Showing posts with label ETC. Show all posts
Showing posts with label ETC. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Welcome Sebelas!

November already.
Giler cepat woh!

I'm trying be a better person. Please be kind to me dear November.


Love,
Nba

Sunday, October 2, 2011

Hello October ;)

Kan aku dah cakap memang payah nak cakap Good Bye.

So many things yang aku kena pikir lately.
Banyak benda stress jugak.

Apa yang nak stress sangat pun aku tak sure hahahaha

Anyway, cepat gila kan tahun 2011 ni dah nak habis. Sekarang dah masuk bulan 10.

Lepas raya haritu, aku rasa masa macam berlari je bukan berjalan lagi.

Sebenarnya aku tak tahu nak update nak merapu ape kali ni tapi yang aku tahu aku rindu.

Korang ada rindu aku? hey hey hello.

Nantilah kalau rajin aku tulis lagi. Otak dah tepu ni.

Okay, chiow!

Monday, September 5, 2011

ByeByeBye

Susah nak cakap goodbye rite?

Saya rasa macam nak quit from blogging sudah.
Bukan sebab apa apa, cuma rasa dah tak boleh nak commit.
Banyak kekangan masa.
Lagipun hari tu, entah kenapa tetiba saya tak boleh nak login blog ini.
Tak mungkin saya lupa password.
Ia seperti blog ini di hack.
Acewah, bajet artis orang nak hack Hahahaha

Rasa sayang sangat sebab i love writing.
Harap harap saya berubah fikiran.
Argh gila rindu siot nak menulis di sini.

Ok Bye.

Tuesday, August 16, 2011

why la today sooo boring?

Seriously, cuti hari biasa memang best sebab lonely kat rumah.
Tapi yang tak bestnya, nak berbuka puasa dengan siapa, makan apa dan di mana?

Oh tolonglah!

Thursday, August 4, 2011

pendek sudah ;)

Feeling remaja. Tak sedar umur dah 26 tahun.

Besar kan gigi kapak aku? Hahaha

Rambut jadi mangsa bila kebosanan melanda.
Ah barulah perempuan namanya *wink*

Tuesday, July 12, 2011

as a human being

Kelmarin, sedang tunggu enjin kereta panas saya terlihat seekor kucing yang ditimpa masalah negara.
Di lema antara hidup dan koma.
Amboiii besar betul masalah kau kucing.

macam mana aku boleh stuck kat sini nii? aduhaiiiii..how?
Nampak tak lembaga kaler hitam tu? Itulah kucing tak tahu sape punya tersangkut dekat balkoni entah rumah siapa.
Kesian dia weh tak tahu cari jalan keluar menyelamatkan diri melainkan dengan cubaan lompat kijang 100meter ke atas tingkap tersebut.
Tapi malangnya ia hanya seekor kucing bukan kijang.

takde sape ke yang baik hati nak tolong aku keluar? huwaaa
Dalam 10-15 min jugak, si kucing hitam ni mundar mandir di situ sambil diperhatikan jauh oleh ku.
Usaha sendiri dulu kucing oii..Agak agak memang dah tak boleh sangat baru saya datang rescue.
Nampak usaha keras dari kucing ini. Dan akhirnya......

ek eleh..sempoi gila main lompat cenggini.
Haaaaa kucing tu berjaya lompat sekuat hati. Nampak tak nampak tak?
Phewwww...lega sebab tak payah nak pergi ketuk rumah orang tu supaya selamatkan kucing tersebut.
Mana lah tau kan melihat kepada rumah tu macam rumah bujang lelaki je. Ehem....HAHAHA sorry saya tak gatal.
Whatevah, saya suka semangat awak wahai si kucing hitam comot!

Wee hooo aku dah berjaya la wei. Blah kau jangan tengok lagi!
Okay, fineeeee....Kucing tu suruh saya blah.
Chiow lu!

Walau pun saya takut kucing tapi kesian tengok dia panik di situ.

Friday, June 17, 2011

my fav bestfriend

Kini, benda alah di bawah ini wajib ada ke mana saja pergi.


seperti nyawa
Nivea LipBalm : bibir comey saya ni kan kerap kering lately. Jadi harus pakai sebab sakit bukan sebab nak nampak bibir mungil atau lebih comey hohoho

Bonjela : Ulser melampau lampau. Letak bonjela rasa cool sikit walaupun rasa dia TAKSEDAPLANGSUNG okay!

Wrigleys Extra Mints : Untuk menghilangkan rasa ketidaksedapan bonjela tersebut.

