Friday, April 29, 2011

The Gonjengs & Co

Woot woot..ada berita gembira yang menggembirakan hari saya. Yeah!
Selepas setahun budak budak gonjengs ni buat hal masing masing tadi kami gathering sama sama balik.
Siang tadi saya dan Noniey pergi YOKOGAWA opis lama tempat kami kerja dulu tu.
Seronok nak mati beb gelak sampai kepala tingtong masuk angin terus biol sampai malam ni haaa...

Kalau dulu semua aktiviti memang dengan mereka inilah.
Sekarang ade yang dah kawen, baru nak kawen dan sudah bertunang kecuali saya.
Tinggal saya sorang je tau. Biasalah bongsu katakan kasi line kat yang lain dulu HAHA ayat cover sedih.

Bila bukak balik folder ternampak gambar2 dengan mereka lalu terasa nak upload balik.
Kelakar betul kitorang dulu dulu.


@ Cameron, 2009

@ Borneo. My 24th Birthday

@ Pulau Pangkor

Time ni tangan saya injured tu sebab jatuh main ice skating tu yang berbalut bagai. Ni bufday yang ke 24 rasanya.
@ Sungai Gabai

 Lepaking @ Putrajaya
Mereka 3 orang ni bodyguard terhebat.
Orang lain kacau saya diorang marah tapi kalau diorang menyakat bukan main lagi.
Bengong ni.

@ Langkawi 2008

Walkathon Niosh Bangi




Last pic kitorang lepak sekali. Rasanya ni bulan March 2010 kot

Seperjuangan
Hmmm menggigil kawan saya tadi sebab dah lama tak jumpa.
Nervous mungkin. Rindu pun ye jugak kot. Acewah.

Okay, itu jela.
Dah tak tahu nak cakap ape sebab saya pun macam tak percaya kejadian hari ni lepas diorang ni "digari"oleh wife masing masing ekekeke

Kepada The Gonjengs & Co (Noniey, Sue, Man Toi , Pidot, Mizan, Nazir, Tasha) korang pernah mewarnai hidup aku terima kasih banyak banyak dan aku harap walaupun korang semua dah ada life sendiri tapi janganlah menyombong sangat terus lupa kawan. Coiiii tau.
Papepun, aku sentiasa doakan kegembiraan dan kebahagia korang semua.
Amin.




*Jenab*

sebulan je lagi

Kejapnya masa tu berlalu.
Dah dekat 6 bulan rupanya.

Pastu, lagi sebulan je lagi kawan terbaek dunia akhirat saya ni akan jadi hak milik suaminya.

@ Jalan TAR, 24 April 2011

Hmmmm, sedihla jugak sebab lepas ni saya kompem dah tak boleh tido dengan dia lagi dah.
Tak boleh main gesel gesel kaki dia lagi sebelum tido sebab nak cari mood ngantuk.
Tak boleh gosip gosip atas katil.
Tak boleh karock selalu sangat macam dulu.

Yela dia kan dah kahwin nanti so mesti ada komitmen lain pulak.
Tapi yang saya tahu, dia tetap gila macam dulu jugak.
Mental perempuan ni kalau nak tahu HAHAHA

Whateva, saya gugup nak jadi pengapit Cik Noniey ni.
First time kot.
Malunyaaaaa hekhekhek


PS : Im happy for you! Alhamdulillah. Akhirnya kan? *senyum manis*

Thursday, April 28, 2011

kan aku dah marah !@#$%^&*()(*&^%$#@

Harini dari pagi sampai malam darah aku asyik nak menyirap macam air sirap je.
Tak habis habis orang nak sakitkan hati aku.

Aku sedang marah ni.

Dengan bangun pagi tengok tengok dalam sinki pinggan mangkuk tak berbasuh. Mangkuk betul lah.
Come on lah, dah besar kot semuanya nak jadi bini orang dah pun takkan benda simple macam tu aku nak kene aku sound jugak kot.

Aku tak pernah berkira buat kerja rumah tapi kalau asyik muka aku yang buang sampah, sapu mop lantai, basuh toilet, sental dapur lemaklah macam ni. Habistu kau? Pandai menyepah je.
Ape ingat aku ni orang gaji ke ape?
Aku pun penat jugakla weiiiiii....

Yang lain macam okayla tapi ade sorang ni. Aku tak boleh blah betul.
Aku tak suke kotorrrrrrrrrrrrrrrrrrr kau tahu tak? Dan kau jangan berlagak macam kau manusia paling pembersih dalam dunia ni kalau kau......Ah aku malas nak cakap. Sungguh memalukan dan aib.
Aku geram sangat ni mana aku nak lepaskan hah?

Lepas tu pergi keje pulak 1st call dah dapat customer macam haram.
Kenapa kau talipon bank tapi tak boleh orang verify kau?
Lebih baik kau simpan je duit kau tu bawah bantal rumah nenek kau.
Eh lupa duit kau pun bukan banyak mana pun. huh
Bodoh la kau ni tak tahu procedure bank. Batak rabik kau tahu tak ape?

