Wednesday, June 22, 2011

143

Aku tak pernah keliru.
Malah aku mampu yakin apa kata hati aku.
Tapi cuma banyak benda yang buat aku tersekat dan tak terluah.

Mungkin juga sebab aku takut. Takut nak hadapi lagi sekali.
Aku ni jenis cepat serik.
Aku juga jenis kalau dah terasa memang sampai mati aku akan ingat.
Bukan aku tak boleh maafkan cuma aku tak boleh lupa. Faham tak apa aku nak cakap?
Tak baik berdendam wahai Nabila.

Aku tak mahu ceritakan terperinci apa masalah aku dengan dia di sini.
Bagi orang yang mengenali aku dengan rapat buat kesimpulan itu hanyalah masalah kecil namun bagi aku ia adalah kesilapan kali kedua yang susah aku nak terima.
Orang sekeliling pun pelik kalau dua dua dah kata sayang kenapa terus terusan macam ni?
Menyiksa diri masing masing.

Breakfast @ Subang Airport

Kadang aku dah tak tahu nak jawab apa lagi kalau orang tanya pasal aku dengan dia.
Macam biasa aku akan senyum. Dan yang pasti aku bagi senyuman paling manis sekali dengan harapan cukupla mereka bertanya.
Serious. Aku tak tahu nak jawab.

Tapi aku tahu, dia selalu ada untuk aku.
Bukan aku nak perasan tapi hati aku kuat cakap macam tu. Aku dapat rasa.
Rasa tu sama macam dulu.
Macam mana cara dia cakap dengan aku, macam mana cara dia pandang aku, macam mana cara dia caring pada aku. Segalanya.
Bila dia tahu aku demam, sekejap sekejap call even tengah malam pun just nak make sure aku boleh tido ke tak.
Gila betul lah.

Aku rasa sangat selamat bila dia ada dengan aku.
Sebab tu bila aku ada masalah ke aku sakit ke aku happy ke mesti dia orang yang aku fikir terlebih dulu.
Aku tak sangka dia boleh kunci hati aku sampai macam ni.
Aduhai hati.


March 2009. Camping Sg Congkak

Aku tahu dia cakap aku ego gila. Aku keras hati. Aku degil. Aku marah tapi tak reti nak tunjuk. Aku lebih suka pendam. Semua tu aku terima je sebab aku tahu itu memang aku. Aku mengaku.

Memang dalam dunia ni tiada yang sempurna. Aku faham. Aku pun banyak jugak buat salah. Aku tak salahkan dia dalam hal ni. Bukan semua sepuluh jari ni aku tuding pada dia sorang jer.
Aku perlukan lebih masa untuk terima. Untuk lupakan kesakitan aku tu.

InsyaAllah.

Taiping & Perlis Trip


Nota : RINDU MENGGILA.

Tuesday, June 21, 2011

benda macam ni la aku tak suka.

Perbualan yang serius tetapi kelakar di antara aku dan kakak ku.
Telefon aku tetiba berbunyi pukul 12 tengahari.

Hari Jumaat Lepas :-

Cik Ani : Hello Suela, sihat tak?gigi okay?
Me : Hmmm demam sebab gigi ni la.padan muka.
Cik Ani : hehehe...ada sesapa call/sms tak?
Me : takde pun.
Cik Ani : belum lagi kot.Cik Ani dah pass no hp suela kat kakak dia.maybe dia malu kot.
Me : hah? sape tu? umur berapa? 
Cik Ani : 25tahun.hensem orangnya, keje pun bagus, keluarga pun baik baik.dekat je dengan rumah cik ani ni.
Me : Eh budak lagi la...takmola cik ani.
Cik Ani : Takpe, kawan jela dulu manatau jodoh kan. Macam mana dengan budak taiping tu?
Me : Oh, okay je.
Cik Ani : Siapa cepat dia dapatla kan Suela? kawan kawan dulu okay.
Me : hehehehe *gelaktakikhlaslangsung*


KALAU AKU CAKAP AKU RIMAS BOLEH TAK?

