Wednesday, June 29, 2011

motif?

Kalau pikirkan masalah sampai mati pun takkan habis.

Jadi?

Pergi mati la kau semua masalah.

Aku dah malas nak pikir.

Babi.

Eh.

Babai.

PS : Sebenarnya aku pun tak tau aku bengang pasal ape!!!

Tuesday, June 28, 2011

umur besar mcm gini pun masih boleh order pizza kids meal ;)

untung begini.

tapi tengok kat mana jugak korang makan.
haritu aku pergi pizza hut kat dalam giant bandar puteri, puchong staff diorang tak kasi order.
dengan penuh sarcastic jawab, meal tersebut untuk budak 12 tahun ke bawah.
yela, dia nak cakap aku dah tua la tu kan.

aku sekarang kemaruk makan pizza saje. bajet selera mat salleh.
bukan ape aku kan tak boleh makan benda benda keras lagi.
aku kan baby...di ulangi sekali lagi kalau yang silap baca tu BABY *sila pergi amik baldi dan muntah beramai ramai*

semalam aku makan dgn Kutah waktu lunch kat pizza hut IOI Mall.
kat sini diorang kasi order kids meal. baik tau budak tu.
takdela kerek macam budak kat giant tu.

dahla weekdays, murah gila kot.
aku makan 2 orang RM23 je. biasa kan dekat 50hengget jugak kalau 2 orang.
aku amik kids meal kutah amik set for monday tu. dia makan spaghetti.
lepas dah makan dia cakap nak muntah sebab kutah kurang gemar makanan western.
sayang perut aku ni jenis tak boleh nak makan banyak banyak kalau tak aku dah bedal semua sampai licin.
selera dowh aku tengok. sekarang gigi tak sakit, tengok segala makanan rasa nak terkam. wah melampau di situ hahaha...

cheese baked beef meatball

Gambar Kutah takde sebab dia makan tak ingat dunia. Sebab dalam perut dia kan ada baby. Haaa baby baby baby!

Okla babai :)

Near

Seriously.........

There is NO greater distance.

The gap between what I know in my head and what I believe in my heart.


Sunday, June 26, 2011

Oh Ya, Saya Mahu!

Comel juga vc colbie cailllat ni.



YOU make me wanna say I do :)

Nak download nak download buat ringtones HP!!!

PS : Kalau sesiapa dengar lagu ni dan tidak gerak gerakkan bahu dan jari, sila pergi menangis.

Saturday, June 25, 2011

adakah tangan shaking itu berpenyakit?

Semalam aku pergi Jusco Bukit Raja sebab cousin aku yang kat Terengganu sana kirim handbag sebijik macam aku.
Jadi lepas kerja aku pun terus pergi ah. Lebih kurang pukul 6 camtu.

Giler menyesal weh pergi semalam sebab ada J Card Day. Kalau aku tahu sumpah aku tak pergi. Rimas dowh ramai orang macam tu. Pening kepala aku. Setengah jam aku cari parking.

Pastu aku jalan sorang sorang beli itu ini. Memang aku dah biasa jalan sorang sorang ni. Tade hal punya.
Aku beli kasut lagi.Huh pantang betul nampak kasut.

Masa kat kedai kasut tu, senario begini berlaku :-

" Kak, akak okay tak?"

" Yer, okay je. Kenapa ek?"

" Kenapa tangan akak menggigil? Akak tak sihat ke?"

" Ooooowh...hmmmmmmmm (dalam hati perghhhhh budak ni boleh nampak pulak tangan aku shaking dan terus pikir apa alasan nak bagi)

" Saya lapar kot hehehe "

" Risau saya tengok. takut akak pengsan je."

" Tade pape. Akak memang camni" 


Well, sebenarnya tangan aku ni memang kuat gigil. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau time nervous ke marah ke jatuh cinta ke lagi ah macam parkinson dah aku tengok HAHA

Jadi, kalau korang korang terjumpa aku then nampak tangan aku gigil semacam tu jangan pulak perasan aku nervous ke ape. Itu normal bagi aku.

Doctor panel aku pernah mintak aku pergi balik klinik buat blood test tapi sampai sudah aku tak pergi.
Takut punya pasal.

Harap harap shaking ini normal bukan punca penyakit apa apa.
Ngeri siot kalau masuk hospital kene cucuk cucuk kat tangan masuk air tu. Euwwwwwwwwww!