Tetiba teringat kat Sazzy Falak yang mengamuk kat twitter semalam pasal cheque dia.
Come on Sazzy, jangan kasi i hilang minat kat you tau.

Okay sambung.

Aku order mihun goreng ayam tanpa sayur bersama telur mata.
Tapi kenapa kau bagi aku mihun tomyam penuh dengan ayam?
Arghhh aku sabar lagi.
Kau hantar pulak nasi goreng ayam.
Woii aku rehat sejam je bukannnya aku datang nak melepak kat kedai kau untuk 50 jam.
Kau faham tak aku tengah lapar nak mati dah ni?
Main main kan aku nampak ke yang tukang amik order tu kurang pendengaran?
Cibaisssss....

Padan muka kau aku mengamuk. Pedulik ape aku dengan malu janji aku puas!
Sumpah aku merajuk dengan kedai tu sebulan.
Servis macam hampeh. Kedai Sri TTDI nama kedai tu!

Balik rumah sinki pulak boleh tersumbat.

ARGHHHHHH ARGHHHHH ARGHHHHHHH

bengang bengang bengang bengang bengang bengang bengang bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang  bengang.

Tak nak cakap lagi.
Bye!

Muka keji

Fobia

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta?????

Fobia Cinta By Nashrin Si Mamat Jambu


PS : Sape si Nashrin ni?? Sori i tak kenal la you :P

Wednesday, April 27, 2011

cari punca

Pasai ape entah?

Dah 2 hari aku beli makanan pastu tak habis makan. Langsung buang begitu saje.

Kan membazir tu.

Aku dah buang JM Nasi Beriani yang aku beli sampai 20 hengget. Selama ni feveret kot.
Pastu aku lepak Bangi Kopitiam order mihun tomyam dengan roti mersing. Mihun tu boleh kira berapa urat masuk mulut aku. Roti tu memang habislah sebab feveret aku. Hilang 18 hengget di situ.
Pastu tadi, aku dah tak tahu nak makan ape. Aku singgah beli Mee Rojak dekat mamak rumah aku ni.
Balik rumah letak dalam pinggan tengok saje dah kenyang.

Aku pun tak tahu apa punca masalah tekak aku ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku rasa macam berdosa tahap dewa sebab buang makanan. Ayah aku cukup pantang kalau buang makanan macam tu.
Tapi apa boleh aku buat? Tekak aku tak boleh terima.

Haih.

Mana engkau melayang wahai otak?

Tuesday, April 26, 2011

Usah Lepaskan



*Taken from my email sent by twizfiq*

Sayu sangat lagu ni.
Bangun tidur sebelum tidur wajib dengar lagu ni dulu.

Dia kata setiap kali dengar lagu ni teringat kat Singapore.
Saya terus tak terkata kata.
Ya Ampun!


Love,
Nba




Monday, April 25, 2011

Kita sebenarnya alpa ;(

Saya sendiri mengaku kadang kadang alpa dalam menunaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri malah kepadaNya.
Maksud saya di sini, amalan yang wajib kita buat sebagai seorang Islam adalah SOLAT.

Sejujurnya saya cakap, kadang kadang Subuh tu  ter"skip" jugak sebab tak sedar kan. Banyak kali pula tu.Tido tak hengat.
Sebenarnya kadangkala terjaga je bila dengar azan (surau dekat je) tapi hati duk kata.

"Jap lagi lah 5min je lagi aku nak peram ni, sedap sangat tidoooo ni, aduh sayanggg siot"

At last, syaitonnirajim jugak yang berjaya. Sial betul kau setan!

Tapi, bila semalam duk sembang2 dengan member saya terus rasa macam semacam je.
Seram sejuk dibuatnya.
Terima kasih Puan Akitah Adam untuk tazkirah petang semalam.
Peringatan untuk kita semua.

Korang tahu tak bahana atau akibatnya kalau kita tinggalkan solat 5 waktu?
Tahu je kan kan kan? Tapi ada yang lupa tak pun saja buat buat lupa dan tak tahu hehehe

Marilah kita sama sama renung renungkan ;-

1. Subuh - Allah SWT akan campak kita dalam api neraka selama 60 TAHUN.

Tapi kat akhirat sana, setahun sama dengan 60,000 tahun kat dunia. Masyallah, kira sendiri la wei.18 keturunan pun tak habis habis lagi duk dalam sana kalau kita tinggal solat subuh ni. Takut dan panas nyaaaaa....
  
2. Zuhur - Dosa sama macam kita bunuh 1000 orang Islam.

Perghhh nak bunuh semut, nyamuk atau lipas pun kene pikir banyak kali weh. Inikan pula nak bunuh manusia.    Lepas ni, agak agak rasa nak tinggal lagi solat Zuhur ni lebih baik kita pergi bunuh je sape sape yang kita tak suka dulu, kan? Dosa sama je kalau kita kire. Ada berani? Kalau tak berani, buat je lah 4 rakaat ni. Senang je.

