Aku tak pernah keliru.
Malah aku mampu yakin apa kata hati aku.
Tapi cuma banyak benda yang buat aku tersekat dan tak terluah.
Mungkin juga sebab aku takut. Takut nak hadapi lagi sekali.
Aku ni jenis cepat serik.
Aku juga jenis kalau dah terasa memang sampai mati aku akan ingat.
Bukan aku tak boleh maafkan cuma aku tak boleh lupa. Faham tak apa aku nak cakap?
Tak baik berdendam wahai Nabila.
Aku tak mahu ceritakan terperinci apa masalah aku dengan dia di sini.
Bagi orang yang mengenali aku dengan rapat buat kesimpulan itu hanyalah masalah kecil namun bagi aku ia adalah kesilapan kali kedua yang susah aku nak terima.
Orang sekeliling pun pelik kalau dua dua dah kata sayang kenapa terus terusan macam ni?
Menyiksa diri masing masing.
Kadang aku dah tak tahu nak jawab apa lagi kalau orang tanya pasal aku dengan dia.
Macam biasa aku akan senyum. Dan yang pasti aku bagi senyuman paling manis sekali dengan harapan cukupla mereka bertanya.
Serious. Aku tak tahu nak jawab.
Tapi aku tahu, dia selalu ada untuk aku.
Bukan aku nak perasan tapi hati aku kuat cakap macam tu. Aku dapat rasa.
Rasa tu sama macam dulu.
Macam mana cara dia cakap dengan aku, macam mana cara dia pandang aku, macam mana cara dia caring pada aku. Segalanya.
Bila dia tahu aku demam, sekejap sekejap call even tengah malam pun just nak make sure aku boleh tido ke tak.
Gila betul lah.
Macam mana cara dia cakap dengan aku, macam mana cara dia pandang aku, macam mana cara dia caring pada aku. Segalanya.
Bila dia tahu aku demam, sekejap sekejap call even tengah malam pun just nak make sure aku boleh tido ke tak.
Gila betul lah.
Aku rasa sangat selamat bila dia ada dengan aku.
Sebab tu bila aku ada masalah ke aku sakit ke aku happy ke mesti dia orang yang aku fikir terlebih dulu.
Aku tak sangka dia boleh kunci hati aku sampai macam ni.
Aduhai hati.
Aduhai hati.
| March 2009. Camping Sg Congkak |
Aku tahu dia cakap aku ego gila. Aku keras hati. Aku degil. Aku marah tapi tak reti nak tunjuk. Aku lebih suka pendam. Semua tu aku terima je sebab aku tahu itu memang aku. Aku mengaku.
Memang dalam dunia ni tiada yang sempurna. Aku faham. Aku pun banyak jugak buat salah. Aku tak salahkan dia dalam hal ni. Bukan semua sepuluh jari ni aku tuding pada dia sorang jer.
Aku perlukan lebih masa untuk terima. Untuk lupakan kesakitan aku tu.
InsyaAllah.
| Taiping & Perlis Trip |
Nota : RINDU MENGGILA.
No comments:
Post a Comment