Thursday, March 31, 2011

Banana Phone baby

Video clip neh dah lama saya jumpa. Tahun lepas lagi.
Tapi sampai sekarang kalau tengok gelak tak hengat. Sebab budak yang duk nyanyi dalam vc neh comey giler kot.
Geram je tengok.

Mari hiburkan hati kawan kawan ;)



Kan? comey betul budak tu melompat menyanyi! Eiiii...
Kesian bapak dia duk tahan gelak tengok gelagat anak dia sampai kembang kempis hidung nya. Cover macho yer bang hahaha


Psssttttt

Hello kawan kawan terhebat,

Saya masih sewel di sini

Rindu saya tak?

Oh pleaseee jangan bilang tidak okay.. HAHAHA

Broadband saya tertinggal kat rumah member di Putrajaya tak boleh nak online rasa macam nak semput je. Haih.

Ehem. nak tahu tak? nak tahu tak?

Kalau tak nak tahu pun saya nak citer jugak :P

Semalam adalah indah :)

Pasal dating tu la saya nak citer. Semalam la ceritanya.

Well oh saywell, kami kan suka berlagak cool macam takde pape. So, kami memang cool lah.

HAHAHA tak bleh blah betul selalu cakap diri sendiri cool :D

Gelak gelak duk cerita hapdet sana sini. Dah lama tak jumpa kan banyak cerita la nak cakap sampai berebut rebut nak cakap. Konon jual mahal merajuk ape entah. Blah la!

Dia cakap, giler keras hati sebab merajuk sampai berbulan bulan.

Saya cakap, anak askar memang camni. Dah dilatih jadi wanita besi.

Walaupun semalam kejap je tapi ianya tetap manis.

Sampai rumah terus tido dan bermimpi. Zzzzzzz

Bangun pagi sambil senyum nan indah tee heeeeeeeee

Terima Kasih untuk rasa ini yang tak pernah hilang.

Monday, March 28, 2011

My Status

I have a date next week.

Yep.. Maybe a serious dating.





Okeh Gudnite. Sweet Dream :)

Friday, March 25, 2011

Duh!

Harus lebih tegas mungkin.

Tadi kawan opis cakap, "Engkau ni nampak je garang tapi bila dah kenal ko rupanya alahaiiiii"

Masuk budak tadi dah yang ke berapa orang dah cakap cenggitu. Hek?

Muka saya garang nampak ke? Okay semula ulang dalam versi gangster. Muka gua nampak garang dan bengis ke?

Oh mungkin sebab bila time serius gua dah lupa nak senyum. Kalau orang tak kenal dengan gua mungkin orang cakap gua sombong kerek bagaila kan. Kesian gua kena fitnah sampai macam tu sekali kehkeh

Tapi bila dah kenal...Ok tak payah cakap ah. Kawan kawan tahu semua itu kan? HAHAHA

Macam ni lah baru ganas sikit. Konon. Super rindu time camni!

Okeh, chiow lu.

Babai!



Thursday, March 24, 2011

manis

Pengejut peribadi dah kembali.

Thank You. U're so sweet :)

Wednesday, March 23, 2011

Kini saya mampu menarik nafas lega dan senyum =]

Hari ini, kejadian yang berlaku di opis seperti di bawah. Kalau rajin bolehla baca. Tapi memang kompem ianya tidak menarik manapun bagi anda. Seperti biasa la kan.

Lepas makan tadi, tengah syiok bergosip dekat henpon kat besties tetiba TL panggil. Kalut end up call sambil berlari sambil sendawa. Erkkkk tipu je okay. Saya sopan tau. Sopan sopan sopan.

