Showing posts with label Apologies. Show all posts
Showing posts with label Apologies. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, August 3, 2011

I am sorry.

Kalau boleh aku tak mahu ada yang sedih sebab aku.
Sebab aku tahu bila rasa sedih tu datang memang tak best langsung.
Rasa macam loser gila. Useless. Haprak semua ada.

Cukupla kalau aku seorang je yang rasa sedih tu dulu.
Kalau aku terpaksa galas sedih tu sampai bila bila pun aku sanggup asalkan aku boleh senangkan hati ramai orang.

Susah sangat nak puaskan hati semua orang kan?
Mesti ada yang sengsara. Mesti ada yang sakit.
Bak kata senior aku kat office, 

Kesedihan seorang hati akan disusuli dengan kebahagiaan 2 hati.

Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ni, memang perlukan pengorbanan.

Tapi entahla, aku rasa macam nak minta maaf dengan orang yang aku sendiri tak pernah kenal.
Tak pasti aku yang bersalah ke tidak.
Sedikit sebanyak aku kagum dengan kamu.

Jujur dari hati ini seikhlasnya aku minta maaf.

Aku berharap suatu hari nanti, kamu akan maafkan aku.
Sedikit pun aku tak terniat nak buat kamu bersedih.

 I am so sorry.

Monday, March 7, 2011

Maaf

Patut ke tak patut?

sexy wooottt

Sedangkan Nabi S.A.W pun memaafkan musuhnya.

Apatah lagi saya seorang Nabila yang tak punya apa apa.

Tapi sejujurnya, saya memaafkan bukan bererti melupakan segalanya. Lebih baik jujur dari pura pura.

Okeh Bye!

Friday, February 25, 2011

Ooooppppsssss

Demmm demmm demmmm saya tersilap langkah. Eh bukan begitu. Saya terlepas kata dari segi penulisan.
Tu laaaa orang kata jangan amalkan prinsip my blog my space, kan tak pasal dah kena arini. Lebih kurang kantoi gitu.

Anyway, kepada mamat yang saya masih lagi belum tahu nama dia tu. Saya tak tau macam mana awak boleh jumpa belog merapu saya ni dan jugak fesbuk (terkejut bercampur malu)

Bapak maluuuuu giler. Mesti dia kata saya perasan nak mati. M.A.L.U!! Mana nak sorok muka ni. Alamak!

Now, saya makin percaya dengan dunia ni memang sangat kecil. Ya Rabbi.

Anyway, jangan amik hati. So soorrry. Saya tak terniat langsung nak kecik kan hati dia.
Weh, mamat tu dia anta mesej kat fesbuk. Nada dia macam marah je. Saya terkejut sampai tercampak cucur dari mulut dan tangan tadi.

Erkkkk....

Apayangpatutdanharussayalakukan?? Help me.

PEACE!! PEACE!! PEACE!!


PS : Berkawan biar seribu mahupun sejuta :)