Friday, December 31, 2010

Pergi

Hari ini genap sepuluh tahun Arwah Ayah kembali ke rahmatullah.

Waktu tu saya umur 15 tahun. Result PMR pun arwah tak tahu. Elok juga sebab result saya tak gempaq langsung. Maaf Ayah.

Ayah meninggal sebab sakit jantung. Mungkin juga paru paru. Ayah memang sangat kuat merokok.
Dua hari sebelum meninggal doktor kata paru paru ayah sudah jadi hitam. Tapi ayah citer sambil gelak2 kat kitorang. Dia kata dia dah stop slow slow. Dia kata doktor tu tipu dia. Dua malam ayah sakit dada tak boleh tido.

Ayah "pergi" malam kakak saya bertunang. Hari raya ke 4 kalau tak silap masa tu.
Patutla siang tu ayah tak macam biasa. Dari seorang yang pandai bercakap dan peramah menjadi seorang yang malu malu masa majlis bertunang tu.

Ayah juga sangat suka bergambar masa hari raya. Habis semua anak cucu dia nak bergambar sambil rokok ade di tangan. Hmmmm
Walhal ayah bukan seorang yang suke bergambar. Kami adik beradik pelik tapi masing2 tak perasan itu adalah petanda awal.

Paling terkilan, saya tak sempat mintak maaf dengan ayah sebab petang sebelum arwah meninggal saya ade gaduh gaduh manja dengan ayah.
Ingat lagi, masa tu saya tengah cakap2 talipon dengan kawan yang duk sibuk tanya kenapa ramai orang kat rumah saya. Semuanya siap berbaju kurung dan bersongkok kopiah. Saya cakap tade papela...

Tiba tiba :-

Ayah : La, cuba tengok ade lagi tak nasi kat dapur. Ayah laparlah.
Saya : Hmmmm...entahla...(jawab acuh tak acuh)
Ayah : Pergila tengok kejap.
Saya : Alaaa...kejapla ayah ek. Kawan talipon ni.

Terus Ayah senyap tak cakap ape. Sumpah saya terkilan sangat2.

Perginya Ayah menjadikan saya yatim piatu. Saya redha dan pasrah. Sebab Allah lebih menyayangi Ayah.

Untuk yang telah pergi, sama sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Al-Fatihah. Amin.

Terindah


Ayah, orang rindu sangat sangat ;( ;( ;( ;(


PS : Dua hari lepas saya mimpi gigi tertanggal. Ya Allah!


Anak Ayah,
Billa

bagi hadiah dapat hadiah.

Tempat keje saya ni kelakar jugak. lebih manis kalau dikatakan sporting.
Asal ade je pape event kat dalam malaysia malah dunia ni kompem nak jugak involve.

Okay, nak cakap jela saya dapat hadiah.
Kan dah cakap kitorang ade sesi tukar2 hadiah. Mula2 saya macam malas nak contribute but then diorang cakap cumpolsory pulak. Kalo tak join engkau berdosa eh bukan engkau tak sporting dan juga memalukan diri sendiri sebab kedekut ngeeee...
Finela...tu sebab saya kelam kabut pegi cari hadiah sampai terlepas nak tengok match Piala Suzuki Msia vs Indon hari tu. Tapi tak beli ape ape pun. buat penat kaki je. Hampeh.

Nak tengok saya dapat ape? Ni haaaaa....


Tengah busy kat opis sempat siot curi snap 1 pic.

Pemberinya nama Rasyidah. Dia comel.

Tangan yang macam kaki sedang rakus bukak hadiah.
Sila abaikan bintik2 merah kat tangan tu. Itu gigitan nyamuk masa balik kampung. Nyamuk okay bukan orang.

Dapat frame gambar you. Buleh letak 5 pic bf yang berlainan.hoh
tengah pilih gambar ape nak tempek kat frame tu ;)

Yang ni hadiah saya tuk bagi orang. Adelaaaaa

Owh, yang kelakar. hadiah saya dapat kat Cik Sherry Wahid. Geng jugak.
Anyway, sweet dream ya sherry. Bila tido ingat aku tau.

Yer, saya kasi comforter. Tak guna pun lagi. Beli kat Padang Besar, Perlis.
Sayang comforter sebab dia comel tapi bak kata orang kalau sayang lepas lepaskan. Boleh gitu?

