Showing posts with label Movie Yang Ditonton. Show all posts
Showing posts with label Movie Yang Ditonton. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Badai Semalam bukan jiwa ku dan jiwa mu.

Semalam aku dapat cuti sebab cuti aku terlampau lagi banyak.
Harus dihabiskan tahun ni jugak. Ada lagi 10 hari dari 24 hari yang diberi.
Matilah aku nak habiskan macam mana entah.
Rugi tak habiskan sebab tak boleh carry forward ke tahun depan.

Ok panjang betul intro. Sebenarnya nak citer pasal Teater Badai Semalam je.

Bagi aku, teater tu agak bosan. Banyak sedih. Kejap kejap nyanyi tapi nyanyi lagu sedihlah.
Incik Afiq sebelah aku dah menguap berapa puluh kali dah plus dia pun demam, selesema bagai.
Aku pun tengah weng sakit kepala sebab migraine.
Tapi degil nak jugak tengok kan.
Nasiblah kan. Nak tengok Aaron Aziz! Hahaha gatal.

Beli via Maybank2u, collect kat counter Istana Budaya.

Ramai yang dah tahu kot, teater ni dari cerita novel sekolah menengah. Aku tak sempat belajar pun pasal novel ni. Aku kan muda lagi mungkin novel ni untuuk orang yang veteran dah kot. Eh.

Erra (Mazni) anak orang gaji kepada Bibah (Ziela Jalil) yang terpaksa berhenti sekolah dan masuk kelas malam semata mata nak jadi doktor. Nak tunaikan impian Mak dia.
Karim (Aaron Aziz) pulak kaki disko, kaki mabuk tetiba berkenan nak kawen dgn Si Mazni.
Kesian pulak pada Zaki (Fizz Fairuz) yang dah lama suka dan sayang pada Mazni.
Normal plot cerita melayu. Bosannnnnnnn mengantuk weh!

Kekuatan teater ni mungkin pada promotion dia yang meluas. Dan pelakon yang memang dah outstanding.
Yang dah ada nama. Macam Erra Fazira, Fizz Fairuz, Umie Aida, Imelda.
Kalau ikutkan jalan cerita dia agak slow. Erra banyak nangis je. Mesti penat dia berlakon camtu kan.
Aku dengar ada dua session sehari. Satu pukul 3pm satu pukul 830pm.
Sampai Erra Fazira tersasul lah nak cakap Mak tapi tercakap Bah. Pastu siap cakap, "Eh eh Mak lah."
Satu panggung gelakkan Erra semalam. Kelakar di situ.

Tapi ada jugak lawak yang tak jadi. Macam Fizz Fairuz cakap subjek Matematik tu gabungan Mat campur Tik. Satu panggung pun gelak. Tapi lawak ke macam tu? Aku tak gelak pun.

Part Aaron Aziz tak yah cakaplah kan. Aku suke je tengok dia berlakon.
Menjadi siot.
Bila part Aaron Aziz menari aku duk dengar suara perempuan kat bawah tu menjerit jerit bertepuk tangan.
Amboi lah.

Manusia terlalu ramai. Tak kuasa nak beratur. Perutku lapar sgt!

Dapat bergambar dgn poster pun jadilah hihi

Lagi sekali.

Objek bulat. Dua dua dah gemuk. Haih.

And now, I miss him like crazy!


Heart.

Monday, October 31, 2011

Berusaha Berusaha Berusaha

I WANT YOU FIGHT FOR ME - Max Kenton from Real Steel

Kata kata dari budak kecik hebat citer Real Steel ni betul betul menyentap hati aku.
Korang dah tengok ke belum cerita ni? Terbaik dowh. Baik pergi tengok cepat!

Walaupun sepanjang citer ni aku duk panas mata je tahan emosi. Tengok time jiwa tengah kacau plus hormon tak berapa nak stabil pulak tu. Kadang tak tahan tumpah sampai basah tudung aku. Dahla aku pergi tengok sorang sorang harap budak perempuan sebelah aku tu tak perasanlah. Akak selesema dik :)

Bagi aku cerita ni memang best sebab tak boring langsung. Kelakar gila pun ada.
Tak rugi tengok. Kalah Transformer aku rasa. Bagi aku la.

