Showing posts with label Why Oh Why. Show all posts
Showing posts with label Why Oh Why. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Tak elok cakap takde duit.

Bulan ni kan adalah bulan paling sengkek.
Sebab sengkek adalah kerana dah 2 bulan berturut turut aku duk selalu MC lebih dari sehari so elaun performance RM250 tak dapat.
Rugiii wooo. Masa nak MC tak pikir sekarang baru nak terpikir. Okay, lepas ni saya cuba tak MC. InsyaAllah.

Bulan ni jugak macam macam benda aku nak kene settle. Memangla aku ada saving sikit tapi tang tukar tayar tu aku tak bajet so agak terlari bajet sikit kat situ.

Tapi takpela, harus tukar jugak kalau tak kekasih hatiku itu bising potpetpotpet kalau tak tukar. Bahaya kata dia. Baiklah, tayar dah berjaya di tukar 5 hari lepas.

Jadi untuk bulan ni aku rasa kalau gaji aku 5 riban pun tak cukup lagi kot. Nasib bulan ni aku tak shopping sangat (yess, tapi tetap ada shopping tu hahaha)

Ini dia duit mengalir macam air untuk bulan ni :-

1. Insurans & roadtax kereta = RM1,100
2. Bayar saman = RM150
3. Tukar tayar kereta  = RM400
4. Installment kereta = RM600
5. Sewa rumah = RM200
6. Bills ( HP, elektrik, air, broadband) = RM350
7. Barang dapur, Jajan bagai = RM200
8. Minyak kereta = RM250

Kalau nak tulis semua memang panjang berjela kot. Itu belum termasuk makan minum lagi.
Aduh mengeluh jugak aku bulan ni.

Time macam ni lah nak mintak semua hutang dengan orang yang pernah pinjam dengan aku. Tapi malangnya jawapan berbaur hampa.
Semua orang pun tak boleh nak bayar hutang aku time aku dalam memerlukan duit macam ni.
Tipulah aku cakap aku tak kisah. Of course, kisah beb. Terkilan, sedih semua pun adalah.
Aku pulak jenis kalau orang pinjam dengan aku, memang aku takkan mintak balik jadi kena faham faham sendiri lah tuk pulangkan semula. Nampak je macam aku buat tak tahu tapi aku tahu sebenarnya. Cuma nak tengok sejauh mana je.

Kalau setakat seratus dua aku memang tak kisah tapi kalau dah beribu sampai dah bertahun pun tak setel setel lagi.
Bukan aku nak mengungkit atau mintak balasan cuma aku rasa aku mintak hak aku balik. Itu je. Tambah pulak dunia sekarang ni, keluar rumah sejengkal pun semua pun duit.
Tapi aku pun faham situasi orang lain. Dah memang diorang takde takkan aku nak paksa diorang bayar pulak kan.
Semua orang ada komitmen masing masing sama la dengan aku sebab tu aku boleh faham situasi orang lain tapi adakah orang lain faham situasi aku?

Hmmmm jadi terpaksa aku guna duit saving aku dulu :(
Jadi bulan ni kene kerja keras sikit lah nak cover balik duit tu.
Rasa ralat kalau takde backup saving mana tahu tetiba aku sakit ke ape atau aku nak kahwin ke? Hahahaa

Patutlah orang cakap, BUAT BAIK BERPADA PADA.

Jadi, aku dah mula faham.

Ok Bye!

Friday, January 6, 2012

morning shift.

Aku ni kan memang ada masalah bangun pagi tau.
2 hari lepas aku off day lepas tu harini sepatutnya aku keje pukul 7 pagi.
Tapi aku tak tahu kenapa aku tak tersedar langsung. LANGSUNG okay!

Tetiba je dengar HP bunyi :-

Sherry : Cik Nab, ko kat mana? belum bangun lagi eh?
Aku : Baru nak bangun. Kenapa beb? (ingatkan dia nak inform dia tak datang keje ke ape)
Sherry : Cik Naaaaaabbbbb, ko dah bangun belum ni?
Aku : Baru nak bangun lani (confident gila tak buat salah apa apa)
Sherry : Ko dah lambat Cik Nab. Tengok jam pukul berapa. Dah 6.57 tau.
Aku : Arghhhhhhhhh benci lah aku macam ni. Selalu gini. !@#$%^&*
Sherry : Ko nak aku login untuk ko dulu tak ke ko nak MC terus?
Aku : Hmmmmmmmm. takpela aku nak tido.