Blah la.

PS : Psssttttt...pecah rekod pagi tadi saya pegi keje tak mandi sebab kelambatan melampau. Giler buruk perangai hahahahahaha



Thursday, December 30, 2010

Kalau boleh

2010 dah nak habis.
Tapi banyak yang tak teratur seperti yang saya inginkan.

Saya pernah berangan untuk jadi seperti ini :-

1. Umur 25 tahun dah ade career yang stabil. Tapi malangnya sekarang saya hanya pekerja kontrak.

2.  Umur 26-27 tahun, dah kahwin dan dapat sorang baby. Bolehlah poyo poyo jadi ibu mithali. Dan juga merasa ade mak atau ayah even mentua pun kan.

3. Umur 30 tahun, dah ade rumah idaman sendiri. Pastu boleh main main deco sendiri. Tiap minggu pegi serang IKEA.

4. Umur 35 tahun, ada kereta, rumah, anak, suami. Ape lagi mahu?

5. Umur sebelum tua, nakkkk sangat jejak kaki ke Tanah Suci. Nak melawat pusara arwah Mak. InsyaAllah.


Well oh well, berangan tu kadang2 bagus jugak sedikit sebanyak boleh menginspirasikan kita untuk lebih ke depan lagi. Bukan perut je mahu ke depan sebab buncit tapi misi, visi dan transformasi gitewww...

Itu saja. Stop dreaming Cik Nabila pegi mandi cepat!

~Nba~

I'm sick



Do you know what's the real meaning of  HURT?


It's when someone made you very special yesterday but made you feel the most STUPID person today.





Malaysia Menang. Daaa Indon!

Bengang sikit. Bercampur BANGGA lebih.


Langsung terlepas nak tengok bola kat tv Malaysia vs Indon tadi. 
*sigh*
Sebabnya terpaksa rush pegi cari hadiah tuk event besok kat ofis.
Alahai...ade MAIN TUKAR TUKAR GIFT la pulak. Ini mesti sebab Christmas Eve ni.
Bijak betul strategi korang ek. Tapi kan, saya tak beli papepun. Bukan takmo beli kedekut ke hape tapi sebab buntu nak beli ape. Memang fail betul lah kalo bab kasi hadiah neh. Kalo terima laju je...mengaku mengaku :P

Papepun tahniah Malaysia sebab menang tadi. Walaupun saya tak tengok ngeeee...
Oh btw, terima kasih sajela kat orang yang rajin bagi sms kat saya selang beberapa minit tu.
Kejap kejap update pasal bola. 

"Msia gol 1"
"Msia menang!!! ;)

Tetiba...

"Rindu"

Macam comey jugakla anda buat camtu tapi sorry saya senyum kelat je bila baca.

Sampai umah je terus nampak pemain Malaysia duk julang2 piala. Hebat korang.Syabas yer :) 
Betul ke dapat cuti sebab Malaysia menang?
Hmm cuti atau tidak sama je bagi saya.

Chiow lu.

Alolo comey lagu neh



Lirik The Ramlees (Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) – Itulah Sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Terdengar lagu neh time tengah tensen duk berfikir tadi masa bawak kete balik dari giant.
Bajet kepala hutak tensen abis padahal pikir pasal hadiah je pun hahaha poyo poyo.
Bila dengar lagu neh terus cancel niat nak bertensen tensen.
Terus gedik2 ala menari syok sendiri sampai mamat lori sebelah tengok lain macam. Gila apa budak ni? Mungkin itulah dia kutuk saya kot hahahaa. Lantaklah blerghhhh

Sememangnya lagu ini amatla cool bukan? Lagu lama dialih versi baru.
Penyanyi pun besh2. 
Hok hebak2 belako doh weh.

PS : Takkan lah aku suka Yuna kot. Asal lagu dia je aku suke. Rasanya macam biasa je. Pape jela.


" Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang "



Wednesday, December 29, 2010

Jangan percaya mimpi?

Sume orang pun penah mimpi kan bila tido?
Tipulah tak penah. Hepp tak baek tak baek menipu okay.
Saya paling pantang orang penipu tau huh 

Btw, masalah saya ni salu sangat mimpi.
Dan mimpi tu kebanyakannya menggangu kualiti tido saya dan juga kadang2 buleh effect mood satu hari.
Samada spoil mahupun sengih sengih kumbang satu hari.