Semangat yang ada pada budak kecik tu memang awesome. Mula dari juara tinju robot dekat theme park je tapi berkat dengan usaha dan semangat yang dia ada sampai dia berjaya jadi Champion yang hebat. Then, aku suka sebab dalam movie ni ada nilai nilai kekeluargaan. Touching ni.

Tak nak cakap banyaklah.

Datanglah semangat kamu wahai Max Kenton yang comey kepada ku dan kepada dia.

Bye.

Thursday, August 11, 2011

saya happy ;)

Walaupun cerita tu bosan tahap sampai kami berdua tertido akhirnya.
Rugi rugi rugi.

Captain America 3D. Hangus 38hengget!


Tapi takpela, you just make me smile. Seriously :)

Thank You So Much.

Heart,
Gadis Elektrik.

Thursday, June 16, 2011

Nora Elena dah nak habis baru gedik nak layan

Yess yesss aku selalunya ketinggalan jauh di belakang.
Selalu macam tu tau.  Choy giler.

Kalau ada pape news ke, movie ke ape ke aku mesti yang last tahu. Mesti yang last tengok.
Macam cerita Kuch Kuch Hota Hai dulu tu la.
Aku ingat lagi masa tu aku darjah 6 time cerita tu keluar meletop kebabooomm tapi korang tahu aku layan cerita tu masa aku form 3. Lambat 3 tahun HAHAHAHA loser nak mampus!

Orang lain dah sibuk kepoh satu malaysia aku baru terhegeh hegeh nak tengok drama bersiri yang super hot meletop sekarang ni.
Nora Elena. Korang pun sure dah layankan? Memang dah tahu korang memang kaki drama hehehehe

Ini semua gara gara aku MC 3 hari tu la.
Budak budak rumah aku duk layan jadi aku terjebak sekali heeee....
Lagipun semua status kat facebook tu pasal drama ni jer. Selalu gak tanya budak budak lain besh sangat ke cerita ni tapi setakat tanya jela time tu kerja memang takde masa nak tengok.
Kalau duduk rumah pun memang aku terperap je kat dalam bilik ni haaaa dengar lagu sambil lipat kain.
Okay nampak rajin di situ bukan? Memang hobi la derrrr lipat kain ikut simetri.

Okay dah lari dari topik penulisan. Kembali semula Cik Nabila.

Bila dah tengok besh jugak cerita ni. Oh ada Aaron Aziz rupanya...Woweeee HAHAHAHA gatal.
Yang tak syioknya bila dah tengok kat tengah tengah memang aku ting tong habis. Tak tahu kebenda haram pun.Mana kepala mana ekor.

Fineeeee, aku buat kelakar sebab sanggup gugel pasal drama ni  then aku jumpe blog ni.
Ade link semua episod Nora Elena.
Dari balik keje pukul 4 tadi aku layan sampai sekarang baru habis episod 3.

Kalau ada yang  manusia ketinggalan seperti aku dan takpun kalau rasa macam nak tengok balik, klik ah link tu. Aku tahu korang memang suke...cakap tenkiu now huhu

http://mediaprimatv.blogspot.com/2011/06/nora-elena-episode-1-episode-12.html

Okayla, aku nak chiow dulu dah pukul 7 ni ada date dgn Aaron Aziz dowh.

Babai.


Nota : Memang boleh terbang di awangan bila tengok betapa apakah sweet cerita ni. *senyum gedik*

Thursday, May 12, 2011

Sembang Kencang

Kan dah kata, cakap je banyak tapi haprak pun tarak.
Dalam banyak list yang saya cakap nak buat tu boleh kata langsung tak leh pakai HAHAHA

Papepun, cerita Fast n Furious 5 ni memang syok.
Jantung hati rasa macam duduk bawah tapak kasut je bila tengok diorang race.
Terus balik tu ajak kereta sebelah race. Konon nak test. Boleh?

