Wednesday, November 30, 2011

Nov to Dec.

Bila nak masuk bulan December je aku mesti rasa cuak semacam.
Rasa tak seronok. Rasa nak banyak termenung. Banyak berfikir.
Terlalu banyak kisah sedih yang berlaku sepanjang bulan december sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Fobia.

Bad Mood.


Kalau seseorang tu dah pernah sakitkan hati kita tahap teruk memang kita boleh maafkan.
Tapi tak mungkin sekali kita akan lupakan kan?

Ia seperti sehelai kertas tu kite renyuk renyuk kan lepas tu betulkan balik ia tetap renyuk.
Cubala macam mana pun.
Gune seterika pun pasti ada kesan renyuk tu lagi.
Takkan hilang.

Sama jua dengan hati. Hati wanita terutamanya.

Walau macam mana orang yang dah pernah lukakan hati kita sekarang sedang berusaha untuk menangi hati kita balik ia tetap tak sama. Keadaan boleh diperbaiki cuma rasa mungkin sudah tidak sama.
Tapi bagaimana pula kalau orang tersebut berusaha separuh jalan?
Kadang kadang berusaha kadang kadang lupa.
Lama kelamaan rasa yang dulu indah pun boleh hilang macam tu je.
Bahaya tu.

Aku sering pesan pada hati sendiri.
Padamlah kisah lama dan cubalah bergerak ke hadapan untuk capai balik kebahagiaan dan kegembiraan hidup.

Bila aku duduk sorang sorang kadang menitis jugak air mata.(sekarang pun)
Terpikir, kenapa susah benar aku nak rasa bahagia?

Betul ke tak betul keputusan yang aku sudah lakukan ni walaupun aku sedar memang takde keputusan betul atau salah dalam hidup kita. Ia cuma mengenai keberanian kita untuk membuat keputusan tersebut yang mana akan mencorak kehidupan kita selepas itu.
Sama ada lebih baik atau sebaliknya. Tapi kita harus redha.

Satu hari ni, aku langsung tak reply sms or pickup call dia.
Bila dia tanya kenapa tetiba diam aku tak tahu nak jawab apa.
Lewat petang tadi, aku just reply "arini takde mood".
Aku tahu dia dah mula rasa something wrong kot dengan aku ni.
Bunyi agak selfish aku buat dia macam tu kan?
Masalah ego dan keras hati aku kadang kadang tak boleh dibendung.

Aku mohon padamu Ya Allah, tunjukkan aku.
Aku mengharapkan sesuatu yang baik sempena tahun baru ini.
Aku mahu melengkapkan hidup yang belum cukup lengkap lagi ni.

Doakan aku ok. Amin.

PS : Bila hati tengah sendu, bukak youtube tengok benda lawak. Jgn selamanya duk sedih tak elok tau.

No comments:

Post a Comment