Alkisahnya camni, semalam saya mimpi rambut saya yang panjang ikal mayang ni (perlu ke mention begini?) dipotong pendek macam rambut saya tahun lepas. Maknanya jadi pendek. pendek okay.
Kalo ikutkan realiti saya sayaaaaaaang nak potong tapi dalam mimpi tu kemain lagi suke lompat2 bila rambut dah jadi pendek. Eh terbalik pulak kan.

Saya pun rajinkan diri pegi google apa maksud mimpi tersebut.

Maknanya AKAN BERPISAH DENGAN KEKASIH HATI!.

Hamek engkau hahahahaha

Hobi kedua dua budak di atas
Sori pic serabai giler. Tapi u look so sweet dengan janggut kecewa itu lah dear!

Kalau ikut maksud mimpi tu, patutnya saya kene buat garisan "crack" kat pic tu kan, kat tengah2 tu. Alaaa susah la nak explain gua tatau ape benda alah tu apatah lagi nak editnya.

WHATSOEVER lah wahai mimpi.

Okay, jom tido. esok keje pukul 730 pagi sape mahu kejut kamu cik nab? Sekarang kamu dah takde pengejut peribadi. Sudah sudah pegi tido.

Bye. Gudnite. Jangan mimpi ngeri lagi tauuuuuu.



Tuesday, December 28, 2010

Exercise Darling

Yep, saya penat tapi senyum berbaloi2 teee heeee ^______^
Cuti hari ini dihabiskan dengan mengemas rumah. Yeay!

Bangun dah pukul 11 pagi, fesbuking kejap, bekfes weetameel cicah milo kejap.
Pastu basuh baju yang penuh bakul tu kejap pastu sapu satu rumah kejap sampai bilik orang lain pun saya belasah jugak. Bukan nak geledah tapi niat suci nak tolong bersihkan lantai bilik korang.

Korang pasti suka kan? kan? alolo mengaku sajalah!

Adalah saya memang ada sejenis sifat yang tak puas hati tak bertempat. Dah sapu terbongkok2 masih lagi tak puas hati. Aku mahukan kilatan, kata hati kecil saya.
Dah tu, amik pulak vacuum terbongkok2 sampai tersadung sendiri akibat terpijak wayar2 yang berserabut tu. Padanla muke.

Namun, semangat tetap utuh. Dah setel vacuum, belasah pulak mengemop sampai pinggang sendiri rasa macam nak patahkan dua. Weh sudah cukup tua ke aku cepat giler letih bila buat kerja2 rumah ni. Oppsss :p

Akhirnya, hasilnya berkilat sungguh dan saya tersadai di atas sofa sambil baca magazine female dan pengantin.
Budak budak rumah saya ni yang suke beli majalah tu saya tolong baca je.

Eh, baru teringat makan tengahari pun idak lagi. Patut ah perut rasa lain macam je bila mengemop tadi. Perasaan geram sebab lapar menyebabkan tenyehan ke atas lantai tu lagi berkesan. Bagus jugak bagus!

Okay, inilah hasilnya. Tadaaaaa

Haaa berkilat kan?

Dapur pun kilat tau.

Fuyooo...lantai bilik saya.

Kesian basikal senaman tu jarang sekali digunakan

Sorry mucuk, tak mandi.


Entry ini tidak berniat untuk menonjolkan kerajenan ke atau ape. Hanya sebab masa banyak terluang.
Saya mengaku la bukan senang nak dapat penyakit rajen macam hari ni. Sebulan sekali je pon.

Okeh, chiow lu. Akak saya mitak tolong amik dia kat opis pulak. Jadi drebar siot. Ape pun buleh peluk cium sepak terajang budak2 kicik tu. Sukeeeeee =)

I Luv You Beach.

Alhamdulillah mood dan semangat yang baru2 ini jatuh merudum sudah semakin pulih.
Kan saya dah kata saya pasti akan okay.

Masa balik ganu aritu saya ade pegi pantai. Kejap je tapi beshhhh..
Yer, saya memang suke pantai. sangat sangat suke okay.


Muke keterujaan

Suke tak terkata sampai tertonggek

Senyum2 malu konon :)

Eh eh tetiba emo pulak

Nak lari dari ombak sampai terpeleot kaki. Sakit :(

Suka ini :)

Babai Ganu.