Thursday, June 23, 2011

Hello...Hi I'm Betty ;)

Bila orang tanya tak malu ke gigi rongak macam ni?

my latest pic

Mesti la malu. Nak cakap pun tak confident tau.
Tapi nak tak nak saya kena redah jugak.
Buat buat confident jer.

Orang lain pakai braces rongak tepi tapi saya rongak depan.
OMG!

Bak kata My Super Xmen, tak baik cakap menyesal. Dah buat kena hadapi walau macam mana sakit sekali pun.
Diri sendiri kena kuat. Kalau sebelum ni kuat kuasa 10 tapi kini kena kuasakan lagi ganda 20.
Begitu.

Saya berdoa semoga masa berlalu dengan pantas. Zap zap 2 tahun dan mari kita lihat hasilnya.
Doctor kata saya kene pakai setahun setengah je tapi kalau nak lagi cun menarik kebabooomm kalah JLO kalah Eva Longoria kena extend sikit ah.
Yeah, im over react! 

HAHAHAHAHA 


:)

Things that I am GOOD at :

@ Talking bla bla bla and laughing HAHAHA

@ Forgetting to text people back. Sometimes its takes a few hour to reply. Sorry my dear friend!

@ Lonely window shopping.

@ Eating food.

@ Sleeping.

Thank to Nolle & Kutah for the sardin, telur mata kerbau & kari ayam. Yummeh!
Now, i am hugging my tummy.

Good night people :)

Xoxo,
Nba

Wednesday, June 22, 2011

143

Aku tak pernah keliru.
Malah aku mampu yakin apa kata hati aku.
Tapi cuma banyak benda yang buat aku tersekat dan tak terluah.

Mungkin juga sebab aku takut. Takut nak hadapi lagi sekali.
Aku ni jenis cepat serik.
Aku juga jenis kalau dah terasa memang sampai mati aku akan ingat.
Bukan aku tak boleh maafkan cuma aku tak boleh lupa. Faham tak apa aku nak cakap?
Tak baik berdendam wahai Nabila.

Aku tak mahu ceritakan terperinci apa masalah aku dengan dia di sini.
Bagi orang yang mengenali aku dengan rapat buat kesimpulan itu hanyalah masalah kecil namun bagi aku ia adalah kesilapan kali kedua yang susah aku nak terima.
Orang sekeliling pun pelik kalau dua dua dah kata sayang kenapa terus terusan macam ni?
Menyiksa diri masing masing.

Breakfast @ Subang Airport

Kadang aku dah tak tahu nak jawab apa lagi kalau orang tanya pasal aku dengan dia.
Macam biasa aku akan senyum. Dan yang pasti aku bagi senyuman paling manis sekali dengan harapan cukupla mereka bertanya.
Serious. Aku tak tahu nak jawab.

Tapi aku tahu, dia selalu ada untuk aku.
Bukan aku nak perasan tapi hati aku kuat cakap macam tu. Aku dapat rasa.
Rasa tu sama macam dulu.
Macam mana cara dia cakap dengan aku, macam mana cara dia pandang aku, macam mana cara dia caring pada aku. Segalanya.
Bila dia tahu aku demam, sekejap sekejap call even tengah malam pun just nak make sure aku boleh tido ke tak.
Gila betul lah.

Aku rasa sangat selamat bila dia ada dengan aku.
Sebab tu bila aku ada masalah ke aku sakit ke aku happy ke mesti dia orang yang aku fikir terlebih dulu.
Aku tak sangka dia boleh kunci hati aku sampai macam ni.
Aduhai hati.


March 2009. Camping Sg Congkak

Aku tahu dia cakap aku ego gila. Aku keras hati. Aku degil. Aku marah tapi tak reti nak tunjuk. Aku lebih suka pendam. Semua tu aku terima je sebab aku tahu itu memang aku. Aku mengaku.

Memang dalam dunia ni tiada yang sempurna. Aku faham. Aku pun banyak jugak buat salah. Aku tak salahkan dia dalam hal ni. Bukan semua sepuluh jari ni aku tuding pada dia sorang jer.
Aku perlukan lebih masa untuk terima. Untuk lupakan kesakitan aku tu.

InsyaAllah.

