Thursday, July 14, 2011

i miss you so much

If you're happy, you will remember the person whom you love.
If you're sad, you will remember the person who loves you. 

:(

I miss you teruk teruk, emak!
Rasa incomplete sangat sangat tambah nak dekat bulan puasa dah ni.

Bila lah aku nak sampai sana?
Teringin yang amat walaupun ada perasaan takut.

Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah aku nak pergi sana. Dapat pergi Umrah pun jadilah.
Impian dari kecik.

Beberapa tahun lepas, bila kakak aku pergi sana benda pertama aku pesan kat dia " Jangan lupa melawat mak kita lepas tu kalau boleh tolong amik kan gambar tempat tu sekali eh. "

Tapi kan bila kakak aku sampai sana dia lupa nak melawat tempat yang aku suruh dia pergi tu.
Banyak hari jugak dia mimpi benda yang sama tapi tak pasti apa maksud dia.
Mimpi tu lebih kurang kakak aku pegang kunci rumah sendiri tapi banyak kali cuba untuk buka pintu tu tapi tak juga terbukak.
Kakak aku tak faham mimpi tu. Pelik, banyak kali pulak tu.
Akhirnya, kakak aku rujuk kepada ustazah yang ada dekat situ.
Bila ustazah tu cakap ada niat apa apa tak masa sebelum datang sini? Atau ada buat salah apa apa ke?
Banyak hari jugakla kakak aku duk pikir dan mitak petunjuk.

Lepas kakak aku dah pergi melawat tanah perkuburan orang yang meninggal dekat sana terus mimpi tu dah takde lagi. Dengan izinNya.
Barulah kakak aku faham dan nangis tersedu sedu mengadu kat husband dia.
Aku yang dengar cerita dia masa tu pun rasa macam nak nangis tapi rasa jeles pun ada jugak.
Akak dah pergi turn aku entah bila laaaaa...

Tapi takpela kakak aku ada tunjuk kan gambar je macam mana tempat tu.

OOohhh macam ni tempatnya.

Aku tak simpan gambar tu ada dengan kakak aku jer. Aku ingat balik ni aku nak curi gambar tu.

Hmmm...sejak akhir akhir ni melampau lampau rindu aku dekat Arwah Mak. Sampai aku mimpi mak aku datang gosok gosok kepala aku time aku tak berapa nak sihat haritu. Sakit gigi punya pasal.
Bila terjaga sumpah aku rasa macam real. Tak tipu.

Selalu macam tu tau bila time aku sedih atau sakit ke aku mesti rasa mak aku datang. Walaupun dalam mimpi.
Kalau macam tu aku nak sakit selalu lah baru boleh jumpa mak hari hari.

Korang yang baca ni jangan sedih hiba pulak. Aku tak niat pun nak bagi korang cerita sedih cenggini tapi hakikatnya aku memang sedih kot.
Dan aku tak perlukan simpati. Aku hanya nak luahkan saja apa yang aku rasa sebab bila korang face to face dengan aku korang tak kan nampak aku sedih. Percayalah aku takkan tunjuk!

Sila senyum :)

Nota : Aku baru sign up untuk pakej haji/umrah PruBSN Ummah Prudential. Bayar RM100 je sebulan cukup hari pasti aku ke sana. InsyaAllah. Amin.

kisah yang sia sia

Lagu siulan di bibir buat masa sekarang.


Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu


Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku




Wednesday, July 13, 2011

Aura Ramadhan

Bulan Puasa dengan bulan Syawal saya lebih suka bulan Puasa lagi.
Korang?

Kenapa saya suka bulan puasa sebab banyak makanan best best.
Bulan Syawal pulak saya jadi bingung sebab nak pikir nak balik raya kat mana.
Haih.

Adalah semalam saya baru terhegeh hegeh nak ganti puasa.
Sengaja pergi cari makanan kat Pasar Malam Puchong Utama dengan Kutah..
Macam tak syiok jer bukak puasa sorang sorang kat rumah takde orang. Rasa loser dan lonely gila.
Jadi, saya pergi amik Kutah kat opis lepas tu pergi beli makanan kat pasar malam lepas tu balik rumah dia bukak puasa lepas tu terbongkang sejenak selepas kekenyangan. Haaaaaaa berapa banyak lepas la kau nabila.


Ini adalah wajib. Buntut ayam feveret.
Jangan tak tahu, saya penggemar makanan yang orang kurang gemar.
Pergi pasar malam memang wajib beli benda alah ni. Sedap kot. Lemak disukai ramai.
Walaupun ramai yang cakap tak elok makan tongkeng ni tapi tetap degil. Benda sedap mana boleh tahan kan?
Kuih sampingan tu adalah kuih cara berlauk daging dan juga kuih akok.
Kuih muih yang glamer untuk orang pantai timur.
Manih neting tau. Maksudnya manis nak mampus. Atau pun manis sampai nak melenting.

Yummeh :)
Nasi lemak kukus dengan drumstik woo hooo...Malas nak cakap ah kalau nasi lemak lapik daun pisang dia punya terbaek tu bila kenyang mata rasa macam berpinar i tell you. Kena pulak dengan air tebu 3 gelas memang boleh bergolek kalah ayam golek dowh.

Untuk menyerikan lagi suasana berbuka, memang tak sah kalau takde murtabak cicah kuah yang kaler pink tu. Perghhhhhhhhhhhhh kan?

Penutup, pesanan kepada yang mana terlupa atau jangan buat buat lupa ganti puasa okay. Sekian.