TL : Nabila, come here darling.
Saya : Wait yah.
TL : Im sorry to say this. But i have to. Come closer dear.
Saya : Omaigod. I ade pape issue ke? Complaint ke? Huh takottttt siot.
TL : Hmmm....nah. (sambil bagi sekeping surat)


Baca surat sambil mata terkebil kebil 


Saya : Okayyyyyyyy fine. Boleh tak kalau saya nak pengsan sekejap? 
TL : HAHAHA...Congrats by the way. 
Saya : Nak pengsan lagi HAHAHAHA...Thank You So Much Kak :)
TL : Besok keje petang kan, so you sempatlah pegi for the medical check up tu!
Saya : Baiklah. Will do. Thank You lagiiiii kak

Hmmm...begini ceritanya.
Surat tu adalah surat confirmation saya. Oh Yeayyyyyy!

medical check up letter

Alhamdulillah.

Kini, saya bisa menarik nafas lega dan goyang kaki sambil korek hidung. Eh takla, sebenarnya saya tak payah susah nak cari kerja lain  lagi. Tak payah pakai smart2 pegi interview pastu kene sembang kencang UP kan cakap pasal  kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kan bosan kan kalo interview. Admit it kawan! Semua orang tak suke interview kot kan.

InsyaAllah saya jadi warga tetap Harimau bulan depan. Pray for me ya kawan. Come on lah, tolong doa sikit, boleh? Dapat bonus saya belanja okay. HAHAHA gurau.

Then, terus capai henpon sms my sistas.

2 orang kakak saya cakap.

" Tahniah. Itu REZEKI dari Allah SWT. Semua itu supaya kita semua semakin dekat denganNYA ".


" Boleh cepat kahwin la nanti hehehe "


Ayuh, tido. Esok harus bangun pagi.

Selamat Malam *smile*

Tuesday, March 22, 2011

Hmmmppph Peliks?

Adalah pelik sejak dua menjak ini ade beberapa orang berlainan yang menghantar sms yang pelik kepada saya.
Aneh sungguh aneh sekali.

Lantaran kepelikan tersebut, saya menjadi semakin pelik.
Hanya pelik.

Pelik pelik pelik. Celik!

Saturday, March 19, 2011

Frust sebab memang takde chance nak tengok Bruno Mars!

Dapat tahu tix konsert Bruno Mars on April ni dah sold out? 
Ciss bedebah betul.
Baru berangan nak pegi konsert artis obersea selepas tahun lepas aku ade peluang tengok Kelly Clarkson.

Concerto
Konsert Paramore aritu pun aku terlepas :(
Konsert Slash Gun n Roses pun sama :(

Sebab ape terlepas ek? hmmm sebab aku takde geng nak pegi. Kawan yang lain tak minat. 
Takkan nak pegi sorang. Tak rock langsung!

Kalaulah sapa sapa yang ade tix lebih. Aku nak nak nak!!!!

Okeh Babai.

Hepi Wiken u ols :)


PS : Pic tu saje nak cakap sebagai bahan bukti. Jangan tanya aku pegi dgn sape sudah huh

Bukan Hak Kita


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.


Bersyukur dengan apa yang kita miliki setakat hari ini dengan rezeki yang dikurniakanNya.


ALHAMDULILLAH :)



Monday, March 14, 2011

Sunday, March 13, 2011

Caramu atau Caraku?


Asbak - Cara mencintaiku

Terlalu besar cintaku kepadamu
Hingga ku tak tahu betapa bodohnya aku
Kau cintai aku dengan caramu
Mungkin kau tak tahu betapa sakitnya aku
Entah bagaimana cara memandangku
Berartikah aku di matamu

reff:
Dan di setiap langkahmu adakah diriku
Mungkinkah dirimu mencintaiku
Dan biarkan ku menjauh bila kau tak mampu
Merubah caramu mencintai diriku

Terlalu besar cintaku kepadamu
Hingga ku tak tahu betapa bodohnya aku
Kau cintai aku dengan caramu
Mungkin kau tak tahu betapa sakitnya aku

Entah bagaimana cara memandangku
Berartikah aku di matamu

repeat reff

Mencintaku


Dia suruh aku dengar lagu Hanyut by FT. Aku dengar sampai lebam. Aku faham maksud dia.

Kini, aku rasa macam nak tuju tuju lagu pulak. Acewah la gitu.

