Showing posts with label Shopping is Therapy. Show all posts
Showing posts with label Shopping is Therapy. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Sorang sorang pun jadi :)

Aku tak boleh tension. Kalau aku tension memang buruk padahnya.

Inilah jadinya. Lepas jumpa doctor gigi aku semalam, tersesat ke OU. Bajet nak layan Real Steel sorang sorang tapi bila jalan kiri kanan semua sale. Nak punah mata aku weh.

Cuba bayangkan semua paper bag ni aku usung sorang2? 

Bukan untuk dijual :D
Kasut Aldo tu dah lama aku mengidam. Sebab kat situ je size kasut aku yang ada ngam ho dengan kaki aku. Tapi kalau normal price memang aku takkan beli la. Setakat sepasang kasut sampai 200-300 aku takkan begitu bodoh nak membazir. Tapi percaya tak aku beli kasut tu RM36 je. Sale 70% okay. Kasut Vincci 2 pasang tu aku beli sebab ade size 3, terus tak pikir panjang. Susah woo nak tunggu stok size 3 selalu tak banyak.

Everyone pun duk tanya aku pasal Levis Sale. Levis tu pun sama sale up to 70%.Ramai yang tak tahu ek? Yes, ada sale sampai bulan november u olss. Pergila serang sementara masih ada size ni :)

Tak pernah aku bershopping se syaitan ini hahahaha
Manjakan diri sekali sekala lepas penat bekerja apa salahnya kan?

Suke fitting room Forever 21 
Tamak haloba. Ambik dua kaler sekaligus.

Nasi Goreng Nenas Thai. Tomyam Johnnys ni sedap gak.
Gigi aku sakit sebenarnya sebab doctor kasi ketat lagi. Tapi sebab perut lapa nak nasi jugak aku order makanan kat atas ni. Dah la makan sorang sorang duduk hujung tepi sekali rasa macam aku hidup tak berdunia dengan masyarakat je. Loser boooo!

Okla, aku dah mengantuk ni.
Incik Botak tu tido awal pulak malam ni sebab semalam kena paksa dengan aku cakap talipon melayan sakit gigi sampai ke pagi.
Jadi malam ni aku pun dah tak larat nak kacau sesiapa.
Lepas makan pain killer ni aku nak tido sampai pagi. Harap sangat boleh lena. Gigi, sila bagi kerjasama eh.

Selamat Malam Dunia :)

Note to Myself : Janji bulan ni jangan shopping lagi. Sila berjimat cermat!

Friday, May 27, 2011

bila dah tua macam macam hal.

Weekend haritu korang buat ape?
Nak cakap je sebenarnya, aku pergi jalan jalan kat OU sampai kaki aku sakit nak menitis air mata macho aku ni dan aku paksa kawan aku pakai kasut tinggi aku tu. Aku tak tahan. Serious.
Pakai yang flat pun sakit kaki pakai yang tinggi pun sakit jugak. Takkan nak jalan kaki ayam pulak. Aku bukan Elyana wei.

Benci betul bila mood nak shopping datang tapi mood tu selalu potong dek kerana kaki aku selalu cepat sakit.
Boleh dikatakan setiap kali aku keluar, aku akan beli kasut baru.
Sebab kaki aku buat hal. Bukan senang nak cari kasut yang boleh muat kaki aku ni.
Penat satu hal poket rabak pun satu hal. Dasar pembazir betul.
Dah tu, sekarang satu bonet kereta penuh dengan kasut. Alahai bonet kereta aku pun besar mana je hehehe


Kutah yang suka makan steamboat. Johnny yaww!
Memang takde orang lain yang jadi mangsa. Selagi dia takde baby lagi buat masa sekarang ni mari kita berjimba jimba bersama sama okay!

Serius, time ni sakit kaki lagi walau dah dapat kasut baru.
Kalau order air, tak sah kalau tak dua gelas. Kaki minum aku ni tapi kalau nak tahu aku tak pernah minum air masak. Rasa dia tak leh blah payau dan pahit. Tak sedap. Aku tak tahu bila aku nak belajar minum air masak secara jujur dan ikhlas. Aku sedar kebaikan air masak tu. InsyaAllah, aku cuba sedaya upaya belajar minum air masak untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan badan :)

Banana Split ni selamatkan mood aku balik.
Tak pernah pernah suka pisang tapi sebab ada aiskrim aku layan sampai separuh. Lepas dah makan ni, semangat nak shopping terus kembali.