Kelakar okay cerita dia kali ni. Saya macam orang bodoh kesian gelak sorang sorang.
Pastu mamat korea mana entah dengan geng dia boleh bantai tido kat sebelah saya tu.
Come on guys, cerita cenggini kau boleh tido?

Cerita ni pun sweet gila. Terus feeling rasa macam ibu mengandung jugak. Okay berangan.

Fitting Room Forever 21. Sempat aje :D

Tapi kan, saya rasa nak tengok lagi sekali. Sumpah best! Sebab tadi terlari fokus kejap sambil tengok sambil bedal burger king yang dibawa masuk secara haram.

Okay, pegi tido.
Esok sekolah kan?

Babai.

PS : Tetiba sebak bila masuk wayang tadi apehal? Dah 5 bulan rupanya aku tak jejak cinema.

Thursday, January 27, 2011

recently...

Kesihatan terjejas siot.
Bila hati tak senang cepat je jatuh jatuh sakit. gedik betul.
Demam la, batuk la, selesema la.
Bagusla jugak hapus sikit dosa2 kecik tu.

Hmm..let's picture do the talking.

Ini last week hari khamis masa Thaipusam, saya dan rakan2 pergi mandi manda kat Sg.Tekala.
Punyala syiok berendam duk bawah air terjun tu sampai demam sudah.
Konon nya layan "kerusi urut" semulajadi.


Sue :: Itah :: Fairuz :: Noni

Azrin & Ikmal berusaha jadi pengakap

Skodeng kot la nampak port baek

Ahaaa sudah berhasil

eksaited ke minah?

super sedap.sumpah. Tq Itah :)
Lepas balik mandi tu kitorang lepak umah Itah jap kat Puchong pastu tetiba Carl aka Zul si pelawak nak mati datang.
Dia ajak kitorang teman dia makan & potong rambut. Oleh itu, layan jela dan rezeki kesemua pompuan dapat  potong rambut free. Carl belanja weh. Thanks btw :)

Oh yes, saya sudah potong rambut. Alahai sikit je pun. Trim rambut rosak. Sayang giler kot nak potong pendek even berambut pendek nampak saya lagi muda remaja dan senang jaga skit.


Nyum nyum
Pic kat atas ni saje je..nasi beriani takde motif nak tempek gak. Sebab? Sedap sangat!!
dulu dulu tak suka sangat kot nasi beriani ni tapi sejak saya study kat batu pahat dulu dah memang jadi makanan ruji kot. Ni kan makanan tradisi johor kan?


rasanya saya lagi comel dari arnab tu. walaweiii


Aksesori terbaek sepanjang minggu!

Muke demam lepas keje terus pegi tengok citer Khurafat

Jgn salah fokus okay.
Housemate saya cakap pic last sekali tu sangat sexy ade mengandungi unsur2 lucah.. mengekek saya gelak. saya tengok biasa je pun. Banyak konar betul la diorang ni taula memasing dah nak kawen. Apela korang *tepuk tepuk dahi*


~ Entri ini pertama dari my lil angel pink. Gua baru beli Dell ni woii ;)

yang ni la.

Tuesday, December 21, 2010

Cer citer cer citer Kak Limah Oii!



Hilang kekejangan otak tapi bertambah kekejangan otot nonton citer neh.
Eloklah tengok citer neh kalo agak2 rasa tensi dalam otak mahupun jiwa.
Sumpah korang gelak punya. Terkeluar habis gelak jantan gelak setan nanti.

Well, macam biasa ah saya kompem2 kaki menjerit bila tengok muka buruk hantu tu.
Bikin malu ja bawak saya tengok citer hantu2 neh. Memang memekak siot.

Dah tu..memang tak leh nak kaver cuak kot.

Sebenarnya, nonton citer neh hari ahad lepas tapi skang baru nak update ngeh2....kelambatan dol!
Saya tengok kat Cineplex, Damansara tu dengan budak2 umah (Chepp & Asma) dan juga kazen terhebat saya, Teacher Arah diimport khas dari Terengganu sempena cuti sekolah ni.

Merasalah lagi meatball ikea & kek daim hari tersebut. Kenyang sampai naik bulu roma i tell you.
Nasib baek henpon tertinggal kat rumah kalo tak akan dijamu pic pinggan kosong dan licin saya tau.
Selamat selamat. Terasa cacat sebentar tade henpon.