Tapi aku tak cakap pulak kat dia suruh dengar lagu kat atas ni. Boleh pulak aku suruh dia dengar lagu Bengang by Akim AF. Bengong jugak aku ni. Bukan sedap pun lagu tu HAHAHA

Hmmm...bukan ape zahir tak terucap malah tangan tak tertaip pulak. Begitu.

Walau bagaimanapun, I HEART YOU SAMPAI TITIK.

Sekian.


*Your Angel Billa*

Saturday, March 12, 2011

Tak sabar weh

Cepatlah wahai isnin.

Tak sabar nak balik kg jumpe peluk cium anak buah saya di sana.

Haritu adela chating dgn anak buah yang umur 7 tahun dekat fesbuk. Yep, budak budak sekarang memang maju :)




Jadi, macam mana saya tak rindu?

Comey kot korang neh.

Tiket flight dah beli so malam isnin saya cabut balik Terengganu sampai Khamis.

Lama woooo cuti. SUKEeeeeee.....

Jangan rindu rindu saya tau u olsss....HAHAHAHAA

Ok babai :)

Yeah!

Akhirnya....dah lama giler tak geget microphone macam giler.
Semalam lepas balik keje terus shoot pegi Putrajaya ade BBQ pastu karock dengan budak budak kerajaan.
Tak kenal mereka pun tapi tibai jela. Dah dapat pegang mic memang tak ingat dunia kot. Malu sebab suara sumbang belakang cerita. Tapi apa ada hal.

Janji aku puas.

Mari senyum bersama sama :)

Wednesday, March 9, 2011

Tolonglah jadi matang sikit! haippp

Bagi saya nak membebel sikit. Tak banyak... sikit je...

Saya tengah meluat sebenarnya dengan drama budak2 opis skang ni.
Dah duk gedik add kat facebook pastu tetiba sengal nak delete pulak.
Alasan konon nak privacy. Caittt

Saya citer ni bukan sebab bengang. Saya tak kene delete pun oleh mereka.
Cuma rasa tindakan delete tu macam sedikit kanak kanak riang yang tak comel. Diulangi sekali lagi. Tak comel dan tak cool langsung! 

Sejujurnya, saya memang takkan add orang sesuka hati je nak friend dekat facebook tu. Apatah lagi kalau budak2 opis. Kalau yang setakat kat opis tegur hai hai senyum senyum tu takde maknanya saya sibuk nak klik button add as friend tu. Bukan berlagak tapi rasa macam tak perlu kot. Tapi kalau engkau orang yang add saya approve jela nanti cakap sombong pulak. Begitu....

Dan saya pun takdela zalim dan kejam sangat sampai nak delete kawan2 yang dah kenal kat fesbuk tu. Kalau yang tak kenal tu berlambak ah. Mana yang duk sibuk tagged berniaga itu ini, skim cepat kaya bagai la pastu MLM la...Euwww ayat ayat dorang tak boleh blah. Macam berjaya duduk kat langit ke tujuh je. Aiyaaaa...
Dr. Rozmey pun saya delete je tak tahan siot tengok status dia. Muahahahahaha. Kalau macam tu logik ah kalau nak delete kan?

Ini tidak, kalau engkau orang dah tahu dalam friend list tu ade bosses atau kawan tempat keje so pandai pandaila tak payah nak kutuk atau mengeji sampai tahap dewa kat fesbuk. Memang la laman sosial engkau sendiri tapi beragak agakla sikit bangggg oiii... Pastu nak marah bila kene panggil dengan boss. Yang bosses pulak satu hal, sume benda nak take serious. Bukan langgar akta bank BAFIA pun. Kecoh!

HAHAHA Sume orang kecoh saya sorang je cool. Hoh? Tak boleh blah cakap diri sendiri COOL..bluwekkkkkk!

Okay sambung, pastu yang dah kene sound tu, bila dah sentap nak delete sume kawan kawan kat fesbuk. Nasib saya tidak di "delete". Alahai kalau delete pun takdela sentap mana macam orang lain tu. Cool sudah. 

