Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Duh aduh!

Aku terkena cirit birit pulak.
Muntah muntah berak berak pening pening.

Nasib off 2 hari ni.

Ini mesti sebab kuayteow goreng aku makan kat Giant semalam kot.

Ok ok sakit perut lagi ni. *lari masuk toilet*

Chiow.

Thursday, July 7, 2011

sila bersyukur

Hidup kita akan jadi lebih indah kalau kita tahu cara untuk mengindahkannya.
Tak perlu berhari hari nak bersedih. Kita kene redah. Tabah.
Yes, aku tetap tabah.

Cuba kita fikir ramai lagi orang yang lagi teruk, bermasalah dari kita.
Ada orang yang takde rumah tido bawah jambatan, ada orang yang takde keluarga duduk rumah anak yatim, ada orang yang hidupnya susah sangat.

Sebab tu saya tak suka tengok BersamaMu TV3 sebab tak sampai hati. Tak sangka ada orang lagi susah dari kita.

Oleh itu, kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi dalam masa yang sama kita harus berusaha ke arah yang lebih baik.

Wah, tetiba saya sungguh bermotivasi gila hari ni. Dari celah mana entah dapat semangat ni.
Ke pura pura?

Owh.

Saya doakan rakan sekerja saya kuat dan tabah selepas kali kedua buat operation tulang belakang minggu lepas.

Saya : Kinkin : Ecah : Sherry. Visit Kinkin @ HTAR, Klang

Peace, My name is Shikin.
Dulu Kinkin ni junior kat tempat kerja saya. Tapi disebabkan masalah kesihatan dia yang selalu terganggu dia terpaksa hantar surat resign sebab nak buat operation. Kesian dia. Terpaksa berkorban.
Dan operation ni pun agak berisiko juga, Silap silap haribulan kaki dia boleh lumpuh. Glurp.
Harap harap tak jadi macam tu la kan. Kinkin ni muda lagi kot. Steady boyfriend pun takde lagi.
Its okay Kin, cepat cepat sembuh dan berjalan berlari berlumba seperti biasa ek.


My name is Imaan
Haaa, budak kat atas tu super duper comel. Anak buah Kinkin.
Cakap pun nak campur campur mat salleh. Geram dibuatnya.
Tapi malangnya dia takut dengan gigi besi pink saya ni.
Mula mula takmo kawan pastu dah nak balik baru gedik nak laga laga pipi.
Sedih tau bila semua budak budak kecik dah takmo kawan dengan saya. *sobs sobs*

Aunty, please don't!
Tengok, Imaan memang takut betul dengan saya HAHAHA

Okay kawan kawanku dan juga bukan kawanku yang sedang membaca, tolong jaga kesihatan anda.
Jangan menambahkan bilangan pesakit di katil hospital kerajaan sebab ia bikin panas susah nak bernafas kepada para pesakit lain dan juga pelawat.

Babai.

PS : Tak suka betul pergi hospital. Damn.

Monday, July 4, 2011

Pain

I'm not happy. really.
Not to sound depressed.
But i'm just not happy.

I'm not exactly sure what my current feelings are called right now.

You know, i'm sick of being sad. 
It sucks gila gila.
I try telling myself that please stop crying.
Tired.






















I'm away.

Don't surprise if i'm disappear.

Good Bye.


Wednesday, June 15, 2011

Inilah dia. besi yang menyiksa jiwa raga.

Ya Allah, sakitnya!
Dah 3 hari mc sebab braces ni korang tahu tak?

Setakat ni, aku dah meraung lebih kurang 4 jam sekali.
Bila sakit makan ubat dia okay sikit. Lepas tu, bila kuasa ubat tu dah hilang rasa sakit tu datang balik.
Fobia seyh.

Now, aku macam dah ready sikit nak tunjuk gigi besi pink aku ni kat korang.
Korang je yang boleh tengok tau orang lain belum lagi sebab aku dah 3 hari tak keluar rumah.
Bertuah korang ni HAHAHA


wanita besi, mata lebam sebab malam2 tak boleh tido :(
Tengok tu, habis bibir mungil comey aku pecah pecah tau. Mungil dan comey la sangat kan HAHAHA
Ulser dalam mulut dah besar 20 sen siap bernanah lagi tau.
Aku ni dahla tak pernah kena ulser. Kalau ye pun setahun sekali je kot tu pun sebab gelojoh gosok gigi.
Memang tak leh blah wei kena main spray ubat pahit dalam mulut.

Itu pandangan dari sisi nampak macam boleh tahan lagi.

Kalau aku tunjuk dari depan mahu tersembur pada korang yang sedang minum.
Kalau ada yang baru nak telan air liur kompem tersedak.

Gambaran dari depan aku nak korang imagine sendiri.
Sangat tidak cool okay. Aku paling benci rongak!!!! Arghhhhhh stresssssss....

Aku perlukan ubat penenang. Ubat anti stress.

Semangat aku kadang kadang naik tapi kebanyakkan nya jatuh merudum.

Come on, chill Nabila chill! Cool ape begini. Rare sikit.

Sunday, June 12, 2011

auuuchummm

ketidak kesihatan kesejakan keakhiran keinian.
kepenatan.
kebersinan.
kehingusan.
kepucatan.

:(

masuk ni dah 80kali aku bersin.
dahla shift sekarang buat aku rasa macam zombie.
hari hari balik pukul 2 pagi.
next week midnite pulak.
phewwww...
boleh ke aku handle mata aku nanti?
entah entah sambil tido sambil cakap dengan customer bukan tak biasa buat camtu sampai customer jadi bengong dengar aku merapu.

Okay, gambateh!

