![]() |
| Gugu gaga |
Sebenarnya, adik beradik saya adalah 12.
Yep, boleh tubuhkan satu team bola. Tapi abang yang no 2 sudah pulang ke rahmatullah pada tahun 1997 disebabkan barah otak. Beliau adalah abang yang memberi nama kepada saya ketika mula mengenal dunia ini. Berdasarkan cerita mereka yang lain, ayah ingin menamakan saya Siti Sairah (sairah tu dalam arabnya adalah kereta). Sebab nya saya hampir keluar semasa perjalanan menuju ke hospital kuala terengganu hehehe
Tapi abang saya bangkang, beliau mahu menamakan saya Nubla Atiqi. Ini nama turki mana entah abang saya berkenan. Ayah saya pula membangkang keras. Susah nak sebut katanya. Dan ayah bertekad ingin menamakan saya Khairunnisa yang bermaksud secantik cantik wanita. Amboi.....
Akhirnya, abang saya jugak yang menang dan letak nama yang simple 'NABILA'.
Dari kecik saya memang sangat rapat dengan beliau. Kemana saja pasti akan ikut. Ke padang bola, ke stadium menonton bola sehinggalah arwah berbulan madu pun dibawa nya saya sekali. I MISS YOU Abang :(
Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Lutfi bin Abas.
![]() |
| Orang kuat keluarga saya! |
Setiap tahun memang kami adik beradik harus berkumpul walaupun pada hakikat sebenarnya amat payah nak pastikan kesemua adik beradik berada di dalam satu bumbung.
Saya rindukan saat kami sewa hotel atau apartment di mana2 resort dan ada sedikit aktiviti riadah. Dah lama tak buat. Makin lama makin susah nak jumpa semua. Kalau ade pape function macam kenduri atau kematian baru boleh gathering sesama.
Bila Mak Ayah dah takde memang camtu. Sedih tau bila diingatkan balik. Hmmmm
Kenapa saya ceritakan tentang cerita yang sedih ya?
Sebenarnya, saya tiba tiba rindu terlebih kepada keluarga.
Sehari dua ni, saya ada sedikit masalah keluarga :( ;(
Kalaulah mak dan ayah masih ada pasti semua ini takkan berlaku. Tapi apakan daya KEMATIAN ITU ADALAH PASTI.
Okay dah. Tak payah cerita lebih nanti banjir pulak.
![]() |
| Hi, My name is Erdina Nur Damia. I love gedik and u can call me Kakak ;) |
Budak di atas tu, kalau pergi ke mana mana pun mesti orang cakap macam muka saya masa kecik kecik dulu. Ramai menggelarkan dia Nabila Junior.
Gilerlah, aku rasa macam tengok nabila masa kecik kecik (kawan saya yang cakaplah)
Ya Rabbi, fotostat macam nabila lah (makcik sepupu sepapat yang cakap begitu)
Haruskah saya berbangga? Sebab ramai yang cakap dia sangat comey dan ade aura. jadi, saya tumpang perasan sekali tralalalala
Well, bagi saya dia memang comey pun. HAHAHA masa kecik dulu lagi comey dan sangat menggeramkan.
Dia punya bulu mata omangaih original tak payah pakai bulu mata palsu dah. Fuh jeles saya tau.
Dina ni kalau dengan saya memang berkepit je. Dia selalu cakap nanti besar nak jadi macam Suela.
Nak bawa kereta dua pintu lah, Nak boyfie nama sama dengan boyfie Suela lah, Nak putih macam Suela lah (weh putih ke, pleaselah), Nak gigi pun macam Suela. Walawei, pendek kata saya ni idola dia lah. Begitu.
Saya kan kalau balik kampung memang wajib kena paksa mandi sama2 dengan dia. Kalau tak nanti dia merajuk monyok je. Lepas tu kan, cara saya gosok gigi, pakai sabun, pakai shampoo semua dia nak ikut. Dia tiru sebijik i tell you. Kelakar kan Dina ni? Sungguh obses terhadap makcik dia yang saywell ni.
![]() |
| Hello, My name is Ezalea Nur Aleesa. U can call me Adik! |
'Hmmm adik ni adik ni. Adik makan burger sedap. mana Suela ni? Suela suela'
Arghhh saya rasa macam nak jadi superwoman terus terbang nak balik sana. Sumpah geram giler. Dahla dia baru boleh cakap banyak. Dalam hati duk kira, bila lah saya nak ada anak sendiri yang comey begini hekhekhek
Okay, saya rasa karangan tentang keluarga ni macam dah panjang kot. Kalau nak cerita semua memang 18 episod pun tak cukup kan.
Last, I LOVE MY FAMILY!




No comments:
Post a Comment