Monday, May 2, 2011

Kisah Cinta

Kisahnya begini..

4 tahun lepas.

Aku mengenali kau dari teman baik ku. 
Aku masih ingat ketika itu laman sosial Friendster tengah top memuncak.
Kau add aku dari sana. Aku terima kau sebagai kawan di alam maya.
Kau menghantar pesanan ringkas di telefon ku yang mana kau dapat nomborku dari teman baikku.
Aku hanya membalas acuh tak acuh dan terus menyepi.
Aku masih belum bersedia.

Setahun kemudian.

Tiba tiba aku terima panggilan dari kau yang menawarkan promosi Streamyx pada aku ketika itu.
Kau kata nak tolong kawan kau buat marketing.
Aku hanya menolak dengan baik.
Aku kira ini hanya taktik kau HAHAHA

Sekali lagi, kau hubungi aku melalui ruang chatting di YM. Tidak putus asa nampaknya kau ni.
Aku hanya anggap seperti biasa. Tiada apa apa rasa ketika itu.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang berchatting dengan kau macam orang gila gelak sorang sorang depan komputer.
Kau kata aku gila lah, masuk air lah, say well lah segala bagai.
Kau pun apa kurangnya suka buat lawak bangang sampai aku rasa macam nak gelak duduk bawa meja.
Beberapa minggu aku dan kau begitu. Di alam maya.

Sehinggalah suatu hari yang manis, kau dapat kekuatan untuk mengajak aku keluar.
Aku tidak pernah keluar dengan lelaki lain selain dari bekas kekasih lama dan aku sungguh takut sekali.
Apatah lagi aku masih belum mengenali kau sepenuhnya.
Dari sokongan teman teman terdekat dan terbaik ku, mereka menyokong dan mengatakan aku harus mencuba untuk berkawan.
Lalu aku setuju.

Aku masih ingat hari itu. Bulan Julai.
Kau menjemputku dirumah.
Kau dan aku menuju ke Alamanda menonton wayang "Wanted" lakonan Angelina Jolie.
Aku kelam kabut hari tu.
Aku pun tidak tahu kenapa.
Malu aku pada kau mungkin. 
Tapi untuk sembunyikan malu tu aku bersembang dengan kau bagai kenal 10 tahun.

Aku masih tiada rasa apa apa terhadap kau cuma aku perasan aku suka bercakap dengan ikan lepas pertemuan pertama kau dan aku.
Kawan aku cakap aku dah gila.
Memang sebelum ni aku dah gila tapi kali ni lebih kronik.
Siang malam kau terus menghubungi aku seperti tiada noktah.
Boleh dikatakan semua wayang kau pinta aku temani kau kecuali cerita tamil je kau skip.
Oh kau kaki wayang rupanya.

Beberapa bulan kemudian, kau mengajak aku menonton pertunjukan bunga api.
Aku masih ingat ketika itu hujan renyai renyai.
Kenangan itu adalah sungguh manis sekali sebab pertama kali aku melihat kau beremosi.
Kau dan  aku dah mula rasa sesuatu tapi masih malu untuk diluahkan.
Kau faham aku pun faham. 
Suka atau Sayang?

TETAPI

Suatu hari aku menangis dengan hebat kerna kau ;( ;( ;(
Aku biarkan kau. Aku bagi kau masa.
Kau datang padaku dan jelaskan segalanya.
Aku hanya diam dan senyum.
Kau kata aku sungguh kuat.
Benar, aku memang kuat dari luaran tapi sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku pasrah.

Hari jadi aku yang ke 23 kau datang dan ceriakan aku.
Aku bersyukur kerna aku masih memiliki kau.
Kau tetap manis buat aku.
Kau menemaniku hampir setiap hari.
Aku rindu saat itu.

Saat kau temani aku makan.
Saat kau pegang erat tanganku.
Saat kau sapu air mataku.

2 tahun berlalu

Namun, dugaan demi dugaan aku tempuhi bersama kau.
Tapi kau dan aku tetap ada walaupun hubungan kita semakin rumit.
Aku berfikir panjang dan memutuskan untuk bersahabat dengan kau.

Hati aku hancur. Harapan aku hilang.
Kau tahu, aku sakit sangat sangat.
Aku sudah mula putus asa dan memutuskan untuk menjauhkan diri dari kau.
Aku terpaksa sebab aku sudah tidak kuat lagi.
Tapi lagi jauh aku lari lagi dekat kau datang.
Kau jejak aku sampai ke Kota Singa.
Kenapa baru sekarang kau berusaha? Kata hatiku.

Saban hari aku bersedih dan aku tahu kau pun sama.
Aku nekad sehinggakan aku sedar yang aku dah sakitkan dan lukakan hati kau dengan teruk.
Aku terima lamaran insan lain yang aku rasa dia sangat baik dan bisa bahagiakan aku selamanya.
Aku harus pergi dan tinggalkan segala kenangan terindah kita.
Maafkan aku dan jangan kau cari aku lagi.


*bersambung*




:(

No comments:

Post a Comment