Kualiti gambar macam gampang sebab henpon ni kata je 8mp tapi makin lama macam makin hampeh je.
Rosak sebab saya selalu jatuh2 kan dia kot. Okay, my bad :P
Lagipun amik gambar waktu maghrib memang tak elok. Tepi pantai pulak tu. Grrrrrr

Larikkkkkkkkksssss

Kawan baek saya dirembat.

Hepp!
Pulangnya saya ke kampung halaman iaitu di Setiu, Terengganu adalah kerana kedua2 sahabat baek dunia akhirat saya sudah menjadi separuh hak milik orang lain.

Bukan hak milik mutlak saya lagi :(

Okay pada 24/12/2010, sahabat saya Cik Nurafni Adam sudah disunting oleh warga Kedah. Orang utara cik oii...
Cik Noni nama manja dia atau saya lebih senang panggil Ning amat manis sekali. Ouch hahaha
Dia adalah orang yang selalu saya  mengadu domba, nak pinjam bahu, nak pinjam duit jugak, nak nangis teresak esak, nak meraung macam orang gila, nak ketawa sampai nak pecah rumah. Woh dulu saya dan Ning selalu berangan nak kawen sekali tapi nampaknya seru dia sampai dulu. Alhamdulillah dan InsyaAllah doakan saya juga. Amin. Anyway, saya sangat gembira jugak tuk Cik Ning *senyum*

Eh, tapi kenapa sehari dua Ning nak tunang engkau termenung jauh cik nab ooiii? entah entah hahahaha

Acewah, Cik Ning kita yang ayu.

Saya. Noning. Arah (my kazen)

bakal pengapit yang setia

Ning bagi kat Asrul

Sweetnya time camni.

Aku tumpang gumbira tuk mung =)

memang adat ganu. sang lelaki pun dapat cincin. pelik?

Mereka.

Melayan karenah Dania comey. Faizah's daughter.

Lepastu, esok harinya sahabat saya juga dari sekolah rendah darjah 6 sekelas sampai ke form 3 pun jugak kene rembat. Woh korang nih..darah manis sekali.

Tahniah jugak Cik Syidah. Hepi juga tuk anda tau.

:: Fala yang dah ade baby sorang, Saya, CikDah, CikNing ::

Syahdan & Syidah. Selamat Bertunang okay!

Ehem. kening tebal menten ye cikdah ;)
Anyway, SELAMAT BERTUNANG KORANG!

Walaupun dengan pertunangan korang ini membuatkan saya penat menjawab soalan2 biasa dan sangat tidak mencabar minda saya tu.

"Awak bila lagi?"

Haih.

Semoga korang berbahagia selalu. AMIN.


Dengan penuh kasih sayang,
Jenab

Wednesday, December 22, 2010

Lor..bufday rupanya ;)

Yep. Sudah sampai harinya saya dilahirkan pada 22 dec 1985.  Baru 25 tahun kot.
Muda lagi kan? kan? kan?
Hoii angguk laju2 cepat!





Cik Nabila Abas,

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Syukur saya masih lagi bernafas sampai hari ini.
Saya berdoa semoga :-

Dimurahkan rezeki
Diberikan kesihatan yang baik
Sentiasa DiLindungiNYA
Selalu disayangi dan didekatkan dengan orang yang penuh kaseh sayang
Dipermudahkan segala hal yang membawa kebaikan.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Nota kaki comel size tiga : Mekaseh kat sape2 yang wish. Saya sangat hargainya :)


*Nabila*

Tuesday, December 21, 2010

Cer citer cer citer Kak Limah Oii!



Hilang kekejangan otak tapi bertambah kekejangan otot nonton citer neh.
Eloklah tengok citer neh kalo agak2 rasa tensi dalam otak mahupun jiwa.
Sumpah korang gelak punya. Terkeluar habis gelak jantan gelak setan nanti.

Well, macam biasa ah saya kompem2 kaki menjerit bila tengok muka buruk hantu tu.
Bikin malu ja bawak saya tengok citer hantu2 neh. Memang memekak siot.

Dah tu..memang tak leh nak kaver cuak kot.

