Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

She's officially taken :)

Dah jadi isteri orang dah sahabat terbaik aku ni secara rasminya 04 June 2011.
Berakhirnya pernikahan dia maka bermula lah soalan soalan biasa yang aku dah penat dan tak tahu nak jawab dari orang sekeliling.
Aku senyum jela takpun paling paling busuk aku cakap InsyaAllah dan doa doakan lah untuk saya :)

Penat weh kenduri kendara ni.
Aku takdela sibuk kat dapur tapi sibuk ke hulu ke hilir. Tapi still penat nak mati.
Pengapit katakan.Harusla sibuk. Dalam masa yang sama nak melayan tetamu yang datang haritu rata rata kawan kawan kitorang dari sekolah rendah. Kawan dia kawan saya jugaklah.

Seri pengantin

Sebelum berangkat ke masjid untuk akad nikah

Penuh debaran ye Asrul?
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.
Si Noniey macam biasa ah ratu airmata menangis dengan lebat. Sepatutnya saya la yang nangis kan?
Tapi cool je tahan dalam hati sebak jugak seposen huhuhu

Pic ni aku rasa aku macam mak nyah.

Time berarak ni panas terik, dah petang tu hujan pulak

Anie yang susah2 datang dari KL naik kete 7jam nak patah pinggang katanya hehe

Haaa tengok tu, gigih kipas pengantin tau

Siap touch up bagai. Good bridemaids rite? hahaha

Memang penat sampai tertido atas sofa wa cakap lu

Outdoor photoshooting @ Pantai Telaga Papan. 15min je dari rumah pengantin

Tengok. Sunset! Indah betul kan.

Kawan kawan yang lain pun sibuk nak bergambar jugak kalah pengantin
Pura pura berebut bunga pengantin.poyo

gedik. ini bukan pura pura tapi memang HAHA

Bidi yang sanggup fly dari KK walaupun demam.

Majlis bertandang di Pendang, Kedah. 09 June 2011

Oh my dear fren, im so happy for you :) 

Please Asrul, Janji dengan aku ko akan jaga sahabat aku baik baik.

Pipi makin tembam lengan macam ahli gusti. sekian.

Hai Noniey & Asrul, cepat cepat dapat baby tau aku tak sabar nak tengok anak korang.
Tahniah dan semoga kalian berdua bahagia sampai hujung nyawa.

Jangan risau, InsyaAllah berkat doa korang bersama semoga aku pun boleh pakai inai macam korang jugak tak lama lagi. Angan angan.
Terkilan tau hari tu inai tak cukup aku nak pakai. Mencik!

Monday, February 21, 2011

kenduri kawen lagi..lagi..lagi

Oh yeah, setiap minggu ade kenduri kawen.
Minggu lepas ex-housemate minggu ni pulak kawan sekolah menengah saya.

Kenduri ni kat Keramat AU3 je. Nasib dekat sini kalau jauh2 tak terpergi la kot jawabnya.
Tahniah Aziey & Firza! Korang sweet sangat. Ade scene Aziey tolong lap2 kan peluh hubby dia kat atas pelamin tadi heee...

Baa, ehem, Aziey, Belle, Enot

nak sangat gaya bebas
Oh single ladies!


berlatar belakankan suasana hiruk pikuk. konon

Sporting diorang ni. Suruh meniarap pun okay je heee

Si kepoh dan kecoh

Lepak kenduri macam lepak mamak. sembang tak hengat!

Dah lama tak jumpe bila bergabung habisla kecoh tak ingat. Mereka ini kawan masa saya sekolah kat Lembah Keramat. Time tu Form 4. Tahun saya kene buli dengan budak2 laki yang sangat nakal sebab budak baru yang datang dari kampung. Innocent nak mati tapi kene buli jugak. Tak faham saya dengan mereka yang suke membuli ni. Takpe, saya dah "Buli Balik"dah budak budak tak guna tu.

Nampak tak keinsafan di situ? Seat Belt!!
Pic tu sebelum kene tahan dengan polis. Sekali lagi. Tiap minggu kene tahan dengan polis. Giler rajinlah polis kat  Malaysia ni berkhidmat tengah panas terik tu.

Kali ni bukan sebab seat belt tapi mungkin sebab saya bawa kete laju kot. 140km/h sebab rushing dah lambat janji dengan dorang pukul 1 lebih. Dan sekali lagi, saya terselamat dari cengkaman polis tanpa berbuat apa apa rayuan hiba. Polis lepaskan saya begitu sahaja. Pelik betul HAHAHA

Mungkin polis tahu niat suci saya nak pergi kenduri kawan baik saya. Mungkin mungkin :P

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga berbahagia hendakNya. Amin.

Chiow lu.

