Ramai betul hari ni manusia dekat IOI Mall Puchong.
Sesak betul. Kerimasan saya dibuatnya.
Kitorang macam pelik gila sebab apakah manusia sangat sangat ramai sampai parking pun susah.
Oh baru teringat, hari ni Father's Day.
Patut ah kan.
Hari ni bangun tido pukul 1030 pagi dapat sms dari Puan Akitah menanyakan aktiviti untuk hari ni.
Dan terus bangun mandi bersiap siap untuk ke rumah beliau sebab ada bubur nasi.
Hooray hooray!
Pandai memancingnya Kutah.
Terima Kasih sangat sangat sebab bubur nasi yang beliau masak super sedap.
Kutah memang pandai masak sup. Dia memang expert lah kalau bab sup ni.
Sumpah sedap siap bertambah lagi tau.
Dah tu siap bawak balik tapau lagi ni haaa...
Terharu sebab Kutah sangat rajin dan prihatin *sob sob*
Nanti boleh la bawak bubur nasi tu pergi keje kejap lagi.
Malam ni dan esok saya adalah midnite. Masuk keje pukul 11 malam balik pukul 745 pagi.
Oh ya, disebabkan hari ni hari bapa terus saya jadi teringat dan rindu kat the only one hero. My Ayah.
Al-Fatihah untuk arwah.
Kalau ayah ada mesti saya dah poskan sehelai baju kemeja atau apa apa jela untuk beliau.
Tapi kini saya yakin ayah lebih perlukan doa dari semua anak anak beliau.
Semoga arwah tenang di sana.
Amin.
No comments:
Post a Comment