Tapau untuk suami ye kak? Mithaliiiiii nyewww you!
Tetap ingat kat suami yang kelaparan di rumah. Sweet tau hahahaha

Tetap senyum walaupun kasut baru macam haram.

Bila dah rajin, rajin betul update kan?
Kalau tak sampai kene sound dengan member. Bila nak update dah bosan tengok entry sedih aku.
Hampeh punya member hahaha...

Whatever, THANK YOU KUTAH :)



Tuesday, April 5, 2011

Ikea ibarat rumah kedua saya

Dalam seminggu kalau tak pegi Ikea memang tak sah.
Dah jadi tahap wajibul ghunnah la pulak.

Kalau tak pegi beli barang pun mesti wajib pegi bedal meatball dengan kek daim.
Tapi penipulah, kalau pegi Ikea tak beli pape. Mesti ade rembat jugak satu dua hahaha
Sumpah rasa nak beli semua je.
Nasib duit memang takde kalau tak memang hilang pedoman dah kasi syaitan bermaharajalela menguasai nafsu.

Malas nak type sebenarnya, jom tengok gambar jela saya keluar dengan girlfren.
Korang mewarnai hariku ;)

Ini last week. Eh last two week kot rasanya. Dengan Nolle & Ria.

Pantang jumpa cermin
Perasan tak Ria tu muka dia macam Maizurah Hamzah kan? Memang dia sungguh manis sekali. Dia adalah bakal kakak ipar Puan Nolle. Orang Sabah bah.

Come On Nolle, bila perut anda mahu besar?
Dah pandai gedik pakai skirt la pulak skang

Bukan apa, senang nak cover. Kalau orang cakap nampak gemuk jadi saya boleh nafikan. Cakapla skirt tu yang kembang lagipun pakai skirt buat saya rasa lagi bebas. Yep, bebas dan selesa tau.

Di gunakan pada waktu pagi dan malam.
Pelik kan, bila saya bangun pagi berat dia 45kg tapi bila dah makan terus naik jadi 48kg. Biol kejap fikir. Takkan sampai 3kg kot makanan aku makan. Aiyooo...engkau ni betul ke tak wahai penimbang berat sakti ku oiiiii??

Licin sekali. Burppp
Sape yang pergi sini kalau tak makan meatball dengan cake daim adalah rugi sama sekali tahu?

Hantu cake

Tak boleh kongsi weh. perangai kedekut

Suami Isteri. Sama kan muka diorang?
Selalunya memang dia lah yang selalu temankan saya pergi mana mana.
Kalau dia tahu je saya cuti ke laju je sms saya tanya ade pape plan. Jom aje kata kaki jalan.

Dah lama mengidam set ni. Smart dowh

Haaa...dah mula dah. Sakit kaki

Mirror addict

Bila dah balik rumah mesti cakap minggu depan nak pergi lagi lah. Nak beli yang tempat letak itu ini. Nak beli langsir. Nak beli semualah pendek kata.

Ini baru rumah sewa kalau rumah sendiri tak tahu la macam mana.
Seronok kan bila balik keje penat penat rumah pun cun melecun. Hilang stress sikit.
Saya pun bukan pandai nak deco macam Eric Leong tu tapi suka.

PS : Kerajaan dah bagi Skim Pinjaman Rumah Pertama. Jadi, ape tunggu lagi? Mari kumpul duit beli rumah sendiri :)

Friday, April 1, 2011

aktiviti ketika stress adalah sopim!

Harini dekat facebook saya letak status sentap.
Perihal perbedaan antara lelaki dan perempuan.

Mengikut orang dulu dulu, lelaki memang di atas. Harus diutamakan, dihormat, dipuja dan bla bla bla.
Tapi sekarang kan zaman dah lain. Lelaki dan perempuan adalah sama dari segi tanggungjawab dan juga aspek lain.
Kenapakah mesti ade jurang yang sangat besar di antara lelaki dan perempuan???

