Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Friday, January 6, 2012

morning shift.

Aku ni kan memang ada masalah bangun pagi tau.
2 hari lepas aku off day lepas tu harini sepatutnya aku keje pukul 7 pagi.
Tapi aku tak tahu kenapa aku tak tersedar langsung. LANGSUNG okay!

Tetiba je dengar HP bunyi :-

Sherry : Cik Nab, ko kat mana? belum bangun lagi eh?
Aku : Baru nak bangun. Kenapa beb? (ingatkan dia nak inform dia tak datang keje ke ape)
Sherry : Cik Naaaaaabbbbb, ko dah bangun belum ni?
Aku : Baru nak bangun lani (confident gila tak buat salah apa apa)
Sherry : Ko dah lambat Cik Nab. Tengok jam pukul berapa. Dah 6.57 tau.
Aku : Arghhhhhhhhh benci lah aku macam ni. Selalu gini. !@#$%^&*
Sherry : Ko nak aku login untuk ko dulu tak ke ko nak MC terus?
Aku : Hmmmmmmmm. takpela aku nak tido.

Dah banyak kali tau jadi macam tu. Alarm bunyi lepas tu aku dismiss.
Lepas tu sambung tido tanpa rasa berdosa Hahahaha

Haih nak jaga diri sendiri pun tak lepas apatah lagi nak jaga anak orang nanti.
Aduhai.

Inilah padahnya semalam aku minum nescafe lepas tu susah dah nak tido.
Sampai pukul 2 pagi duk bercakap telefon.

Okayla, ni dah pukul 12 tengahari aku nak bersiap pergi klinik jap nak amik MC.
Nak cakap sakit apa pun aku tak tau.
Muka sihat badan tough lagi ni.

Kalau doctor perempuan aku ingat nak selamba cakap period pain lah tapi kalau doctor laki aku nak cakap cirit birit.

Ok. Chiow.

Happy Friday!

Sunday, August 14, 2011

Iftar with housemates. yummeh!

Lokasi : JM Beriani, TTDI Jaya.
Date : 10/08/2011

Beberapa hari lepas, my ex-houssie (Chepp) tetiba datang rumah kitorang dan ajak berbuka bersama.
Yess, saya ketika itu memang duk tengah pikir nak berbuka dengan sape.
Kebetulan cuti jadi masa banyak dihabiskan di atas katil saje. Bergolek guling sana sini.
Baca novel, baca magazine, online download songs dan akhirnya boooommm tido. HEAVEN :)

Beriani dan Roti John adalah my fav :)

Chepp dah makin kurus sejak jadi cikgu permata. penat jaga bebudak.

Safwa baru balik keje. 

Bakal pengantin this raya. Asmaa datang dgn tunangnya Din. 

Kitorang berbuka dekat area rumah saja.
Tak larat nak pergi jauh jauh takut jammed kang tak pasal berbuka korek hidung dalam kereta je. heh?

Bukan senang nak duduk semeja makan sesama sejak akhir akhir ini.
Masing masing dah sibuk dengan kerja.
Kalau dulu, best je balik rumah masak sesama dan makan sesama sambil bergosip hehehe
Sayang je Amrilia (Alya) tak join sekali time berbuka hari tu.

Lepas raya ni, Asmaa dah kahwin jadi dia akan pindah rumah. Kitorang akan dapat housemate baru nampaknya :)

Hujung tahun ini, Chepp mungkin akan kahwin juga. Jangan Safwa pulak yang tetiba nak kahwin cepat sekali sudah.
Matila saya nak cari housemate baru.
Nak bayar sorang2? Hoiiii ini Shah Alam, harga rumah sewa lu pikir sendiri ah.

Apa apa pun, nasi beriani best (tetiba)

Babai!

Wednesday, July 20, 2011

mari bersahur :)

Tadi kan super lapar sebab last sekali makan pukul 4 petang tadi kat office.
Lepas tu balik rumah pukul 8 malam. Tertido kejap sebab sakit kepala menahan sakit gusi.
Bangun bangun pukul 930malam perut lapar sampai menggigil. OVER hahaha

Gusi sedang membengkak sebab semalam terliur gila tengok kopok lekor kat Kedai Aimar.
Lalu aku beli 4 hengget tapi lepas dah makan satu terus rasa lain macam.
Bangun pagi gusi bengkak. Terbaek sangat!
Padan muka kau siapa suruh degil ikut nafsu serakah?
Huwaaaaaaa

Jenuh aku selongkar menghadap peti sejuk apa nak dimakan ni. Ada choc dengan air kotak je banyak. Haiyaaa :(
Tekak aku pulak skang ni dah takmo layan biskut. Dah bosan. Dah muak. Wekkk

Aku amik kerusi aku panjat kabinet dapur. Ada coco crunch & corn flakes bulan puasa tahun lepas.
Nak mati kalau makan?