Taiping & Perlis Trip


Nota : RINDU MENGGILA.

Tuesday, June 21, 2011

benda macam ni la aku tak suka.

Perbualan yang serius tetapi kelakar di antara aku dan kakak ku.
Telefon aku tetiba berbunyi pukul 12 tengahari.

Hari Jumaat Lepas :-

Cik Ani : Hello Suela, sihat tak?gigi okay?
Me : Hmmm demam sebab gigi ni la.padan muka.
Cik Ani : hehehe...ada sesapa call/sms tak?
Me : takde pun.
Cik Ani : belum lagi kot.Cik Ani dah pass no hp suela kat kakak dia.maybe dia malu kot.
Me : hah? sape tu? umur berapa? 
Cik Ani : 25tahun.hensem orangnya, keje pun bagus, keluarga pun baik baik.dekat je dengan rumah cik ani ni.
Me : Eh budak lagi la...takmola cik ani.
Cik Ani : Takpe, kawan jela dulu manatau jodoh kan. Macam mana dengan budak taiping tu?
Me : Oh, okay je.
Cik Ani : Siapa cepat dia dapatla kan Suela? kawan kawan dulu okay.
Me : hehehehe *gelaktakikhlaslangsung*


KALAU AKU CAKAP AKU RIMAS BOLEH TAK?

Aku tahu kakak dan abang aku dah mula risau pasal aku.
Tapi apa boleh aku buat. Calon pun samar samar lagi. Aku tak berani nak cakap apa apa.
Aku faham masuk ni dah kali ketiga mereka tolak risikan dari orang luar.
Entah dari siapa aku sendiri pun tak tahu. Aku malas nak ambil tahu.

Macam tak caya benda ni berlaku kat aku. Macam drama dalam tv. Tapi ini memang serius terjadi dalam hidup aku.
Bengong kejap.

Otak aku malas je nak pikir benda benda macam ni. Sesak tau tak?

InsyaAllah, ada jodoh aku nanti. Aku sangat percaya.

Kalau orang lain masuk merisik / meminang aku buat masa sekarang ni memang aku tak nak.
Aku tak ingin langsung.

Tapi kalau dia yang masuk merisik macam mana?

Jujur aku cakap, aku senyum sampai telinga.

currently

Monday, June 20, 2011

saya bukan ego



Terima Kasih sebab tak jemu jemu.
Walaupun kadang kadang saya ni macam biskut.
Kejap ada kejap takde.

Awak dah buat saya gelak tahap kuasa kuda hari ni.


Well, i love today :)


Sunday, June 19, 2011

SHB

Ramai betul hari ni manusia dekat IOI Mall Puchong.
Sesak betul. Kerimasan saya dibuatnya.

Kitorang macam pelik gila sebab apakah manusia sangat sangat ramai sampai parking pun susah.
Oh baru teringat, hari ni Father's Day.
Patut ah kan.

Hari ni bangun tido pukul 1030 pagi dapat sms dari Puan Akitah menanyakan aktiviti untuk hari ni.
Dan terus bangun mandi bersiap siap untuk ke rumah beliau sebab ada bubur nasi.
Hooray hooray!

Pandai memancingnya Kutah.
Terima Kasih sangat sangat sebab bubur nasi yang beliau masak super sedap.
Kutah memang pandai masak sup. Dia memang expert lah kalau bab sup ni.
Sumpah sedap siap bertambah lagi tau.
Dah tu siap bawak balik tapau lagi ni haaa...

Terharu sebab Kutah sangat rajin dan prihatin *sob sob*

Nanti boleh la bawak bubur nasi tu pergi keje kejap lagi.
Malam ni dan esok saya adalah midnite. Masuk keje pukul 11 malam balik pukul 745 pagi.

Oh ya, disebabkan hari ni hari bapa terus saya jadi teringat dan rindu kat the only one hero. My Ayah.
Al-Fatihah untuk arwah.
Kalau ayah ada mesti saya dah poskan sehelai baju kemeja atau apa apa jela untuk beliau.
Tapi kini saya yakin ayah lebih perlukan doa dari semua anak anak beliau.

Semoga arwah tenang di sana.
Amin.

Saturday, June 18, 2011

Bimbang.

Aku sedang bimbang.
Sepatutnya aku seharusnya sangat bimbang.
Tapi aku buat buat tidak bimbang.