Sebenarnya, nonton citer neh hari ahad lepas tapi skang baru nak update ngeh2....kelambatan dol!
Saya tengok kat Cineplex, Damansara tu dengan budak2 umah (Chepp & Asma) dan juga kazen terhebat saya, Teacher Arah diimport khas dari Terengganu sempena cuti sekolah ni.

Merasalah lagi meatball ikea & kek daim hari tersebut. Kenyang sampai naik bulu roma i tell you.
Nasib baek henpon tertinggal kat rumah kalo tak akan dijamu pic pinggan kosong dan licin saya tau.
Selamat selamat. Terasa cacat sebentar tade henpon.

Eh, nak kongsi berita gumbira lagi. Kawan saya yang kawen itu ari, Puan Noli sudah pregnant yo.
Tahniah beb! Aku tumpang hepi dan terharu sampai termenung macam biawak dah petang tadi. Hoh

Tak mahu lagi tulis ni. Rasa mengantuk sudah. Pergilah engkau masuk tido wahai jenab. Bawaklah semua berita2 gumbira engkau dalam mimpi kang!

Chiow. Nite (^_^)

Yang Hepi,
Nba

Tentang Rasa



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya



PS : Teringat boifren saya penah cakap muke minah ni macam muke saya. Wohh giler perasan *larikkss*

Monday, December 20, 2010

:)

Hari ni nak senyum camni ^_______________^ sepanjang hari.

Sebab
....
...
...
....
....

Haaaa....

Malam tadi saya mimpi arwah ayah. Walaupun tak berkata kata tapi sudah cukup menebus kerinduan yang melampau dalam hati saya ni. Tapi kan, mana mak? Takde pun dalam mimpi semalam :(

Okay, takpe. maybe mak saya datang melawat saya lain kali kot. InsyaAllah *senyum*

Alhamdulillah doa harian saya termakbul jugak. Syukur!

Anyway, arini saya masuk keje pukul 2pm habis 1045pm. Dah masuk shift harus akur saja dengan schedule yang diberi.

Okeh, babai. Jangan lupa senyum sepanjang hari teee heeee

Sunday, December 19, 2010

Rasa Ini

Kalau nak tahu....


PS : I Hate The Way I Dont Hate You!

*Angelbilla*

Thursday, December 16, 2010

Its stuck in my head

Play this song again again and over again.
Dah jammed dalam kefalahutak neh.
Ouch.



Oh - thinkin' about all our younger years 
There was only you and me 
We were young and wild and free 

Now nothin' can take you away from me 
We bin down that road before 
But that's over now 
You keep me comin' back for more 

Baby you're all that I want 
When you're lyin' here in my arms 
I'm findin' it hard to believe 
We're in heaven 
And love is all that I need 
And I found it there in your heart 
It isn't too hard to see 
We're in heaven 

Oh - once in your life you find someone 
Who will turn your world around 
Bring you up when you're feelin' down 

Ya - nothin' could change what you mean to me 
Oh there's lots that I could say 
But just hold me now 
Cause our love will light the way 

N' baby you're all that I want 
When you're lyin' here in my arms 
I'm findin' it hard to believe 
We're in heaven 
And love is all that I need 
And I found it there in your heart 
It isn't too hard to see 
We're in heaven 

I've bin waitin' for so long 
For something to arrive 
For love to come along 

Now our dreams are comin' true 
Through the good times and the bad 
Ya - I'll be standin' there by you


PS : Saya bet ramai yang suka lagu neh. Rock dulu dulu sangat cool bibeh :)

~Nba~

Tersangatlah Rinduuuuuu

Saya sangat rindukan ini. Rindu rindu rindu sungguh!
Sumpah.

Rindu sangat sangat kat rumah saya. Rumah yang kat kampung nun Setiu, Terengganu.
Yerr, saya memang orang kampung. Saya mengaku.

Rumah arwah orang tua besarkan saya sebelum saya berpindah menetap dengan akak kat KL ni.
Betul orang cakap, ke mana kita pergi pun sure kita ingat tempat asal kita. Kan?
Samalah saya.


Di sini saya membesar sampai umur 15tahun

Bawak anak buah tengok umah lama
Tapi rumah ni dah lama tak terjaga.
Sayang je tapi nak buat macam mana.
Dengar cerita, kerajaan nak amek tapak rumah ni nak besarkan jalan (rumah mmg tepi jalan yang amat).
Super sedih :(

Kalau rumah ni terjaga dan elok lagi saya yakin dalam keadaan saya skang ni memang saya akan balik.
Tapi apa boleh buat.