Akhirnya haaaa dah jumpa. Tin sos carbonara mushroom prego dengan fettuccine *melompat kegembiraan*
Terus tebuk tin tuang dalam kuali, rebus dan toskan.
Gila instant tak sampai 15 minit kot. Lagi senang dari masak maggi. Serious.



menu pemalas macam aku.
Masak 15 minit tapi licin dalam 5 minit je. Betul betul lapar di kala pukul 1230 malam begini.

sebab takut duduk depan sorang2 bawa masuk makan dlm bilik. ish ish
Disebabkan perut dah kenyang, niat untuk sambung ganti puasa esok diteruskan.
Ada lagi 3 hari wei.

Okeh, chiow lu nak sambung meniarap layan movie korea ;)

Nite!

Saturday, May 21, 2011

Syoknya kalau ada adik

Gembira alang kepalang kalau orang panggil saya Kakak.
Dia punya feel tu rasa macam lagi sedap dari cheeseburger.

Rasa macam matang sangat.
Rasa dihormati gitu.
Bukan senang tau orang nak panggil saya Kakak tau (bajet muka awet muda selalu la kan?)

Sekarang ni, ada seorang budak perempuan ni suka panggil saya Kak Anne.
Okay korang gelak kan?
Nama baru. Acewah HAHAHA

KAK ANNE, KAK N, KAK EN.

Saya pun tak tahu macam mana dia spell la kan tapi janji bunyi N.

Safwa
Inilah budaknya yang suka panggil saya Kak N tu.
Dia adik housemate saya, Chepp.
Sekarang dia duk melepak rumah saya sebab tengah cari kerja.
Seronok tau sebab dia suke masak. Sedapppppp. Maceh Puwa!

Sorry, i dah ade boifren. hensem dan baek lagi tau ;)
Serius, lawa betul budak ni kan?
Lemah lembut sopan santun ringan tulang memang idaman semua mak mentua la pendek kata hehehe

Saya dan makanan kan memang kawan baik heee
Semalam saya cuti jadi nampak dia macam boring giler je duduk rumah jadi saya bawa la dia jalan jalan sikit.
Bila tanya kamu nak pergi mana dia kata ikut suka KAK N la nak pergi mana puwa ikut je.
So, saya bawa jela dia pegi cuci mata dekat Subang Parade dan Empire semalam.

Pusing pusing sampai terpeleok budak ni. Yela dia kan lembut sangat bukan macam saya yang jalan laju giler macam nak kejar penyimbah asid gitu.
At last, dia suruh saya beli baju yang sama dengan dia. Kotak kotak warna merah.
Sweet kan budak ni?

PS : Masa kecik dulu saya selalu tanya dengan mak, bila orang nak dapat adik ek? hihihi

Wednesday, May 11, 2011

Checklist for today

Weee hooooo Morning.

Suasana pagi yang baik arini dari jendela bilik
Haaaa...Sila percaya saya bangun pukul 9 pagi hari ni.
Awal kan? kan? Pecah rekod tu. Dahla hari ni saya off.

Banyak hal nak settle hari ni. 
Tak mahu duduk duduk manja manja kat rumah.
Nak cari kehidupan luar. Acewah. Come on, get ur life outside bebeh HAHAHA
Lebih kurang macam tu. Macam poyo sikit.

Jadi, saya plan hari ni nak buat :-

1. Campak segala baju ke dalam washing machine. Dah penuh sangat bakul tu.

2. Vaccum dan mop bilik atau mungkin satu rumah terus. Banyak habuk dan kuman berkeliaran.Huh.

3. Basuh kereta. Minggu lepas ade burung berak atas kereta. Euwww baru hari ni ada masa  nak pegi car wash.

4. Potong seluar jeans. Selalu beli tapi tak boleh pakai. Harus!

5. Repair kasut. Banyak gila kasut yang saya sayang tapi rosak tapakla tumitla.Macam2.Ganas siot.

6. Lunch dengan teman lelaki. ?????

7. Layan wayang sorang sorang. Tengok review ramai sangat cakap citer tu gempaq giler. Fast and Furious 5.

Itu je.
Kita tengok saya berjaya ke tidak untuk buat ke semua di atas.
Cakap banyak tak gunalaaa...
Wake up. Start!

Okeh babai ^____________^


Sunday, May 1, 2011

Buhsannnnn

Sakit betul badan kalau berehat kat rumah tak buat apa apa.
Bangun tido je kejenya.
Makan pun tidak.

