Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi :)

Salam Ramadhan Kawan kawan :)

Jadual kerja saya sejak akhir akhir ini agak memenatkan sikit dan perjalanan hidup ada sedikit berubah.
Alhamdulillah.

Cakap pasal bulan puasa, aura macam dah kurang sikit sebab saya tak merasa nikmat puasa pertama.
Tahun lepas pun sama. Rasa rugi gila oh.
Semalam pun, pengumuman puasa pun dah bertukar.
Pakcik yang dari kita kecil duduk atas kerusi kuning bagi pengumuman tu dah resign agaknya.
Kekok pulak bila tengok orang lain yang ambil alih.
Papepun, puasa tetap puasa okay.

Pertama kalinya, berbuka puasa kat ofis tahun ni dengan kawan kawan yang lain.
Takdela rasa sedih sangat sebab ramai je kat ofis tu.(Walaupun sedang gigit kurma tetiba ada cust call lalu kurma ku tercampak masuk dalam tong sampah..Sorry Yusof Taiyub).
Takpela, demi rakan rakan yang lain saya korbankan buka puasa (puasa ke kau?) hehehe

Tapi pelik, customer aku tadi tu lelaki...dia tak bukak puasa ke? Azan belum abis lagi dah talipon bank tanya pasal duit.
Dan sempat lagi sebelum end call tu, saya cakap kat customer tu " Selamat Berbuka Puasa ye Encik Farhan". Dan tetiba dia cakap camni. "Terima kasih Cik Nabila, sorry kacau awak tengah buka puasa". 
Mesti dia rasa bersalah sebab buat kurma saya jatuh dalam tongsampah kan?

Begitulah, ceritanya. Kerja tetap kerja.

Papepun, sempena bulan puasa ni jangan ada yang sengaja ponteng puasa okay.
Saya boleh turn off kalau tengok lelaki yang gagah perkasa tapi tak puasa. (kat ofis ramai jugak lelaki yang tak puasa).
Muka hensem macam rockstar tapi pergi cafe beli air makan roti lepas tu selamba hisap rokok.
Turn Off gila vavi aku tengok kau!

Dan untuk perempuan tu, jangan sexy sexy sangat bulan suci murni ni. Pakai biar elok sikit nanti kurus pahala para lelaki yang melihatnya hahaha
Kalau ada yang tak boleh puasa tu, perangai biar senonoh sikit. Jangan kau selamba badak minum air kunyah makanan depan orang.
Cuba jadi pemalu macam saya ni (nak jugak kan?), makan sorok sorok okay.
Eh tapi, sempena bulan puasa ni ramai juga colleagues saya yang perempuan dah mula belajar pakai tudung.
Ada yang dah sibuk datang kat saya, mana beli tudung dan macam mana nak pakai tudung macam saya.
Oh so sweet uols buat saya rasa macam diva dan idola. HAHAHAHA Please lah.

Okayla, babai uols.

SELAMAT BERSAHUR, BERPUASA DAN BERBUKA :)


*Nba*

No comments:

Post a Comment