Kakak aku call dari minggu lepas sampai semalam.
Hal yang aku sendiri tiada jawapan.
Haih.
Aku mengeluh panjang bila terfikir.



"Pejamkan mata bila ku ingin bernafas lega"



Friday, June 17, 2011

my fav bestfriend

Kini, benda alah di bawah ini wajib ada ke mana saja pergi.


seperti nyawa
Nivea LipBalm : bibir comey saya ni kan kerap kering lately. Jadi harus pakai sebab sakit bukan sebab nak nampak bibir mungil atau lebih comey hohoho

Bonjela : Ulser melampau lampau. Letak bonjela rasa cool sikit walaupun rasa dia TAKSEDAPLANGSUNG okay!

Wrigleys Extra Mints : Untuk menghilangkan rasa ketidaksedapan bonjela tersebut.

Nota : Dah 2 hari gigi saya tak sakit maka tak perlu makan ubat. Hoyeah. Alhamdulillah :) Dan dalam masa 4 hari berat dah susut 2 kg. Karang tinggal tulang matilaaaaaaaa HAHAHA

Thursday, June 16, 2011

Nora Elena dah nak habis baru gedik nak layan

Yess yesss aku selalunya ketinggalan jauh di belakang.
Selalu macam tu tau.  Choy giler.

Kalau ada pape news ke, movie ke ape ke aku mesti yang last tahu. Mesti yang last tengok.
Macam cerita Kuch Kuch Hota Hai dulu tu la.
Aku ingat lagi masa tu aku darjah 6 time cerita tu keluar meletop kebabooomm tapi korang tahu aku layan cerita tu masa aku form 3. Lambat 3 tahun HAHAHAHA loser nak mampus!

Orang lain dah sibuk kepoh satu malaysia aku baru terhegeh hegeh nak tengok drama bersiri yang super hot meletop sekarang ni.
Nora Elena. Korang pun sure dah layankan? Memang dah tahu korang memang kaki drama hehehehe

Ini semua gara gara aku MC 3 hari tu la.
Budak budak rumah aku duk layan jadi aku terjebak sekali heeee....
Lagipun semua status kat facebook tu pasal drama ni jer. Selalu gak tanya budak budak lain besh sangat ke cerita ni tapi setakat tanya jela time tu kerja memang takde masa nak tengok.
Kalau duduk rumah pun memang aku terperap je kat dalam bilik ni haaaa dengar lagu sambil lipat kain.
Okay nampak rajin di situ bukan? Memang hobi la derrrr lipat kain ikut simetri.

Okay dah lari dari topik penulisan. Kembali semula Cik Nabila.

Bila dah tengok besh jugak cerita ni. Oh ada Aaron Aziz rupanya...Woweeee HAHAHAHA gatal.
Yang tak syioknya bila dah tengok kat tengah tengah memang aku ting tong habis. Tak tahu kebenda haram pun.Mana kepala mana ekor.

Fineeeee, aku buat kelakar sebab sanggup gugel pasal drama ni  then aku jumpe blog ni.
Ade link semua episod Nora Elena.
Dari balik keje pukul 4 tadi aku layan sampai sekarang baru habis episod 3.

Kalau ada yang  manusia ketinggalan seperti aku dan takpun kalau rasa macam nak tengok balik, klik ah link tu. Aku tahu korang memang suke...cakap tenkiu now huhu

http://mediaprimatv.blogspot.com/2011/06/nora-elena-episode-1-episode-12.html

Okayla, aku nak chiow dulu dah pukul 7 ni ada date dgn Aaron Aziz dowh.

Babai.


Nota : Memang boleh terbang di awangan bila tengok betapa apakah sweet cerita ni. *senyum gedik*

Wednesday, June 15, 2011

Inilah dia. besi yang menyiksa jiwa raga.

Ya Allah, sakitnya!
Dah 3 hari mc sebab braces ni korang tahu tak?

Setakat ni, aku dah meraung lebih kurang 4 jam sekali.
Bila sakit makan ubat dia okay sikit. Lepas tu, bila kuasa ubat tu dah hilang rasa sakit tu datang balik.
Fobia seyh.