Hmmmm saya rasa bulan ni bil electric mungkin akan naik untuk rumah saya.
Sebab dah 3 hari 3 malam berturut turut saya bukak semua lampu yang ada rumah saya ni.

Semua orang balik kampung tinggal saya sorang je.
Terpaksa tidur dalam ketakutan *sobs sobs*

Kan dah kantoi penakut gelap :P

PS : Selamat Hari Pekerja Semua. Semoga gaji kita semakin naik dalam menempuh kos kehidupan masa kini.  Amin ;)

Friday, April 1, 2011

Kan dah rindu

Dengan makhluk makhluk ini.


Gugu gaga
Mereka adalah anak anak kepada abang dan kakak saya. Saya mempunyai 4 big bro dan 6 kakak.
Sebenarnya, adik beradik saya adalah 12.
Yep, boleh tubuhkan satu team bola. Tapi abang yang no 2 sudah pulang ke rahmatullah pada tahun 1997 disebabkan barah otak. Beliau adalah abang yang memberi nama kepada saya ketika mula mengenal dunia ini. Berdasarkan cerita mereka yang lain, ayah ingin menamakan saya Siti Sairah (sairah tu dalam arabnya adalah kereta). Sebab nya saya hampir keluar semasa perjalanan menuju ke hospital kuala terengganu hehehe
Tapi abang saya bangkang, beliau mahu menamakan saya Nubla Atiqi. Ini nama turki mana entah abang saya berkenan. Ayah saya pula membangkang keras. Susah nak sebut katanya. Dan ayah bertekad ingin menamakan saya Khairunnisa yang bermaksud secantik cantik wanita. Amboi.....
Akhirnya, abang saya jugak yang menang dan letak nama yang simple 'NABILA'.

Dari kecik saya memang sangat rapat dengan beliau. Kemana saja pasti akan ikut. Ke padang bola, ke stadium menonton bola sehinggalah arwah berbulan madu pun dibawa nya saya sekali. I MISS YOU Abang :(

Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Lutfi bin Abas.

Orang kuat keluarga saya!
Ini pulak sebahagian abang dan kakak yang hadir masa perbincangan tahunan keluarga kami masa saya balik kampung 3 minggu lepas tu. Yang tak dapat hadir tiga orang sebab tak dapat cuti dan jauh.
Setiap tahun memang kami adik beradik harus berkumpul walaupun pada hakikat sebenarnya amat payah nak  pastikan kesemua adik beradik berada di dalam satu bumbung.
Saya rindukan saat kami sewa hotel atau apartment di mana2 resort dan ada sedikit aktiviti riadah. Dah lama tak buat. Makin lama makin susah nak jumpa semua. Kalau ade pape function macam kenduri atau kematian baru boleh gathering sesama.
Bila Mak Ayah dah takde memang camtu. Sedih tau bila diingatkan balik. Hmmmm

Kenapa saya ceritakan tentang cerita yang sedih ya?
Sebenarnya, saya tiba tiba rindu terlebih kepada keluarga.
Sehari dua ni, saya ada sedikit masalah keluarga :( ;(
Kalaulah mak dan ayah masih ada pasti semua ini takkan berlaku. Tapi apakan daya KEMATIAN ITU ADALAH PASTI.

Okay dah. Tak payah cerita lebih nanti banjir pulak.

Hi, My name is Erdina Nur Damia. I love gedik and u can call me Kakak ;)
Ini pulak anak kakak saya, Nasriah Abas yang mana banyak menjaga saya.
Budak di atas tu, kalau pergi ke mana mana pun mesti orang cakap macam muka saya masa kecik kecik dulu. Ramai menggelarkan dia Nabila Junior.

Gilerlah, aku rasa macam tengok nabila masa kecik kecik (kawan saya yang cakaplah)
Ya Rabbi, fotostat macam nabila lah (makcik sepupu sepapat yang cakap begitu)

Haruskah saya berbangga? Sebab ramai yang cakap dia sangat comey dan ade aura. jadi, saya tumpang perasan sekali tralalalala
Well, bagi saya dia memang comey pun. HAHAHA masa kecik dulu lagi comey dan sangat menggeramkan.
Dia punya bulu mata omangaih original tak payah pakai bulu mata palsu dah. Fuh jeles saya tau.

Dina ni kalau dengan saya memang berkepit je. Dia selalu cakap nanti besar nak jadi macam Suela.
Nak bawa kereta dua pintu lah, Nak boyfie nama sama dengan boyfie Suela lah, Nak putih macam Suela lah (weh putih ke, pleaselah), Nak gigi pun macam Suela. Walawei, pendek kata saya ni idola dia lah. Begitu.

