Showing posts with label Karaoke is Therapy. Show all posts
Showing posts with label Karaoke is Therapy. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

TER TER TER karok dekat Ole Ole Section 18

Lepas berbuka tadi, saya dan housemate bersiap nak pergi cari baju raya.
Kitorang cadang nak pergi Ole Ole kat Section 18 Shah Alam.
Dengar cerita baju kat sana murah murah. Below RM100 pun dapat yang cun dah.

Eh eh tetiba diorang ajak karok pulak.
Saya dengan mic? Usah cerita. Memang angguk laju laju.

Safwa pegang je mic tapi satu lagu pun dia tak nyanyi. pemalunya dia.

Time ni tengah nyanyi lagu Sembilu by Ella.
Karaoke ni dekat dalam Ole Ole ni nama dia Bintang Gemilang.
Murah gila.
20 lagu bayar RM20 je.
Nyanyi kau sampai sakit tekak lepas tu tergedik gedik pegi 7E beli air ribena blackcurrant.
Kelas kau Nabila!


Monday, April 18, 2011

jejak kasih

Woh lama giler tak lepak dengan diorang. Kawan kawan yang hebat.
Dulu dulu masa zaman saya mula keje takde kereta lagi, tiap minggu dorang datang amik kat umah.
Time tu umur dalam 21 or 22 tahun.
Baru nak naik kata orang HAHAHA...baru nak kenal dunia.

Dari pusing satu KL, lepak mamak berjam jam lamanya sampai kena halau dengan tuan kedai sampai la ke bukit Cameron Highlands tu kitorang jejak. Sumpah manis kenangan semua tu.

Bila dah lama tak jumpa, rasa macam kelakar.
Masing masing dah makin matang dan dewasa sikit.
Tapi gila gilaan tetap sama.

Kami berjejak kasih di Superstar, Alamanda.



Noni dan Mat Syahir

Subli, Fakrul dan Ija
 Entah lagu apa Pako tu nyanyi sampai ternganga nganga.


bajet comel.please lah!


Yang sebelah Noni tu, Subli yang mana kami lebih senang panggil dia Peliey.
Dia kan agak bagus jugakla. Walaupun kadang kadang emo tak tentu pasal tapi dia macam bodyguard kitorang.
Suka pantau kitorang dari jauh. Dia kata kami ni perempuan kena hati hati sikit. Jangan jalan jauh2 dari dia.
Nanti kalau ada pape yang terjadi dia yang penat nak menjawab. Tahu takut ek bawa anak dara+awek orang? hehehe

Contoh kan. Masa kami pegi Cameron dulu. Malaslah nak cerita panjang. Tapi bila ingat balik, gentleman jugak budak budak bengong ni.

Macam adik dia lah konon kami ni.

Saya selalu jadi yang bongsu. Tu yang gedik lebih!


Dulu kan, saya tak pernah ada kawan lelaki. Sebab Ex-bf saya dulu tu kuat jeles. Kongkong rasa lemas macam nak mati. Over tau. Dalam HP kalau ada nama lelaki tak boleh. Kene delete. Tapi saya main tipu. Kalau kawan saya tu nama dia Fazidi saya save lah Fazidah HAHAHA barulah tak kantoi. Bijak kan?

Noniey ade lagi 2bulan untuk hidup single
Pastu, Noniey inilah. Dia kan ramai sangat kawannnnnn...Dari situ, saya pun jadi ramai kawan jugak.


Eh, baru perasan. Macam janji pulak. Semua pakai black & blue. Sebenarnya, kebetulan je.

Bila dah habis karock, diorang macam nak lepak sama lagi.
Tapi, saya dan cik Noniey ada hal pulak nak kene setel.
Kesian mereka tau. Rindu dendam nak bahan satu sama lain pun tak habis lagi.

Okay guys, next week saya cuti 4 hari. Jom?

Saturday, March 12, 2011

Yeah!

Akhirnya....dah lama giler tak geget microphone macam giler.
Semalam lepas balik keje terus shoot pegi Putrajaya ade BBQ pastu karock dengan budak budak kerajaan.
Tak kenal mereka pun tapi tibai jela. Dah dapat pegang mic memang tak ingat dunia kot. Malu sebab suara sumbang belakang cerita. Tapi apa ada hal.

Janji aku puas.

Mari senyum bersama sama :)

Sunday, December 5, 2010

You made my day,kids!

Mereka ini pengubat sakit jiwa duka lara tak kira bila masa pun.
Nasib ada mereka iaitu makhluk comey di bawah ini dekat dengan saya.
Hanya beberapa minit dari tempat tinggal saya.
Haa...dorang duk section 4, Shah Alam ni je pon.
dekat kan dekat kan? hehehe

Bangun pagi semalam tetiba teringat kat diorang.
Dah lama tak bawak dorang jalan jalan & tengok wayang.
Last sekali hujung tahun lepas kot tengok citer Transformer.

Terus mandi2 pegi culik diorang pastu bawa pegi IOI Mall Puchong layan Rapunzel A Tangled Tale!
Seronok betul melalak menyanyi dalam kete dengan dorang ni. Pastu gelak gelak macam budak umur 6 tahun jugak.
Tetiba anak buah saya yang laki tu tanya

" Suela, umur suela sebenarnya berapa ek?"

Kahkahkah kuang asam punya budak.



Peace korang

kami menggila dalam kete sebab jem!


Amir Iqbal yang suke makan

Alolo Si Alya yang malu malu

korang comey tahu tak?

sorang2 nak popcorn dan 2 air.pastu nak terkencing.hepp!
Hmm sebenarnya saya yang eksaited lebih nak tengok citer Rapunzel tu hahaha (kan dah kantoi)

Anak anak kakak saya ni baik dan sangat dengar kata sebab tu suke bawa dorang keluar.
Ingat nak bawa sekali Si Azib kecik tu sebab dia nangis2 nak ikut tapi akak tak kasi pulak.
Takut mencari Si Ibu nanti mati la saya nak handle hehehe

Anyway, dah hantar dorang saya balik umah rehat kejap.
Pastu Incik Afiq datang umah ajak keluar.
Kami pegi IOI Mall (lagi sekali?)...tapi kami pergi Kotak Merah..
Yeeehoooo sangap nak karock dah terbalas.
Malangnya semalam tak besh. makanan kat Redbox puchong teruklah lagipun saya was was. Entah halal entah tidak. Euwwwww
Nyanyi2 sambil makan hotdog 1901 yang dibawa masuk secara senyap sebelum kantoi dengan staff redbox.
Hampeh...baru makan separuh kot. Manatau NO OUTSIDE FOOD!

Anyway, I had a blast weekend! Luv & Heart You Muchas Gracias =)