Showing posts with label Camwhore. Show all posts
Showing posts with label Camwhore. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Ayam Masak Kicap

Haritu aku cuti ada orang request masakkan ayam masak kicap. Sampai merajuk merajuklah jugak.
Memang sekarang aku suka masak. Suka duduk dapur.
Rupanya memasak ni best ek. Dulu aku tak minat masak sebab aku rasa susah sangat.
Sekarang dah mula suka memasak. Yeah! Peningkatan yang bagus.

Mula mula kekasih hatiku minta datang office dia temankan dia buat keje.
So aku pada mulanya macam dah cuak sebab aku risau jammed gila nak masuk KL.
Nasib baik dia sanggup balik awal jadi aku pick up dekat LRT Bdr Tasik Selatan jela.

Sementara menunggu, kita gedik gedik dulu lah dalam kereta weeeee ;)

Lamanya...dah setengah jam ni.
Muka chef yang baru bangun tido selepas penat memasak hehehe


A : Eh, amik lah gambar orang tengah makan ayam masak kicap ni. Cepat cepat!
N : Yela yela. Memang kena amik gambar eh? Hahaha
A : Mestila. Terharunyaaa. Terima Kasih Sayang masakkan tuk orang.
N : Sesama. Sila cakap sedaappp sekarang!
A : Yer yer! Memang sedap sumpah tak makan luar dah lepas ni (motiffff)
N : Hahahaha matilah camni.

Gemokkkkk

Sedap kan kan kan?

Sedaplah jugak. Puji yang tak tahan tu. Hahahaha

Selamba lepak mamak kat area The Mines bukak tupperware sendiri. Aku malu mulanya tapi dah dapat kekasih hati yang tak berapa nak malu aku selamba jugaklah heeeee.

Sedaplah Sayang! Lepas ni, masak tomyam ayam  please? 

*wink*

Wednesday, November 16, 2011

My New Toys ;)

Okay, sekarang ni bila ada masa lapang dan terluang asyik pergi main dengan budak kecik ni jer.
Grrrrr geram betul aku.

Geget dia geget!

Izz yang sporting tapi lama lama dia rimas hahaha

Aunty sayang awak mmmmuaaaah!

Oh I just cant wait to have my own baby ;)

Ok bye.

Monday, August 22, 2011

sunny day!

Today is Sunday yaw!

KENAPALAH PERLU KERJA DI HARI AHAD?

SEDANGKAN ORANG LAIN SEDANG BEREHAT & BERGEMBIRA?

WHAT? ADA DURIAN RUNTUH UTK MAYBANKERS?

I FEEL BLESSED. ALHAMDULILLAH!

EHEM EHEM. I'M THINKING.

SHOPPING OR SIMPAN DUIT UNTUK KAHWIN? HAHAHA

OKAY BYEBYE! HAPPY WORKING!


Wednesday, August 3, 2011

dah lama tak naik jerawat macam ni hekhekhek

Ceh tajuk macam nak riak.
Macam tak penah naik jerawat je aku ni.
Jangan salah faham.
Sebelum ni memang ah ada jugak naik setempek dua tapi bukan macam untuk kali ni.

Pergi office pun orang duk tegur. Eh Nabila, you ada jerawat kat pipi. Nampak sweet.
Haaaa....itu motif entry aku sebenarnya kali ni.
HAHAHAHAHAHA
Amacam?

tu haaa jerawat cinta kita. eh jerawat puasa. eh pape jela.

Alololo pink nya jerawat tu dan besi dia. Abaikan kening berserabut tu. On PMS!

Aku perasan bentuk muka aku macam dah lain sikit sekarang ni.
Aku ada pakai botox sekarang ni kalau nak tahu.
Caya tak?
Ceh, macam berani pulak aku nak suntik sana suntik sini. Jangan haraplah, lagipun aku bukan seorang yang beauty conscious sangat. Aku tak takut pun di mamah usia. Biarla kedut pun. Begitu.

Takdela, sejak aku pakai braces ni ada jugak yang cakap muka aku sekarang nampak lain.
Oh aku macam tak perasan la pulak yang dagu aku jadi makin panjang. Baru pakai 2 bulan dan atas saje ni.
Memang dentist aku Doc Zarin tu dah cakap awal awal nanti structure muka aku akan berubah.
Samada makin cun atau tidak. Siot punya doctor boleh buat lawak macam tu.

Konklusinya, pakai braces ni akan merubah hidup anda. Woi..merubah bentuk muka anda jela.

