Tuesday, August 9, 2011

Baby, come to mama!

Haaa...inilah dia gambar baby yang berusia 3 bulan di dalam perut seorang ibu.
Alololo so sweet baby. Excited yeeeewwww!
Buat aku geram tapi seriau.
MasyaAllah hebat betul bila dipikirkan. Ada baby dalam perut yang bergerak2. OMG!

Kualiti gambar buat aku kecik hati je. tak nampak bentuk baby tu.
Okay, seronok dan terharu bila tengok baby Kutah bergerak gerak dalam perut tu.
Mula mula dia gerakkan tangan lepas tu dia angkat tangan dia ke atas kepala.
Baby, main main ek.

Kutah dan Doc Neena (dulu doc ni panel aku masa opis lama..I miss you Doc)
Part ni memang nak tergelak. Doc boleh tanya aku apa aku buat, Kenapa aku amik gambar? Hobi saya doctor suka amik gambar. Kutah pun cakap kat doctor aku ni macam macam hal je. Eleh padahal suka la tu aku amik kau, kan Kutah?

Sebab aku dah cakap dengan Kutah yang aku nak amik pic dia bila dia buat check up sebab nanti boleh dia tunjuk kat anak dia nanti dan cakap begini :-

" Tengok ni, mama dulu masa mula mula pregnantkan awak selalu kene jumpa doc. Sebab mama ni special case sikit. Penat tau mama tunggu kat hospital kadang kadang sampai satu hari dari pagi sampai petang. Jadi baby, tolong sayang mama banyak banyak okay dan jangan nakal nakal. Jadi insan yang berguna macam Suela tu okay HAHAHAHA"

Cuba tengok Suela kat bawah tu, dahla suka dera Kutah jalan jauh jauh bila time shopping.
Bila kena marah cepat cepat lari buat muka kesian sambil pekakkan telinga.
Sorry Kutah. Aku selalu terlupa yang kau ni dah pregnant huhuhu...

;)
Okay, aku ada satu cerita lawak kat sini.
Kutah kan pregnant jadi anak dia macam mengada sikit mengidam nak makan minum kat Starbucks.
Aku memang pernah la jugak lepak kat Starbuck tapi untuk pengetahuan korang aku tak pernah order sendiri sebab aku kan takde self confident dan malu terlebih takut kalau salah sebut ke ape kan tang menu tu.
Jadi bila dah penat shopping, haus tu Kutah ajakla aku lepak Starbuck.

Aku buat muka confident nak mampus macam hari hari beli air kat sini. Kononlah kan.
Untuk langkah keselamatan, aku cepat cepat duduk kat kerusi dan biarkan Kutah yang TAK PERNAH order sebelum ni.
Yesss, aku nampak dia terkial kial terkulat kulat dengan cashier tu.

Fuhh selamat aku wei. Lepas tu berderai kitorang gelak. Baru masuk Starbuck dah cuak kalau masuk kedai yang hebat hebat lagi aku tak tahu ah macam mana menggelabah.
HAHAHAHAHA gila jakun weiiiii

Frappucino apekebendaentah. Lepas ni dah pandai dah order sendiri ;)

Kutah yang selamba confident!
Kalau keluar takde cerita lawak memang tak sah.
Balik tu mesti kitorang masing masing gelak. Gelak dengan kebengongan masing masing.
Yang aku kurang daya keyakinan tapi Kutah pulak terlebih yakin dan selamba gila.

Papepun, Kutah kena ingat! Aku dah janji dengan doctor kena kawal kau.
Doctor Neena cakap, you please take care your friend okay. Jangan bagi dia minum ais, makan benda yang bukan bukan. 

Baiklah! *Itu pun kalau dia tak degil*

Nota : Tak sabar nak tengok anak mereka. Rendah macam mak dia ke atau tinggi melangut macam ayahnya.

2 comments:

  1. kah3..lawok2...
    p/s:ank aku nnti kn, muka cam mu kn?gambar pasport tuh ada lg aku simpan...tp, tinggi tuh, aku hrp sedan2 je lah...sian weh tinggi sgt..tido kat katil pon kaki terjulur2..ahakks...

    ReplyDelete
  2. Hahaha bagus bagus. setiap pagi tengok gambar passport aku tuh. bab kaki terjulur tu mmg rare. aku tak sangka ada kes gini hahaha...ikmal ikmal!

    ReplyDelete