Saya kan kalau balik kampung memang wajib kena paksa mandi sama2 dengan dia. Kalau tak nanti dia merajuk monyok je. Lepas tu kan, cara saya gosok gigi, pakai sabun, pakai shampoo semua dia nak ikut. Dia tiru sebijik i tell you. Kelakar kan Dina ni? Sungguh obses terhadap makcik dia yang saywell ni.

Hello, My name is Ezalea Nur Aleesa. U can call me Adik!
Haaa...ini pulak adik kepada Si Dina tadi. Dia ni pun saya tak boleh tahan rindu. Tambah lagi semalam kakak saya call. Dapatla cakap dengan dia, lepas tu dia boleh cari saya kat dalam henpon tu. Comey!

'Hmmm adik ni adik ni. Adik makan burger sedap. mana Suela ni? Suela suela'

Arghhh saya rasa macam nak jadi superwoman terus terbang nak balik sana. Sumpah geram giler. Dahla dia baru boleh cakap banyak. Dalam hati duk kira, bila lah saya nak ada anak sendiri yang comey begini hekhekhek

Okay, saya rasa karangan tentang keluarga ni macam dah panjang kot. Kalau nak cerita semua memang 18 episod pun tak cukup kan.

Last, I LOVE MY FAMILY!




Sunday, February 6, 2011

Peace Yo!

Sunday Morning. Yeay!

Tapi bangun pagi terus rasa tak sedap hati dan menyirap.

Takmo cakap lagi. sob sob sob :(

Persetankan semua itu.

Good Morning or Afternoon?

Penutup mata polka dot pink tu memang banyak giler membantu saya tido tak hengat dunia.
Selalunya lepas Subuh, saya pakai benda alah tu sedar tak sedar pukul 10 atau 11 pagi. Heaven beb!

Bilik saya terlampau terang jadi menggangu konsentrasi nak tido jadi memang harus pakai benda alah tu.
5 hengget je beli kat Daiso The Curve. Terima Kasih Daiso :)

Okay, perut dah karok baek punya. Lapar. Tetiba rasa nak makan meatball ikea.Uwaaaaaaa
Chiow Lu!

[nba]

Sunday, January 30, 2011

kemalasan

Hello Sunday!
Tiada sebarang plan untuk hari ini.
Mahu guling guling kat rumah je kot.

Perasaan malas melampau lampau sebab cuaca hujan. Wooh sangat syahdu tambah pulak saya terpaksa bergelumang dengan period pain neh. Sakit dowh!

Penyelesaiannya, panaskan seterika lepas tu gosok kat perut. Kelegaan terasa di situ.
Huh memang leceh jugak jadi pompuan. Kena buat perkara2 pelik tapi benar.

Okayla, saya nak pergi makan biskut cicah cicah milo.

Daaaa....Selamat berhujung minggu :)


PS : Kalau keluar nanti habis duit. Kene belajar berjimat huhuhu

Sunday, January 16, 2011

Its 12!

Start menulis kui 12 tengahari. Its 12. Suka sangat leteww nombor 12.

Korang wiken buat apa? (saja tanya padahal tadak orang baca pun belog neh, berapa kerat je pun)

Saya mungkin duduk kat rumah je kot. Macam malas nak keluar. Ada yang ajak saya keluar tapi rasa macam tak patut saya keluar. Saya menolak dengan cara baik. Sorry.

Semalam susah giler nak tido. Tiba tiba hati jadi sayu dan kosong. Lepas tu tetiba airmata mengalir tak sengaja. Hampir basah bantal. Haih
Hmm dah lama tak menangis rupanya. Oh tambah maybe PMS.

Okay fine. Saya menafikan lagi.

Saya terlalu rindu kepada sesuatu yang tak patut saya rindu. Ya Allah betapa sakitnya bila perasaan rindu macam tu datang *sebak*

Bye. Lapar lah. Nak pegi masak kejap.

Tuesday, December 28, 2010

Exercise Darling

Yep, saya penat tapi senyum berbaloi2 teee heeee ^______^
Cuti hari ini dihabiskan dengan mengemas rumah. Yeay!

Bangun dah pukul 11 pagi, fesbuking kejap, bekfes weetameel cicah milo kejap.
Pastu basuh baju yang penuh bakul tu kejap pastu sapu satu rumah kejap sampai bilik orang lain pun saya belasah jugak. Bukan nak geledah tapi niat suci nak tolong bersihkan lantai bilik korang.

Korang pasti suka kan? kan? alolo mengaku sajalah!

