Showing posts with label Adrenalin MARAH. Show all posts
Showing posts with label Adrenalin MARAH. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Rebel!

Semalam aku stress gila sebab aku dapat customer yang sangat gila.
Lagi gila dari babi. (Nampak tak aku bengang gila?)
Tengah tengah malam nak melalak pasal duit.
Tak sabar tunggu pagi.

Yang aku pelik, suara dia macam manager aku.
Tak kan la manager aku buat kerja bodoh macam tu.
Manager yang paling dibenci oleh semua pekerja kat ofis aku.
Okay, ini mungkin ilusi perasaan aku je kot.
(Bayangkan tahap kebencian aku terhadap dia sampai semua manusia yang keji pun aku ingat dia) 

Mula mula aku okay lagi la, layan customer tu baik baik.
Sebab aku tahu customer always right kan.
Tapi customer india aku semalam tu memang melampau.
Dia buat FPX payment thru website lain tapi payment dia tu tak update, duit dalam savings account dia dah tolak.
Berpuluh kali aku cakap, nak update payment  kene call payee bukan bank.
Gatal sangat masuk website sana sapa suruh. Padan muka kau! Booooo

Nak mintak tolong dengan aku tapi cara macam nak cari gaduh.
Kalau jumpa kat luar aku tampar kau jadi bisu terus sebab kau buat aku nangis dalam toilet semalam.

Hoiii. 1st time ni aku nangis sebab pasal keje okay.

Lantak kau situ. Hari ini aku cuti. Weeehooooo

Jadi aku kene cari theraphy. Shopping jom!

Berkilat tak? Mengemop pun satu theraphy jugak!

PS : Kepada customer gila insane tu, aku dah suruh manager call kau harini. Tunggu je. Huh

Thursday, July 21, 2011

sexual harrasment at office

Haih.
Macam mana nak cakap eh?

Kalau gurau gurau biasa aku boleh terima lagi.
Tapi kalau dah sampai nak pegang pegang, gosok gosok aku dah tak boleh terima okay.
Selamba yaya kau pegang bahu aku sambil buat muka blur. Banyak kali kot.
Kau jangan cuba dengan aku eh. JANGAN CUBA!

Kena pulak suami orang.
Tak suka la macam ni.
Rasa macam nak tendang tendang je.

Nampak kaki ni. Nak kene tendang?


Susah betul nak percaya orang laki ni. (aku tahu tak semua tapi dah ramai aku dengar kes begini).
Kat rumah dengan isteri tapi dekat opis ada skandal. Ada hati nak menggatal dengan perempuan lain.
Nauzubillah.

Harap harap bakal suami aku bukan orang yang macam tu. Amin.
Kita bukan main setia dekat dia tapi belakang kita dia buat perangai.
Choiii betul. Kesian wife dia dapat suami macam tu.

Awas, ingat ye. What goes around comes around.

Manalah tahu kan, kita buat orang nanti orang akan buat kita balik.
Tak pun orang buat pada ahli keluarga kita ke.
Adik, Kakak, anak sedara.

Kalau macam tu, kamu suka ke tengok mereka bersedih dan makan hati?

Dah kenapa pulak entry aku hari ni sungguh beremosi ye?
Memang memang memang.

MEMANG AKU TENGAH BENGANG!

Bengang dengan apa yang terjadi pada diri sendiri dan juga pada orang sekeliling.

Macam kes kawan aku sorang ni, kakak dia baru je kahwin 2 tahun dah dapat anak sorang tapi suami dia ada skandal kat office.
Kantoi SMS dan siap pergi tengok wayang bagai.

Aku tak boleh terima okay manusia yang macam ni.

BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Malas ah nak cakap banyak takut benda macam ni terjadi pada aku suatu hari nanti.
Mintak jauh dowh.

Sunday, July 17, 2011

Sakit hati

Manusia kalau sekali menipu mesti akan menipu lagi kan?

Sedap benar agaknya menipu ni. Hobi.

Dah settle menipu, mintak maaf. So senang kan?

Jujur cakap, siapa yang suka kene tipu?

Rasa macam bodoh gila kan? 

Walaupun penipuan itu di atas alasan nak menjaga hati.

Oh shit. Eff!

Kalau seseorang itu menipu kebiasaannya akan berakhir dengan 2 konklusi sahaja.
Samada ia bagus untuk kita atau pun lagi menyakitkan hati kita.
That's how a lie is works, rite?
Oh kejam siot!

Dah la menipu, lepas tu buat tak tahu.
Buat macam biasa.
Buat muka tak bersalah.
Bajet innocent habis.
Macam apa yang kau buat tu betul sangat.
Orang dah biasa menipu memang pakarla bab bab macam ni.
Buat muka selamba.

Yang jenis bangsa tak reti mintak maaf lagi ah sakit hati.
Ego tu kalau boleh nak sama tinggi dengan Gunung Everest.