Aku tahu kakak dan abang aku dah mula risau pasal aku.
Tapi apa boleh aku buat. Calon pun samar samar lagi. Aku tak berani nak cakap apa apa.
Aku faham masuk ni dah kali ketiga mereka tolak risikan dari orang luar.
Entah dari siapa aku sendiri pun tak tahu. Aku malas nak ambil tahu.

Macam tak caya benda ni berlaku kat aku. Macam drama dalam tv. Tapi ini memang serius terjadi dalam hidup aku.
Bengong kejap.

Otak aku malas je nak pikir benda benda macam ni. Sesak tau tak?

InsyaAllah, ada jodoh aku nanti. Aku sangat percaya.

Kalau orang lain masuk merisik / meminang aku buat masa sekarang ni memang aku tak nak.
Aku tak ingin langsung.

Tapi kalau dia yang masuk merisik macam mana?

Jujur aku cakap, aku senyum sampai telinga.

currently

Monday, June 20, 2011

saya bukan ego



Terima Kasih sebab tak jemu jemu.
Walaupun kadang kadang saya ni macam biskut.
Kejap ada kejap takde.

Awak dah buat saya gelak tahap kuasa kuda hari ni.


Well, i love today :)


Sunday, June 19, 2011

SHB

Ramai betul hari ni manusia dekat IOI Mall Puchong.
Sesak betul. Kerimasan saya dibuatnya.

Kitorang macam pelik gila sebab apakah manusia sangat sangat ramai sampai parking pun susah.
Oh baru teringat, hari ni Father's Day.
Patut ah kan.

Hari ni bangun tido pukul 1030 pagi dapat sms dari Puan Akitah menanyakan aktiviti untuk hari ni.
Dan terus bangun mandi bersiap siap untuk ke rumah beliau sebab ada bubur nasi.
Hooray hooray!

Pandai memancingnya Kutah.
Terima Kasih sangat sangat sebab bubur nasi yang beliau masak super sedap.
Kutah memang pandai masak sup. Dia memang expert lah kalau bab sup ni.
Sumpah sedap siap bertambah lagi tau.
Dah tu siap bawak balik tapau lagi ni haaa...

Terharu sebab Kutah sangat rajin dan prihatin *sob sob*

Nanti boleh la bawak bubur nasi tu pergi keje kejap lagi.
Malam ni dan esok saya adalah midnite. Masuk keje pukul 11 malam balik pukul 745 pagi.

Oh ya, disebabkan hari ni hari bapa terus saya jadi teringat dan rindu kat the only one hero. My Ayah.
Al-Fatihah untuk arwah.
Kalau ayah ada mesti saya dah poskan sehelai baju kemeja atau apa apa jela untuk beliau.
Tapi kini saya yakin ayah lebih perlukan doa dari semua anak anak beliau.

Semoga arwah tenang di sana.
Amin.

Saturday, June 18, 2011

Bimbang.

Aku sedang bimbang.
Sepatutnya aku seharusnya sangat bimbang.
Tapi aku buat buat tidak bimbang.

Kakak aku call dari minggu lepas sampai semalam.
Hal yang aku sendiri tiada jawapan.
Haih.
Aku mengeluh panjang bila terfikir.



"Pejamkan mata bila ku ingin bernafas lega"



Friday, June 17, 2011

my fav bestfriend

Kini, benda alah di bawah ini wajib ada ke mana saja pergi.


seperti nyawa
Nivea LipBalm : bibir comey saya ni kan kerap kering lately. Jadi harus pakai sebab sakit bukan sebab nak nampak bibir mungil atau lebih comey hohoho

Bonjela : Ulser melampau lampau. Letak bonjela rasa cool sikit walaupun rasa dia TAKSEDAPLANGSUNG okay!

Wrigleys Extra Mints : Untuk menghilangkan rasa ketidaksedapan bonjela tersebut.

Nota : Dah 2 hari gigi saya tak sakit maka tak perlu makan ubat. Hoyeah. Alhamdulillah :) Dan dalam masa 4 hari berat dah susut 2 kg. Karang tinggal tulang matilaaaaaaaa HAHAHA