Dah banyak kali tau jadi macam tu. Alarm bunyi lepas tu aku dismiss.
Lepas tu sambung tido tanpa rasa berdosa Hahahaha

Haih nak jaga diri sendiri pun tak lepas apatah lagi nak jaga anak orang nanti.
Aduhai.

Inilah padahnya semalam aku minum nescafe lepas tu susah dah nak tido.
Sampai pukul 2 pagi duk bercakap telefon.

Okayla, ni dah pukul 12 tengahari aku nak bersiap pergi klinik jap nak amik MC.
Nak cakap sakit apa pun aku tak tau.
Muka sihat badan tough lagi ni.

Kalau doctor perempuan aku ingat nak selamba cakap period pain lah tapi kalau doctor laki aku nak cakap cirit birit.

Ok. Chiow.

Happy Friday!

Sunday, July 10, 2011

time flies, people change

You only talk to me when you need me. Oh maybe when you miss me.
Other than that, you're too busy for words.

So, I guess you were one of those people who were supposed to walk into my life teach me a lesson, give me some hurt and then walk away.

ThankYouDude.

Here i am, waiting for explanation whether its good or vice versa and maybe you can start thinking from now how to say good bye.

I believe in Karma.
Please think.

Thursday, May 26, 2011

jangan baca kalau tak rindu ;P

Haaa...aku tau korang rindu kan?
ecece takmo ngaku pulak. cepat ngaku meh alololo....tak leh blah!

Sekarang aku dah rajin dah. Gembira untuk diri sendiri yeay.

Hmmm aku nak cakap pasal ape ek?
Biasa aku akan menulis kalau aku ada rasa sesuatu je.
Macam rimas ke, marah ke, bahagia melampau ke. Macam tu la biasanya.

Kali ni aku nak ajak korang bergosip dan mengumpat bersama aku. Aku tau semua orang suka gosip kan?
Wah bajet artis kau nok.
Suka tak? Kalau tak suke pergi pangkah button X kat atas tu okay.

Macam ni. Aku sekarang rasa macam tak selesa tau.
Rasa macam bengang pun ada dengan orang ofis aku ni.
Bukan apa la. Pasal keje aku okay je cuma pasal attitude manusia tu.

Ada sorang mamat india ni dia boleh kata boss la kat situ. TL untuk department kitorang.
Dia baru je pindah department kitorang sebab sebelum ni dia kat bahagian credit card dan american express.
Aku dah selalu dengar dia ni memang kaki perempuan gila vavi sebab muka dia tak macam india macam melayu. Jadi, mungkin dia bajet dia hensem bila memandu Mitsubishi Lancer tu konon. Oh please la kan?

Tapi bukan taste aku okay plus dia memang laki orang. Dah ada anak dara 2 orang.
Orang bagitahu aku bukan aku yang gatal korek cerita pasal dia okay. I tade masa tau. Busy woman katakan :P

Yang aku rimasnya, dia boleh cakap dengan aku setiap kali aku datang kerja aku mesti report kat dia.
Maknanya aku kene tunjuk muka kat dia.
Tak pernah ada dalam sejarah kat opis aku kot nak report bagai macam tu.
Apehal kau mamat keling?

" Kau kena tegur aku setiap kali datang kerja"
" Apehal pulakkkk????"
" At least say hi je pun dah takpe "
" Ek eleh tak kan nak suruh tabik hormat dan kawad kaki depan you kot, gila la you ni "

Dah la tu, apa yang aku pakai semua dia boleh hafal sampai budak rumah aku pinjam baju aku pun dia boleh cam.
Pastu selamba cakap dengan housemate aku yang aku ni sombong dan ganas. Ek eleh.

Sikit sikit jerit nama aku. Pantang nampak aku melintas nak pergi jamban ke nak pergi amik air ke nak pergi kat mesin fotostat pun sibuk nak tanya.
Kecoh betul. Malu aku sampai ada budak budak lain tanya macam mana aku boleh close dengan dia sebab dengan orang lain dia macam garang sikit. Dia poyo garang je tu aku tahu.

Aku tak pernah pun lepak satu meja dengan dia jadi aku tak berapa la kenal sangat dengan dia pun.
Tapi hari tu dia ajak aku minum kat cafe terus aku cabut ghaib macam kena telan bumi menyorok dari dia.
Gila apa. Aku kan perempuan melayu terakhir yang sopan santun dan ayu HAHAHAHA

Agaknya dia ingat aku ni macam perempuan yang dia selalu flirt pastu senang senang je bawa ke hulu ke hilir.
Sorry kau silap menilai aku la brader.

