Showing posts with label Riang Ria Gumbira. Show all posts
Showing posts with label Riang Ria Gumbira. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

My New Toys ;)

Okay, sekarang ni bila ada masa lapang dan terluang asyik pergi main dengan budak kecik ni jer.
Grrrrr geram betul aku.

Geget dia geget!

Izz yang sporting tapi lama lama dia rimas hahaha

Aunty sayang awak mmmmuaaaah!

Oh I just cant wait to have my own baby ;)

Ok bye.

Saturday, July 23, 2011

his family

I met them already :)

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa aku rasa sungguh bahagia sekali hari ni.
Aku berharap ia berkekalan begini.

Tapi aku tetap bersedia tak boleh fikir dunia ini selalunya indah.
Kadang ujian datang tanpa diduga.

Begini ceritanya kalau ada sesapa yang nak tahu lah kan, aku keluar makan dengan dia hari ni.
Dah lama tak keluar nervous gila okay. Plus ini first time dia tengok gigi rongak pink aku secara live.
Takpe malu tu aku simpan dalam poket kejap.

Kitorang lepak OldTown untuk lunch kejap.

Disebabkan henpon aku buat hal, kitorang pergi repair henpon kejap dekat Alam Sentral.
Okay, jahanam duit aku RM100. Cina apek tu cakap kene tukar ribben.
Takpe, Blackberry dah lama aku usha kau. Tunggu kau di situ.

Lepas tu, apa yang mengejutkan lagi.
Aku dinner dengan family dia kat Tasik Indah sempena birthday Mak dia.
Kebetulan atau tidak yang tu aku tak pasti.
Ramai wei yang ada. Mak bapak, kakak abang, pakcik makcik, sepupu sepapat gitu.

Anyway, bila dah nak balik aku salam dengan semua orang.
Lepas tu, sempatla aku wish kat Mak dia.

"Selamat Hari Lahir Makcik, sihat sihat selalu okay"
" Yer yer, thank you thank you so much sebab datang" - Oh sweet okay makcik ni kata aku dalam hatila.

Yang ayah dia pulak:-
" Pakcik nak tumpang ye. Mitak maaf ganggu hangpa. Pakcik janji duduk diam2 kat belakang. tutup mata. Pakcik sporting jangan risau" - Okay, pakcik memang sporting dan rawk. Like!

You guys really made my day. Alhamdulillah ^_______^

Friday, April 29, 2011

The Gonjengs & Co

Woot woot..ada berita gembira yang menggembirakan hari saya. Yeah!
Selepas setahun budak budak gonjengs ni buat hal masing masing tadi kami gathering sama sama balik.
Siang tadi saya dan Noniey pergi YOKOGAWA opis lama tempat kami kerja dulu tu.
Seronok nak mati beb gelak sampai kepala tingtong masuk angin terus biol sampai malam ni haaa...

Kalau dulu semua aktiviti memang dengan mereka inilah.
Sekarang ade yang dah kawen, baru nak kawen dan sudah bertunang kecuali saya.
Tinggal saya sorang je tau. Biasalah bongsu katakan kasi line kat yang lain dulu HAHA ayat cover sedih.

Bila bukak balik folder ternampak gambar2 dengan mereka lalu terasa nak upload balik.
Kelakar betul kitorang dulu dulu.


@ Cameron, 2009

@ Borneo. My 24th Birthday

@ Pulau Pangkor

Time ni tangan saya injured tu sebab jatuh main ice skating tu yang berbalut bagai. Ni bufday yang ke 24 rasanya.
@ Sungai Gabai

 Lepaking @ Putrajaya
Mereka 3 orang ni bodyguard terhebat.
Orang lain kacau saya diorang marah tapi kalau diorang menyakat bukan main lagi.
Bengong ni.

@ Langkawi 2008

Walkathon Niosh Bangi




Last pic kitorang lepak sekali. Rasanya ni bulan March 2010 kot

Seperjuangan
Hmmm menggigil kawan saya tadi sebab dah lama tak jumpa.
Nervous mungkin. Rindu pun ye jugak kot. Acewah.

Okay, itu jela.
Dah tak tahu nak cakap ape sebab saya pun macam tak percaya kejadian hari ni lepas diorang ni "digari"oleh wife masing masing ekekeke

Kepada The Gonjengs & Co (Noniey, Sue, Man Toi , Pidot, Mizan, Nazir, Tasha) korang pernah mewarnai hidup aku terima kasih banyak banyak dan aku harap walaupun korang semua dah ada life sendiri tapi janganlah menyombong sangat terus lupa kawan. Coiiii tau.
Papepun, aku sentiasa doakan kegembiraan dan kebahagia korang semua.
Amin.