3. Asar - Dosa seperti meruntuhkan Kaabah.

Menurut Arwah Ayah dan Kakak saya yang dah pergi ke Makkah, mereka cakap setiap kali pandang Kaabah tu hati mesti hati rasa macam tenang, sayu dan kerdil sangat. Jadi, sanggup ke kita nak runtuhkan Kaabah? Pastu pikir sendiri ar dah berapa banyak juta kali kita runtuhkan Kaabah selama ni? Erkkkkk

4. Maghrib - Macam berzina dengan ibu bapa sendiri.

Yang part ni, paling gerun sekali. Tak nak cakap lebih. Tak sanggup!!!

5. Isyak - Allah SWT tidak akan redha jika kita tinggal di mukabumi dan menggunakan nikmat2 Nya.

Rasa macam bersalah giler sebab udara yang kita duk hirup untuk bernafas ni adalah milikNya. Kalau kata Allah tu kenakan charge untuk semua nikmat2 yang diberi, tak tahula macam mana. Contoh, RM10 sekali sedut oksigen. Kompem gaji CEO bank pun belum tentu boleh bayar. Bayangkan ajelah, Allah tidak akan sekali kali meredhakan kita kalau kita guna nikmatNya tapi tak mahu solat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Entry ni bukan nak tunjuk yang saya ni lebai sangat atau betapa ustazahnya saya.
Saya pun sama jugak. Selalu lalai dan juga alpa.
Cuma untuk peringatan diri sendiri mahupun teman teman yang saya kira saya sayangla jugak ;)

Jadi, sama samalah kita yo!
Mungkin kita boleh cuba dari sekarang untuk penuhkan tanggungjawab ini dengan seikhlas hati kita.
InsyaAllah.


Ikhlas,
Hamba Allah.

Sunday, April 24, 2011

datanglah mood kepadaku!

Masih dalam mood bercuti atau malas bekerja.
Baru cuti 4 hari direct belum lagi 4 minggu cuti kahwin.
Kalau 4 minggu mahu segala password system kat office tu aku lupa.

Sekaligus mood untuk terapi aku di sini hilang sebentar.
Tunggu, aku bina dulu. Sabar.

Esok dah start keje balik.

Gambateh Nabila.


Miss,
Nba

Wednesday, April 20, 2011

What a small world.

Percaya tak kalau aku cakap dunia yang fana dan kadang kadang panas ini sangat kecik?
Maksud aku, walaupun dalam peta tu nampak macam besar tapi sebenarnya kecik je.

Banyak benda dalam hidup aku ni macam satu kebetulan.
Pusing pusing konar konar tang tu jugak.
Aku rasa macam Allah SWT sengaja mengatur semuanya untuk aku begitu.
Ada tak korang rasa macam tu? Mungkin korang pun penah alami sendiri kan.

Banyak contoh yang aku rasa nak cakap dunia dan bumi ni sangat kecik.
Dari kejadian dan pengalaman hidup aku la. Meh aku kongsi sikit dengan korang.
Sebab aku tahu belog aku ni dah ade orang baca. Hai kawan kawan ku semua *kenyit kenyit mata*


Hari ni pegi keje lupa zip seluar jeans.nasib baju labuh boleh cover!

Kalau dulu aku tulis, aku sendiri baca.
Saje je kan. Sebab aku memang suke menulis apa yang aku rasa. Dulu masa sekolah menengah aku penah kantoi diari dengan akak aku. MALU gila siot! Oh abaikan.

Okay, straight to the point.

Kisah dunia ini amat kecil :-

1. Aku penah terserempak dengan Ex-Girlfren boyfie aku kat OU dua tahun lepas. Time tu kitorang terpegang kasut yang sama kat Vincci. Aku terus cakap eh sori tapi dia tak pandang aku pun. Aku cam muka dia tapi dia tak tahu langsung pasal aku. Aku memang mudah cam orang walaupun sebelum ni aku tengok dalam gambar je. Time tu aku rasa macam nak ternganga sampai seminggu pun ade jugak! Pastu aku pergi karock tetiba aku terperanjat lagi sekali. Rupanya dia keje kat situ. Time tu terus aku rasa macam nak nyanyi lagu suratan atau kebetulan.

2. Aku dah setahun duduk sini baru aku tahu yang anak kepada kazen aku berjiran dengan aku. Haslam nama dia. Tadi baru dia call aku ajak pegi rumah dia. Yeah, dia ada baby boy umur 2 tahun. Mesti seronok kalau pergi lepak sana.

3. Klinik gigi yang aku nak buat braces ni rupa rupanya kazen aku, Cik Saorahah dan budak opis aku (Jimmy) pun penah buat kat sana juga. Dalam banyak2 dentist kat Malaysia ni situ juga yang diserang. Untung klinik tu uols!

4. Bakal kakak ipar aku rupanya jiran kepada kakak ipar kawan baik aku. Faham tak?

5. Bini nombor dua abang aku adalah rakan sekerja mak tiri aku di sebuah sekolah. Yer, aku ada mak tiri korang je yang tak tahu. Aku kurang citer pasal tu kan? Ada masa aku citer nanti.

