Friday, May 27, 2011

bila dah tua macam macam hal.

Weekend haritu korang buat ape?
Nak cakap je sebenarnya, aku pergi jalan jalan kat OU sampai kaki aku sakit nak menitis air mata macho aku ni dan aku paksa kawan aku pakai kasut tinggi aku tu. Aku tak tahan. Serious.
Pakai yang flat pun sakit kaki pakai yang tinggi pun sakit jugak. Takkan nak jalan kaki ayam pulak. Aku bukan Elyana wei.

Benci betul bila mood nak shopping datang tapi mood tu selalu potong dek kerana kaki aku selalu cepat sakit.
Boleh dikatakan setiap kali aku keluar, aku akan beli kasut baru.
Sebab kaki aku buat hal. Bukan senang nak cari kasut yang boleh muat kaki aku ni.
Penat satu hal poket rabak pun satu hal. Dasar pembazir betul.
Dah tu, sekarang satu bonet kereta penuh dengan kasut. Alahai bonet kereta aku pun besar mana je hehehe


Kutah yang suka makan steamboat. Johnny yaww!
Memang takde orang lain yang jadi mangsa. Selagi dia takde baby lagi buat masa sekarang ni mari kita berjimba jimba bersama sama okay!

Serius, time ni sakit kaki lagi walau dah dapat kasut baru.
Kalau order air, tak sah kalau tak dua gelas. Kaki minum aku ni tapi kalau nak tahu aku tak pernah minum air masak. Rasa dia tak leh blah payau dan pahit. Tak sedap. Aku tak tahu bila aku nak belajar minum air masak secara jujur dan ikhlas. Aku sedar kebaikan air masak tu. InsyaAllah, aku cuba sedaya upaya belajar minum air masak untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan badan :)

Banana Split ni selamatkan mood aku balik.
Tak pernah pernah suka pisang tapi sebab ada aiskrim aku layan sampai separuh. Lepas dah makan ni, semangat nak shopping terus kembali.

Tapau untuk suami ye kak? Mithaliiiiii nyewww you!
Tetap ingat kat suami yang kelaparan di rumah. Sweet tau hahahaha

Tetap senyum walaupun kasut baru macam haram.

Bila dah rajin, rajin betul update kan?
Kalau tak sampai kene sound dengan member. Bila nak update dah bosan tengok entry sedih aku.
Hampeh punya member hahaha...

Whatever, THANK YOU KUTAH :)



No comments:

Post a Comment