Showing posts with label BirthDay. Show all posts
Showing posts with label BirthDay. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Hello Darlingssss ;)

Oh Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (amboi kemain panjang hai aku kali ni haaaa).

Latest Of Me.

Update jugak belog ni akhirnya. Seriously, aku bukanlah busy mana pun lately cuma entahla macam malas nak curi masa nak update belog sendiri. lagipun tak tahu nak update apa. Boleh tak tetiba aku ketandusan idea? Hahaha memang bukan aku la tu.

Anyway, dah masuk tahun baru dah pun sekaligus buat aku rasa semakin tua kot. Baru 2 minggu aku genap 26 tahun tapi kali ni bila orang tanya berapa umur terpaksa jawab umur 27 tahun. Amaigaddddd bunyi macam tua gila tapi muka masih comel 17 gitu. Boleh terima? Hahahaa

Oh yeah, terima kasih jua pada kawan kawan yang wish birthday i on 22december haritu. I appreciate all that wish and Alhamdulilah aku sempat reply all the wishes. Tanda perhargaan tu. Tetiba rasa disayangi lebih pulak walaupun dah takde suprise macam tahun sebelum ni. Yang facebook-ing, sms-ing, whatsapp-ing, bbm-ing, tweet-ing Thank You Very Much You olssss :) :)

Dan terima kasih jua pada kekasih hati yang menemani *wink*


DECEMBER BABY

Nak cakap apa lagi ni ek? Nak tulis pasal apa lagi ni ek?
Aku buntu weh.
Kejap jap bagi aku pikir sikit. Kadang otak ni aku jarang nak guna. Malas lagipun sayang otak.

Hmmmmmm sumpah aku tak berapa nak ada modal.
Cuma nak aku higlight kan di sini, hidup aku agak stabil sekarang.
Emosi pun jarang nak meroyan tak tentu pasal.
Yelaaaaa sejak sejak Incik Botak ketemu family ku haritu relationship kami Alhamdulillah semakin okay.
Tapi selalu gaduh jugak sampai kakak ku dah naik pening tengok. Gaduh pun pasal hal kecik kecik je. Mengada.

Ehem.

Kalau di izinkanNya, aku ingin sekali tamatkan zaman bujang aku tahun ni.
Doa kan kami ek.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya.

Jadi, harus bekerja lebih kuat untuk mencari wang. Semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Oleh itu, aku tinggalkan semua suka duka 2011 yang sudah membawa diri aku sehingga ke hari ini dengan harapan tahun 2012 lebih bermakna buat aku dan juga kita semua.
InsyaAllah.

Happy New Year Everyone :)


Regards,
Nba

Saturday, May 7, 2011

sabtu yang indah =)

Hey, sabtu!
Terdapat beberapa kejadian kelakar semalam okay.
Di bawah pohon asmara tapi panas gila gila bersama kemeja kotak kotak bertenggek di atas motor kartun.
Begitu.

Dengan boss buat drama yang langsung tak menakutkan pun dekat office semalam.
Ah apa nak cakap ni? Tetiba jadi blurrrr HAHAHA

AZIZAH ABAS

Oh ya, ini adalah kakak saya yang paling sulung.
Hari ini adalah ulangtahun beliau yang ke 53 tahun.
Tapi saya tak pasti betul ke 53 atau 57 tahun?
Setahu saya, kakak saya ni lahir tahun merdeka kot.
Pape pun, saya doakan kakak saya ni sihat selalu dan gembira bersama anak anak yang sudah besar semuanya.
Oh, dan juga cucu cucu beliau yang super duper cute tu.

HAPPY BIRTHDAY KAK ZAH!

Kalau tak silap hari ni pun hari ibu kan?
Kepada ibu ibu dan juga bakal ibu, SELAMAT HARI IBU untuk kalian.

Baiklah, harus bekerja di hari sabtu.
Babai.

Friday, April 15, 2011

Untuk mereka

Hari ni birthday mereka.

Kakak saya, Puan Nasriah Abas yang ke 38.
Semoga kekal sihat selalu Kak Yah.
Terima kasih kerna susah payah menjaga saya selama ini.
Hanya Allah SWT yang tahu betapa saya amat menghargainya.
InsyaAllah segala doa Kak Yah untuk saya yang mana ibarat seorang ibu mendoakan anaknya akan termakbul.
Usah terlalu risau tentang adik bongsu mu ini. Sudah besar saya ini dan tahu membawa diri sendiri.

Saya dan kakak

Dan juga, untuk kawan baik saya Cik Wan Rasyidah yang ke 26.
Mula kenal dia masa mula jadi budak baru kat sekolah asrama penuh. Time tu kecik hingusan lagi.
Standard 6 yakni 12tahun.
Masa minggu pertama dan kedua, dia tak suka saya. Selalu jeling jeling macam tak puas hati semacam.
Alololo jelesnya Syidah, aku ade ramai kawan pada hari pertama HAHAHA

Lepas tu, bila dah lelama jadi kawan baik pulak.
Macam tak boleh berpisah langsung.
Sampai la ke form 3 kami sekelas.
Form 4 saya terpaksa pindah ke KL sekolah kat sini.
Bapak sedih time tu nak tinggalkan Syidah.

Bufday Girl

Syidah, walaupun lama tak jumpa kamu di terengganu aku di sini tapi aku ingat sokmo dekat kamu.
Ini bufday kamu yang terakhir di zaman solo. Have a blast one besties!
Aku sentiasa doakan yang baik2 untuk kamu.
Semoga persahabatan kita sampai titik.
Sayang kamu ketat ketat. Muah!




HAPPY BIRTHDAY TO YOU OLS!!!

With Love,
Nba

Wednesday, December 22, 2010

Lor..bufday rupanya ;)

Yep. Sudah sampai harinya saya dilahirkan pada 22 dec 1985.  Baru 25 tahun kot.
Muda lagi kan? kan? kan?
Hoii angguk laju2 cepat!





Cik Nabila Abas,

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Syukur saya masih lagi bernafas sampai hari ini.
Saya berdoa semoga :-

Dimurahkan rezeki
Diberikan kesihatan yang baik
Sentiasa DiLindungiNYA
Selalu disayangi dan didekatkan dengan orang yang penuh kaseh sayang
Dipermudahkan segala hal yang membawa kebaikan.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Nota kaki comel size tiga : Mekaseh kat sape2 yang wish. Saya sangat hargainya :)


*Nabila*

Friday, December 3, 2010

Superman's Bufday!

Wish you HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY MY DEAR!

Well oh well, kamu baru saja 26 tahun hari ini. Its 03 Dec.

Be a Good Son and Man..Oh my man okay.


Syahir Afiq,

Syukur kita masih bersama sehingga ke hari ini selepas segala macam yang terjadi.
Suka, duka, kecewa, perit, pedih dan pasrah tetapi sayang masih tetap di situ.

Kamu sentiasa doakan saya. Kamu yang selalu tenteramkan bila saya sedang down. Kamu yang kalut bila tengok saya lapar. Kamu yang selalu ingatkan saya. Kamu yang marah bila saya degil. Kamu yang selalu lambat bila dating.

Walau ape pun, kelebihan dan kekurangan kamu saya terima seadanya dan begitu juga saya. Bak kata pakar motivasi terkenal  negara saling melengkapi. Cewah gitu hehehe...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kita. Sama-sama kita doakan. Amin.

Lastly, I've been such a great moment knowing you within 3 years. Thank You & Happy Birthday, Dear!

Esok saya belanja awak makan okay. Hmmm lainkali saya masakkan ayam masak merah tu ye.

Heart You =)

With heart,
AngelBilla