Aku rasa dia macam dah tahu aku tak selesa sebab aku selalu buat muka bila dia tegur aku.
Tak pun aku buat pekak dan buta.
Ya Allah, janganlah tarik kedua dua nikmat tersebut sebab aku bukan sengaja. Aku berlakon je pekak dan buta tu sebab aku nak elak dari mamat tu je.
Tak manis.
Aku selalu nak nampak manis je tau :D
Begitu.

Okay, gosip aku dah habis.
Babai.

Kesian korang HAHAHAHA

Thursday, May 12, 2011

Listen to me please?

Life is really simple but we insist on making it COMPLICATED.

Dude,
If you want to lie, at least come out with excuses. Please exercise your creativity okay.
Stop being innocent and stop swallowing your words.
Stop caring what i'm doing.

Come to me, please say what you want.
Half of life is fcuking up (oopsss aku dah mencarut) and the other half is dealing with it.

I could disappear forever but it wouldn't make any difference.
Having this relationship and thinking of you I'd be put in mental hospital. Tanjung Rambutan kau tahu?
Don't be surprise when i'm disappear. Again.

I hate it when you act like i'm don't really care what you already done to me.
Like what we had never happened.
You cant change what's already happened.

I admit that we're not perfect. Any of us.
We screw up. We make mistakes but then we try to forgive and move forward.
I know heart inspires us.
All i need is love and to be loved.
Thats it.

I cry but i don't tell anyone.
Before i go to sleep, I hope you're happy.

Good Nite.

Wednesday, May 4, 2011

Berdosa tak kalau aku cakap dunia ni tak adil?

Aku selalu rasa aku ni malang sangat.
Serius.
Aku tak boleh nafikan aku selalu rasa macam tu.

Seringkali aku cuba tepis sebab orang kata tak baik cakap macam tu.
Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi.

Aku selalu hilang orang yang aku sayang.
Aku pernah rasa sakitnya hilang orang paling aku sayang dalam hidup aku sampai aku demam panas 2 minggu berturut2.
Aku hilang harta terbesar yang pernah aku ada. MAK AYAH.

Sekarang aku tak punya sapa sapa pun.
Sebab tu manusia suka buat apa saja mereka suka kat aku.
Suka sakitkan hati aku.
Suka lukakan hati aku.
Sebab mereka tahu aku takde siapa siapa yang nak cover dah untuk aku.
Aku ni malang sangat :(

Orang takkan pernah rasa apa yang aku alami.

Dunia ni memang tak adil.
Kejam buat aku macam ni.
Tapi jangan risau aku takdelah bodoh sampai nak bunuh diri.
Aku masih waras lagi.

Cuma aku mohon doa supaya aku kuat dari sebelum ni.
Aku dah rasa aku goyang ni.
Aku dah tak boleh handle dah ni.

Time macam ni sumpah aku rasa nak peluk mak aku pastu nak mengadu kat mak aku apa yang orang buat kat aku.
Okayla, dah abis keyboard ni dengan airmata aku.
Bye.

Wednesday, April 27, 2011

cari punca

Pasai ape entah?

Dah 2 hari aku beli makanan pastu tak habis makan. Langsung buang begitu saje.

Kan membazir tu.

Aku dah buang JM Nasi Beriani yang aku beli sampai 20 hengget. Selama ni feveret kot.
Pastu aku lepak Bangi Kopitiam order mihun tomyam dengan roti mersing. Mihun tu boleh kira berapa urat masuk mulut aku. Roti tu memang habislah sebab feveret aku. Hilang 18 hengget di situ.
Pastu tadi, aku dah tak tahu nak makan ape. Aku singgah beli Mee Rojak dekat mamak rumah aku ni.
Balik rumah letak dalam pinggan tengok saje dah kenyang.

Aku pun tak tahu apa punca masalah tekak aku ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku rasa macam berdosa tahap dewa sebab buang makanan. Ayah aku cukup pantang kalau buang makanan macam tu.
Tapi apa boleh aku buat? Tekak aku tak boleh terima.

Haih.

Mana engkau melayang wahai otak?

Tuesday, April 12, 2011

Envy or what?

Kenapa lah manusia manusia ini ada perasaan iri hati, hasad dengki dan tak puas hati dengan orang lain?

haihhhhhhhhhhhh...mengeluh panjang. Dah agak lama jugak aku tahan perasaan ni.

Aku tak penah kacau hidup orang lain. Aku tak penah rasa dengki dengan kejayaan orang lain.
Tapi aku tak faham la dengan jenis manusia yang tak boleh tengok orang senang dan lebih sikit.