Adalah saya memang ada sejenis sifat yang tak puas hati tak bertempat. Dah sapu terbongkok2 masih lagi tak puas hati. Aku mahukan kilatan, kata hati kecil saya.
Dah tu, amik pulak vacuum terbongkok2 sampai tersadung sendiri akibat terpijak wayar2 yang berserabut tu. Padanla muke.

Namun, semangat tetap utuh. Dah setel vacuum, belasah pulak mengemop sampai pinggang sendiri rasa macam nak patahkan dua. Weh sudah cukup tua ke aku cepat giler letih bila buat kerja2 rumah ni. Oppsss :p

Akhirnya, hasilnya berkilat sungguh dan saya tersadai di atas sofa sambil baca magazine female dan pengantin.
Budak budak rumah saya ni yang suke beli majalah tu saya tolong baca je.

Eh, baru teringat makan tengahari pun idak lagi. Patut ah perut rasa lain macam je bila mengemop tadi. Perasaan geram sebab lapar menyebabkan tenyehan ke atas lantai tu lagi berkesan. Bagus jugak bagus!

Okay, inilah hasilnya. Tadaaaaa

Haaa berkilat kan?

Dapur pun kilat tau.

Fuyooo...lantai bilik saya.

Kesian basikal senaman tu jarang sekali digunakan

Sorry mucuk, tak mandi.


Entry ini tidak berniat untuk menonjolkan kerajenan ke atau ape. Hanya sebab masa banyak terluang.
Saya mengaku la bukan senang nak dapat penyakit rajen macam hari ni. Sebulan sekali je pon.

Okeh, chiow lu. Akak saya mitak tolong amik dia kat opis pulak. Jadi drebar siot. Ape pun buleh peluk cium sepak terajang budak2 kicik tu. Sukeeeeee =)

Thursday, December 9, 2010

Im Off

Airmata aku masih lagi tumpah tanpa segan silu. Bawa kete nangis, mandi nangis, makan pun nangis.
Oh shit aku benci macam ni.
Nasib arini memang off dan tak perlu keje.

Aku berharap...Cepatla okay. Aku yakin aku pasti akan okay macam biasa. Macam dulu.
Aku tahu aku seorang yang kuat macam besi.
Aku jenis yang pandai pujuk hati sendiri dan bawa diri. Dah biasa sangat dah.

YOUJUSTGIVEMEBEAUTIFULHURT!

Thank You :(

Saturday, November 27, 2010

Berguling manja

Selamat Pagi Weekend!

Sesungguhnya saya memang sangat suka hari sabtu dan ahad. Buat masa sekarang belum dapat schedule masuk shift lagi memang suka lah hari sabtu. Nanti bila dah masuk shift memang kompem kene keje jugak hari sabtu.
Saya hanya akan ada satu hari wiken saja iaitu Ahad. Yang pastinya akan digunakan dengan sebaik baiknya.
Dating maybe? heh gedik *wink*

Hmmmmm..apa nak buat arini? apa?
Kalau keluar pun maybe petang sikit.
Si dia ade keje pi survey motor katanya nak merempit pulak lepas ni dah penat naik LRT kononnya pegi keje.
Wooweee i loike mat rempitttt..hahaha

Okay, saya dah tahu apa nak buat.
Laundry yang banyak giler nak mampos dah tinggi bakul pink tu mintak disumbat dalam washing machine. Bukan basuh tangan pun. Woh jangan harap saya yang memang tak boleh tahan basuh baju dengan tangan. Penat weh penat! Zaman study dulu pun masa duduk rumah sewa saya sanggup perabis duit loan tuk beli washing machine. Bukan pemalas tapi bila basuh baju dengan tangan tiba2 saya jadi sangat particular pastu kompem lama duk dalam bilik air sampai jari jemari montok ni jadi kecut mecut. Jadi saya hanya nak jimatkan masa di situ heeeee

Pastu saya nak lepak lepak dan berguling manja kat umah. YES! Saya mengaku saya ni sebenarnya memang sorang yang home type jugakla. Saya boleh duduk kat umah dua hari tak keluar2 tak jejak tanah pun. Kadang2 pelik jugak bila ada sesetengah orang cakap dia leh jadi bengong dan gila kalo satu hari tak keluar rumah. Oh macam tu pulak ek? Btw, lain orang lain ragam rite..Saya okay je ^-^

Baiklah, saya jadi cinderella dulu ye.
Chiow lu. Have a nice weekend korang *smile*

PS : Entry ni ditaip sebelah tangan manakala sebelah lagi pegang air kotak milo dan butterscoth. Burp!