terpergi la kot jawabnya.
Tahniah Aziey & Firza! Korang sweet sangat. Ade scene Aziey tolong lap2 kan peluh hubby dia kat atas pelamin tadi heee...

Baa, ehem, Aziey, Belle, Enot

nak sangat gaya bebas
Oh single ladies!


berlatar belakankan suasana hiruk pikuk. konon

Sporting diorang ni. Suruh meniarap pun okay je heee

Si kepoh dan kecoh

Lepak kenduri macam lepak mamak. sembang tak hengat!

Dah lama tak jumpe bila bergabung habisla kecoh tak ingat. Mereka ini kawan masa saya sekolah kat Lembah Keramat. Time tu Form 4. Tahun saya kene buli dengan budak2 laki yang sangat nakal sebab budak baru yang datang dari kampung. Innocent nak mati tapi kene buli jugak. Tak faham saya dengan mereka yang suke membuli ni. Takpe, saya dah "Buli Balik"dah budak budak tak guna tu.

Nampak tak keinsafan di situ? Seat Belt!!
Pic tu sebelum kene tahan dengan polis. Sekali lagi. Tiap minggu kene tahan dengan polis. Giler rajinlah polis kat  Malaysia ni berkhidmat tengah panas terik tu.

Kali ni bukan sebab seat belt tapi mungkin sebab saya bawa kete laju kot. 140km/h sebab rushing dah lambat janji dengan dorang pukul 1 lebih. Dan sekali lagi, saya terselamat dari cengkaman polis tanpa berbuat apa apa rayuan hiba. Polis lepaskan saya begitu sahaja. Pelik betul HAHAHA

Mungkin polis tahu niat suci saya nak pergi kenduri kawan baik saya. Mungkin mungkin :P

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga berbahagia hendakNya. Amin.

Chiow lu.

Selamat Malam dan Mimpi Indah bersama SMS yang baru diterima kejap tadi. *wink*

-nabilaabas-

Thursday, February 17, 2011

Korang tidak lagi bujang

Lepas sorang sorang budak rumah lama saya dah kahwin.
Minggu lepas, saya pegi majlis bertandang Ida & Wan kat Puchong.
Ida ni housemate saya masa duduk kat Puchong Utama dulu.

Cuaca panas terik dengan pakai baju kurung sangat mencabar okay.
Peluh meleleh dari peha sampai ke betis wa cakap lu.

Macam mak nenek

Yang tinggi tu Ikmal, yang kurus tu Itah, yang sihat tu saya.

Saya dah tatau nak buat gaya macam mana lagi.

Oh, baru ingat kisah perchentaan mereka ni macam drama jugak. Kelakar dan cuak bila kenang balik.
Dulu diorang ni satu opis. Ke mana saje berdua je dah macam tak leh berenggang langsung dah.
Ingat lagi, time Wan sibuk duk ayat Ida 3 tahun lepas time tu lah Afiq pun duk sibuk ajak aku teman dia tengok wayang selang sehari. Hmmmmm

Alhamdulillah korang dah selamat membina masjid yer. Tahniah aku ucapkan. Lepas ni cepat2 berlumba dengan Itah & Ikmal tu dapat baby yer. Nanti aku tolong pikirkan nama anak2 korang hehehe

Lepas tu kan, saya dan Itah balik rumah. Balik untuk tido.
Bangun terus mandi tukar baju sebab tak syok la nak pi jalan2 pakai baju kurung kan.
Dah busuk berpeluh potong siot.

Kitorang tak pegi jauh pun. Pusing IOI Mall je.
Sebenarnya, hari tu 14 Feb adalah Anniversary Itah & Ikmal. Genap setahun mereka kahwin.
Jadi, Itah pun nak belanja saya. Bukan saya yang belanja dia terbalik pulak HAHAHA


Donut J&Co.


Johan makan :)

Thanks Kutah & Hepi Setahun Berkahwin :)

Hujan lebat.perut kenyang memang ngantuk tahap beng

Ape motif kau bergambar macam ni wei? Peliks

Akhir kata, aku doakan korang korang semua bahagia ke akhir hayat. AMIN.

Wednesday, February 9, 2011

Babai Darling

Ini adalah pemergian anak buah tersayang saya ke Perth, Australia. Anak kepada akak yang no 4.
Zulaikha tapi lebih senang dipanggil Kak Yong dalam family kami.

Ini budak seperti kawan bagi saya. Dari kecik sampai besar selalu mandi sama2 (skang takla).
Jadi, dia kesana selama 4tahun untuk further study course farmasi.

Saya tak sempat nak apply cuti untuk hantar dia kat KLIA tapi sempatla korek masa sikit tuk jumpa peluk cium sebelum dia pergi sana.
Anyway, saya lonely drive pergi Sepang rumah kazen belah ayah dia.
Time pergi okay je tak sesat time balik bapak giler seram lalu jalan kampung mana entah.
Gelap gelita. Huh saya dahla penakut gelap. Redah & Tawakkal jela. Nasib selamat sampai :)

Ini pix semalam saya dengan Kak Yong.


Memang dia lagi besar dari makciknya heee

Ouch I hate my double chin!!!!

Story mori pasal perasaan naik flight kat kak yong hehe

Inilah Uni Kak Yong. Cun sial! Curtin University,Perth

Lastly, Suela wish Gudluck & Congrats Kak Yong.
Oh, maybe Perth akan jadi tempat honeymoon Suela ke then you boleh jadi my guide tourist hehehe...Wait for US okay *wink*

PS : Oh, sama2 turut berdoa keselamatan anak buah saya jugak, Syazwan yang kini dalam perjalanan pulang dari Mesir dek kerana pergolakan di negara tersebut. Korang study dalam Mesia sudahla weii..Take Care.

InsyaAllah.




[SueLa]