6. Anak buah aku punya bini nama dia Riena. Dia suka buat MLM. Dia satu college dengan housemate aku. Konsep MLM kan kene selalu cari dowline kan. Standard ah. Ding dong ding dong dia teratur time lepak sekali dengan housemate aku (Asmaa). Benci betul MLM tau.

7. Housemate Noniey (Lin nama dia) ada sedikit tali persaudaraan dengan aku. Belah ayah aku kalau tak silap. Bau bau bacang je. sedara jauh.

8. Kawan aku (Eikin) masa belajar kat college dulu jadi kawan baik dengan kawan aku time praktikal kat Kastam tahun 2006. Mereka sekarang kerja kerajaan kat Kementerian Pelajaran.

9. Kazen aku baru berkenalan dengan kawan aku jugak di offshore. Kawan aku tu dulu penah tercalon sebagai calon suami tahun lepas aku tapi takde jodoh. Aku tak jadi kahwin dengan dia sebab banyak hal yang menghalang. Lagipun orang kata tak elok kahwin atas sebab simpati kan? Tapi time tu aku tengah tak betul. DOWN yang sangat gila vavi sebab tu otak jadi tak leh pikir!

10. Aku dah tak larat nak pikir kejadian kebetulan aku ni.


Chiow lu. Nanti aku sambung lagi na.

PS : Mulai esok aku bercuti panjang selama 4 hari. Oh syurganya dunia teee heeeee

Monday, April 18, 2011

jejak kasih

Woh lama giler tak lepak dengan diorang. Kawan kawan yang hebat.
Dulu dulu masa zaman saya mula keje takde kereta lagi, tiap minggu dorang datang amik kat umah.
Time tu umur dalam 21 or 22 tahun.
Baru nak naik kata orang HAHAHA...baru nak kenal dunia.

Dari pusing satu KL, lepak mamak berjam jam lamanya sampai kena halau dengan tuan kedai sampai la ke bukit Cameron Highlands tu kitorang jejak. Sumpah manis kenangan semua tu.

Bila dah lama tak jumpa, rasa macam kelakar.
Masing masing dah makin matang dan dewasa sikit.
Tapi gila gilaan tetap sama.

Kami berjejak kasih di Superstar, Alamanda.



Noni dan Mat Syahir

Subli, Fakrul dan Ija
 Entah lagu apa Pako tu nyanyi sampai ternganga nganga.


bajet comel.please lah!


Yang sebelah Noni tu, Subli yang mana kami lebih senang panggil dia Peliey.
Dia kan agak bagus jugakla. Walaupun kadang kadang emo tak tentu pasal tapi dia macam bodyguard kitorang.
Suka pantau kitorang dari jauh. Dia kata kami ni perempuan kena hati hati sikit. Jangan jalan jauh2 dari dia.
Nanti kalau ada pape yang terjadi dia yang penat nak menjawab. Tahu takut ek bawa anak dara+awek orang? hehehe

Contoh kan. Masa kami pegi Cameron dulu. Malaslah nak cerita panjang. Tapi bila ingat balik, gentleman jugak budak budak bengong ni.

Macam adik dia lah konon kami ni.

Saya selalu jadi yang bongsu. Tu yang gedik lebih!


Dulu kan, saya tak pernah ada kawan lelaki. Sebab Ex-bf saya dulu tu kuat jeles. Kongkong rasa lemas macam nak mati. Over tau. Dalam HP kalau ada nama lelaki tak boleh. Kene delete. Tapi saya main tipu. Kalau kawan saya tu nama dia Fazidi saya save lah Fazidah HAHAHA barulah tak kantoi. Bijak kan?

Noniey ade lagi 2bulan untuk hidup single
Pastu, Noniey inilah. Dia kan ramai sangat kawannnnnn...Dari situ, saya pun jadi ramai kawan jugak.


Eh, baru perasan. Macam janji pulak. Semua pakai black & blue. Sebenarnya, kebetulan je.

Bila dah habis karock, diorang macam nak lepak sama lagi.
Tapi, saya dan cik Noniey ada hal pulak nak kene setel.
Kesian mereka tau. Rindu dendam nak bahan satu sama lain pun tak habis lagi.

Okay guys, next week saya cuti 4 hari. Jom?

Hilang arah

Lagu wajib time karock.




Aku seperti hilang arah tujuan



Saturday, April 16, 2011

serba salah

Hari ni hari sabtu dan saya bekerja.
Esok pula hari ahad saya tak tahu nak buat apa.
Belum ada apa apa agenda lagi.
Macam biasa, semuanya last minute.

Eh, baru teringat. saya ada sedikit temujanji.
Tapi rasa macam tak nak pegi.
Tapi tak sampai hati nak cakap TAK.
Macam mana ni? Argh.

Hmmm...saya jadi makin tak faham dengan orang yang susah nak faham.
Saya sudah bilang tidak tapi masih lagi bertanya dalam keadaan memaksa.
Saya tidak suka dipaksa okay.

Saya sedang lemas.

Blurppp blurpp


PS : Walaupun anda memandu Subaru dan Latio, hati saya langsung tidak tergoda. Saya sayang Satria je. Maaf!