Bila sunyi, bila bosan pandai pulak tegur sana tegur sini.
SMS sana SMS sini.
Bila dah rasa kita tak diperlukan campak je sesuka hati.
Diam membisu seribu bahasa.

Orang yang macam ni kategori jenis apa ek?
Sungguh ku tak faham!

Kesian orang yang macam ni. Sakit jiwa kot.
Huh.

Monday, May 16, 2011

Thursday, April 28, 2011

kan aku dah marah !@#$%^&*()(*&^%$#@

Harini dari pagi sampai malam darah aku asyik nak menyirap macam air sirap je.
Tak habis habis orang nak sakitkan hati aku.

Aku sedang marah ni.

Dengan bangun pagi tengok tengok dalam sinki pinggan mangkuk tak berbasuh. Mangkuk betul lah.
Come on lah, dah besar kot semuanya nak jadi bini orang dah pun takkan benda simple macam tu aku nak kene aku sound jugak kot.

Aku tak pernah berkira buat kerja rumah tapi kalau asyik muka aku yang buang sampah, sapu mop lantai, basuh toilet, sental dapur lemaklah macam ni. Habistu kau? Pandai menyepah je.
Ape ingat aku ni orang gaji ke ape?
Aku pun penat jugakla weiiiiii....

Yang lain macam okayla tapi ade sorang ni. Aku tak boleh blah betul.
Aku tak suke kotorrrrrrrrrrrrrrrrrrr kau tahu tak? Dan kau jangan berlagak macam kau manusia paling pembersih dalam dunia ni kalau kau......Ah aku malas nak cakap. Sungguh memalukan dan aib.
Aku geram sangat ni mana aku nak lepaskan hah?

Lepas tu pergi keje pulak 1st call dah dapat customer macam haram.
Kenapa kau talipon bank tapi tak boleh orang verify kau?
Lebih baik kau simpan je duit kau tu bawah bantal rumah nenek kau.
Eh lupa duit kau pun bukan banyak mana pun. huh
Bodoh la kau ni tak tahu procedure bank. Batak rabik kau tahu tak ape?

Tetiba teringat kat Sazzy Falak yang mengamuk kat twitter semalam pasal cheque dia.
Come on Sazzy, jangan kasi i hilang minat kat you tau.

Okay sambung.

Aku order mihun goreng ayam tanpa sayur bersama telur mata.
Tapi kenapa kau bagi aku mihun tomyam penuh dengan ayam?
Arghhh aku sabar lagi.
Kau hantar pulak nasi goreng ayam.
Woii aku rehat sejam je bukannnya aku datang nak melepak kat kedai kau untuk 50 jam.
Kau faham tak aku tengah lapar nak mati dah ni?
Main main kan aku nampak ke yang tukang amik order tu kurang pendengaran?
Cibaisssss....

Padan muka kau aku mengamuk. Pedulik ape aku dengan malu janji aku puas!
Sumpah aku merajuk dengan kedai tu sebulan.
Servis macam hampeh. Kedai Sri TTDI nama kedai tu!

Balik rumah sinki pulak boleh tersumbat.

ARGHHHHHH ARGHHHHH ARGHHHHHHH

bengang bengang bengang bengang bengang bengang bengang bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang.

Tak nak cakap lagi.
Bye!

Muka keji

Thursday, February 17, 2011

Kalau nak "JUAL IKAN" pergi pasarlah!

Aku bengang betul hari ni.. &!@#$%^&*(!@#$%

Bengang dengan sikap orang yang "Jual Ikan" tak tentu pasal.
Lebih kurang selfish la der. nak jugak bagi aku speaking. Ek eleh...

Aku paling tak boleh blah dengan orang yang ade sikap camni.
Aku pun anak bongsu rilek jeeeeee takde nak gedik2 selfish. Time keck2 comey hingusan dulu standard la..Memang kedekut nak mati. Takde istilah sharing is caring langsung pun.
Amik barang aku memang aku nangis 3jam tanpa henti la. Dah namanya budak kecik. Sekolah tak habis lagi. Bukan la bodoh tapi tak matang.

Okay, balik kepada tajuk penulisan. Mari marah bersama aku!!

Petang tadi, aku balik makan kat rumah (dah hujung bulan ni beb faham2 jela).
Pastu rehat dahla sejam mana nak mencekik lagi, nak solat lagi, nak kencing berak lagi, nak touch up bedak lipstik bagai lagi. Setakat sejam tu memang ngam ngam hooo semput la beb.

Fine, aku berjaya manage. Dah setel aku pun pecut laju2 kereta sebab nak masuk keje balik pukul 6 ni. Kalut dah ni tapi tak pakai baju terbalik pun hari ni.
Tup tup lagi seinci nak masuk opis kat jalan jemmmm rasa nak mencarut je kat jalan tar tu balik.