Okay abaikan cerita pasal lelaki sebab saya bukan lelaki.
Saya di sini menulis sebagai seorang perempuan sejati. saya adalah wanita. saya adalah gadis. saya adalah bunga.

Berkisar tentang sikap perempuan yang mana pihak lelaki sangat jengkel adalah membeli belah. Perempuan suke habiskan duit. Perempuan suka shopping. perempuan adalah boros. Ek eleh...padahal kalau lelaki pun sama jugak. Saje takmo mengaku. Tak macho la bro kalau tak mengaku! Lelaki suka beli sport rim, lelaki suka beli mainan game PS3, lelaki gila gajet. Kan?

Dan inilah hasil dia bila mana perempuan takde keje, cuti dan keluar berjalan jalan tanpa arah tujuan.

This is called satisfaction!
Memang satu hari ni, saya berjalan tak henti. Sorang sorang pun boleh shopping. Pastu ditemani dengan kawan pulak. Pastu bila kawan dah masuk keje balik lepas lunch, boleh pulak lepak minum kat kedai donut sorang sorang macam orang takde kawan. Kesian betul bila tengok diri sendiri kat cermin.

Part yang bengongnya, lepas dah penat dan buntu. Saya pun rasa macam nak duduk la kan.
Dalam hati, okay fine aku nak lepak kat JCO. Jadi tanpa berlengah, saya menuju ke JCO dengan penuh keletihan dan kehausan.
Dah order baek punya 2 biji donut dan cappucino satu, tetiba bukak wallet ade sekeping duit RM10 aja. Yang sepatutnya kena bayar RM25. Weh, menggelabah kejap di situ. Malunyaaaaa....Bila tanya budak cashier tu cakap kat situ tak boleh guna debit card pulak. Alamak, macam mana ni. Bila tanya ATM paling dekat mana? Dia cakap kat tepi KFC. Saya ape lagi terus lari 100meter (main tipu) cepat2 pegi keluarkan duit. Cemerkap betul la. Saya memang begitu. Kalut dan menggelabah. Kalau nak tahu.

Muka pagi yang segar nak serang shopping mall


separuh seat belakang dah penuh.


Bahaya betul bila shopping time stress. Semua benda nampak menyelerakan di mata.

Kerusi ni sungguh sexy dan comey
Sebenarnya time ni dah penat giler dah. Kaki saya kan tak boleh jalan lama lama. Dia cepat sakit dan lenguh. Size 3 katakan tapi badan makin lama makin berat :P

Exhausted
Muka dah penat, kaki dah cramp. Jom Pulang!
Otak lagi stress bila fikir duit yang melayang.
Boooooo padan muka engkau Cik Nab dan Kurang ajar ko syaitan kerna berjaya menghasut! huh

Tuesday, March 8, 2011

Jangan beli kasut time waktu malam!

Bila waktu malam kaki kita akan lebih mengecil comel gitu.
Yang kaki besar jadi kecik sikit pastu yang mana kecik lagi ah cinonet jadinya.

Kisahnya, saya beli kasut semalam. Masa time try kat situ macam ngam ngam hooo je kan pastu frustttt bila balik rumah kasut tu jadi longgar :(

Benci betul. Dahla kaki ni memang jenis susah nak cari kasut.
Kaki size tiga.

Tu haaaa...eksen sikit kasut baru yang murah je pun. Kat Cotton On.
Acewah.

Sampai teleng2 kepala punyala nak amik pic kasut tu. Senget betul HAHAHA

Kan best kalo kaki ni makin hari makin membesar. Tak nak besar banyak nak besar sikit je. Senang sikit nak beli kasut.

Jadi, lepas ni takdela kawan2 selalu perli bawak saya pergi kedai KIKO ke, Anakku ke, Bubble Gummers ke...Sentap tau.

Chiow!

Saturday, February 26, 2011

Ngedet Sopim

Penat cuti semalam tak abis lagi arini. Kaki comey saya ni bergegar sendiri je. Cramp weh.
Hampir separuh sesak nafas orang yang temankan saya tu. Penat dan giler kata dia.

Ayuh, biarlah gambar yang menceritakan.

