Wednesday, July 13, 2011

Aura Ramadhan

Bulan Puasa dengan bulan Syawal saya lebih suka bulan Puasa lagi.
Korang?

Kenapa saya suka bulan puasa sebab banyak makanan best best.
Bulan Syawal pulak saya jadi bingung sebab nak pikir nak balik raya kat mana.
Haih.

Adalah semalam saya baru terhegeh hegeh nak ganti puasa.
Sengaja pergi cari makanan kat Pasar Malam Puchong Utama dengan Kutah..
Macam tak syiok jer bukak puasa sorang sorang kat rumah takde orang. Rasa loser dan lonely gila.
Jadi, saya pergi amik Kutah kat opis lepas tu pergi beli makanan kat pasar malam lepas tu balik rumah dia bukak puasa lepas tu terbongkang sejenak selepas kekenyangan. Haaaaaaa berapa banyak lepas la kau nabila.


Ini adalah wajib. Buntut ayam feveret.
Jangan tak tahu, saya penggemar makanan yang orang kurang gemar.
Pergi pasar malam memang wajib beli benda alah ni. Sedap kot. Lemak disukai ramai.
Walaupun ramai yang cakap tak elok makan tongkeng ni tapi tetap degil. Benda sedap mana boleh tahan kan?
Kuih sampingan tu adalah kuih cara berlauk daging dan juga kuih akok.
Kuih muih yang glamer untuk orang pantai timur.
Manih neting tau. Maksudnya manis nak mampus. Atau pun manis sampai nak melenting.

Yummeh :)
Nasi lemak kukus dengan drumstik woo hooo...Malas nak cakap ah kalau nasi lemak lapik daun pisang dia punya terbaek tu bila kenyang mata rasa macam berpinar i tell you. Kena pulak dengan air tebu 3 gelas memang boleh bergolek kalah ayam golek dowh.

Untuk menyerikan lagi suasana berbuka, memang tak sah kalau takde murtabak cicah kuah yang kaler pink tu. Perghhhhhhhhhhhhh kan?

Penutup, pesanan kepada yang mana terlupa atau jangan buat buat lupa ganti puasa okay. Sekian.

No comments:

Post a Comment