*Jenab*

Monday, April 18, 2011

jejak kasih

Woh lama giler tak lepak dengan diorang. Kawan kawan yang hebat.
Dulu dulu masa zaman saya mula keje takde kereta lagi, tiap minggu dorang datang amik kat umah.
Time tu umur dalam 21 or 22 tahun.
Baru nak naik kata orang HAHAHA...baru nak kenal dunia.

Dari pusing satu KL, lepak mamak berjam jam lamanya sampai kena halau dengan tuan kedai sampai la ke bukit Cameron Highlands tu kitorang jejak. Sumpah manis kenangan semua tu.

Bila dah lama tak jumpa, rasa macam kelakar.
Masing masing dah makin matang dan dewasa sikit.
Tapi gila gilaan tetap sama.

Kami berjejak kasih di Superstar, Alamanda.



Noni dan Mat Syahir

Subli, Fakrul dan Ija
 Entah lagu apa Pako tu nyanyi sampai ternganga nganga.


bajet comel.please lah!


Yang sebelah Noni tu, Subli yang mana kami lebih senang panggil dia Peliey.
Dia kan agak bagus jugakla. Walaupun kadang kadang emo tak tentu pasal tapi dia macam bodyguard kitorang.
Suka pantau kitorang dari jauh. Dia kata kami ni perempuan kena hati hati sikit. Jangan jalan jauh2 dari dia.
Nanti kalau ada pape yang terjadi dia yang penat nak menjawab. Tahu takut ek bawa anak dara+awek orang? hehehe

Contoh kan. Masa kami pegi Cameron dulu. Malaslah nak cerita panjang. Tapi bila ingat balik, gentleman jugak budak budak bengong ni.

Macam adik dia lah konon kami ni.

Saya selalu jadi yang bongsu. Tu yang gedik lebih!


Dulu kan, saya tak pernah ada kawan lelaki. Sebab Ex-bf saya dulu tu kuat jeles. Kongkong rasa lemas macam nak mati. Over tau. Dalam HP kalau ada nama lelaki tak boleh. Kene delete. Tapi saya main tipu. Kalau kawan saya tu nama dia Fazidi saya save lah Fazidah HAHAHA barulah tak kantoi. Bijak kan?

Noniey ade lagi 2bulan untuk hidup single
Pastu, Noniey inilah. Dia kan ramai sangat kawannnnnn...Dari situ, saya pun jadi ramai kawan jugak.


Eh, baru perasan. Macam janji pulak. Semua pakai black & blue. Sebenarnya, kebetulan je.

Bila dah habis karock, diorang macam nak lepak sama lagi.
Tapi, saya dan cik Noniey ada hal pulak nak kene setel.
Kesian mereka tau. Rindu dendam nak bahan satu sama lain pun tak habis lagi.

Okay guys, next week saya cuti 4 hari. Jom?

Tuesday, April 5, 2011

Ikea ibarat rumah kedua saya

Dalam seminggu kalau tak pegi Ikea memang tak sah.
Dah jadi tahap wajibul ghunnah la pulak.

Kalau tak pegi beli barang pun mesti wajib pegi bedal meatball dengan kek daim.
Tapi penipulah, kalau pegi Ikea tak beli pape. Mesti ade rembat jugak satu dua hahaha
Sumpah rasa nak beli semua je.
Nasib duit memang takde kalau tak memang hilang pedoman dah kasi syaitan bermaharajalela menguasai nafsu.

Malas nak type sebenarnya, jom tengok gambar jela saya keluar dengan girlfren.
Korang mewarnai hariku ;)

Ini last week. Eh last two week kot rasanya. Dengan Nolle & Ria.

Pantang jumpa cermin
Perasan tak Ria tu muka dia macam Maizurah Hamzah kan? Memang dia sungguh manis sekali. Dia adalah bakal kakak ipar Puan Nolle. Orang Sabah bah.

Come On Nolle, bila perut anda mahu besar?
Dah pandai gedik pakai skirt la pulak skang

Bukan apa, senang nak cover. Kalau orang cakap nampak gemuk jadi saya boleh nafikan. Cakapla skirt tu yang kembang lagipun pakai skirt buat saya rasa lagi bebas. Yep, bebas dan selesa tau.

Di gunakan pada waktu pagi dan malam.
Pelik kan, bila saya bangun pagi berat dia 45kg tapi bila dah makan terus naik jadi 48kg. Biol kejap fikir. Takkan sampai 3kg kot makanan aku makan. Aiyooo...engkau ni betul ke tak wahai penimbang berat sakti ku oiiiii??