Friday, April 15, 2011

Untuk mereka

Hari ni birthday mereka.

Kakak saya, Puan Nasriah Abas yang ke 38.
Semoga kekal sihat selalu Kak Yah.
Terima kasih kerna susah payah menjaga saya selama ini.
Hanya Allah SWT yang tahu betapa saya amat menghargainya.
InsyaAllah segala doa Kak Yah untuk saya yang mana ibarat seorang ibu mendoakan anaknya akan termakbul.
Usah terlalu risau tentang adik bongsu mu ini. Sudah besar saya ini dan tahu membawa diri sendiri.

Saya dan kakak

Dan juga, untuk kawan baik saya Cik Wan Rasyidah yang ke 26.
Mula kenal dia masa mula jadi budak baru kat sekolah asrama penuh. Time tu kecik hingusan lagi.
Standard 6 yakni 12tahun.
Masa minggu pertama dan kedua, dia tak suka saya. Selalu jeling jeling macam tak puas hati semacam.
Alololo jelesnya Syidah, aku ade ramai kawan pada hari pertama HAHAHA

Lepas tu, bila dah lelama jadi kawan baik pulak.
Macam tak boleh berpisah langsung.
Sampai la ke form 3 kami sekelas.
Form 4 saya terpaksa pindah ke KL sekolah kat sini.
Bapak sedih time tu nak tinggalkan Syidah.

Bufday Girl

Syidah, walaupun lama tak jumpa kamu di terengganu aku di sini tapi aku ingat sokmo dekat kamu.
Ini bufday kamu yang terakhir di zaman solo. Have a blast one besties!
Aku sentiasa doakan yang baik2 untuk kamu.
Semoga persahabatan kita sampai titik.
Sayang kamu ketat ketat. Muah!




HAPPY BIRTHDAY TO YOU OLS!!!

With Love,
Nba

Heart or hate of DECEMBER

Sometimes there is nothing to be said.
But sometimes nothing should be said.

That's nothing to be easy rite, kawan kawan?




Back To December

But this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night"
And I go back to December...
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realize what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I'd go back to December, turn around and change my own mind

I go back to December all the time.
All the time


Okay Taylor Swift, Can i cry now?


Wednesday, April 13, 2011

kenapa tak boleh tidur ni?? grrrrr come on!

Susah.

Mata ni tak boleh nak lelap.
Badan dah rasa penat tapi mata takmo lena.

Dah pukul 3pagi la wahai mataku yang kecik sepet.

Hmmm dalam duk bosan bosan lepas juga saya buat survey yang opis suruh buat tu.
Kene jawab 110 soalan berkenaan dengan Maybank.
Saya main ngelat.
Ade yang tak baca soalan saya main hentam je jawapan dia HAHAHA
Kalau bukan sebab esok due date dia, memang saya tak buat dah.
Mereka pulak cakap survey tu wajib, kalau tak buat bonus dapat kurang.
Hah? Macam tu ka?

Pastu, dah habis survey bosan tahap cipan datang lagi.
Haaa..tetiba teringat kenangan lama.
Dulu saya ada belog. Belog lama.
Kelakar bila baca balik belog lama tu.

Rasanya saya dah privatekan belog tu. Sebab hari tu saya rasa suspicious sangat macam Afiq boleh baca belog tu.

Kalau tak private, boleh korang baca. Nah klik situ.

http://nabilaabas.blogspot.com/

Macam macam cerita siot yang saya tulis dulu dulu.
Bila baca jadi rindu nak mati.
Kat kawan kawan yang selalu bergongjengs tu, dekat rumah lama, dekat opis lama.

Oh em gee...saya ni suka betul hidup dalam memori kan?

Tak nak cakap lagi lah.
Esok ade appoinment dengan dentist awal pagi. Boleh ke nak bangun pagi pagi ni? Duh aduh.

Btw, nantikan kemunculan wajah baru saya nanti ye. InsyaAllah.

Babai. Gudnite. Assalamualaikum :)


PS : Semoga Mak, Maksu dan Mak Njang Afiq selamat pergi dan pulang dari menunaikan umrah di tanah suci pada 10 April lalu. Saya nak gelang yang macam 2 tahun lepas makcik kasi saya tu boleh? Hihihi


teringin sangat benda alah ni

Minggu lepas 2 malam tak boleh tido.
Sebab asyik mimpi pegang galaxy tab. 2 malam berturut turut tau.
Sumpah cool giler benda alah ni.

samsung galaxy tab


Eh alih alih, sekarang saya duk mengidam camera sony nex 5 pulak.
Giler mahal saya tak mampu nak beli. Sedih nya.
Kalau lah saya ni kaya raya syiok nyaaaa.....

sony nex 5
Yang beshnya, benda alah ni macam DSLR tapi dia kecik comey.
Senang bawa masuk handbag je takyah duk eksen sangat nak gantung2 kat leher macam DSLR tu kan. Low profile konon kan.Blah.
Harga dia 2ribu lebih. Hilang akal betul kalau saya beli.