Sebabnya ada orang bengong parking kereta  tunggu bini dia kat tepi jalan sibuk tu.
Pastu yang aku bengang rasa macam nak pegi je ketuk tingkap kete dia. Boleh pulak dia buat tak tahu sambil tekan2 jerawat kat muka dia tu.

HANGIN TAK HANGIN TAK?

Aku dahla lambat ni pastu kau buat hal gaya model pulak tepi jalan memang silap haribulan ah.
Kereta depan aku ni boleh sabar pulak. Pakai je Honda tapi tak reti guna hon.
Selamba aku hon bertalu talu tanda protes. Walaupun kereta aku ni kecik tapi tak muat nak selit.
Nak pecah stereng aku ketuk hon tu. Marah wei marah. Buruk perangai aku kalau dah marah ni.

Sampai sekarang tangan aku macam lenguh lenguh manja sikit sebab ketuk stereng kuat sangat tadi kot. HAHAHA padan muka aku.

ALLAH balas agaknya sebab aku marah sampai lupa diri. Sekarang baru rasa nak istighfar balik. Astaghfirullahalazim.

Aku manusia normal kot bukan robot. Dah tu bukan nya baik sangat pun malas la nak sembang lebih baik aku tidur lagi besh.


Okeh, chiow lu. Bye!


Untuk kereta tadi, SUKEHATIMAKBAPAKKAUJEKAN!!!


[nba]

Friday, November 19, 2010

F.U &#%^*!

BENGANG TAHAP DEWA!



Gua benci lu!

BENCI...BENCI...BENCI....

Mengerti?

Lu mmg macam palat. macam anjing!

Ape lu ingat lu boss, lu manager lu boleh marah gua sesuka hati tanpa jaga air muka gua.
Lu mmg mulut longkang ah!
Lu mmg tak guna!
Lu mmg bodoh!
Lu mmg kaki bodek!
Lu mmg tak patut jadi manager customer service kalau macam tu lu cakap dgn staff lu.

Okay, dah.
Ini episod marah gua semalam.
Gua punya cun ayu pakai baju kurung hijau pi keje (mood raya) lu boleh pulak spoil hari dan mood gua.
Bangang la lu!

Kisahnya camni, gua kalau kat tempat kerja gua ade beberapa mode yang perlu dipilih.
Kan dah terpaksa gua citer macam mana keje gua...Gua ade NOT READY & AFTER CALL WORK mode.
Kalau tengah escalate case atau setelkan keje atau buat report customer gua patut pilih mode ACW. Dah namanya work kan so kene buat kejela bukan makan ke bergosip ke kentut ke ape...
Pastu kalau gua nak pegi mana2..contoh pegi makan ka pegi berak ka kencing ka, training ka, gua kene tekan mode NR tu.

Nak dijadikan citer, semalam gua handle banyak kes susah sebab customer macam bongok2 tapi takpelah customer always right kan...Gua buat keje jelah. GUA TEKAN ACW (memang betul tindakan gua) tapi Team Leader gua cakap..release ACW uolsss, jadi GUA PUN TEKANLAH NR!
Sebab? Sebab gua tengah cari report customer lah bukan gua duk pakai lipstik betulkan mekap pun.

Tiba tiba datangla seekor anjing hitam ni dari jauh jerit nama gua.

"WHERE'S NABILA????? WHY ARE YOU IN NOT READY MODE???CHANGE IT NOW!!"

Gua angkat tangan. Pastu dia datang tempat gua dengan muka persis anjing hitam gila yang tak dapat makanan 18juta hari...mengamuk2 bising kat tepi telinga & depan muka gua.
Lantas gua jadi blur nak mampos sebab gua tak penah kene marah macam tu beb dalam hidup gua.
Ayah gua pun tak penah marah gua cenggitu apetah lagi nak jentik.
Lu selamba marah herdik gua depan orang ramai beratus orang camtu. 

WOII..AKU TENGAH WAT REPORT LA BANGSAT!! (kata gua dalam hati lah time tu)

Weh, malu giler beb.
Dia buat gua macam budak bodoh kat situ.
Memang gua dendam kesumat dengan lu!

Dua orang team leader panggil gua lepas tu sebab nak make sure gua ok ke tak.
Siyes time tu gua ok je sebab gua busy giler tak sempat nak pikir perangai bodo tu.
THANKS Miss Rajes & Incik Mus sebab cool down kan gua.

Lepas tu, bila waktu lunch terus gua tak selera nak makan.
Amik nasi, dah bayar, duduk termenung pastu uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sambil report report kat telepon.


sobs sobs

Gua marah kejap je tapi gua ingat sampai mati...
Jangan takot nak kawan dengan gua ye.
Peace.

PS : Arwah mak salu kata, kalau orang marah kita, senyum je!