Sayu, sebak bila lalu depan rumah ni.

Okay dah, saya asyik cerita pasal benda sedih je lately kan.
Hmmm....

Chiow untuk tido.
Selamat Malam Mak Ayah. Datang dalam mimpi malam ni boleh?
*Menangis tersedu sedu*

Tuesday, December 14, 2010

takde tajuk

Apa yang harus aku lakukan? Apa yang harus aku lakukan? Apa? Apa? Apa?

Betulkah tindakan yang aku buat ni?

Bantu aku...Tunjukkan aku...Ya Allah!

PS : Mood berubah2. Kejap hepi, kejap monyok tetiba nangis pulak engkau.

Thursday, December 9, 2010

Kisah Pelangi

Biar hujan di dalam hati kerana suatu hari nanti pasti ada pelangi menanti.

InsyaAllah.

Im Off

Airmata aku masih lagi tumpah tanpa segan silu. Bawa kete nangis, mandi nangis, makan pun nangis.
Oh shit aku benci macam ni.
Nasib arini memang off dan tak perlu keje.

Aku berharap...Cepatla okay. Aku yakin aku pasti akan okay macam biasa. Macam dulu.
Aku tahu aku seorang yang kuat macam besi.
Aku jenis yang pandai pujuk hati sendiri dan bawa diri. Dah biasa sangat dah.

YOUJUSTGIVEMEBEAUTIFULHURT!

Thank You :(

Wednesday, December 8, 2010

Teruk

Saya menangis dengan teruk semalam dan hari ini.

Sungguh, TERUK!

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu  menghadapi dugaanMU ini. Amin.

;( ;( ;(


PS : Selera makan jatuh merudum. Ade peluang nak kurus sikit.

Tuesday, December 7, 2010

I Hate This Feeling :(

I hate moody.

Okay, saya sebenarnya bukan sorang yang moody. Susah jugakla nak tengok saya moody.
Tapi hari ni saya rasa macam nak nangis2 je. Memang ada sebab. Tapi takmo bagitau.
Saya suka simpan dalam hati lama lama nanti jadi makin kurus sebab makan hati hekkk

I need to be alone :(

Apa yang saya rasa sekarang, nak nangis tapi airmata tak keluar. Keluar sikit je. Hoh giler mahal airmata macam berlian :p

Okeh, blah!

Sunday, December 5, 2010

You made my day,kids!

Mereka ini pengubat sakit jiwa duka lara tak kira bila masa pun.
Nasib ada mereka iaitu makhluk comey di bawah ini dekat dengan saya.
Hanya beberapa minit dari tempat tinggal saya.
Haa...dorang duk section 4, Shah Alam ni je pon.
dekat kan dekat kan? hehehe

Bangun pagi semalam tetiba teringat kat diorang.
Dah lama tak bawak dorang jalan jalan & tengok wayang.
Last sekali hujung tahun lepas kot tengok citer Transformer.

Terus mandi2 pegi culik diorang pastu bawa pegi IOI Mall Puchong layan Rapunzel A Tangled Tale!
Seronok betul melalak menyanyi dalam kete dengan dorang ni. Pastu gelak gelak macam budak umur 6 tahun jugak.
Tetiba anak buah saya yang laki tu tanya

" Suela, umur suela sebenarnya berapa ek?"

Kahkahkah kuang asam punya budak.



Peace korang

kami menggila dalam kete sebab jem!


Amir Iqbal yang suke makan

Alolo Si Alya yang malu malu

korang comey tahu tak?

sorang2 nak popcorn dan 2 air.pastu nak terkencing.hepp!
Hmm sebenarnya saya yang eksaited lebih nak tengok citer Rapunzel tu hahaha (kan dah kantoi)

Anak anak kakak saya ni baik dan sangat dengar kata sebab tu suke bawa dorang keluar.
Ingat nak bawa sekali Si Azib kecik tu sebab dia nangis2 nak ikut tapi akak tak kasi pulak.
Takut mencari Si Ibu nanti mati la saya nak handle hehehe

Anyway, dah hantar dorang saya balik umah rehat kejap.
Pastu Incik Afiq datang umah ajak keluar.
Kami pegi IOI Mall (lagi sekali?)...tapi kami pergi Kotak Merah..
Yeeehoooo sangap nak karock dah terbalas.
Malangnya semalam tak besh. makanan kat Redbox puchong teruklah lagipun saya was was. Entah halal entah tidak. Euwwwww
Nyanyi2 sambil makan hotdog 1901 yang dibawa masuk secara senyap sebelum kantoi dengan staff redbox.
Hampeh...baru makan separuh kot. Manatau NO OUTSIDE FOOD!

