Selamat Pagi Weekend!
Sesungguhnya saya memang sangat suka hari sabtu dan ahad. Buat masa sekarang belum dapat schedule masuk shift lagi memang suka lah hari sabtu. Nanti bila dah masuk shift memang kompem kene keje jugak hari sabtu.
Saya hanya akan ada satu hari wiken saja iaitu Ahad. Yang pastinya akan digunakan dengan sebaik baiknya.
Dating maybe? heh gedik *wink*
Hmmmmm..apa nak buat arini? apa?
Kalau keluar pun maybe petang sikit.
Si dia ade keje pi survey motor katanya nak merempit pulak lepas ni dah penat naik LRT kononnya pegi keje.
Wooweee i loike mat rempitttt..hahaha
Okay, saya dah tahu apa nak buat.
Laundry yang banyak giler nak mampos dah tinggi bakul pink tu mintak disumbat dalam washing machine. Bukan basuh tangan pun. Woh jangan harap saya yang memang tak boleh tahan basuh baju dengan tangan. Penat weh penat! Zaman study dulu pun masa duduk rumah sewa saya sanggup perabis duit loan tuk beli washing machine. Bukan pemalas tapi bila basuh baju dengan tangan tiba2 saya jadi sangat particular pastu kompem lama duk dalam bilik air sampai jari jemari montok ni jadi kecut mecut. Jadi saya hanya nak jimatkan masa di situ heeeee
Pastu saya nak lepak lepak dan berguling manja kat umah. YES! Saya mengaku saya ni sebenarnya memang sorang yang home type jugakla. Saya boleh duduk kat umah dua hari tak keluar2 tak jejak tanah pun. Kadang2 pelik jugak bila ada sesetengah orang cakap dia leh jadi bengong dan gila kalo satu hari tak keluar rumah. Oh macam tu pulak ek? Btw, lain orang lain ragam rite..Saya okay je ^-^
Baiklah, saya jadi cinderella dulu ye.
Chiow lu. Have a nice weekend korang *smile*
PS : Entry ni ditaip sebelah tangan manakala sebelah lagi pegang air kotak milo dan butterscoth. Burp!
No comments:
Post a Comment