Apa pasal entah, lately saya rasa muka dah jadi makin lebar. Takkan naik lagi kot? Benci lah.
Masa kat Ikea tu, dah amik penimbang berat badan letak dlm troli tapi peneman saya tu tak kasi. Dia kata jangan jadi saiko pada diri sendiri. Okay, fine jela kan even macam terbeliak bijik mata bila tengok berat sendiri. Sanggup cakap dalam hati, tipula benda alah ni. Scary betul.

Proses Tumbesaran Yang Baik

Berangan

Ayam penyet for lunchie


Bila time lunch tu, pekena sup ekor dengan lele penyet kat ayam penyet IOI Mall dulu. Dah abis makan saya check kat belakang kot la ade ekor ke tak de kan. Nasib baik takde. So masih comey lagi la kan..nak jugakkkkk

Ehem


Pastu dah sampai Ikea, makan pulak meatball macam biasa ah. Pastu dengan muka tak malu tanya kat brader tu. "Bang, kek daim dah takde ke? Tiap minggu datang direct tade je nape ek? ".
Okay, baru faham brader tu cakap kek daim tu dorang dah order tapi tak sampai2 lagi. Saya pun tak tahu dia order dari mana. Mungkin luar negara kot kek tu naik kapal tu yang tak sampai2 lagi. Benci tau. Kempunan ni. Huh

Konon macam suspen la kan letak pix dua gelas comey di situ. Macam dating tapi padahal?

Shopping like a MAD

Ini dia Peneman Setia
Dahla Si Itah ni baru berapa bulan lepas operate jantung, saya boleh dera dia jalan2 cenggini. Kejam jugak bunyi nya tapi dia kata dia ade ubat kuat. Siap offer vitamin tu kat saya lagi bila dia nampak saya dah terduduk kat atas eskalator, konon saya perlukan energy lebih.. Ubat? Memang tak ah. Mimpi nak masukk tekak saya ni wahai ubat.

Damansara memang demm kan. Jalan jemmm giler macam ape. Ini pun benci. Nasib saya dera Itah lagi tolong bawakan kete. Duk sebelah je tolong bagi moral support kat Itah. Terima Kasih Kutah sekali lagi sebab kasi chance didera walaupun dirimu ceri beri aritu. Euwwww

Ade berani nak redah?
Jangan amik no plat kete depan tu pegi tikam magnum ke ape pulak yer. Saya tak tahu....


Tuesday, February 1, 2011

dasar perempuan

Saya sedang bercuti ni. Jadi memang tak boleh duk diam. syok woh cuti hari orang sedang sibuk kerja. Pergi mana2 pun tak crowded. Saya benci kalo tempat ramai2 orang ni. Kerimasan.

Oh Yes! Bulan ni saya shopping tak hengat. Banyak. Sampai tak muat tangan.
So how la saya nak survive sampa hujung bulan ni?? uwaaaa Im broke :(

Anyway, shopping itukan terapi tuk pompuan hehehehe...banyak sangat engkau punya cun.
Bulan ni saje saya rasa dah beli 10 helai baju, satu seluar jeans, satu skirt vintage, 1 pump shoes, 1 sandal wedges  dan 5 helai tudung.
Terpaksa beli beb sebab saya semakin membesar.
Baju yang sedia ada dah jadi sempit tak selesa nak pakai. Ketat di beberapa tempat :(

Kalo dulu pakai seluar jeans size 24. Ahaaa comel kan? tu pun still longgar lagi.
Tapi skang size seluar saya skang malu nak cakap. Giler dasat. Try kat dlm fitting room sambil bergenang air mata sebab sukar untuk dipercayai dan terima hakikat. Demmm demmm

Sama dengan baju jugak. Kalo dulu saya pakai baju size XS. Bukan suke suke nak pakai kecik2 or ketat2 beb tapi memang itu size saya. Tapi mak datuk sekarang, size S pun dah jadi macam balut nangka. Yeah saya dah pakai baju size M skang ni. Masih dalam situasi belajar menerima kenyataan. Very the damn u know?

Tapi macam pelik pulak berlaku dengan kaki saya. Rasa macam dia makin kecik. Try kasut sume jadi longgar giler sampai saya terpaksa pulak beli padding. Ade kemungkinan ke kejadian cenggitu terjadi? hahahaha

Merapulah saya ni.
Oklah..

PS : Mood agak happy lately ;)