Showing posts with label Lawak Bangang. Show all posts
Showing posts with label Lawak Bangang. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Ini sumpah kelakar hahaha

Ganas bukan? kepala gear boleh tercabut.
Sampai sekarang bila ingat aku boleh gelak kot.
Haiyaaaa......



Thanks to you yang betulkan benda alah ni.
Aku tahu hang sedang baca ni.
You know who you are.
Peace :)



Tuesday, August 9, 2011

Baby, come to mama!

Haaa...inilah dia gambar baby yang berusia 3 bulan di dalam perut seorang ibu.
Alololo so sweet baby. Excited yeeeewwww!
Buat aku geram tapi seriau.
MasyaAllah hebat betul bila dipikirkan. Ada baby dalam perut yang bergerak2. OMG!

Kualiti gambar buat aku kecik hati je. tak nampak bentuk baby tu.
Okay, seronok dan terharu bila tengok baby Kutah bergerak gerak dalam perut tu.
Mula mula dia gerakkan tangan lepas tu dia angkat tangan dia ke atas kepala.
Baby, main main ek.

Kutah dan Doc Neena (dulu doc ni panel aku masa opis lama..I miss you Doc)
Part ni memang nak tergelak. Doc boleh tanya aku apa aku buat, Kenapa aku amik gambar? Hobi saya doctor suka amik gambar. Kutah pun cakap kat doctor aku ni macam macam hal je. Eleh padahal suka la tu aku amik kau, kan Kutah?

Sebab aku dah cakap dengan Kutah yang aku nak amik pic dia bila dia buat check up sebab nanti boleh dia tunjuk kat anak dia nanti dan cakap begini :-

" Tengok ni, mama dulu masa mula mula pregnantkan awak selalu kene jumpa doc. Sebab mama ni special case sikit. Penat tau mama tunggu kat hospital kadang kadang sampai satu hari dari pagi sampai petang. Jadi baby, tolong sayang mama banyak banyak okay dan jangan nakal nakal. Jadi insan yang berguna macam Suela tu okay HAHAHAHA"

Cuba tengok Suela kat bawah tu, dahla suka dera Kutah jalan jauh jauh bila time shopping.
Bila kena marah cepat cepat lari buat muka kesian sambil pekakkan telinga.
Sorry Kutah. Aku selalu terlupa yang kau ni dah pregnant huhuhu...

;)
Okay, aku ada satu cerita lawak kat sini.
Kutah kan pregnant jadi anak dia macam mengada sikit mengidam nak makan minum kat Starbucks.
Aku memang pernah la jugak lepak kat Starbuck tapi untuk pengetahuan korang aku tak pernah order sendiri sebab aku kan takde self confident dan malu terlebih takut kalau salah sebut ke ape kan tang menu tu.
Jadi bila dah penat shopping, haus tu Kutah ajakla aku lepak Starbuck.

Aku buat muka confident nak mampus macam hari hari beli air kat sini. Kononlah kan.
Untuk langkah keselamatan, aku cepat cepat duduk kat kerusi dan biarkan Kutah yang TAK PERNAH order sebelum ni.
Yesss, aku nampak dia terkial kial terkulat kulat dengan cashier tu.

Fuhh selamat aku wei. Lepas tu berderai kitorang gelak. Baru masuk Starbuck dah cuak kalau masuk kedai yang hebat hebat lagi aku tak tahu ah macam mana menggelabah.
HAHAHAHAHA gila jakun weiiiii

Frappucino apekebendaentah. Lepas ni dah pandai dah order sendiri ;)

Kutah yang selamba confident!
Kalau keluar takde cerita lawak memang tak sah.
Balik tu mesti kitorang masing masing gelak. Gelak dengan kebengongan masing masing.
Yang aku kurang daya keyakinan tapi Kutah pulak terlebih yakin dan selamba gila.

Papepun, Kutah kena ingat! Aku dah janji dengan doctor kena kawal kau.
Doctor Neena cakap, you please take care your friend okay. Jangan bagi dia minum ais, makan benda yang bukan bukan. 

Baiklah! *Itu pun kalau dia tak degil*

Nota : Tak sabar nak tengok anak mereka. Rendah macam mak dia ke atau tinggi melangut macam ayahnya.

Saturday, May 7, 2011

sabtu yang indah =)

Hey, sabtu!
Terdapat beberapa kejadian kelakar semalam okay.
Di bawah pohon asmara tapi panas gila gila bersama kemeja kotak kotak bertenggek di atas motor kartun.
Begitu.