Licin sekali. Burppp
Sape yang pergi sini kalau tak makan meatball dengan cake daim adalah rugi sama sekali tahu?

Hantu cake

Tak boleh kongsi weh. perangai kedekut

Suami Isteri. Sama kan muka diorang?
Selalunya memang dia lah yang selalu temankan saya pergi mana mana.
Kalau dia tahu je saya cuti ke laju je sms saya tanya ade pape plan. Jom aje kata kaki jalan.

Dah lama mengidam set ni. Smart dowh

Haaa...dah mula dah. Sakit kaki

Mirror addict

Bila dah balik rumah mesti cakap minggu depan nak pergi lagi lah. Nak beli yang tempat letak itu ini. Nak beli langsir. Nak beli semualah pendek kata.

Ini baru rumah sewa kalau rumah sendiri tak tahu la macam mana.
Seronok kan bila balik keje penat penat rumah pun cun melecun. Hilang stress sikit.
Saya pun bukan pandai nak deco macam Eric Leong tu tapi suka.

PS : Kerajaan dah bagi Skim Pinjaman Rumah Pertama. Jadi, ape tunggu lagi? Mari kumpul duit beli rumah sendiri :)

Wednesday, March 23, 2011

Kini saya mampu menarik nafas lega dan senyum =]

Hari ini, kejadian yang berlaku di opis seperti di bawah. Kalau rajin bolehla baca. Tapi memang kompem ianya tidak menarik manapun bagi anda. Seperti biasa la kan.

Lepas makan tadi, tengah syiok bergosip dekat henpon kat besties tetiba TL panggil. Kalut end up call sambil berlari sambil sendawa. Erkkkk tipu je okay. Saya sopan tau. Sopan sopan sopan.

TL : Nabila, come here darling.
Saya : Wait yah.
TL : Im sorry to say this. But i have to. Come closer dear.
Saya : Omaigod. I ade pape issue ke? Complaint ke? Huh takottttt siot.
TL : Hmmm....nah. (sambil bagi sekeping surat)


Baca surat sambil mata terkebil kebil 


Saya : Okayyyyyyyy fine. Boleh tak kalau saya nak pengsan sekejap? 
TL : HAHAHA...Congrats by the way. 
Saya : Nak pengsan lagi HAHAHAHA...Thank You So Much Kak :)
TL : Besok keje petang kan, so you sempatlah pegi for the medical check up tu!
Saya : Baiklah. Will do. Thank You lagiiiii kak

Hmmm...begini ceritanya.
Surat tu adalah surat confirmation saya. Oh Yeayyyyyy!

medical check up letter

Alhamdulillah.

Kini, saya bisa menarik nafas lega dan goyang kaki sambil korek hidung. Eh takla, sebenarnya saya tak payah susah nak cari kerja lain  lagi. Tak payah pakai smart2 pegi interview pastu kene sembang kencang UP kan cakap pasal  kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kan bosan kan kalo interview. Admit it kawan! Semua orang tak suke interview kot kan.

InsyaAllah saya jadi warga tetap Harimau bulan depan. Pray for me ya kawan. Come on lah, tolong doa sikit, boleh? Dapat bonus saya belanja okay. HAHAHA gurau.

Then, terus capai henpon sms my sistas.

2 orang kakak saya cakap.

" Tahniah. Itu REZEKI dari Allah SWT. Semua itu supaya kita semua semakin dekat denganNYA ".


" Boleh cepat kahwin la nanti hehehe "


Ayuh, tido. Esok harus bangun pagi.

Selamat Malam *smile*

Tuesday, March 1, 2011

Adalah saya makcik dia dan dia muhrim saya.


@ Sunway Pyramid
Well oh saywell, saya dan anak2 buah lebih kurang sebaya.
Macam member2. Macam geng giler. Geng Bas Sekolah youuu...kamcing gitu.

Orang sekeliling macam pelik sebab bila saya yang pakai tudung ni jumpa diorang iaitu lelaki yang besaq gedabaq peluk cium selamba je. Laga laga pipi je pun bukan wat ape. Kami masih menitik beratkan budaya melayu di sini. Pasti mereka pikir mereka adalah boyfie saya kan ekekeke...Kami muhrim kot wei. Bak kata Fatimah Abu Bakar, this is our loving culture. Demmm!

Udah besar dan ganteng semua anak2 buah saya yang dulu masa kecik2 comey nak mati dan buas macam....Ya Rabbi tak tau nak kata.

Btw, mukadimah panjang2 nak cakap je. Ahad semalam saya lepak, chill dan sepak terajang dengan anak buah. Budak hitam ni nama dia Fahmi. Anak sulung kakak saya yang nomborrr (jap eh nak kire)...
Owh yeah, nombor 3 ke 4 entah. Mak dia ni kembar sebenarnya. So mana2 jelah.