Oh, kalau tak dapat nex 5 dapat nex 3 ni pun jadilah.
Macam besh jugak.
Yang ni 2 ribu. Meninggal bai. *telan air liur*
Dah 3 kali masuk kedai duk usha benda alah ni.


sony nex 3

* Sumber gambar dari ihsan google*

Okay, takpela. Dah tau memang tak kan beli punya.
Jadi, malam ni sambung tido mimpi balik. Jom?

Tuesday, April 12, 2011

Envy or what?

Kenapa lah manusia manusia ini ada perasaan iri hati, hasad dengki dan tak puas hati dengan orang lain?

haihhhhhhhhhhhh...mengeluh panjang. Dah agak lama jugak aku tahan perasaan ni.

Aku tak penah kacau hidup orang lain. Aku tak penah rasa dengki dengan kejayaan orang lain.
Tapi aku tak faham la dengan jenis manusia yang tak boleh tengok orang senang dan lebih sikit.

Ada penah aku kacau periuk nasi engkau ke weh?
Dah memang rezeki masing masing kenapa engkau nak rasa sakit hati pulak.
Boleh tak kalau dalam otak tu pikir positif sikit?

Sorry okay, aku lah manusia yang paling tak reti sekali nak try skill bodek bodek. Gua tak mainlah kipas kipas ni beb. Tak style dan sangat tak cool. Coooiiiiiii

Engkau cakap aku bodek team leader (TL)? Sebab TL aku selalu bagi aku hadiah?
Masuk ni dah 4 kali TL aku kasi hadiah. Siap bawak kan makanan ke tempat aku.
Dah nak buat macam mana memang perangai TL aku memang macam tu.
She's just a loving and caring lady. What to do? (tapi aku pun pelik kenapa dia sebegitu baik terhadapku?)

Yang engkau nak perli perli aku dah kenapa?
Aku tak mintak pun semua tu.
Nampak sangat engkau berminat giler nak tahu pasal aku kan?
Sampai benda simple macam tu pun nak kecohkan kat orang lain? Come on lah perempuanss!

Bila aku ada barang ni, engkau pun sibuk cakap engkau pun ada padahal takde pun.
Sibuk lah engkau nak beli jugak.

Kenapa mengapa dan apa hal?

Aku kesian dengan orang yang macam ni.
Yang dalam hati dia asyik cari salah orang.
Asyik sibuk nak jaga tepi kain orang.
Yang asyik nak mengumpat sana sini tak kire tempat masa dan ketika.

Tak penat ke engkau orang duk bercakap pasal orang lain?

Betul kata orang, kalau orang melayu ni tak boleh tengok kaum dia lebih sikit.
Mula lah tak senang duduk mulut senget senget duk mengumpat cakap macam macam.
MENGEJI je kejenya.

Sebab sepanjang aku keje dengan cina dulu 3 tahun, tak penah ada masalah sebegini.
Hmmm adela jugak tapi memang orang melayu jela yang macam gitu perangainya.
Sanggup tikam belakang dan buat cerita tak betul semata mata nak naikkan nama dan pangkat dia.
Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi aku sedih dengan pemikiran orang yang macam tu. Mentaliti problem.

Dan aku kan macam biasalah. Macam bodoh biar je orang buat apa.
Aku malas lah nak besar besar cerita.
Kalau engkau nak engkau amik jela. Aku kan memang loser selalu.

Sebab aku percaya rezeki tu ada di mana mana sahaja. Allah SWT memang dah tetapkan.

Buat engkau orang, aku harap engkau orang mensyukuri nikmat yang Allah dah kurniakan untuk diri sendiri. Dan elaklah berfikiran negatif tak tentu pasal. Usah di tanam perasaan macam tu nanti hati jadi lemah, tahu tak?

Aku pun bukan baik mana pun tapi aku takdelah nak mengata orang suka suka hati aku. Pastu siap pegi mengadu domba kat orang lain. Style ajak geng.
Paling dasyat aku pun ,memaki dalam hati tu memang selalu lah. Tak pun kawan kawan rapat aku memang selalu jadi mangsa jadi kena dengar aku memaki HAHAHA

Yela, aku memang tak cool pun.

Okeh chiow lu.

Peace!

Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhilah aku dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Amin.

Thursday, April 7, 2011

Pening..bluwekkkk

tak tahan tak tahan tak tahan!!!!!

dah merah merah hidung aku tahan bau ni.

Arghhhh kuatnya bau durian dalam rumah ini. Sekarang kan musim durian. Aku lah yang paling resah sekali bila datangnya musim raja buah ni.

Kesian pulak kat budak budak rumah aku ni bila nak makan durian kene tanya aku dulu.

Diorang : 'nabila, kitorang nak makan durian ni. ko okay tak?'


Aku : 'okay okay.sila lah.'


Diorang : ' ko makan lah rambutan tu'


Aku : ' hmmmm nasib ada rambutan ni penyelamat aku, dappp nyewwww'

tapi kejap je, terus aku masuk bilik tutup pintu. kepala dah sakit dan tekak rasa nak termuntah tak tahan bau durian.