Now, aku macam dah ready sikit nak tunjuk gigi besi pink aku ni kat korang.
Korang je yang boleh tengok tau orang lain belum lagi sebab aku dah 3 hari tak keluar rumah.
Bertuah korang ni HAHAHA


wanita besi, mata lebam sebab malam2 tak boleh tido :(
Tengok tu, habis bibir mungil comey aku pecah pecah tau. Mungil dan comey la sangat kan HAHAHA
Ulser dalam mulut dah besar 20 sen siap bernanah lagi tau.
Aku ni dahla tak pernah kena ulser. Kalau ye pun setahun sekali je kot tu pun sebab gelojoh gosok gigi.
Memang tak leh blah wei kena main spray ubat pahit dalam mulut.

Itu pandangan dari sisi nampak macam boleh tahan lagi.

Kalau aku tunjuk dari depan mahu tersembur pada korang yang sedang minum.
Kalau ada yang baru nak telan air liur kompem tersedak.

Gambaran dari depan aku nak korang imagine sendiri.
Sangat tidak cool okay. Aku paling benci rongak!!!! Arghhhhhh stresssssss....

Aku perlukan ubat penenang. Ubat anti stress.

Semangat aku kadang kadang naik tapi kebanyakkan nya jatuh merudum.

Come on, chill Nabila chill! Cool ape begini. Rare sikit.

Tuesday, June 14, 2011

She's officially taken :)

Dah jadi isteri orang dah sahabat terbaik aku ni secara rasminya 04 June 2011.
Berakhirnya pernikahan dia maka bermula lah soalan soalan biasa yang aku dah penat dan tak tahu nak jawab dari orang sekeliling.
Aku senyum jela takpun paling paling busuk aku cakap InsyaAllah dan doa doakan lah untuk saya :)

Penat weh kenduri kendara ni.
Aku takdela sibuk kat dapur tapi sibuk ke hulu ke hilir. Tapi still penat nak mati.
Pengapit katakan.Harusla sibuk. Dalam masa yang sama nak melayan tetamu yang datang haritu rata rata kawan kawan kitorang dari sekolah rendah. Kawan dia kawan saya jugaklah.

Seri pengantin

Sebelum berangkat ke masjid untuk akad nikah

Penuh debaran ye Asrul?
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.
Si Noniey macam biasa ah ratu airmata menangis dengan lebat. Sepatutnya saya la yang nangis kan?
Tapi cool je tahan dalam hati sebak jugak seposen huhuhu

Pic ni aku rasa aku macam mak nyah.

Time berarak ni panas terik, dah petang tu hujan pulak

Anie yang susah2 datang dari KL naik kete 7jam nak patah pinggang katanya hehe

Haaa tengok tu, gigih kipas pengantin tau

Siap touch up bagai. Good bridemaids rite? hahaha

Memang penat sampai tertido atas sofa wa cakap lu

Outdoor photoshooting @ Pantai Telaga Papan. 15min je dari rumah pengantin

Tengok. Sunset! Indah betul kan.

Kawan kawan yang lain pun sibuk nak bergambar jugak kalah pengantin
Pura pura berebut bunga pengantin.poyo

gedik. ini bukan pura pura tapi memang HAHA

Bidi yang sanggup fly dari KK walaupun demam.

Majlis bertandang di Pendang, Kedah. 09 June 2011

Oh my dear fren, im so happy for you :) 

Please Asrul, Janji dengan aku ko akan jaga sahabat aku baik baik.

Pipi makin tembam lengan macam ahli gusti. sekian.

Hai Noniey & Asrul, cepat cepat dapat baby tau aku tak sabar nak tengok anak korang.
Tahniah dan semoga kalian berdua bahagia sampai hujung nyawa.

Jangan risau, InsyaAllah berkat doa korang bersama semoga aku pun boleh pakai inai macam korang jugak tak lama lagi. Angan angan.
Terkilan tau hari tu inai tak cukup aku nak pakai. Mencik!

1st day pakai braces

Sebenarnya aku dah lama teringin pakai braces ni. Sejak dari kecil lagi tapi tak tercapai sebab abang dan kakak aku yang lain tak kasi.
Diorang cakap tak payah, seolah olah aku membuang keunikan yang sedia ada.
Dah cukup comel dah diorang cakap HAHAHAHA yang ni aku tambah sendiri okay :D

Tapi aku segan weh.
Kalau nak tahu, gigi aku ni pelik sekit. Ada terlebih satu. kat depan pulak tu.kecik je.
Memangla kalau sekali pandang tak perasan tapi kalau berkali kali perasanla.