Ada berani tidak? Jom lah try.

Seronok pakai besi ni walaupun leceh gila.
Lepas makan kene gosok gigi cepat cepat. Dulu kalau sehari gosok gigi 2 or 3 kali sehari sekarang ni dah jadi  8 kali sehari.
Dulu gosok gigi 5 minit je atas bawah. Tapi sekarang ni gosok gigi atas sahaja dah 15minit.
Sumpah tak tipu. Sebab aku nak kene jelajah setiap besi gigi aku ni.
Maka, total untuk gosok gigi sahaja dalam 20minit masa aku terbuang tanpa disedari.
Yang bawah ni tak sampai 5minit aku sental lebih kurang macam biasa je tak payah pakai gajet gajet sebab masih belum ada besi lagi.

Okaylah, sempena aku cuti ni aku nak keluar kejap. Nak pergi potong rambut. Dah panjang sangat dah ni, al maklumlah hari hari pergi jamban membuang.
Kata orang, selalu berak rambut kita jadi panjang. Betul ke?

Okay.
Chiow lu.

Tuesday, May 10, 2011

Ahad yang manja pulak

Aku suka sangat kalau hari ahad.
Boleh dipanggil sebagai hari yang manja sebab time hari ahadla aku nak manja kan diri sendiri, nak bermanja dengan orang lain. Maksud aku bermanja dengan rakan rakan la kan.

Sebab semalam aku dengan Noniey pergi manjakan diri kat saloon.
Pergi urut urut sikit. HAHA bukan rumah urut wei.
Kitorang pergi potong rambut pastu amoi situ urut urut kitorang sampai nak tertido rasanya.
Giler stim woh! * Eh eh aku ni perempuan ke lelaki*

Semalam hari berehat kaw kaw sebab lepas makan tengahari free kat rumah Kak Teh Noniey, main games PS3 kejap dengan Adib, makan ice cream Mat Kool dengan Adib pastu kesemuanya tido terbongkang ternganga. Terjaga sebab Adib bukak citer Doraemon kuat kuat. Thanks Adib kejutkan kami :P

Dah tu, aku nak citer perasaan tak puas hati yang aku tak lepas nak carut kat amoi saloon tu. Cakap dalam hati je.
Ba Alif Ba Ya!! 
Sebab amoi tu salah potong rambut aku. Cisss betul. Tapi aku diam je semalam tak de nak marah marah.

Dah macam Abu Bakar Hellah aku tengok. Bengang dowh. Taik betul.

Sebelum rambut aku dinodai. Kusut masai tambah serabai tapi ade fringe you :P

Kaler sebenar hitam sangat manakala pic atas tu effect matahari. Aku tak pernah colour. 

TENGOK macam pakai helmet! Benci benci benci tapi senyum. Apakah? 

Terpaksa chill kan diri sendiri selepas puas menjerit dalam kereta. ARGHHHHH!

Last, padan muka kene sepit. Pucat kesi sebab lapar gila gila

Tapi takpela aku bengang kejap je. Lagipun setakat rambut apa ada hal nak kecoh kecoh.
Hmmm motif sebenarnya nak cakap rambut aku dah jadi pendek.
Okeh, babai.


PS : Pakai tudung tu kan lebih manis. Kan? Sejuk mata mak bapak mertua tengok ngeeee

Thursday, February 10, 2011

Cek Mek

Saya suka Putrajaya sebab tu sekarang ni saya dekat Putrajaya.
Boleh kata tiap2 minggu saya datang sini.
Lepak rumah besties, Noniey.

Tuan rumah iaitu Noniey takde kat rumah pegi main badminton.
Oleh itu kebosanan tahap dewa mengawan nih.

Marilah kita bercamwhore!


percubaan buat bunga telur kawen

saya rasa saya lapar

tetiba ade kueh cek mek? tau tak ape cek mek?

Sadappppppp...saya tibai 4 biji.

Okay. Saya dan kenyang dan gemuk.

Abaikan rambut menggerbang macam singa tu.
Memang macam tu kalau duduk kat rumah. selekeh serabai ya ampun!

Okla Babai :)


Friday, November 19, 2010

Selamat Pagi Camera!

Mulakan pagi dengan senyuman dan gembira sempena mood raya.
Sambil panas enjin kete sempat lagi capai hp dan aktiviti biasa.

Gambar!

SATU

DUA

TIGA

EH, Ade lagi?


Okay, LAST!


HAHAHAHAHAHAHAHAHA


Balik dengan muka masam lepas kene sound. huh!