Eh, nak kongsi berita gumbira lagi. Kawan saya yang kawen itu ari, Puan Noli sudah pregnant yo.
Tahniah beb! Aku tumpang hepi dan terharu sampai termenung macam biawak dah petang tadi. Hoh

Tak mahu lagi tulis ni. Rasa mengantuk sudah. Pergilah engkau masuk tido wahai jenab. Bawaklah semua berita2 gumbira engkau dalam mimpi kang!

Chiow. Nite (^_^)

Yang Hepi,
Nba

Sunday, December 5, 2010

You made my day,kids!

Mereka ini pengubat sakit jiwa duka lara tak kira bila masa pun.
Nasib ada mereka iaitu makhluk comey di bawah ini dekat dengan saya.
Hanya beberapa minit dari tempat tinggal saya.
Haa...dorang duk section 4, Shah Alam ni je pon.
dekat kan dekat kan? hehehe

Bangun pagi semalam tetiba teringat kat diorang.
Dah lama tak bawak dorang jalan jalan & tengok wayang.
Last sekali hujung tahun lepas kot tengok citer Transformer.

Terus mandi2 pegi culik diorang pastu bawa pegi IOI Mall Puchong layan Rapunzel A Tangled Tale!
Seronok betul melalak menyanyi dalam kete dengan dorang ni. Pastu gelak gelak macam budak umur 6 tahun jugak.
Tetiba anak buah saya yang laki tu tanya

" Suela, umur suela sebenarnya berapa ek?"

Kahkahkah kuang asam punya budak.



Peace korang

kami menggila dalam kete sebab jem!


Amir Iqbal yang suke makan

Alolo Si Alya yang malu malu

korang comey tahu tak?

sorang2 nak popcorn dan 2 air.pastu nak terkencing.hepp!
Hmm sebenarnya saya yang eksaited lebih nak tengok citer Rapunzel tu hahaha (kan dah kantoi)

Anak anak kakak saya ni baik dan sangat dengar kata sebab tu suke bawa dorang keluar.
Ingat nak bawa sekali Si Azib kecik tu sebab dia nangis2 nak ikut tapi akak tak kasi pulak.
Takut mencari Si Ibu nanti mati la saya nak handle hehehe

Anyway, dah hantar dorang saya balik umah rehat kejap.
Pastu Incik Afiq datang umah ajak keluar.
Kami pegi IOI Mall (lagi sekali?)...tapi kami pergi Kotak Merah..
Yeeehoooo sangap nak karock dah terbalas.
Malangnya semalam tak besh. makanan kat Redbox puchong teruklah lagipun saya was was. Entah halal entah tidak. Euwwwww
Nyanyi2 sambil makan hotdog 1901 yang dibawa masuk secara senyap sebelum kantoi dengan staff redbox.
Hampeh...baru makan separuh kot. Manatau NO OUTSIDE FOOD!

Anyway, I had a blast weekend! Luv & Heart You Muchas Gracias =)

Wednesday, December 1, 2010

Hepp

Nak tau tak? nak tau tak?
Haa...nak cakap ni.
Ingat tak orang yang marah saya haritu...

Dia kan..datang kat saya tapi bukan cakap sorry but the situation is almost like that la. Macam nak say sorry tapi dia boss kan..So ego nombor satu beb!
Pssssttt psssttt (gaya gossip) dengar citer dia sudah di basuh cukup2. Oleh sape saya tak pasti.
Hmmmm....
Bagusla, at least dia dah improve better skang ni.
Dah tak terjerit macam monyet dah.

Anyway, saya nak cakap citer The Next Three Days tu besh sangat.
Citer pasal family gitu. Suke suke suke!
Betapa sayangnya seorang husband kat wife dia yang tak bersalah tapi telah dipenjarakan bertahun2.
Lepas tu husband dia wat plan nak larikan wife dia senyap2. Tapi wooo dia punya plan tak agak2. Terbaik jugakla heeee...

