Monday, October 31, 2011

Thanks Sista!

Dengan segala masalah tertanggung buat aku dah larat nak tanggung.
Habis keje je semalam terus aku drive pergi rumah kakak aku kat Section 4.

Kakak aku macam dah tahu je problem aku. Tengok muka pun dah tahu kot. Serabai nak mati.

Terima Kasih Kak Ta pinjamkan bahu peha semalam. 
Really appreciate it!

Segala nasihat dia aku dengar.

Dua dua kena sama sama berusaha kata kakak aku.
Sebab dorongan kakak aku semalam lah, aku beranikan diri untuk menghadap benda ni balik.
Tak baik drag lama lama sangat.

Nak tahu apa?

Kakak aku suruh aku pergi jumpa dan bincang baik baik.
Apa keputusan kena terima walau sakit macam mana pun.
Kena redha, pasrah. Jangan selfish.

Hmmm...




I hope....

I'll be okay.
InsyaAllah.


I can feel that everything will be okay soon.
Amin.

Berusaha Berusaha Berusaha

I WANT YOU FIGHT FOR ME - Max Kenton from Real Steel

Kata kata dari budak kecik hebat citer Real Steel ni betul betul menyentap hati aku.
Korang dah tengok ke belum cerita ni? Terbaik dowh. Baik pergi tengok cepat!

Walaupun sepanjang citer ni aku duk panas mata je tahan emosi. Tengok time jiwa tengah kacau plus hormon tak berapa nak stabil pulak tu. Kadang tak tahan tumpah sampai basah tudung aku. Dahla aku pergi tengok sorang sorang harap budak perempuan sebelah aku tu tak perasanlah. Akak selesema dik :)

Bagi aku cerita ni memang best sebab tak boring langsung. Kelakar gila pun ada.
Tak rugi tengok. Kalah Transformer aku rasa. Bagi aku la.

Semangat yang ada pada budak kecik tu memang awesome. Mula dari juara tinju robot dekat theme park je tapi berkat dengan usaha dan semangat yang dia ada sampai dia berjaya jadi Champion yang hebat. Then, aku suka sebab dalam movie ni ada nilai nilai kekeluargaan. Touching ni.

Tak nak cakap banyaklah.

Datanglah semangat kamu wahai Max Kenton yang comey kepada ku dan kepada dia.

Bye.

Friday, October 28, 2011

Untitled

Dah lebih setengah jam aku duk dalam kereta ni tanpa buat apa apa. Aku main bawa kereta je tak tahu mana nak tuju.

Dari MidValley tadi aku bawak sampai ke Ampang. Aku on the way nak pergi Ampang Look Out Point tapi tetiba otak aku jammed tak leh nak fikir dah.
Aku stop kereta tepi jalan.
Aku dah lupa jalan. Siot. Maknanya aku sesat.

Apa nama tempat ni entah.

Boleh tak bawa aku jauh dari sini? Jauh dari semua orang.

Ya Allah banyaknya dugaan yang Kau beri padaku ;(





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Doa dan Dia

Ya Allah, aku memohon kepadamu,
Berikanlah aku seseorang yang boleh aku menumpang kasih,
Yang boleh menerima aku seadanya,
Yang menyayangiku setulus hatinya,
Yang boleh menjaga ku selayaknya.

Dan jika seseorang itu yang Kau maksudkan adalah "dia",
Maka tetapkanlah hatinya sehingga tiada keraguan di dalam dirinya,
Dan jika bukan "dia"yang Kau maksudkan,
Maka hilangkanlah perasaan suka, sayang dan cinta yang ada di diriku terhadapnya dan juga sebaliknya.

Amin.



Thursday, October 27, 2011

Innalillah.

Pagi tadi bangun pagi aku terbaca SMS dari one of my best colleagues, Sherry Wahid.
Tersentak sekejap sebab katanya Nenek dia yang dipanggil MakSom dah kembali ke rahmatullah.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Arwah MakSom dah lama sakit sebenarnya. Kanser rahim. Start masa bulan puasa hari tu lagi.
Allah lebih sayangkan arwah. Sherry and family, be strong okay. Allah lebih sayangkan dia dan doakan semoga Arwah MakSom ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Arwah pun mesti suka sebab sempat tengok ko dah berhijrah ke arah yang lebih baik sebelum dia menutup mata. 
Manis sangat ko bertudung Sherry.

