Thursday, July 14, 2011

i miss you so much

If you're happy, you will remember the person whom you love.
If you're sad, you will remember the person who loves you. 

:(

I miss you teruk teruk, emak!
Rasa incomplete sangat sangat tambah nak dekat bulan puasa dah ni.

Bila lah aku nak sampai sana?
Teringin yang amat walaupun ada perasaan takut.

Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah aku nak pergi sana. Dapat pergi Umrah pun jadilah.
Impian dari kecik.

Beberapa tahun lepas, bila kakak aku pergi sana benda pertama aku pesan kat dia " Jangan lupa melawat mak kita lepas tu kalau boleh tolong amik kan gambar tempat tu sekali eh. "

Tapi kan bila kakak aku sampai sana dia lupa nak melawat tempat yang aku suruh dia pergi tu.
Banyak hari jugak dia mimpi benda yang sama tapi tak pasti apa maksud dia.
Mimpi tu lebih kurang kakak aku pegang kunci rumah sendiri tapi banyak kali cuba untuk buka pintu tu tapi tak juga terbukak.
Kakak aku tak faham mimpi tu. Pelik, banyak kali pulak tu.
Akhirnya, kakak aku rujuk kepada ustazah yang ada dekat situ.
Bila ustazah tu cakap ada niat apa apa tak masa sebelum datang sini? Atau ada buat salah apa apa ke?
Banyak hari jugakla kakak aku duk pikir dan mitak petunjuk.

Lepas kakak aku dah pergi melawat tanah perkuburan orang yang meninggal dekat sana terus mimpi tu dah takde lagi. Dengan izinNya.
Barulah kakak aku faham dan nangis tersedu sedu mengadu kat husband dia.
Aku yang dengar cerita dia masa tu pun rasa macam nak nangis tapi rasa jeles pun ada jugak.
Akak dah pergi turn aku entah bila laaaaa...

Tapi takpela kakak aku ada tunjuk kan gambar je macam mana tempat tu.

OOohhh macam ni tempatnya.

Aku tak simpan gambar tu ada dengan kakak aku jer. Aku ingat balik ni aku nak curi gambar tu.

Hmmm...sejak akhir akhir ni melampau lampau rindu aku dekat Arwah Mak. Sampai aku mimpi mak aku datang gosok gosok kepala aku time aku tak berapa nak sihat haritu. Sakit gigi punya pasal.
Bila terjaga sumpah aku rasa macam real. Tak tipu.

Selalu macam tu tau bila time aku sedih atau sakit ke aku mesti rasa mak aku datang. Walaupun dalam mimpi.
Kalau macam tu aku nak sakit selalu lah baru boleh jumpa mak hari hari.

Korang yang baca ni jangan sedih hiba pulak. Aku tak niat pun nak bagi korang cerita sedih cenggini tapi hakikatnya aku memang sedih kot.
Dan aku tak perlukan simpati. Aku hanya nak luahkan saja apa yang aku rasa sebab bila korang face to face dengan aku korang tak kan nampak aku sedih. Percayalah aku takkan tunjuk!

Sila senyum :)

Nota : Aku baru sign up untuk pakej haji/umrah PruBSN Ummah Prudential. Bayar RM100 je sebulan cukup hari pasti aku ke sana. InsyaAllah. Amin.

2 comments:

  1. serius sy pun terasa hiba..moga impian awk nk g sana tercapai..sentiasa berdoa k...

    ReplyDelete
  2. hmmm janganla sedih. jom senyum :)

    ReplyDelete