Oh giler mat salleh taste aku HAHAHA poyo!

Tapi siyes, aku memang tak makan benda benda yang berbau. Kebanyakkannya lah. Dari kecik lagi mak aku kata.

- Contoh yang tak masuk akal. Aku tak makan durian tapi aku suka giler makan tempoyak. perghhh kecur dah di sini.

- Contoh paling kelakar , aku tak makan kuetiaw. char kuew tiaw takpe pulak sebab dia takde bau kan. Aku memang pelik.

- Contoh paling tak logik, aku tak penah minum susu lembu. Aku layan susu mak aku je anak bongsu katakan hekhekhek

- Contoh paling poyo, walau aku orang terengganu aku tak makan budu. Rasa sikit amik hati orang bolehla.

- Contoh agak gedik, aku tak makan ikan. Kalau ikan sungai lagi ah. Sebab tu lengan aku pun dah macam ayam sebab suka makan ayam je.

- Contoh yang bajet, aku tak penah makan petai, jering dan seangkatannya. Sebab ayah aku dulu pun tak makan. Makruh katanya.

- Contoh ape lagi ek? Dahla kot. Kesimpulannya, aku memang seorang yang tak pandai sangat menikmati makanan dalam dunia ni. Rugi kan?

Walaupun begitu, aku tetap membesar dengan sihat dan kuat bersama milo yeah. Kene mengena tak? Ah pape jela.

Okeh chiow lu.

Wednesday, April 6, 2011

pretending is the big deal

.....


.....


......


......


........



.......



.......

Dah betul sangat dah tu. 
Selalunya depan orang aku pura pura gagah bila tengah 'down'.
Tiba tiba waktu malam baru sedar yang aku ini manusia biasa. Aku ini perempuan.
Disebabkan terlalu banyak perasaan, sepanjang jalan ketika memandu tadi aku teresak esak.
Betul betul sedih dan emo.

Aku parking tepi highway sebab airmata menggangu konsentrasi pemanduan aku.
Kang kalau ada apa apa macam mana? Nauzubillah. Mintak jauh.

Pastu, aku rasa nak cakap dengan seseorang.
Aku call dia.
Dengan tak malu dan sukar untuk di kawal lagi, aku menangis persis anak kecil.
Aku sudah menyesakkan kepala dia. Serabut mungkin.
Bukan aku sengaja nak menangis macam hari ni. 
Malu juga tunjuk yang kita ni lemah gemalai sangat kan. Aku tak biasa. Aku kan wanita besi. Huh
Dia pun pelik dan risau.

Oh, yang penting aku dah cakap apa yang patut aku cakap.


PS : Sebenarnya Im on PMS. No wonder lah.

Tuesday, April 5, 2011

Memang aku masih



"Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta"

Ikea ibarat rumah kedua saya

Dalam seminggu kalau tak pegi Ikea memang tak sah.
Dah jadi tahap wajibul ghunnah la pulak.

Kalau tak pegi beli barang pun mesti wajib pegi bedal meatball dengan kek daim.
Tapi penipulah, kalau pegi Ikea tak beli pape. Mesti ade rembat jugak satu dua hahaha
Sumpah rasa nak beli semua je.
Nasib duit memang takde kalau tak memang hilang pedoman dah kasi syaitan bermaharajalela menguasai nafsu.

Malas nak type sebenarnya, jom tengok gambar jela saya keluar dengan girlfren.
Korang mewarnai hariku ;)

Ini last week. Eh last two week kot rasanya. Dengan Nolle & Ria.

Pantang jumpa cermin
Perasan tak Ria tu muka dia macam Maizurah Hamzah kan? Memang dia sungguh manis sekali. Dia adalah bakal kakak ipar Puan Nolle. Orang Sabah bah.

Come On Nolle, bila perut anda mahu besar?
Dah pandai gedik pakai skirt la pulak skang

Bukan apa, senang nak cover. Kalau orang cakap nampak gemuk jadi saya boleh nafikan. Cakapla skirt tu yang kembang lagipun pakai skirt buat saya rasa lagi bebas. Yep, bebas dan selesa tau.

Di gunakan pada waktu pagi dan malam.
Pelik kan, bila saya bangun pagi berat dia 45kg tapi bila dah makan terus naik jadi 48kg. Biol kejap fikir. Takkan sampai 3kg kot makanan aku makan. Aiyooo...engkau ni betul ke tak wahai penimbang berat sakti ku oiiiii??

Licin sekali. Burppp
Sape yang pergi sini kalau tak makan meatball dengan cake daim adalah rugi sama sekali tahu?

Hantu cake

Tak boleh kongsi weh. perangai kedekut

Suami Isteri. Sama kan muka diorang?
Selalunya memang dia lah yang selalu temankan saya pergi mana mana.
Kalau dia tahu je saya cuti ke laju je sms saya tanya ade pape plan. Jom aje kata kaki jalan.

Dah lama mengidam set ni. Smart dowh

Haaa...dah mula dah. Sakit kaki

Mirror addict

Bila dah balik rumah mesti cakap minggu depan nak pergi lagi lah. Nak beli yang tempat letak itu ini. Nak beli langsir. Nak beli semualah pendek kata.