Alhamdulillah.

Ini Sherry.

Btw, Thanks babe sometimes ko kena layan karenah aku yang berbagai ni and dengar rintihan aku.
You're such a good listener and friend.

Nota : Agak agak kalau aku takde nanti macam mana la ek?


Wednesday, October 26, 2011

Sorang sorang pun jadi :)

Aku tak boleh tension. Kalau aku tension memang buruk padahnya.

Inilah jadinya. Lepas jumpa doctor gigi aku semalam, tersesat ke OU. Bajet nak layan Real Steel sorang sorang tapi bila jalan kiri kanan semua sale. Nak punah mata aku weh.

Cuba bayangkan semua paper bag ni aku usung sorang2? 

Bukan untuk dijual :D
Kasut Aldo tu dah lama aku mengidam. Sebab kat situ je size kasut aku yang ada ngam ho dengan kaki aku. Tapi kalau normal price memang aku takkan beli la. Setakat sepasang kasut sampai 200-300 aku takkan begitu bodoh nak membazir. Tapi percaya tak aku beli kasut tu RM36 je. Sale 70% okay. Kasut Vincci 2 pasang tu aku beli sebab ade size 3, terus tak pikir panjang. Susah woo nak tunggu stok size 3 selalu tak banyak.

Everyone pun duk tanya aku pasal Levis Sale. Levis tu pun sama sale up to 70%.Ramai yang tak tahu ek? Yes, ada sale sampai bulan november u olss. Pergila serang sementara masih ada size ni :)

Tak pernah aku bershopping se syaitan ini hahahaha
Manjakan diri sekali sekala lepas penat bekerja apa salahnya kan?

Suke fitting room Forever 21 
Tamak haloba. Ambik dua kaler sekaligus.

Nasi Goreng Nenas Thai. Tomyam Johnnys ni sedap gak.
Gigi aku sakit sebenarnya sebab doctor kasi ketat lagi. Tapi sebab perut lapa nak nasi jugak aku order makanan kat atas ni. Dah la makan sorang sorang duduk hujung tepi sekali rasa macam aku hidup tak berdunia dengan masyarakat je. Loser boooo!

Okla, aku dah mengantuk ni.
Incik Botak tu tido awal pulak malam ni sebab semalam kena paksa dengan aku cakap talipon melayan sakit gigi sampai ke pagi.
Jadi malam ni aku pun dah tak larat nak kacau sesiapa.
Lepas makan pain killer ni aku nak tido sampai pagi. Harap sangat boleh lena. Gigi, sila bagi kerjasama eh.

Selamat Malam Dunia :)

Note to Myself : Janji bulan ni jangan shopping lagi. Sila berjimat cermat!

Sunday, October 23, 2011

Terasa Hati

Aku memang susah nak marah. Bila aku marah maknanya aku dah lama bersabar.
Dah jadi perangai azali aku suka simpan dalam hati kalau nak marah sesapa pun. Aku tak suka nak sound masam masam muka ni. Jadi aku lebih suke pendam sendiri.

Selagi boleh sabar aku akan sabar dan senyum seolah olah takde pape berlaku.

Tapi harus diingat, aku ini manusia biasa yang kadang ada masa brokedown jugak. Tak selalunya kuat. Begitu jua dengan sabar. Sabar pun ada batasnya.

Aku jadi marah bila orang tuduh aku buat sesuatu yang aku tak buat. Tapi takpela Tuhan Maha Mengetahui. Cuma aku terasa hati sedikit. Aku jadi sedih la kan.

Hujan lebat kat luar sana tu macam tahu tahu je perasaan aku ni. Sekarang aku perasan cepat betul beremosi.

Aku rasa macam terabai.

Okay, babai.






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 21, 2011

Good Day Good Life :)

Today, I'm wake up with a smile! Alhamdulillah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 20, 2011

I Feel Good

Alhamdulillah. Mood meroyan sewel dah hilang.
Biasalah kadang kadang aku ni ter emo je lebih.

Hahaha ayat macam benci diri sendiri pulak.

Ok fine fine.

Meeting with them is the good feeling i tell you.
Manusia manusia ni boleh buat aku gelak macam setan kalau nak tahu.