Ada penah aku kacau periuk nasi engkau ke weh?
Dah memang rezeki masing masing kenapa engkau nak rasa sakit hati pulak.
Boleh tak kalau dalam otak tu pikir positif sikit?

Sorry okay, aku lah manusia yang paling tak reti sekali nak try skill bodek bodek. Gua tak mainlah kipas kipas ni beb. Tak style dan sangat tak cool. Coooiiiiiii

Engkau cakap aku bodek team leader (TL)? Sebab TL aku selalu bagi aku hadiah?
Masuk ni dah 4 kali TL aku kasi hadiah. Siap bawak kan makanan ke tempat aku.
Dah nak buat macam mana memang perangai TL aku memang macam tu.
She's just a loving and caring lady. What to do? (tapi aku pun pelik kenapa dia sebegitu baik terhadapku?)

Yang engkau nak perli perli aku dah kenapa?
Aku tak mintak pun semua tu.
Nampak sangat engkau berminat giler nak tahu pasal aku kan?
Sampai benda simple macam tu pun nak kecohkan kat orang lain? Come on lah perempuanss!

Bila aku ada barang ni, engkau pun sibuk cakap engkau pun ada padahal takde pun.
Sibuk lah engkau nak beli jugak.

Kenapa mengapa dan apa hal?

Aku kesian dengan orang yang macam ni.
Yang dalam hati dia asyik cari salah orang.
Asyik sibuk nak jaga tepi kain orang.
Yang asyik nak mengumpat sana sini tak kire tempat masa dan ketika.

Tak penat ke engkau orang duk bercakap pasal orang lain?

Betul kata orang, kalau orang melayu ni tak boleh tengok kaum dia lebih sikit.
Mula lah tak senang duduk mulut senget senget duk mengumpat cakap macam macam.
MENGEJI je kejenya.

Sebab sepanjang aku keje dengan cina dulu 3 tahun, tak penah ada masalah sebegini.
Hmmm adela jugak tapi memang orang melayu jela yang macam gitu perangainya.
Sanggup tikam belakang dan buat cerita tak betul semata mata nak naikkan nama dan pangkat dia.
Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi aku sedih dengan pemikiran orang yang macam tu. Mentaliti problem.

Dan aku kan macam biasalah. Macam bodoh biar je orang buat apa.
Aku malas lah nak besar besar cerita.
Kalau engkau nak engkau amik jela. Aku kan memang loser selalu.

Sebab aku percaya rezeki tu ada di mana mana sahaja. Allah SWT memang dah tetapkan.

Buat engkau orang, aku harap engkau orang mensyukuri nikmat yang Allah dah kurniakan untuk diri sendiri. Dan elaklah berfikiran negatif tak tentu pasal. Usah di tanam perasaan macam tu nanti hati jadi lemah, tahu tak?

Aku pun bukan baik mana pun tapi aku takdelah nak mengata orang suka suka hati aku. Pastu siap pegi mengadu domba kat orang lain. Style ajak geng.
Paling dasyat aku pun ,memaki dalam hati tu memang selalu lah. Tak pun kawan kawan rapat aku memang selalu jadi mangsa jadi kena dengar aku memaki HAHAHA

Yela, aku memang tak cool pun.

Okeh chiow lu.

Peace!

Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhilah aku dari perasaan hasad dengki dan iri hati. Amin.

Saturday, April 2, 2011

=(

Ya Allah Ya Tuhanku,


Aku bermohon kepadamu. Sentiasalah berkati aku dan keluarga ku dalam apa jua yang kami lakukan.


Janganlah pernah meninggalkan aku keseorangan kerana aku amat memerlukan cinta kasihMu dan keluargaku.


Pimpinlah setiap langkah kami agar terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan.


Aku memohon semua ini kerana aku amat menyayangi keluargaku.


Amin.



Tuesday, March 22, 2011

Hmmmppph Peliks?

Adalah pelik sejak dua menjak ini ade beberapa orang berlainan yang menghantar sms yang pelik kepada saya.
Aneh sungguh aneh sekali.

Lantaran kepelikan tersebut, saya menjadi semakin pelik.
Hanya pelik.

Pelik pelik pelik. Celik!

Tuesday, March 1, 2011

Cakap kat Mak Cakap kat Ayah!

