Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Raya korban di ofis!

Bagaimana dengan raya korban anda semua? Yeah pasti bosan kan?
Kebanyakkan selalu cakap raya haji tak meriah, bosan, banyak tido, bla bla bla.

Muka bosan.

Keadaan office yang sunyi dan suram


Tahun ni raya kat opis sangat tak syok sebab takde officemate yang rajin bawa makanan raya.
Lapar sampai tengahari tau. Sumpah tahun depan tak mau raya kat ofis lagi. Nak apply cuti awal awal.

Semalam dahla saya masuk keje pukul 10 pagi tak makan apa apa pun pastu meal break pulak pukul 3petang.
Phewwww nasib semalam tak banyak issue sangat.
Berkat hari raya agaknya. Alhamdulillah :)

Sedapppppppppp GILA!

By the way, terima kasih sangat kat housemate baru Suhana sebab sanggup redah hujan lebat dari rumah mak dia kat Cheras sampai office Shah Alam hanya semata mata nak hantar makanan raya pada saya. 
Terharu gila kot. Ada rendang ayam, rendang hati dan limpa, ketupat, lemang, nasi impit kuah kacang. Yumsss!
Thank You so muccccch Sue, makanan semalam memang aku belasah sampai nak tegang usus.

Semua makanan tu takdela saya belasah sorang sorang. Walaupun tak banyak tapi sharing is caring dengan bebudak lain. 
Lepas makan semua muka budak budak tu ceria sengih macam kambing sebab baru terasa nikmat raya. Begitu.


The Lelaki's berbaju melayu.
Haaa, kitorang memang dah janji semua kena pakai baju raya haritu. Jadi saya pun gagah jugakla iron baju kurung walaupun memang tak pernah pergi kerja pakai baju kurung. Teruk betul. Hahaha Nak amik mood raya punya pasal.

Ecah dan Azryck

Eh tersama pulak dengan Ami. Suci kan kitorang?

Dah macam nak bertunang pulak Cik Ami tu.

Badro yang kepochi sangat. Ganung kite!

Lepas habis kerja semalam, Alya mintak tolong drive kan kereta dia pergi beraya kat rumah mak dia kat Bandar Tasik Puteri Rawang. Yeahhh seperti balik kampung rasa.
Saya penah duduk dan sekolah kat Tasik Puteri selama setahun tau. Masa tu form 5. Tak best langsung duduk sana. Jin bertendang kau!

Ape ape pun, soto dan rendang mak Alya memang terbaek. Licin dibelasahku. Da sekarang ni, akibat makan tak ingat dunia semalam perut ku memulas dari pagi. Kenapalah kau sensitif sangat wahai perut sejak akhir akhir ini? Potong stim betul lah.

Okayla, saya blah dulu. Hari ni keje pukul 4pm. Nak bersiap siap dulu. Tapi sebelum tu mari makan soto yang berjaya di tapau dari mak Alya. Heeee.

Bye.


Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha :)

Selamat Hari Raya Haji Korang!

Ampun maaf kalau ada salah silap yer.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya. 

YOU. YOU. YOU.

Anyway, tahun ini adalah tahun kedua aku beraya kat office. Malas nak pikir panjang nak raya kat mana sebab for sure semua kakaks dan abangs aku beraya rumah mentua masing.
Senang cerita, aku tak apply cuti pun dan mintak untuk kerja di hari raya.
Sedih dan sebak jugak bila dengar takbir raya kat tv tadi tapi tak apa lah aku dah biasa pun.

santapan malam raya ;)

Balik kerja tadi, aku singgah kedai mamak area umah ni beli satay. Ikutkan gigi aku mana boleh nak makan daging sangat kan tapi sebab nak amik mood raya sorang sorang kat rumah so aku tapau satay di atas. Sumpah sedap :)

Harapan esok kalau pergi office adalah insan yang baik hati bawa juadah hari raya yang sedap sedap macam tahun lepas. (Tahu makan je aku ni heeee)

Last 2 day with Kak Chik dan Kak Ta :)

Hmmm, terima kaseh kakaks ku yang call tadi at least terubat sedikit kesedihan dan kesunyian aku.
Ada sedikit issue tadi antara kami tapi takpe aku story kemudian okay. Kakak aku memang sangat sporting dan memahami. Love them :)

Esok keje pagi then now harus off to bed tanpa mandi sebab aku takut nak mandi tadi.
Harap boleh tahan kegatalan dan kebusukan diri sendiri malam ni.
Bila lah agaknya aku nak jadi seorang yang sangat sangat berani. Come on Nabila, please stop over thinking.

Lastly, wish you SELAMAT HARI RAYA KORBAN.

*Nba*

Wednesday, November 17, 2010

AidilAdha 2010, 17/11/10

Indah AildilFitri kerana KEMAAFAN,
Indah AidilAdha kerana PENGORBANAN,
Sama2 lah kita menghayatinya.

Semoga semua pengorbanan anda diterimaNYA. Amin =)

SELAMAT HARI RAYA!!!


Saya beraya kat rumah sewa Shah Alam sini je. Sorang sorang okay!
Saya memang cuti arini tapi tak amik cuti lebih. Oleh itu, saya OT hapday.
Kat opis tadi macam2 dah makan sampai buncit. Lemang, Rendang, Nasi Impit.
Pastu dah balik, kemas umah kejap, basuh baju kejap, tido pun kejap.

Ni pulak makan malam ekspress..giler kesian hahaha

Nak tau sebab ape ekspress?
Sebab saya tak tahan lapar..perut tak sabar nak tunggu masak memasak neh. Lauk pun keras lagi baru kua fridge.
Jadi, saya goreng ikan & telur matahari (mcm comey lah pulak) makan dgn kicap. Nyum nyumm sampai sendawa macam makan gajah sekor hahahaha

Alhamdulillah.