Dengan boss buat drama yang langsung tak menakutkan pun dekat office semalam.
Ah apa nak cakap ni? Tetiba jadi blurrrr HAHAHA

AZIZAH ABAS

Oh ya, ini adalah kakak saya yang paling sulung.
Hari ini adalah ulangtahun beliau yang ke 53 tahun.
Tapi saya tak pasti betul ke 53 atau 57 tahun?
Setahu saya, kakak saya ni lahir tahun merdeka kot.
Pape pun, saya doakan kakak saya ni sihat selalu dan gembira bersama anak anak yang sudah besar semuanya.
Oh, dan juga cucu cucu beliau yang super duper cute tu.

HAPPY BIRTHDAY KAK ZAH!

Kalau tak silap hari ni pun hari ibu kan?
Kepada ibu ibu dan juga bakal ibu, SELAMAT HARI IBU untuk kalian.

Baiklah, harus bekerja di hari sabtu.
Babai.

Sunday, May 1, 2011

omaigod panas panas!!

Kakak saya bikin panas pulak semalam.

Kak Ta : Sabtu pun keje tak pegi dating ke?
Nba : Dating? errrr Afiq balik Taiping. Kalau tak memang tak dating pun. Sibukkkkkkk
Kak Ta : Ooooo...eh Kak Yah cakap Afiq masuk AF betul ke? Tapi dia tak tergamak nak tanya.
Nba : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA 
Kak Ta : Betul ke? Muka sama je dia cakap. Botak tapi nama dia Afif kalau tak silap.
Nba : Lawak giler. Mana ada.Orang lain la tu. Orang sendiri pun tak penah tengok AF baru ni. Macam bosan je.
Kak Ta : Budak budak ni cakap Uncle Afiq dalam TV. Si Dina, Aqeef semua tu la. Amir pun cakap camtu. Ibu, inilah Uncle Afiq Suela.
Nba : HAHAHAHAHAHAHA (asyik gelak je) Bukan bukan. Tak mungkin.
Kak Ta : Itula pasal. Takkan sempat masuk AF pulak kata sibuk giler.
Nba : Hmmm dia memang sibuk. Sibuk  buat ape entah.

Begitu kisahnya.
Kakak dan anak buah buat lawak tak kelakar.

Tapi, balik rumah terus gugel betul ke muka diorang sama? HAHAHA tak leh blah.
Dah tengok memang tak sama pun. Apala diorang ni.

Merah konon garang

Bukan ke muka Uncle Afiq korang macam muka Tom Welling hero Smallville atau Ashton Kutcher ke?
HAHAHAHA pleaselah dia suka perasan macam tu tau. *pengsan*


Superman Tom Welling * cair cair*

Ashton Kutcher * gojes giler okay*


Heart,
Sayang

Friday, February 18, 2011

MUAHAHAHAHA

Pukul 3 pagi malam tadi saya duk layan diorang ni sakit perut gelak sorang2 macam orang gile dalam bilik.
Sebagai orang Terengganu sendiri saya tak tahan dengan diorang ni.

Lawak bangang.




Saya syorkan shapa shapa yang megalami kemurungan diri mahupun kebimbangan melampau eloklah menonton diorang ni. For me, its theraphy. Bila gelak rasa kosong kejap otak dari masalah. HAHAHA

Tapi lain orang lain citarasanya kan. Its depends uols. Ada yang jenis tak layan lawak2 macam gini tapi layan lawak genius. Ada yang layan lawak show talk macam Harith Iskandar tu. Ade yang layan lawak senyap.Tapi saya, asal lawak je sume saya layan. Memang kaki mengilai macam pontianak dowh.

Yer, saya tahu saya ketinggalan. Korang semua dah layan vc tu sebelum ni kan. Poor me. Kat rumah sewa sekarang takde kuali hitam Astro. Kalau ade pun dah tak terlayan kot.


PS : KETAWA ITU PENGHILANG STRESS, SETUJU?

Saturday, February 12, 2011

Apakah?

Sejak dua tiga menjak ni gua suka betul pakai baju seluar terbalik balik.
TANPA SENGAJA okay.

Memang la gua mengaku gua seorang yang agak kelam kelibut sedikit.

Pantang lambat sikit mula lah nak skip mandi, skip facial foam, skip shampoo tapi maintain pakai sabun tau.
Pantang lambat sikit tangan capai je baju seluar tudung yang tak payah iron. Bapak malas dowh.