Ini baru rumah sewa kalau rumah sendiri tak tahu la macam mana.
Seronok kan bila balik keje penat penat rumah pun cun melecun. Hilang stress sikit.
Saya pun bukan pandai nak deco macam Eric Leong tu tapi suka.

PS : Kerajaan dah bagi Skim Pinjaman Rumah Pertama. Jadi, ape tunggu lagi? Mari kumpul duit beli rumah sendiri :)

Minggu serabai

Kalau turn shift keje pagi kompem serabai giler.
Member tengok pun rasa macam nak sepak lelaju je.
Mata sepet dan sembap.
Muka pucat lesi macam tak cukup vitamin C.
Haih.

Selamat Hari Isnin yo!!

Monday Blues

Rasa macam dah lama je tak tempek muka di sini kan. Nah amik!

Monday, April 4, 2011

hekhekhek

Hmmmmm


I just can't ignore him once he text me.

Oh ego, please go away from my heart.

I really really really miss all the good old days with you, dear. Super duper rindu!


PS : Btw, congrats Shaheizy Sam menang ABP tadi. Touching betul bila tengok dia hug & kiss mak dia tu. Sweet. Hati saya boleh cair tengok lelaki yang macam tu hekhekhek

Saturday, April 2, 2011

=(

Ya Allah Ya Tuhanku,


Aku bermohon kepadamu. Sentiasalah berkati aku dan keluarga ku dalam apa jua yang kami lakukan.


Janganlah pernah meninggalkan aku keseorangan kerana aku amat memerlukan cinta kasihMu dan keluargaku.


Pimpinlah setiap langkah kami agar terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan.


Aku memohon semua ini kerana aku amat menyayangi keluargaku.


Amin.



Friday, April 1, 2011

aktiviti ketika stress adalah sopim!

Harini dekat facebook saya letak status sentap.
Perihal perbedaan antara lelaki dan perempuan.

Mengikut orang dulu dulu, lelaki memang di atas. Harus diutamakan, dihormat, dipuja dan bla bla bla.
Tapi sekarang kan zaman dah lain. Lelaki dan perempuan adalah sama dari segi tanggungjawab dan juga aspek lain.
Kenapakah mesti ade jurang yang sangat besar di antara lelaki dan perempuan???

Okay abaikan cerita pasal lelaki sebab saya bukan lelaki.
Saya di sini menulis sebagai seorang perempuan sejati. saya adalah wanita. saya adalah gadis. saya adalah bunga.

Berkisar tentang sikap perempuan yang mana pihak lelaki sangat jengkel adalah membeli belah. Perempuan suke habiskan duit. Perempuan suka shopping. perempuan adalah boros. Ek eleh...padahal kalau lelaki pun sama jugak. Saje takmo mengaku. Tak macho la bro kalau tak mengaku! Lelaki suka beli sport rim, lelaki suka beli mainan game PS3, lelaki gila gajet. Kan?

Dan inilah hasil dia bila mana perempuan takde keje, cuti dan keluar berjalan jalan tanpa arah tujuan.

This is called satisfaction!
Memang satu hari ni, saya berjalan tak henti. Sorang sorang pun boleh shopping. Pastu ditemani dengan kawan pulak. Pastu bila kawan dah masuk keje balik lepas lunch, boleh pulak lepak minum kat kedai donut sorang sorang macam orang takde kawan. Kesian betul bila tengok diri sendiri kat cermin.

Part yang bengongnya, lepas dah penat dan buntu. Saya pun rasa macam nak duduk la kan.
Dalam hati, okay fine aku nak lepak kat JCO. Jadi tanpa berlengah, saya menuju ke JCO dengan penuh keletihan dan kehausan.
Dah order baek punya 2 biji donut dan cappucino satu, tetiba bukak wallet ade sekeping duit RM10 aja. Yang sepatutnya kena bayar RM25. Weh, menggelabah kejap di situ. Malunyaaaaa....Bila tanya budak cashier tu cakap kat situ tak boleh guna debit card pulak. Alamak, macam mana ni. Bila tanya ATM paling dekat mana? Dia cakap kat tepi KFC. Saya ape lagi terus lari 100meter (main tipu) cepat2 pegi keluarkan duit. Cemerkap betul la. Saya memang begitu. Kalut dan menggelabah. Kalau nak tahu.

Muka pagi yang segar nak serang shopping mall


separuh seat belakang dah penuh.


Bahaya betul bila shopping time stress. Semua benda nampak menyelerakan di mata.

Kerusi ni sungguh sexy dan comey
Sebenarnya time ni dah penat giler dah. Kaki saya kan tak boleh jalan lama lama. Dia cepat sakit dan lenguh. Size 3 katakan tapi badan makin lama makin berat :P

Exhausted
Muka dah penat, kaki dah cramp. Jom Pulang!
Otak lagi stress bila fikir duit yang melayang.
Boooooo padan muka engkau Cik Nab dan Kurang ajar ko syaitan kerna berjaya menghasut! huh