Nota : Dah 2 hari gigi saya tak sakit maka tak perlu makan ubat. Hoyeah. Alhamdulillah :) Dan dalam masa 4 hari berat dah susut 2 kg. Karang tinggal tulang matilaaaaaaaa HAHAHA

Sunday, May 22, 2011

i want you so much

WHAT I WANT NOW IS CAKE WITH STRAWBERRY CHOC TOPPING AND BURGER!!!!

Help me! please.please.please.

Can you send it to me now, dear?

Arghhhhh aku kebulur.

Bye.

Nite.


Saturday, May 21, 2011

if you can read this ;)

Hobi memang suka menulis tak kira di mana mana.
Cuma tak pernah la conteng conteng kat belakang pintu toilet awam tu.
Tak senonoh dan tidak bermoral macam tu.
I hate vandalisme.

Semalam bila keje macam tak busy sangat lepas tu dah tak tahu nak buat ape.
Nak surf internet memang tak bolehla kalau dekat opis kan.
Kalau tak dah lama dah saya bukak blog pastu tulis pasal "bosannya saya hari ni..mengantuknya saya hari ni".
HAHAHAHA tengok tajuk lagi bertambah bosan.

handwriting saya memang buruk weh. *malu*

Nampak sangat jiwa tengah tak betul.
Macam tu jela yang saya mampu.

I love writing :)

*Nba*

Sunday, April 24, 2011

datanglah mood kepadaku!

Masih dalam mood bercuti atau malas bekerja.
Baru cuti 4 hari direct belum lagi 4 minggu cuti kahwin.
Kalau 4 minggu mahu segala password system kat office tu aku lupa.

Sekaligus mood untuk terapi aku di sini hilang sebentar.
Tunggu, aku bina dulu. Sabar.

Esok dah start keje balik.

Gambateh Nabila.


Miss,
Nba

Wednesday, April 13, 2011

teringin sangat benda alah ni

Minggu lepas 2 malam tak boleh tido.
Sebab asyik mimpi pegang galaxy tab. 2 malam berturut turut tau.
Sumpah cool giler benda alah ni.

samsung galaxy tab


Eh alih alih, sekarang saya duk mengidam camera sony nex 5 pulak.
Giler mahal saya tak mampu nak beli. Sedih nya.
Kalau lah saya ni kaya raya syiok nyaaaa.....

sony nex 5
Yang beshnya, benda alah ni macam DSLR tapi dia kecik comey.
Senang bawa masuk handbag je takyah duk eksen sangat nak gantung2 kat leher macam DSLR tu kan. Low profile konon kan.Blah.
Harga dia 2ribu lebih. Hilang akal betul kalau saya beli.

Oh, kalau tak dapat nex 5 dapat nex 3 ni pun jadilah.
Macam besh jugak.
Yang ni 2 ribu. Meninggal bai. *telan air liur*
Dah 3 kali masuk kedai duk usha benda alah ni.


sony nex 3

* Sumber gambar dari ihsan google*

Okay, takpela. Dah tau memang tak kan beli punya.
Jadi, malam ni sambung tido mimpi balik. Jom?

Thursday, April 7, 2011

Pening..bluwekkkk

tak tahan tak tahan tak tahan!!!!!

dah merah merah hidung aku tahan bau ni.

Arghhhh kuatnya bau durian dalam rumah ini. Sekarang kan musim durian. Aku lah yang paling resah sekali bila datangnya musim raja buah ni.

Kesian pulak kat budak budak rumah aku ni bila nak makan durian kene tanya aku dulu.

Diorang : 'nabila, kitorang nak makan durian ni. ko okay tak?'


Aku : 'okay okay.sila lah.'


Diorang : ' ko makan lah rambutan tu'


Aku : ' hmmmm nasib ada rambutan ni penyelamat aku, dappp nyewwww'

tapi kejap je, terus aku masuk bilik tutup pintu. kepala dah sakit dan tekak rasa nak termuntah tak tahan bau durian.

Oh giler mat salleh taste aku HAHAHA poyo!

Tapi siyes, aku memang tak makan benda benda yang berbau. Kebanyakkannya lah. Dari kecik lagi mak aku kata.

- Contoh yang tak masuk akal. Aku tak makan durian tapi aku suka giler makan tempoyak. perghhh kecur dah di sini.

- Contoh paling kelakar , aku tak makan kuetiaw. char kuew tiaw takpe pulak sebab dia takde bau kan. Aku memang pelik.

- Contoh paling tak logik, aku tak penah minum susu lembu. Aku layan susu mak aku je anak bongsu katakan hekhekhek

- Contoh paling poyo, walau aku orang terengganu aku tak makan budu. Rasa sikit amik hati orang bolehla.