Lastly, diorang hidup happily everafter lepas berjaya larikan diri ke obersea.
Nanti korang korang jangan lupa bawak awek, pakwe ke pi tengok citer ni na.
Daaa...

Friday, November 19, 2010

Citer Unstoppable..Beshhh =)

Saya dah tengok citer Unstoppable weh.
Besh giler...Even tengok midnite pun saya sikit pun tak ngantuk.
Fuhh bulat bulat mata saya.

Hero dia pun buleh tahan...hensem ;)
Oh sori saya tercurang sebentar ngeeeee....


Mekasih belanja saya ;)

Hensemnya..yang kat bawah tu.
Meh saya kasi preview sikit...Citer dia cenggini, pasal 2 hero kat atas tu haaa....
Dorang keje dgn syarikat keretapi jadi mmg keje dorang bawa dan jaga keretapi lah kan.
But one day, ada 2 keretapi bergerak di landasan yang sama tapi bertentangan arah. Maknanya akan jadi perlanggaran antara satu sama lain.

Fuhh..dah duk dalam misi mengelakkan perlanggaran tu kompemla ade action2 yang dum dam dum dam...
Yang hero atas tu super senior dalam bahagian bawak keretapi ni tapi dia pangkat bawah2 jela.
Dia duda ade dua anak pompuan.
Pastu yang hero hensem ni dah kawen tapi ada masalah dgn bini dia (misunderstanding) tapi dorang love each other then ada anak laki sorang.
Sweet kan?
Imagine, kalo dua2 keretapi tu bertembung kompemla dorang mati kan?

Okay, malas nak citer dah.
Tengok sendiri ah tak pun beli dvd lepak umah sambil makan nasi cicah sambal belacan pun cun jugak.
Daaaaaaaaaaa

Dasar pemalas hahaha :P

Wednesday, November 17, 2010

makan saje & FT ;)

Dah berubah.
Yang dulunya saya bukan seorang food lover but now saya perasan dah jadi addicted to food.
Pantang tengok makanan tak kisahla makanan ape (kecuali sayuran hijau) rasa macam nak telan ngapppp terus masuk perut je.
Giler selera...

Sabtu lepas, saya sepatutnya OT untuk kumpul duit banyak2 sebab nak bayar road tax kete bulan depan tapi terrrr bangun lambat langsung tak jadi hahaha
Budak2 umah sume takde..dorang sibuk pegi amik Mtest dan ada gak pegi amik PTD test.
Anyway, harap2 rezeki menyebelahi korang nye..Chepp & Asmaa. InsyaAllah =)

Lepas tu, dah duk rumah separuh hari, tiba2 Chepp call saya.
"Babe, watpe..jom kuar, teman aku makan plus release tension bla bla bla...aku belanja tengok wayang".

Oh big Yeayyyy!!

Terus bersiap dan menuju ke The Curve.
Tgok citer Let Me In kat Cineplex. Ahaaaa...citer ni tak seram mana sangat pon sebab saya jerit sekali jer hehehe

Thanky Chepp belanja tengok citer ni =)

Pastu kan...untuk pertama kali saya tengok FT secara LIVE.
Even tgok jauh pon aura rock FT tetap terasa beb.
Eksaited giler sampai saya paksa chepp masuk wayang lambat sikit *wink*


Tuuu haaaa.....FT FT FT!

Okay..cukup..i leh mimpi u malam ni ;)

Bye bye FT hahaha *giler angau*

 Dah abis wayang..perut lapa balik...kriokk kriokk..
Ape lagi...my favvy ever..Meatball+Daim Cake kat IKEA lah...
Nyum2..nasib ade tempat dan tak payah beratur lama =)

Nyum nyummmm

Swedish Meatballs

Hai...nama saya Chepp...Sori i dah ade boifren :D

Hai...nama saya..hmmm...ah tak payah..gemuk je pun!

Dari tepi kurang sikit nampak chubby kot. bijak!

Pastu engkau ingat kalo pakai sluar ketat sendat leh cover peha besar ke? kesian haha

sama jugak. arghhhhhhhhhhhh!

Oleh itu, citer wiken minggu lepas dah abis.
Bye!