Showing posts with label EMOsialNal. Show all posts
Showing posts with label EMOsialNal. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Nov to Dec.

Bila nak masuk bulan December je aku mesti rasa cuak semacam.
Rasa tak seronok. Rasa nak banyak termenung. Banyak berfikir.
Terlalu banyak kisah sedih yang berlaku sepanjang bulan december sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Fobia.

Bad Mood.


Kalau seseorang tu dah pernah sakitkan hati kita tahap teruk memang kita boleh maafkan.
Tapi tak mungkin sekali kita akan lupakan kan?

Ia seperti sehelai kertas tu kite renyuk renyuk kan lepas tu betulkan balik ia tetap renyuk.
Cubala macam mana pun.
Gune seterika pun pasti ada kesan renyuk tu lagi.
Takkan hilang.

Sama jua dengan hati. Hati wanita terutamanya.

Walau macam mana orang yang dah pernah lukakan hati kita sekarang sedang berusaha untuk menangi hati kita balik ia tetap tak sama. Keadaan boleh diperbaiki cuma rasa mungkin sudah tidak sama.
Tapi bagaimana pula kalau orang tersebut berusaha separuh jalan?
Kadang kadang berusaha kadang kadang lupa.
Lama kelamaan rasa yang dulu indah pun boleh hilang macam tu je.
Bahaya tu.

Aku sering pesan pada hati sendiri.
Padamlah kisah lama dan cubalah bergerak ke hadapan untuk capai balik kebahagiaan dan kegembiraan hidup.

Bila aku duduk sorang sorang kadang menitis jugak air mata.(sekarang pun)
Terpikir, kenapa susah benar aku nak rasa bahagia?

Betul ke tak betul keputusan yang aku sudah lakukan ni walaupun aku sedar memang takde keputusan betul atau salah dalam hidup kita. Ia cuma mengenai keberanian kita untuk membuat keputusan tersebut yang mana akan mencorak kehidupan kita selepas itu.
Sama ada lebih baik atau sebaliknya. Tapi kita harus redha.

Satu hari ni, aku langsung tak reply sms or pickup call dia.
Bila dia tanya kenapa tetiba diam aku tak tahu nak jawab apa.
Lewat petang tadi, aku just reply "arini takde mood".
Aku tahu dia dah mula rasa something wrong kot dengan aku ni.
Bunyi agak selfish aku buat dia macam tu kan?
Masalah ego dan keras hati aku kadang kadang tak boleh dibendung.

Aku mohon padamu Ya Allah, tunjukkan aku.
Aku mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini.
Aku mahu melengkapkan hidup yang belum cukup lengkap lagi ni.

Doakan aku ok. Amin.

PS : Bila hati tengah sendu, bukak youtube tengok benda lawak. Jgn selamanya duk sedih tak elok tau.

Friday, August 19, 2011

dalam keadaan tidak baik

Saya tidak berada di dalam keadaan sepatutnya.
Moody tanpa sebab.
Seriously takde sebab langsung.

Rasa macam tak boleh nak relax kan diri sendiri hari ni.

SMS yang dihantar bertalu talu buat saya rimas dan hampir lemas.
Tidak pernah ku balas.
Saya menganggap kamu tidak lebih dari seorang kawan. Tidak boleh lebih dari itu.
Tolonglah faham.

Noktah.

Wednesday, June 29, 2011

motif?

Kalau pikirkan masalah sampai mati pun takkan habis.

Jadi?

Pergi mati la kau semua masalah.

Aku dah malas nak pikir.

Babi.

Eh.

Babai.

PS : Sebenarnya aku pun tak tau aku bengang pasal ape!!!

Tuesday, May 24, 2011

Bad mood

Hi blog,

Kenapa sebelum tidur kita mesti sedih?
Kenapa sedih datang bila time nak tidur?

Spoil mood betul.
Sia sia aku pasang lilin aromatherapy ikea sebelah katil ni.
Huh.


Thursday, May 12, 2011

Listen to me please?

Life is really simple but we insist on making it COMPLICATED.

Dude,
If you want to lie, at least come out with excuses. Please exercise your creativity okay.
Stop being innocent and stop swallowing your words.
Stop caring what i'm doing.