- Contoh agak gedik, aku tak makan ikan. Kalau ikan sungai lagi ah. Sebab tu lengan aku pun dah macam ayam sebab suka makan ayam je.

- Contoh yang bajet, aku tak penah makan petai, jering dan seangkatannya. Sebab ayah aku dulu pun tak makan. Makruh katanya.

- Contoh ape lagi ek? Dahla kot. Kesimpulannya, aku memang seorang yang tak pandai sangat menikmati makanan dalam dunia ni. Rugi kan?

Walaupun begitu, aku tetap membesar dengan sihat dan kuat bersama milo yeah. Kene mengena tak? Ah pape jela.

Okeh chiow lu.

Monday, March 28, 2011

My Status

I have a date next week.

Yep.. Maybe a serious dating.





Okeh Gudnite. Sweet Dream :)

Thursday, March 24, 2011

manis

Pengejut peribadi dah kembali.

Thank You. U're so sweet :)

Sunday, February 20, 2011

New handbag please?

Lama gile woh tak beli handbag sampai handbag sekarang dah koyak rabak.
Kesian tau.

Mahu tak koyak segala mak nenek saya nak letak kat dalam tu.
Hidup rasa tak sempurna kot kalau takde benda2 alah merapu yang selalu bawa tu.
Bila galas kat bahu ni patut ah rasa macam bawa beras sekampit.

Saya selalu perasan kalo pergi jalan2 shopping mall kan adela mamat2 yang baek hati tolong bawakkan handbag awek dia. Sebab sayang awek, beg tu kan berat macam gajah jadi sebab "saya sayang awak" maka campakla macho kat tepi dan selamba yaya je galas handbag awek tu. Sweet and caring. Konon.

Saya tak pernah dan mungkin tak akan kot. Serious, boyfie anda nampak sangat tak cool okay HAHAHA

Whatsoeva.

Oh saya sudah bersihkan ape yang terkandung dalam handbag saya baru baru ni.
Sebab dah serabut sangat nak capai kunci kete pun terambik kunci rumah. Nak capai henpon tekeluar bedak pulak. Buat malu je tau. Saya bajet2 la kan nak check kot2 kalau ade orang missed call or sms ke kan sekali gedebuk terkeluar bedak. Lepas tu rasa macam nak tampar muka sendiri. Malu tau tak?


macam kedai runcit dah

sungguh perempuan i tell you ;)
Kan dah cakap, memang bersepah gile. Bila wat entri ni terasa macam segmen kat TV tu yang artis kene terjah apa yang ada dalam beg dorang hehehe poyo okay.

Mari lihat apa yang ada dalam handbag ajaib saya :-

- Tag keje. Hidup untuk keje katakan. Eh silap keje untuk hidup.
- Lotion patut ade tapi tak pakai pun. Kalau rasa tangan busuk baru pakai. Tak suke nanti tangan melekit2.
- Hansaplast wajib ade sebab saya selalu mengalami kecederaan ringan tak kira di mana saje. Potong kuku pun boleh berdarah2.
- Minyak Yu Yee Cap Limau. Perut saya selalu meragam tak tentu pasal. Bila kenyang dia jadi senak. Bila lapar terasa cacing menendang. Minyak ni kan wangi pastu bau dia macam baby. Kau baby ke Nabila? hek
- Glasses. Selalunya standby je dalam kete. Tapi yang style lipat kecik ni senang bila rasa nak tukar2 bag.
- Getah rambut. Manalah tau tetiba getah yang tengah pakai ni putus ke ape. Jadi ini untuk kecemasan okay.
- Pen. Yang saya sendiri tak faham banyak giler kot. Sampai  6 batang pen dalam satu bag. Bengong!
- Lipbalm dan lipstik. Dah namanya perempuan. Ini wajib kot.
- Resit pembelian di mana bapak2 syaitan yang berjaya menghasut saya membeli dan belah.

Yang paling banyak dalam beg saya ni adalah tiket wayang la yang bersepah2..Tengok tu.

kalo kira ni mahu beratus wang yg abis.sayangggggnyaaa

Anyway, last sekali saya beli handbag berbulan yang lepas. Dah lama giler dah. Time tu orang tersayang yang pilihkan jadi suke sangat. Kene pulak orang tersayang jugak yang bayar lagi lah suke HAHAHA
Alahai beg biasa2 je. Saya tak memilih brand pun asal cun saya rembat je.

Tq Pitt ;)
Kirenya wajar jugakla kalau saya beli handbag baru skang ni. heeee *wink*
Harap saya berkenan pada yang murrrrah je..

Itu sahaja. Noktah.