Tapi yang gua yang paling tak boleh blah gua pergi kerja pakai baju terbalik.
Nasib takde orang yang perasaan sebab hari tu gua bajet nak jadi pekerja yang sangat gigih dan dedikasi. Jadi agak jarang gua bangun pergi jamban ke, hisap rokok ke, hisap ganja ke. Gua statik je duduk kat meja gua sambil pakai shawl (nak cover sejuk pagi2 la tewww)

Lepas tu, hari ni sekali lagi gua terpakai terbalik.
Malas ah nak cakap ape benda yang terbalik. Sumpah gua tak perasan dan tak rasa macam pelik.
Rasa macam biasa je. HAHAHA

Sedar tak sedar, gua pergi toilet tengahari tu.
Pastu terus buat bodoh je takkan nak tukar balik kot. Biar jela cenggitu.

Hmmm caca marba betul hidup gua ni. Kakak gua cakap kalau dah kawen ada suami anak lagi lah tak tau macam mana dengan gua ni. Aiyoooo...


PS : Orang2 tua cakap nak dapat rezeki. InsyaAllah. Amin beramai2 cepat!

Saturday, January 29, 2011

kalau takut mesti nangis

Lumrah standard la kan. Kalau takut semua orang akan nangis kot.

Alkisahnya semalam yang sangat panas. Kesemua ahli rumah saya berkumpul kat depan. Ade 3 orang sedang bergosip manja di depan dan SORANG lagi tido dalam bilik sebab demam.

Jam lebih kurang pukul 1030 malam. Saya yang eksaited dengan baju2 baru masuk bilik sebab nak try. Biasala pompuan kan. Eksaited lebih..

Tetiba, lagi kawan dua orang menonong masuk bilik saya dan terus kunci pintu dengan muka pucat kesi. Saya pelik ah. Dorang kata ade orang badan besar nak masuk rumah kitorang siap ade kunci bagai. Saya memang dengar ade orang buka kunci solex, grill & pintu dan melangkah masuk dalam rumah. Demmmmmmmmmmmmm

Kami tak kahwin lagi (kawan saya yang cakap). Saya pulak dengan tak berapa lengkap pemakaiannya (jangan imagine, berdosa hahaha).

Kami bertiga menggigil pucat nak mampos. Cuak giler kot. Ya Rabbi! Sumpah saya terduduk sebab dah takut sangat. Pastu capai henpon call member yang memang tahu rumah kitorang. Nasibla ade sorang budak opis saya. Dengan suara cemas hampir nak nangis tu saya suruh kawan datang rumah selamatkan kitorang.

Dah tu, call pulak Afiq sambil nangis2 sampai susah nak explain citer sebenar apa yang berlaku. Nama dia je saya duk ingat hahahaha...Mengada ngada betul.

Okay, penjahat tadi masih berada dalam rumah kitorang. Terdengar jejak kaki dia berjalan tetiba dia terpacak depan bilik yang kitorang tengah cemas ni. Pastu housemate saya yang sedang tido bilik depan tu panggil kitorang suruh keluar. Wah kitorang bajet penjahat tu letak pisau kat leher dia pastu paksa paksa dia kan. Lagi kitorang cuak.

Akhirnya masalah selesai apabila kawan kitorang tu explain rupanya tadi dia keluar dengan boyfie dia tapi kitorang mati mati ingat dia tido dalam bilik.  

JADI SEKARANG NI YANG BUKAK PINTU KEJADAH TU ADALAH HOUSEMATE SENDIRI!

What the???

Saya malu giler tahap babun kot.
Malu dengan kawan opis, malu dengan Afiq!
Penat berdrama airmata tau.

Jadi, dengan kejadian yang menimpa kita mesti tahu sape yang ade dalam rumah dan check betul2. Jangan main agak je kan dah susah kalau situasi cemas macam semalam terjadi.

Oleh itu, kitorang akan beli satu memo board tampal schedule keje masing2 dan kene selalu keep in touch. 
Sape nak keluar bagitahu, bukan sebab nak jaga tepi kain tapi nak elak ketakutan melanda. Sekarang ni macam2 kes je kan. Grrrrrrrrrrrr

Itu sahajalah episod drama queen kitorang. rasa nak pegi opis pakai topeng je hahahahaha


Bye, TAKE CARE :)