Geng semuhrim tak batal air wuduk saya ni study kat Perak sebenarnya. Datang KL sebab dia kata rindu kat Suela dia yang comey ni. Dia yang cakap saya tak cakap eh. Statement ni pasti buat anda terasa nak lempang saya ke? HAHAHAHAHA


Tinggi betul kamu nih.

Bowling time

Macam biasa. Peneman setia. Kutah in da houseeee

Strawberry bubble tee ni tawar. tak besh langsung

See.. mereka stalk saya wei

Fahmi the Black and his Choc ;)

The Bujangs. Fahmi's Geng

Nak sangat kot jadi pondan ni.
Kesian Fahmi ni nak mengepau sehelai kemeja dari saya tapi tak dapat. Sebab takde size. Bukan sebab saya kedekut pun. Weh, nak pau kemeja Guess i tell you. Nasib takde size kalau tak mahu meninggal saya. Erkkkk tade hal sangat pun sekali sekala bagi orang hepi kan apa salahnya. Anyway, budak2 skang ni demanding betul kan. Haish

Okay, dah citer. jom layan saya dinner kat Sekinchan Ikan Bakar pulak. Saya bukan suka sangat pun makan cenggini. Saya tak suka ikan. Tapi layan jela buat isi perut.

@ Sekinchan Ikan Bakar, Puchong.
Yang kaler hijau lumut tu Air Asam Boi nama dia. Yang hijau saujana mata memandang tu pulak. Apple Asam Boi. Layan dowhhhh!

That's all my weekend. Bagaimana dengan anda? Di gari oleh teman wanita atau teman lelaki? ON RIANG send to 32212!

Okeh, Babai  ^___________^


PS : Bila mereka dah besar saya selalu lupa umur mereka.

Saturday, February 26, 2011

Ngedet Sopim

Penat cuti semalam tak abis lagi arini. Kaki comey saya ni bergegar sendiri je. Cramp weh.
Hampir separuh sesak nafas orang yang temankan saya tu. Penat dan giler kata dia.

Ayuh, biarlah gambar yang menceritakan.

Apa pasal entah, lately saya rasa muka dah jadi makin lebar. Takkan naik lagi kot? Benci lah.
Masa kat Ikea tu, dah amik penimbang berat badan letak dlm troli tapi peneman saya tu tak kasi. Dia kata jangan jadi saiko pada diri sendiri. Okay, fine jela kan even macam terbeliak bijik mata bila tengok berat sendiri. Sanggup cakap dalam hati, tipula benda alah ni. Scary betul.

Proses Tumbesaran Yang Baik

Berangan

Ayam penyet for lunchie


Bila time lunch tu, pekena sup ekor dengan lele penyet kat ayam penyet IOI Mall dulu. Dah abis makan saya check kat belakang kot la ade ekor ke tak de kan. Nasib baik takde. So masih comey lagi la kan..nak jugakkkkk

Ehem


Pastu dah sampai Ikea, makan pulak meatball macam biasa ah. Pastu dengan muka tak malu tanya kat brader tu. "Bang, kek daim dah takde ke? Tiap minggu datang direct tade je nape ek? ".
Okay, baru faham brader tu cakap kek daim tu dorang dah order tapi tak sampai2 lagi. Saya pun tak tahu dia order dari mana. Mungkin luar negara kot kek tu naik kapal tu yang tak sampai2 lagi. Benci tau. Kempunan ni. Huh

Konon macam suspen la kan letak pix dua gelas comey di situ. Macam dating tapi padahal?

Shopping like a MAD

Ini dia Peneman Setia
Dahla Si Itah ni baru berapa bulan lepas operate jantung, saya boleh dera dia jalan2 cenggini. Kejam jugak bunyi nya tapi dia kata dia ade ubat kuat. Siap offer vitamin tu kat saya lagi bila dia nampak saya dah terduduk kat atas eskalator, konon saya perlukan energy lebih.. Ubat? Memang tak ah. Mimpi nak masukk tekak saya ni wahai ubat.

Damansara memang demm kan. Jalan jemmm giler macam ape. Ini pun benci. Nasib saya dera Itah lagi tolong bawakan kete. Duk sebelah je tolong bagi moral support kat Itah. Terima Kasih Kutah sekali lagi sebab kasi chance didera walaupun dirimu ceri beri aritu. Euwwww

Ade berani nak redah?
Jangan amik no plat kete depan tu pegi tikam magnum ke ape pulak yer. Saya tak tahu....