Bulan ni kan adalah bulan paling sengkek.
Sebab sengkek adalah kerana dah 2 bulan berturut turut aku duk selalu MC lebih dari sehari so elaun performance RM250 tak dapat.
Rugiii wooo. Masa nak MC tak pikir sekarang baru nak terpikir. Okay, lepas ni saya cuba tak MC. InsyaAllah.
Bulan ni jugak macam macam benda aku nak kene settle. Memangla aku ada saving sikit tapi tang tukar tayar tu aku tak bajet so agak terlari bajet sikit kat situ.
Tapi takpela, harus tukar jugak kalau tak kekasih hatiku itu bising potpetpotpet kalau tak tukar. Bahaya kata dia. Baiklah, tayar dah berjaya di tukar 5 hari lepas.
Jadi untuk bulan ni aku rasa kalau gaji aku 5 riban pun tak cukup lagi kot. Nasib bulan ni aku tak shopping sangat (yess, tapi tetap ada shopping tu hahaha)
Ini dia duit mengalir macam air untuk bulan ni :-
1. Insurans & roadtax kereta = RM1,100
2. Bayar saman = RM150
3. Tukar tayar kereta = RM400
4. Installment kereta = RM600
5. Sewa rumah = RM200
6. Bills ( HP, elektrik, air, broadband) = RM350
7. Barang dapur, Jajan bagai = RM200
8. Minyak kereta = RM250
Kalau nak tulis semua memang panjang berjela kot. Itu belum termasuk makan minum lagi.
Aduh mengeluh jugak aku bulan ni.
Time macam ni lah nak mintak semua hutang dengan orang yang pernah pinjam dengan aku. Tapi malangnya jawapan berbaur hampa.
Semua orang pun tak boleh nak bayar hutang aku time aku dalam memerlukan duit macam ni.
Tipulah aku cakap aku tak kisah. Of course, kisah beb. Terkilan, sedih semua pun adalah.
Aku pulak jenis kalau orang pinjam dengan aku, memang aku takkan mintak balik jadi kena faham faham sendiri lah tuk pulangkan semula. Nampak je macam aku buat tak tahu tapi aku tahu sebenarnya. Cuma nak tengok sejauh mana je.
Kalau setakat seratus dua aku memang tak kisah tapi kalau dah beribu sampai dah bertahun pun tak setel setel lagi.
Bukan aku nak mengungkit atau mintak balasan cuma aku rasa aku mintak hak aku balik. Itu je. Tambah pulak dunia sekarang ni, keluar rumah sejengkal pun semua pun duit.
Tapi aku pun faham situasi orang lain. Dah memang diorang takde takkan aku nak paksa diorang bayar pulak kan.
Semua orang ada komitmen masing masing sama la dengan aku sebab tu aku boleh faham situasi orang lain tapi adakah orang lain faham situasi aku?
Hmmmm jadi terpaksa aku guna duit saving aku dulu :(
Jadi bulan ni kene kerja keras sikit lah nak cover balik duit tu.
Rasa ralat kalau takde backup saving mana tahu tetiba aku sakit ke ape atau aku nak kahwin ke? Hahahaa
Patutlah orang cakap, BUAT BAIK BERPADA PADA.
Jadi, aku dah mula faham.
Ok Bye!
No comments:
Post a Comment