Itu jela. Sebab tu saya malas nak komen lebih lebih. 

Kepada engkau yang suke mendelete : Anda tidak profesional. Sorry to say!
Kepada engkau yang kene delete : Tak payahla kecik hati. Benda kecik kot.


PS : Ehem, saya baru tapis friendlist kat fesbuk. Dari 1k jadi 700 je. Sooorrrryyyyy saya tak kenal anda hehehe


Tuesday, March 8, 2011

Jangan beli kasut time waktu malam!

Bila waktu malam kaki kita akan lebih mengecil comel gitu.
Yang kaki besar jadi kecik sikit pastu yang mana kecik lagi ah cinonet jadinya.

Kisahnya, saya beli kasut semalam. Masa time try kat situ macam ngam ngam hooo je kan pastu frustttt bila balik rumah kasut tu jadi longgar :(

Benci betul. Dahla kaki ni memang jenis susah nak cari kasut.
Kaki size tiga.

Tu haaaa...eksen sikit kasut baru yang murah je pun. Kat Cotton On.
Acewah.

Sampai teleng2 kepala punyala nak amik pic kasut tu. Senget betul HAHAHA

Kan best kalo kaki ni makin hari makin membesar. Tak nak besar banyak nak besar sikit je. Senang sikit nak beli kasut.

Jadi, lepas ni takdela kawan2 selalu perli bawak saya pergi kedai KIKO ke, Anakku ke, Bubble Gummers ke...Sentap tau.

Chiow!

Hannah yang sangat comemot.grrrram!

Hey hey...semalam jalan jalan kejar kejar dengan Hannah kat One Utama.
Seronok dua ronok i tell you.

Okay, ini besties saya dari Form 5 sampai ke dunia kolej. Suraya nama dia.
Sebantal sekatil sebasikal hehehe...

Hannah tu anak dia. Dah pandai cakap, dah pandai gaduh, dah pandai menari, dah pandai gedik.
Fine, sekarang saya dah rindu rinduan dengan budak amoi sorang ni.

Hannah, Aunty sangat rinduuuu!!! Sebab perangai kamu terlalu comey rasa macam nak geget je.

I Love Them
Okay, babai :)


PS : Tetiba rasa tak sabar nak anak sendiri? Omaigod hahahaa

Monday, March 7, 2011

Maaf

Patut ke tak patut?

sexy wooottt

Sedangkan Nabi S.A.W pun memaafkan musuhnya.

Apatah lagi saya seorang Nabila yang tak punya apa apa.

Tapi sejujurnya, saya memaafkan bukan bererti melupakan segalanya. Lebih baik jujur dari pura pura.

Okeh Bye!

Sunday, March 6, 2011

Bimbang.

Penyakit hati tu serius kan?

Ya Allah, panjangkanlah umur dan sihatkan kakak ku Rahani Abas. Tabah dan kuatkan semangat beliau menghadapi semua dugaan ini. Amin.

Risau risau risau risau risau risau risau risau risau risau :(




Thursday, March 3, 2011

march?

Omaigod, dah masuk bulan tiga dah. Cepat sangat rasanya. Kan?

WELCOME MARCH :)

Mungkin ini minggu letih.
Badan rasa macam cepat penat.
Manja betul.

Tuesday, March 1, 2011

Cakap kat Mak Cakap kat Ayah!

Oh ya, saya nak citer ni. Semalam my big bro pun lepak sekali dengan bakal fiancee dia. Tapi kejap je pun so tak dapatlah nak bergiler camera sama2 kan. Pastu saya macam terkecil hati la dengan dia sebab dia lepak kejap je. Pastu dia kata nak balik sebab penat. Saya ajak main bowling pun takmo. Saya nak belanja pun takmo. Sokay tolak rezeki nampak. Ek eleh...tau la dah nak kawen takkan dah lupe sibling kot. Kesian anak buah saya tu. Tak pandai jaga hati orang betul la.