Monday, May 30, 2011

Superman

" Susah kan dear je kena MC amik cuti bagai sebab nak datang sini. Jauh tu dear drive sorang sorang".
" Takde hal la dia. Bukan jauh pun. Kalo tak tengok dia orang lagi susah hati"
" Tengok, orang takde pape pun. Sikit je ni. Banyak sangat dosa orang buat Allah bayar cash terus. Best duduk hospital makanan sedap katil pun syok heeee"
" Merapu je dia ni. Belasah mahu? Takpela sakit tu kan penghapus dosa"
" Eleh nak belasah orang, budak mana entah yang mengamuk semalam. Tak malu woooo"

Patah jari kiri.
 Dia memang superman. Tengah sakit pun boleh buat lawak & peace ;(

dah discharge. kat rumah kakak dia.
Dear, get well soon okay. I know you're strong. Strong enough to be my man!

Kawan kawan rumah dia cakap memang betul. Dia ni kuat betul semangat dia.

Sayu betul hati bila tengok keadaan dia macam tu.
Lagi sayu sebab saya tak sempat nak jaga dia pun :(

Sempat tengok dia kat hospital kejap je pastu dah gerak balik Taiping dengan Mak Abah dia.
Ikutkan hati nak je ikut tapi segan ada, halangan keje pun ye jugak.
Walaupun saya tak berada di sisi tapi saya selalu ingat dan mendoakan kesihatan dia.

Doakan dia cepat sembuh. Amin.


PS : Everything happens for a reason.

Friday, May 6, 2011

Akulah Si Bodoh

Tanpa segan silu aku mengaku je aku begitu.
Korang pun mesti cakap aku macam tu jugak kan?
Aku tak kisahla orang nak cakap aku macam mana.

Sebab aku pasti malah yakin mengenai hati aku.
Orang tak faham.
Yela macam mana nak faham sebab hati masing masing kan? Ngok.

Aku dah lali orang cakap aku bodoh.
Aku ni lembap, aku ni buang masa.
Macam macam orang cakap kat aku.

Tapi aku senyum je.
Sebab aku tahu tiada siapa yang faham hati perasaan aku.
Kadang kadang bila bodoh aku berkuasa dua datang aku sendiri tak faham apa kata hati aku.
Teruk betul rasa macam nak campak je hati ni sampai segitiga bermuda.
Duduk sana diam diam.

Dia.

Sengsara sangat.
Bila bukak henpon bukak laptop rasa macam nak menangis meraung macam orang gila.
Terkenang secara automatik.

Awak tahu ke sekarang ni moral saya sedang jatuh tahap negatif?
Awak tahu ke saya sedang berperang dengan perasaan?
Awak tahu ke saya sedang merindui menggila?

Tiba tiba awak datang menjelma.
Macam tahu tahu je.
Macam besi berani awak ni.

Kejap awak datang kejap awak pergi sesuka hati.

Awak tahu tak?
Sebab awaklah saya mengelak dari sesiapa yang ingin mendekati saya.
Sebab awaklah hati saya tertutup kunci rapat untuk orang lain.
Sebab awaklah saya letakkan satu harapan yang tak pasti.

Hebat betul awak ni tapi malangnya sayalah si bodoh itu.

Terima Kasih.

Wednesday, May 4, 2011

Berdosa tak kalau aku cakap dunia ni tak adil?

Aku selalu rasa aku ni malang sangat.
Serius.
Aku tak boleh nafikan aku selalu rasa macam tu.

Seringkali aku cuba tepis sebab orang kata tak baik cakap macam tu.
Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi.

Aku selalu hilang orang yang aku sayang.
Aku pernah rasa sakitnya hilang orang paling aku sayang dalam hidup aku sampai aku demam panas 2 minggu berturut2.
Aku hilang harta terbesar yang pernah aku ada. MAK AYAH.

Sekarang aku tak punya sapa sapa pun.
Sebab tu manusia suka buat apa saja mereka suka kat aku.
Suka sakitkan hati aku.
Suka lukakan hati aku.
Sebab mereka tahu aku takde siapa siapa yang nak cover dah untuk aku.
Aku ni malang sangat :(

Orang takkan pernah rasa apa yang aku alami.

Dunia ni memang tak adil.
Kejam buat aku macam ni.
Tapi jangan risau aku takdelah bodoh sampai nak bunuh diri.
Aku masih waras lagi.

Cuma aku mohon doa supaya aku kuat dari sebelum ni.
Aku dah rasa aku goyang ni.
Aku dah tak boleh handle dah ni.

Time macam ni sumpah aku rasa nak peluk mak aku pastu nak mengadu kat mak aku apa yang orang buat kat aku.
Okayla, dah abis keyboard ni dengan airmata aku.
Bye.

Sunday, March 6, 2011

Bimbang.

Penyakit hati tu serius kan?

Ya Allah, panjangkanlah umur dan sihatkan kakak ku Rahani Abas. Tabah dan kuatkan semangat beliau menghadapi semua dugaan ini. Amin.

Risau risau risau risau risau risau risau risau risau risau :(




Thursday, March 3, 2011

march?

Omaigod, dah masuk bulan tiga dah. Cepat sangat rasanya. Kan?

WELCOME MARCH :)

Mungkin ini minggu letih.
Badan rasa macam cepat penat.
Manja betul.

Friday, January 21, 2011

Demam :(

Saya tak nak sakit.

Saya tak suka sakit.

Saya sedih bila sakit.

Saya jadi manja bila sakit.

Sakit, pergilah jauh jauh.




Cepatlah baik. Baik baik sayang.

PS : Ini demam rindu kah atau demam sebab berendam dlm waterfall semalam?