Lagipun bagi aku pakai benda alah ni adalah FEAR FACTOR bagi aku sebab semua orang tahu aku penakut. Takut giler dengan doctor. Takut giler dengan benda benda sakit. Takut giler dengan jarum.

Maka, akhirnya aku berjaya menembusi ketakutan aku selama ni.
Yes, korang patut ucap tahniah pada aku tau. Respect habis. Begitu.

Tapi tapi tapi

Lepas dah pakai , dalam kereta 40km aku menangis tak berhenti.
Bukan sebab sakit tapi sebab muka aku jadi buruk giler.
Aku dah jadi rongak ;(

Tapi doctor cakap dalam masa beberapa bulan nanti okayla. Nanti dia akan mula rapat balik.
Harap harap cepatla. Aku rasa macam tak nak keluar rumah pun ada jugak. Malu, self esteem jatuh sejatuh jatuhnya.
Mesti ramai yang ejek ejek aku.

Patutla doctor tu banyak kali tanya aku, betul ke awak nak buat ni? Tak menyesal ke?
Selamba aku sound doctor tu balik, jangan tanya banyak kali nanti aku jadi takut.
Serius, dari waktu doctor nak cabut gigi tu sampai la kepada pasang besi pink tu aku tutup mata rapat rapat sambil air mata mengalir.
Gedik manja betul.
Habis segala doa aku baca. Sampai surah Yassin pun aku baca jugak.
Aku rasa macam nak tercabut nyawa pun ada.
Ngilu kotttttt.

Lepas ni aku tak heranla kalau ada orang panggil aku NABILA RONGAK.

Aku positif jela kan sebab aku sendiri jugak yang cari pasal.
Alahaiiiiiiii lambatnya 2 tahun lagi.

Mesti korang nak tengok kan? kan? kan?
nanti nantila aku upload. Buat masa sekarang ni aku tak boleh terima kenyataan lagi aku rongak huwaaaaaa


Mould gigi. ganas kan?
Malam tadi aku tak boleh tido okay. Sakit, sengal sengal rasa macam semua gigi aku nak tercabut.
Sakit sampai otak jadi biol tahu tak?

Btw, thanks to him tolong cool down kan diri yang dah takde semangat ni.
Aku cakap tunggu 2 tahun lagi baru boleh jumpa aku pastu terus dia cakap aku hilang akal. Acewah malu malu pulak tak leh blah HAHAHAHA

Sunday, June 12, 2011

auuuchummm

ketidak kesihatan kesejakan keakhiran keinian.
kepenatan.
kebersinan.
kehingusan.
kepucatan.

:(

masuk ni dah 80kali aku bersin.
dahla shift sekarang buat aku rasa macam zombie.
hari hari balik pukul 2 pagi.
next week midnite pulak.
phewwww...
boleh ke aku handle mata aku nanti?
entah entah sambil tido sambil cakap dengan customer bukan tak biasa buat camtu sampai customer jadi bengong dengar aku merapu.

Okay, gambateh!

Saturday, June 11, 2011

Thursday, June 2, 2011

june

Dah masuk june dah. Setengah tahun dah saya lalui.

Saya sedang cuba memperbaiki sikap diri sendiri yang semakin hari semakin jauh mencari hakikat sedangkan hakikat itu sangat dekat dan jelas.

Kadang kadang.

Normal lah kalau di dalam perjalanan kita akan menghadapi perlbagai dugaan dan kesulitan.
Saya tetap berusaha dan kecewa letak ke tepi.
Namun saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. TAWAKKAL.

Kalau rasa saya dan dia ini salah tolong kami Ya Allah!

Dan Alhamdulillah, dia semakin pulih. Luka pun dah kering.
Walaupun tak dapat berada di sisi tapi saya tetap doakan yang baik baik.
Dapat 3G pun jadilah.
Dan yang penting semoga dia sihat macam dulu jugak walaupun tangan dah masuk besi.
Rajin rajin buat fisioterapi okay.
Awak ada tangan besi dan saya pulak ada gigi besi. Cun bukan? hehehehe

Hmmmmm......sekarang apa kata hati?