Dah lama aku tak upload muka aku kan? Mesti ada yang rindu la tu HAHAHA aku buat lawak tolong gelak okay.

Gambar gambar ni di ambil time aku pergi visit little boy Noli & Ir. Congrats korang!
Noli baru balik dari pantang. Kami serbu rumah dia. Agak ketidaksabaran di situ.
Sambil makan goreng pisang & keropok lekor tepi jalan yang aku beli, kitorang bergosip sampai baby susah nak tido. Sorry baby, aunty aunty bising sikit. Alololo muaaah sekali!

Tetiba Noni sampai bawak jambu cicah kicap. Biasalah orang mengandung macam macam mengidam mengada mengada kan? Hahaha

Ayuh, gambar!

My name is Mohd Izz Zhafran :)

Para ibu ibu mengandung sibuk tunjuk perut heeee

Sibuk tunjuk perut jugak????

Oh bajet slim shady rupanya

I think its GIRL. what say you?

Muka tak leh gangster lagi ke nok? 
Perut Noni tak nampak lagi sebab baru lagi kan.
Aku tak leh bayang Noni dengan perut besar nanti HAHAHA

Oh btw, my ex-housemate Asmaa yang kahwin bulan lepas pun dah pregnant sama. Perkhabaran yang menggembirakan. Hooray!

Sekarang sebab asyik bergelumang dengan para ibu mengandung maka tak hairanlah ade orang office tetiba tanya " Eh Nabila tu pun pregnant jugak ke? Dah berapa bulan hah?"

Siot tak? Mesti dia tengok perut aku time lepas makan la tu. HAHAHAHA

Okla, memang aku dah bengang dengan penimbang berat badan sekarang ni.
Babai.

Saturday, October 15, 2011

Insecurity

If someone wants to be apart of your life, they will make an effort to be in it.

THINK.

Thursday, October 13, 2011

Kusut.

Sesungguhnya rasa sedih itu selalu datang.
Ya Allah, tak tertanggung rasanya ;(

Aku dah tiada tempat nak mengadu ni.

Kuatkan hamba mu ini. Amin.

Wednesday, October 12, 2011

Rebel!

Semalam aku stress gila sebab aku dapat customer yang sangat gila.
Lagi gila dari babi. (Nampak tak aku bengang gila?)
Tengah tengah malam nak melalak pasal duit.
Tak sabar tunggu pagi.

Yang aku pelik, suara dia macam manager aku.
Tak kan la manager aku buat kerja bodoh macam tu.
Manager yang paling dibenci oleh semua pekerja kat ofis aku.
Okay, ini mungkin ilusi perasaan aku je kot.
(Bayangkan tahap kebencian aku terhadap dia sampai semua manusia yang keji pun aku ingat dia) 

Mula mula aku okay lagi la, layan customer tu baik baik.
Sebab aku tahu customer always right kan.
Tapi customer india aku semalam tu memang melampau.
Dia buat FPX payment thru website lain tapi payment dia tu tak update, duit dalam savings account dia dah tolak.
Berpuluh kali aku cakap, nak update payment  kene call payee bukan bank.
Gatal sangat masuk website sana sapa suruh. Padan muka kau! Booooo

Nak mintak tolong dengan aku tapi cara macam nak cari gaduh.
Kalau jumpa kat luar aku tampar kau jadi bisu terus sebab kau buat aku nangis dalam toilet semalam.

Hoiii. 1st time ni aku nangis sebab pasal keje okay.

Lantak kau situ. Hari ini aku cuti. Weeehooooo

Jadi aku kene cari theraphy. Shopping jom!

Berkilat tak? Mengemop pun satu theraphy jugak!

PS : Kepada customer gila insane tu, aku dah suruh manager call kau harini. Tunggu je. Huh

Tuesday, October 11, 2011

Jangan tanya aku.

Hello dunia!

Inilah natijah nya kalau pemilik ruang takde masa dan dasar pemalas. Belog ditinggalkan berdebu debu. Acewah.
Macam mana nak mula ni. Hmpppp

Okay, let's start.

Hidup aku sekarang macam biasa sangat. Takde pape perubahan langsung. Tidak langsung.
Jadual kerja memang semakin merapu sehingga susah orang terdekat or tersayang nak faham.
Jadi, aku harap manusia sekeliling aku memahami situasi tuntutan kerja aku sekarang ni.