Anyway, I had a blast weekend! Luv & Heart You Muchas Gracias =)

Saturday, December 4, 2010

Am not morning person

*Sigh*

Saya nak buat confession jujur di sini. 
Am really not morning person. Siyes, saya susah bangun pagi.
Kalo bangun pun solat kejap pastu tido kebaaboooom balik.
Muka masam2 kalo bangun pagi. Kalo dah buka mata pun masih lagi tarik2 pink blanket saya.
Takkkkkkkkkk sanggup nak mandi. Malas nak iron baju. Sayang kat tido tu.

Tapi start minggu depan iaitu direct dua minggu, saya kene keje pagi. 
Pukul 7.30 beb.
Woh agak mencabar. Kompem saya kene bangun awal.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Takpe, saya yakin saya mampu!
Positif nabila positif. Rajin sikit. Jangan malas2.

*Smile*

Friday, December 3, 2010

Superman's Bufday!

Wish you HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY MY DEAR!

Well oh well, kamu baru saja 26 tahun hari ini. Its 03 Dec.

Be a Good Son and Man..Oh my man okay.


Syahir Afiq,

Syukur kita masih bersama sehingga ke hari ini selepas segala macam yang terjadi.
Suka, duka, kecewa, perit, pedih dan pasrah tetapi sayang masih tetap di situ.

Kamu sentiasa doakan saya. Kamu yang selalu tenteramkan bila saya sedang down. Kamu yang kalut bila tengok saya lapar. Kamu yang selalu ingatkan saya. Kamu yang marah bila saya degil. Kamu yang selalu lambat bila dating.

Walau ape pun, kelebihan dan kekurangan kamu saya terima seadanya dan begitu juga saya. Bak kata pakar motivasi terkenal  negara saling melengkapi. Cewah gitu hehehe...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kita. Sama-sama kita doakan. Amin.

Lastly, I've been such a great moment knowing you within 3 years. Thank You & Happy Birthday, Dear!

Esok saya belanja awak makan okay. Hmmm lainkali saya masakkan ayam masak merah tu ye.

Heart You =)

With heart,
AngelBilla

Thursday, December 2, 2010

Kenapa masih ada orang google "NABILA ABAS"??

Penuh tanda tanya????


Giler lah stalker..hek
Banyak kali pulak tu.
Siapa anda? Cari apa dengan saya? Sayakah yang anda cari itu?


TAK FAHAM

Saya boleh detect IP address anda. Jangan risau. Jangan takut. Jangan malu segan okay.

Oleh itu, saya akan privatekan blog ni =)
Terima kasih!

Regards,
NBA

Wednesday, December 1, 2010

Hepp

Nak tau tak? nak tau tak?
Haa...nak cakap ni.
Ingat tak orang yang marah saya haritu...

Dia kan..datang kat saya tapi bukan cakap sorry but the situation is almost like that la. Macam nak say sorry tapi dia boss kan..So ego nombor satu beb!
Pssssttt psssttt (gaya gossip) dengar citer dia sudah di basuh cukup2. Oleh sape saya tak pasti.
Hmmmm....
Bagusla, at least dia dah improve better skang ni.
Dah tak terjerit macam monyet dah.

Anyway, saya nak cakap citer The Next Three Days tu besh sangat.
Citer pasal family gitu. Suke suke suke!
Betapa sayangnya seorang husband kat wife dia yang tak bersalah tapi telah dipenjarakan bertahun2.
Lepas tu husband dia wat plan nak larikan wife dia senyap2. Tapi wooo dia punya plan tak agak2. Terbaik jugakla heeee...

Lastly, diorang hidup happily everafter lepas berjaya larikan diri ke obersea.
Nanti korang korang jangan lupa bawak awek, pakwe ke pi tengok citer ni na.
Daaa...