Tuesday, July 12, 2011

as a human being

Kelmarin, sedang tunggu enjin kereta panas saya terlihat seekor kucing yang ditimpa masalah negara.
Di lema antara hidup dan koma.
Amboiii besar betul masalah kau kucing.

macam mana aku boleh stuck kat sini nii? aduhaiiiii..how?
Nampak tak lembaga kaler hitam tu? Itulah kucing tak tahu sape punya tersangkut dekat balkoni entah rumah siapa.
Kesian dia weh tak tahu cari jalan keluar menyelamatkan diri melainkan dengan cubaan lompat kijang 100meter ke atas tingkap tersebut.
Tapi malangnya ia hanya seekor kucing bukan kijang.

takde sape ke yang baik hati nak tolong aku keluar? huwaaa
Dalam 10-15 min jugak, si kucing hitam ni mundar mandir di situ sambil diperhatikan jauh oleh ku.
Usaha sendiri dulu kucing oii..Agak agak memang dah tak boleh sangat baru saya datang rescue.
Nampak usaha keras dari kucing ini. Dan akhirnya......

ek eleh..sempoi gila main lompat cenggini.
Haaaaa kucing tu berjaya lompat sekuat hati. Nampak tak nampak tak?
Phewwww...lega sebab tak payah nak pergi ketuk rumah orang tu supaya selamatkan kucing tersebut.
Mana lah tau kan melihat kepada rumah tu macam rumah bujang lelaki je. Ehem....HAHAHA sorry saya tak gatal.
Whatevah, saya suka semangat awak wahai si kucing hitam comot!

Wee hooo aku dah berjaya la wei. Blah kau jangan tengok lagi!
Okay, fineeeee....Kucing tu suruh saya blah.
Chiow lu!

Walau pun saya takut kucing tapi kesian tengok dia panik di situ.

yes, i am positive!

Aku tak suka pikir negatif melampau lampau.
Memang ah negatif kadang kadang diperlukan juga. baru balance kan?

Tapi dari kau duk pikir negatif memanjang memang boleh sakit otak sakit jiwa wooo...

Aku amik pendekatan yang lebih senang ah untuk sedapkan hati sendiri. 
Baik aku positifkan diri sendiri.

Kalau dah rasa sakit hati nak mampus sangat dengan manusia sekeliling yang susah paham bahasa atau pun pendek kata bodoh lebih baik aku buat bodoh je.

Aku buat bodoh bukan sebab aku bodoh tapi sebab aku tak nak jadi bodoh.
Entah apa benda laaa aku merapek malam malam buta ni.

Biarla apa orang nak buat kat aku, aku diam je.
Allah SWT Maha Adil.
Aku tak nak cakap lebih.

Kalau kita buat baik kat orang, jangan harapkan balasan. InsyaAllah Allah tahu niat kita.
Kalau kita tolong orang, InsyaAllah lain kali orang akan tolong kita pulak bila masa kita susah.

Tapi

Kalau orang buat kita sakit hati, Allah tahu apa yang kita rasa. Tak payah balas balik. Tak payah doa kan yang buruk buruk untuk orang.
Kalau masa kita susah tiada siapa pun nak tolong, jangan menggelabah. Nak buat macam mana dia pun susah. Baik kita guna otak sendiri untuk fikir jalan penyelesaian.

Oh, begitu senang rupanya untuk chill kan?

Good Night!

Sunday, July 10, 2011

time flies, people change

You only talk to me when you need me. Oh maybe when you miss me.
Other than that, you're too busy for words.

So, I guess you were one of those people who were supposed to walk into my life teach me a lesson, give me some hurt and then walk away.

ThankYouDude.

Here i am, waiting for explanation whether its good or vice versa and maybe you can start thinking from now how to say good bye.

I believe in Karma.
Please think.

Saturday, July 9, 2011

Nak tahu tak?

Hidup macam roller coaster.
Kejap di atas kejap di bawah.
Kejap gembira kejap sedih balik.
Pilihla mana yang kamu suka.

Hidup sendiri dah tunggang langgang dan kelam kabut.
Tapi tetap kena teruskan juga.

Hidup sekadar untuk hidup.
Kosong.

Hari hari bangun pagi gosok gigi pegi keje.
Balik keje masuk bilik guling guling dengar lagu baca magazine.

Takpun pergi puchong atau putrajaya bila cuti.
Kawan kawan jadi mangsa.

Tapi hari ni aku cuti. Bosan dan lapar duduk rumah.
Penat pikir nak pergi mana sebab bosan.
Aku bersiap start engine kete lepas tu termenung dalam kete lebih kurang 15 min jugaklah duk pikir mana nak pergi.

Happy Friday :)

Entah apa yang buat aku rasa nak pergi The Mines.
Jauh jugak ah dari Shah Alam ni.
Tapi aku nak jugak pegi.
Dah lama tak pergi sana.
Last sekali tengok wayang tahun lepas.

Oh ya, dalam duk jalan sorang sorang tu aku terserempak dengan kawan lama aku masa time study kat college dulu.
Ade dekat 5 tahun tak jumpa dia.
Dia dengan husband dia datang dari Kelantan sebab nak beli kereta baru. Wah wah wah kemain mung Noriza!

Dari pagi sampai pukul 5 petang aku tak makan apa apa.
Aku tak selera kot padahal gigi aku dah tak sakit hari ni.
Jadi, aku lepak minum makan jap dengan  kawan aku tu.

Lepas tu aku terus balik Shah Alam dan jem macam taik sebab BERSIH punya pasal.

Aku jadi malas tetiba ni.huh
Okla chiow!