Wednesday, October 26, 2011

Sorang sorang pun jadi :)

Aku tak boleh tension. Kalau aku tension memang buruk padahnya.

Inilah jadinya. Lepas jumpa doctor gigi aku semalam, tersesat ke OU. Bajet nak layan Real Steel sorang sorang tapi bila jalan kiri kanan semua sale. Nak punah mata aku weh.

Cuba bayangkan semua paper bag ni aku usung sorang2? 

Bukan untuk dijual :D
Kasut Aldo tu dah lama aku mengidam. Sebab kat situ je size kasut aku yang ada ngam ho dengan kaki aku. Tapi kalau normal price memang aku takkan beli la. Setakat sepasang kasut sampai 200-300 aku takkan begitu bodoh nak membazir. Tapi percaya tak aku beli kasut tu RM36 je. Sale 70% okay. Kasut Vincci 2 pasang tu aku beli sebab ade size 3, terus tak pikir panjang. Susah woo nak tunggu stok size 3 selalu tak banyak.

Everyone pun duk tanya aku pasal Levis Sale. Levis tu pun sama sale up to 70%.Ramai yang tak tahu ek? Yes, ada sale sampai bulan november u olss. Pergila serang sementara masih ada size ni :)

Tak pernah aku bershopping se syaitan ini hahahaha
Manjakan diri sekali sekala lepas penat bekerja apa salahnya kan?

Suke fitting room Forever 21 
Tamak haloba. Ambik dua kaler sekaligus.

Nasi Goreng Nenas Thai. Tomyam Johnnys ni sedap gak.
Gigi aku sakit sebenarnya sebab doctor kasi ketat lagi. Tapi sebab perut lapa nak nasi jugak aku order makanan kat atas ni. Dah la makan sorang sorang duduk hujung tepi sekali rasa macam aku hidup tak berdunia dengan masyarakat je. Loser boooo!

Okla, aku dah mengantuk ni.
Incik Botak tu tido awal pulak malam ni sebab semalam kena paksa dengan aku cakap talipon melayan sakit gigi sampai ke pagi.
Jadi malam ni aku pun dah tak larat nak kacau sesiapa.
Lepas makan pain killer ni aku nak tido sampai pagi. Harap sangat boleh lena. Gigi, sila bagi kerjasama eh.

Selamat Malam Dunia :)

Note to Myself : Janji bulan ni jangan shopping lagi. Sila berjimat cermat!

2 comments:

  1. rindu nyaa nk soppim2 ngn mu suela...tp skang, jln 2-3 langkah jer, penat bgai nk duk atas katil spital jer...tunggu g soppim bwk umar plak ah pasni deh...hehe...

    ReplyDelete
  2. aku pun dah takut nak ajak mu gi jenjalan. risau kat baby tu. take care. jangan stress lebih okay. kalo umar dah keluar aku rela jadi tukang tolak stroller ;)

    ReplyDelete