Then nak dijadikan citer, Allah tu Maha Adil dan Mengetahui kan. Lepas dah 2jam dia kata nak balik tu, saya ternampak dia kat dalam lif. So What Theeeeeee??? Tadi cakap nak balik tak dan dan kan. Teruk betul. huh

Okay fineeee finee saya cool lagi. Malas lah nak kecoh kecoh kan tapi hati dah sentap. Pastu kan, tengah saya pusing nak keluar dari parking tu boleh pulak terserempak lagi. KANTOI hidup hidupla engkau orang berdua kan? Muka diorang dah macam budu belacan buat2 senyum macam kambing kurap. Saya terasa tau. Kenapa dia tak boleh spent time together dengan kitorang kan. Bukan senang kot nak jumpe selalu. Abang saya memang camtu. Apeeee la. Takmo ajak lepak dah lainkali. Mereka tak sporting. Mereka wajar duduk dalam gua (muka ketat giler sambil ikat rambut tinggi tinggi)

Bagi saya, Family First bukan Safety First kehkehkeh.

Chiow lu. Cakap banyak tak guna dah.

Adalah saya makcik dia dan dia muhrim saya.


@ Sunway Pyramid
Well oh saywell, saya dan anak2 buah lebih kurang sebaya.
Macam member2. Macam geng giler. Geng Bas Sekolah youuu...kamcing gitu.

Orang sekeliling macam pelik sebab bila saya yang pakai tudung ni jumpa diorang iaitu lelaki yang besaq gedabaq peluk cium selamba je. Laga laga pipi je pun bukan wat ape. Kami masih menitik beratkan budaya melayu di sini. Pasti mereka pikir mereka adalah boyfie saya kan ekekeke...Kami muhrim kot wei. Bak kata Fatimah Abu Bakar, this is our loving culture. Demmm!

Udah besar dan ganteng semua anak2 buah saya yang dulu masa kecik2 comey nak mati dan buas macam....Ya Rabbi tak tau nak kata.

Btw, mukadimah panjang2 nak cakap je. Ahad semalam saya lepak, chill dan sepak terajang dengan anak buah. Budak hitam ni nama dia Fahmi. Anak sulung kakak saya yang nomborrr (jap eh nak kire)...
Owh yeah, nombor 3 ke 4 entah. Mak dia ni kembar sebenarnya. So mana2 jelah.

Geng semuhrim tak batal air wuduk saya ni study kat Perak sebenarnya. Datang KL sebab dia kata rindu kat Suela dia yang comey ni. Dia yang cakap saya tak cakap eh. Statement ni pasti buat anda terasa nak lempang saya ke? HAHAHAHAHA


Tinggi betul kamu nih.

Bowling time

Macam biasa. Peneman setia. Kutah in da houseeee

Strawberry bubble tee ni tawar. tak besh langsung

See.. mereka stalk saya wei

Fahmi the Black and his Choc ;)

The Bujangs. Fahmi's Geng

Nak sangat kot jadi pondan ni.
Kesian Fahmi ni nak mengepau sehelai kemeja dari saya tapi tak dapat. Sebab takde size. Bukan sebab saya kedekut pun. Weh, nak pau kemeja Guess i tell you. Nasib takde size kalau tak mahu meninggal saya. Erkkkk tade hal sangat pun sekali sekala bagi orang hepi kan apa salahnya. Anyway, budak2 skang ni demanding betul kan. Haish

Okay, dah citer. jom layan saya dinner kat Sekinchan Ikan Bakar pulak. Saya bukan suka sangat pun makan cenggini. Saya tak suka ikan. Tapi layan jela buat isi perut.

@ Sekinchan Ikan Bakar, Puchong.
Yang kaler hijau lumut tu Air Asam Boi nama dia. Yang hijau saujana mata memandang tu pulak. Apple Asam Boi. Layan dowhhhh!

That's all my weekend. Bagaimana dengan anda? Di gari oleh teman wanita atau teman lelaki? ON RIANG send to 32212!

Okeh, Babai  ^___________^


PS : Bila mereka dah besar saya selalu lupa umur mereka.