Well, kalau nak cerita pasal hati. Yeah, topik yang paling disukai masyarakat umum kan?
Masih sama jugak. Di tahap statik.

Nak cerita lah sikit, hari tu masa aku pergi hantar kakak sulung ku pergi haji sempat aku nampak Kak Ta aku kirimkan pesan. Pesan doa kata dia. 
Tak lain tak bukan, ini mesti pasal jodoh aku. Aduhai.
Semua kakak aku yang lain pun, siap telefon Kak Zah aku ni nak pesan doa yang sama. Kak Chik, Kak Yah, Cik Ani semualah pendek kata.

Apa rasa aku kat situ?

Kalau dulu aku macam takde stress sangat bila diorang cakap pasal benda ni tapi sekarang ni bila dipikirkan umur aku dah 26 tahun sedikit sebanyak rasa tempias tu.
Dulu kakak & abang aku kalau nak cakap style guna bahasa kiasan je tapi sekarang oh mak aiii jenis sound tepek atas muka beb.
Fuh, hati aku ni terusss jadi kecikkkkk je.

Penat aku nak menjawab ni weiii. Cukup cukuplah tanya lagi.

- " Cepat cepatlah Suela kawen, dah penat kitorang nak jaga Suela sorang ni"
- " Asyik pegang anak orang je, anak sendiri bila lagi?"
- " Tengok tu, anak buah yang lagi muda dari awak pun dah nak kawen. Suela?"
- " Nak tunggu apa lagi? Duit memang takkan pernah cukup, ready memang takkan ready"
- " Nak berkawan bercinta sampai berapa lama lagi? Ke hulu ke hilir tanpa ikatan tak elok"

Grrrrrrrr!!

Sampai aku rasa macam aku ni satu beban buat diorang sedangkan aku hidup kat sini tak pernah nak susahkan sesiapa pun. Aku survive sendiri je. Cukup duit ke tak cukup, sihat ke sakit, sedih ke gembira semua atas aku sendiri. Aku tak pernah susahkan hati abang dan kakak aku. Memang dari kecik aku macam tu. Kadang kadang je aku manja terlebih sikit telefon diorang nangis nangis. Tapi itu sangat jarang. Boleh kira dengan jari tangan je.

Tapi diorang ni tak boleh sabar betul. Nak suruh aku kahwin cepat2. 
Kata mereka, senang ada orang jaga aku nanti. 
Sekarang? Ada masalah ke kalau aku jaga diri sendiri?
Okay je pun.

Entah la, bila aku fikir jadi stress sekarang ni. 
Ingin aku tekankan di sini sampai dah tahap tertekan ni, JODOH itu semua di tangan Allah SWT.
Dah sampai masanya nanti, aku mungkin akan kawen juga.
Cuma buat masa sekarang ni, aku masih belum nampak jalan ke arah itu.
Bersabarlah.

Aku pun belum ready lagi. Banyak benda aku kene belajar.
Dahla aku jadi marah dan bosan bila cakap bab ni. Annoying sungguh.

Siot je akhiri entry ni dengan rasa marah kan? Hahahaha

Chiow lu!

Thursday, October 6, 2011

Selamat Pagi!

Sebab kettle jug ex-housemate dah amik maka terpaksa breakfast dgn ini. Tetap burpppp!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ini sumpah kelakar hahaha

Ganas bukan? kepala gear boleh tercabut.
Sampai sekarang bila ingat aku boleh gelak kot.
Haiyaaaa......



Thanks to you yang betulkan benda alah ni.
Aku tahu hang sedang baca ni.
You know who you are.
Peace :)



Sunday, October 2, 2011

Hello October ;)

Kan aku dah cakap memang payah nak cakap Good Bye.

So many things yang aku kena pikir lately.
Banyak benda stress jugak.

Apa yang nak stress sangat pun aku tak sure hahahaha

Anyway, cepat gila kan tahun 2011 ni dah nak habis. Sekarang dah masuk bulan 10.

Lepas raya haritu, aku rasa masa macam berlari je bukan berjalan lagi.

Sebenarnya aku tak tahu nak update nak merapu ape kali ni tapi yang aku tahu aku rindu.

Korang ada rindu aku? hey hey hello.

Nantilah kalau rajin aku tulis lagi. Otak dah tepu ni.

Okay, chiow!