Oh ya, saya nak citer ni. Semalam my big bro pun lepak sekali dengan bakal fiancee dia. Tapi kejap je pun so tak dapatlah nak bergiler camera sama2 kan. Pastu saya macam terkecil hati la dengan dia sebab dia lepak kejap je. Pastu dia kata nak balik sebab penat. Saya ajak main bowling pun takmo. Saya nak belanja pun takmo. Sokay tolak rezeki nampak. Ek eleh...tau la dah nak kawen takkan dah lupe sibling kot. Kesian anak buah saya tu. Tak pandai jaga hati orang betul la.

Then nak dijadikan citer, Allah tu Maha Adil dan Mengetahui kan. Lepas dah 2jam dia kata nak balik tu, saya ternampak dia kat dalam lif. So What Theeeeeee??? Tadi cakap nak balik tak dan dan kan. Teruk betul. huh

Okay fineeee finee saya cool lagi. Malas lah nak kecoh kecoh kan tapi hati dah sentap. Pastu kan, tengah saya pusing nak keluar dari parking tu boleh pulak terserempak lagi. KANTOI hidup hidupla engkau orang berdua kan? Muka diorang dah macam budu belacan buat2 senyum macam kambing kurap. Saya terasa tau. Kenapa dia tak boleh spent time together dengan kitorang kan. Bukan senang kot nak jumpe selalu. Abang saya memang camtu. Apeeee la. Takmo ajak lepak dah lainkali. Mereka tak sporting. Mereka wajar duduk dalam gua (muka ketat giler sambil ikat rambut tinggi tinggi)

Bagi saya, Family First bukan Safety First kehkehkeh.

Chiow lu. Cakap banyak tak guna dah.

Friday, January 28, 2011

Jangan nak melebih

Gua dapat satu berita yang tak sedap dari fesbuk tadi.
Ade orang masuk fb chat gua.
Then gitau something yang gua rasa gua dah tahu.
Tapi gua malas nak amek tau sebelum ni.

Tapi kenapa macam pelik.
Melampau betul.
Tapi setan pulak hasut gua...entah entah betul jugak kata si budak saiko tu.

Arghhhhh.

Whatsoeva.

Its family matters.

Baiklah, gua nak pegi mandi pastu gua nak pegi jalan jalan sensorang.

Bye!

-Nba-

Thursday, December 2, 2010

Kenapa masih ada orang google "NABILA ABAS"??

Penuh tanda tanya????


Giler lah stalker..hek
Banyak kali pulak tu.
Siapa anda? Cari apa dengan saya? Sayakah yang anda cari itu?


TAK FAHAM

Saya boleh detect IP address anda. Jangan risau. Jangan takut. Jangan malu segan okay.

Oleh itu, saya akan privatekan blog ni =)
Terima kasih!

Regards,
NBA

Sunday, November 28, 2010

???

Pelik sungguh!

Tetiba bank call cakap saya dah buat dua kali payment untuk kereta saya.
Eh saya buat sekali jelah.
Check punya check memang ade payment dua kali bulan ni.
Saya buat on 22nd time hari gaji tu la..tapi yang pelik dan musykil di sini sape yang bayar tuk kereta saya on 23rd tu?

Arghh please la..
Penat ah pikir sape yang bayarkan? Atau orang tersilap bayar?? Tapi mustahil.
Kalau kata orang silap kompem internet banking system will reject the transaction tu pastu duit tu bounce back masuk account.

Anyway, saya dah pesan kat officer bank tu kalau kata ade update pape pasal issue saya ni, inform saya cepat2.
Ada patut dia suruh saya check dengan siblings, suami la, tunangla, boyfriend la bagai kot diorang yang tolong bayar.
Tak mungkin tak mungkin. Selama pakai kete ni saya bayar sendiri je wei.


PS : Kalau memang betul siapalah orangnya ek? Nak tauuuuuu sangat!

Tuesday, November 23, 2010

Mimpi Saya Ok ;)

Jam menunjukkan 1pagi malaysia skang (mmg ah ko duk mesia jgn poyo buleh tak?)

Awat entah tak leh nak lena lagi. Pusing kanan pusing kiri.

Adakah sebab terbawa2 tgok citer Skyline semalam sampai aku duk mimpi makhluk asing membuatkan aku fobia nak lena?

Adakah sebab aku minum ayaq gas 2botol besar membuatkan perut aku rasa lain macam ja neh?

Adakah sebab kaki aku rasa macam nak lumpuh sebab penat beli barang dapur kat giant tadi?

Arghh banyakla engkau punya adakah cekadak kah.

Hmmmmmmm

Okayla, yang mana dah lena diulit mimpi tu jangan lupa mimpi saya okay ;)

Saya aje tau tak mau orang lain okay hehehe..

Good Nite. Sweet Dream!


Regards,
Nabila