Macam tak penah naik jerawat je aku ni.
Jangan salah faham.
Sebelum ni memang ah ada jugak naik setempek dua tapi bukan macam untuk kali ni.
Pergi office pun orang duk tegur. Eh Nabila, you ada jerawat kat pipi. Nampak sweet.
Haaaa....itu motif entry aku sebenarnya kali ni.
HAHAHAHAHAHA
Amacam?
| tu haaa jerawat cinta kita. eh jerawat puasa. eh pape jela. |
| Alololo pink nya jerawat tu dan besi dia. Abaikan kening berserabut tu. On PMS! |
Aku perasan bentuk muka aku macam dah lain sikit sekarang ni.
Aku ada pakai botox sekarang ni kalau nak tahu.
Caya tak?
Ceh, macam berani pulak aku nak suntik sana suntik sini. Jangan haraplah, lagipun aku bukan seorang yang beauty conscious sangat. Aku tak takut pun di mamah usia. Biarla kedut pun. Begitu.
Takdela, sejak aku pakai braces ni ada jugak yang cakap muka aku sekarang nampak lain.
Oh aku macam tak perasan la pulak yang dagu aku jadi makin panjang. Baru pakai 2 bulan dan atas saje ni.
Memang dentist aku Doc Zarin tu dah cakap awal awal nanti structure muka aku akan berubah.
Samada makin cun atau tidak. Siot punya doctor boleh buat lawak macam tu.
Konklusinya, pakai braces ni akan merubah hidup anda. Woi..merubah bentuk muka anda jela.
Ada berani tidak? Jom lah try.
Seronok pakai besi ni walaupun leceh gila.
Lepas makan kene gosok gigi cepat cepat. Dulu kalau sehari gosok gigi 2 or 3 kali sehari sekarang ni dah jadi 8 kali sehari.
Dulu gosok gigi 5 minit je atas bawah. Tapi sekarang ni gosok gigi atas sahaja dah 15minit.
Sumpah tak tipu. Sebab aku nak kene jelajah setiap besi gigi aku ni.
Maka, total untuk gosok gigi sahaja dalam 20minit masa aku terbuang tanpa disedari.
Yang bawah ni tak sampai 5minit aku sental lebih kurang macam biasa je tak payah pakai gajet gajet sebab masih belum ada besi lagi.
Okaylah, sempena aku cuti ni aku nak keluar kejap. Nak pergi potong rambut. Dah panjang sangat dah ni, al maklumlah hari hari pergi jamban membuang.
Kata orang, selalu berak rambut kita jadi panjang. Betul ke?
Okay.
Chiow lu.