Selamat Malam dan Mimpi Indah bersama SMS yang baru diterima kejap tadi. *wink*

-nabilaabas-

Sunday, January 16, 2011

Terkedu

Ke mana saja saya pergi orang sibuk menanyakan bila saya nak kahwin.
Tak kira lah dari family ke, kengkawan ke, orang kampung ke sume duk tanyalah.

Saya senyum je. "InsyaAllah" kata saya.

Kalau di kalangan family saya tak usah cakap la. Pantang jumpa saya lepas peluk cium bagai.
Soalan pertama pasal isu itulah. Kawen kawen kawen!

Dekat page fesbuk family saya itu, anak2 buah saya siap tolong berangan untuk saya lagi. So sweet lah korang. Suela tahu anda semua sayang suela yer. Perasannya hehehehe



Paling terharu bila mereka sudi mendoakan saya. Terima Kasih!

Kalaulah mereka tahu hidup makcik dia ni makin complicated mesti mereka kecewa. Saya pun malasla nak kecoh pasal "apayangterjadidalamhubungansaya" kebelakangan ini. Takut kakak dan abang saya semua risau dan macam2 hal pulak nanti. Kang naye kalau saya kene kawen pilihan hati mereka pulak hahaha. Oh nehi nehi! Just imagine, kalau 6 orang kakak dan 4 orang abang saya bergabung tambah lagi 50 orang anak buah kompemlah saya kalah.


Kepada kakak & abang semua : Mintak maaf kalau orang terlalu merungsingkan kalian. Doa yang terbaik ok.
Kepada anak2 sedara : Korang sume stok study kat oversea, nanti Suela kawen korang takde.Sedih :(
Kepada sahabat : Aku tahu korang mahu lihat aku hepi.
Kepada orang kampung : Haaa...mesti tak sabar nak tengok bakal suami saya kan?

Kepada diri sendiri : Jangan banyak pikir dan risau. Tuhan dah tetapkan pasangan untuk semua umatNya. Sabar wahai hati.

Yang tak leh blah, kepada orang kampung tuuuuu....wakakakaka engkau bajet dan feeling artis la nabila oiii...

Okeh dah.
Blah!


Saturday, November 20, 2010

Etoi kawen kat Cheras

Sekarang memang musim sedara mara dan para sahabat handai kawen.
Jadi every week ade je kenduri yang patut di attend.
Yang banyak tak attend pun ade jugak sebab di atas beberapa faktor. Jauh, masa dan juga rasa entah macam tak perlu pergi pun ade jugak hikssss

Ini kawan kolej saya kawen kat Cheras. Etoi nama dia.Nama panjang Saidatul Akmar.
Kebetulan saya online fesbuk pastu nampak "Its happening NOW" tuk event tu lalu capai henpon aino saya yang hitam menawan tu dan terus text Puan Suraya dan juga Cik Jay.
Bertanyakan mahu pergi ke tidak sebab saya ketiadaan geng nak pegi lantaran semua orang ade agenda dan kenduri jugak.

Okay, Puan Suraya cakap dia nak sidai baju dulu pastu baru suruh saya datang amik dia kat Sunway tapi Cik Jay menipu cakap busy dan berada di luar kawasan iaitu dia tibai cakap dia di Johor.
Tak tau betul ke tak. Biarla dia.

Dan yang penting, Puan Suraya ini kawan baek saya dari form 5 sampai ke dunia kolej penah satu katil satu selimut dua bantal dan berbasikal sama2.
Cool woh!

Saya siap text kasi remind sama Puan Suraya "Jangan lupa bawa lil Hannah Fakhira yang comey gedik tu".

Sudah.jangan merapek lagi.
Style menulis nak buat style cakap memang tak habis la dowh. Lenguh.

Kitorang dengan pengantin

Tatau apa motif saya snap pic neh padahal budak2 ni saya tak suke dulu.huh

SELAMAT PENGANTIN BARU ETOI DAN ABANG AWAK!

Semoga berbahagia selalu and wish me too ya.


*Nba*

Wednesday, November 10, 2010

Wedding Noli & Hirzi, 071110

Haaaa....ini 1st time saya upload pic kat belog mucuk ini.
Lepas ni terus terusan ade pic lagi.


Wow




Sumpah lain muka kawan aku ni.Cantek kan?

Fairuz, Noniey, Noli dan penulis hehe


Zapin.Tradisi Johor. Kalau Terengganu..ape ek??hmmm

Noli & Hirzi

Ini geng dari KL

Pilot & Co.

Gaya cover tembam


Sory giler sbb tatau nape blogspot skang takleh nak rotate gambar. Penat godek tak jumpe gak. kan dah senget2 kepala ngeeeee