Come to me, please say what you want.
Half of life is fcuking up (oopsss aku dah mencarut) and the other half is dealing with it.

I could disappear forever but it wouldn't make any difference.
Having this relationship and thinking of you I'd be put in mental hospital. Tanjung Rambutan kau tahu?
Don't be surprise when i'm disappear. Again.

I hate it when you act like i'm don't really care what you already done to me.
Like what we had never happened.
You cant change what's already happened.

I admit that we're not perfect. Any of us.
We screw up. We make mistakes but then we try to forgive and move forward.
I know heart inspires us.
All i need is love and to be loved.
Thats it.

I cry but i don't tell anyone.
Before i go to sleep, I hope you're happy.

Good Nite.

Wednesday, April 6, 2011

pretending is the big deal

.....


.....


......


......


........



.......



.......

Dah betul sangat dah tu. 
Selalunya depan orang aku pura pura gagah bila tengah 'down'.
Tiba tiba waktu malam baru sedar yang aku ini manusia biasa. Aku ini perempuan.
Disebabkan terlalu banyak perasaan, sepanjang jalan ketika memandu tadi aku teresak esak.
Betul betul sedih dan emo.

Aku parking tepi highway sebab airmata menggangu konsentrasi pemanduan aku.
Kang kalau ada apa apa macam mana? Nauzubillah. Mintak jauh.

Pastu, aku rasa nak cakap dengan seseorang.
Aku call dia.
Dengan tak malu dan sukar untuk di kawal lagi, aku menangis persis anak kecil.
Aku sudah menyesakkan kepala dia. Serabut mungkin.
Bukan aku sengaja nak menangis macam hari ni. 
Malu juga tunjuk yang kita ni lemah gemalai sangat kan. Aku tak biasa. Aku kan wanita besi. Huh
Dia pun pelik dan risau.

Oh, yang penting aku dah cakap apa yang patut aku cakap.


PS : Sebenarnya Im on PMS. No wonder lah.

Monday, February 28, 2011

Jiwa Sifar

Emosi tak menentu.

Kosong.

Sumpah kosong tahap negatif.

Tadi aku gembira bukan kemain lepas tu aku jadi mental. Tiba tiba aku rasa nak meraung macam orang gila.

Kenapa dalam sebulan harus ada perasaan begini?

Semua orang macam aku ke? Ke aku sorang je camni?

Oh PMS, syuhhh pergi jauh jauh aku takmo engkau di sini.

Haih, sooooo perempuan.

Kesian kat bantal aku jadi tempat mengadu. Dah tiga hari tiga malam aku basahkan dia :(


~Pssstttt, mungkin aku kena ajak dia tengok movie No String Attached baru okay kot. I Miss You Ashton Kutcher ~

Monday, January 24, 2011

Kuat!

Cik Nabila Abas,

Tolong jangan menangis. Berhenti.

Cuba jangan ingat benda benda yang sedih.

Cubalah kuat sikit jangan lembik sangat.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

InsyaAllah.

PS: Nota untuk diri sendiri

Tuesday, January 18, 2011

Huh

Serabut. Sungguh.

Oh FT, you really can read my mind and heart.




" Biarkan berlalu semua kepedihanmu. Lelapkan matamu biarkan mimpi membawamu kemana kau mahu "

SELAMAT MALAM.



Sunday, January 16, 2011

Its 12!

Start menulis kui 12 tengahari. Its 12. Suka sangat leteww nombor 12.

Korang wiken buat apa? (saja tanya padahal tadak orang baca pun belog neh, berapa kerat je pun)

Saya mungkin duduk kat rumah je kot. Macam malas nak keluar. Ada yang ajak saya keluar tapi rasa macam tak patut saya keluar. Saya menolak dengan cara baik. Sorry.

Semalam susah giler nak tido. Tiba tiba hati jadi sayu dan kosong. Lepas tu tetiba airmata mengalir tak sengaja. Hampir basah bantal. Haih
Hmm dah lama tak menangis rupanya. Oh tambah maybe PMS.

Okay fine. Saya menafikan lagi.

Saya terlalu rindu kepada sesuatu yang tak patut saya rindu. Ya Allah betapa sakitnya bila perasaan rindu macam tu datang *sebak*

Bye. Lapar lah. Nak pegi masak kejap.