Friday, April 1, 2011

Kan dah rindu

Dengan makhluk makhluk ini.


Gugu gaga
Mereka adalah anak anak kepada abang dan kakak saya. Saya mempunyai 4 big bro dan 6 kakak.
Sebenarnya, adik beradik saya adalah 12.
Yep, boleh tubuhkan satu team bola. Tapi abang yang no 2 sudah pulang ke rahmatullah pada tahun 1997 disebabkan barah otak. Beliau adalah abang yang memberi nama kepada saya ketika mula mengenal dunia ini. Berdasarkan cerita mereka yang lain, ayah ingin menamakan saya Siti Sairah (sairah tu dalam arabnya adalah kereta). Sebab nya saya hampir keluar semasa perjalanan menuju ke hospital kuala terengganu hehehe
Tapi abang saya bangkang, beliau mahu menamakan saya Nubla Atiqi. Ini nama turki mana entah abang saya berkenan. Ayah saya pula membangkang keras. Susah nak sebut katanya. Dan ayah bertekad ingin menamakan saya Khairunnisa yang bermaksud secantik cantik wanita. Amboi.....
Akhirnya, abang saya jugak yang menang dan letak nama yang simple 'NABILA'.

Dari kecik saya memang sangat rapat dengan beliau. Kemana saja pasti akan ikut. Ke padang bola, ke stadium menonton bola sehinggalah arwah berbulan madu pun dibawa nya saya sekali. I MISS YOU Abang :(

Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Lutfi bin Abas.

Orang kuat keluarga saya!
Ini pulak sebahagian abang dan kakak yang hadir masa perbincangan tahunan keluarga kami masa saya balik kampung 3 minggu lepas tu. Yang tak dapat hadir tiga orang sebab tak dapat cuti dan jauh.
Setiap tahun memang kami adik beradik harus berkumpul walaupun pada hakikat sebenarnya amat payah nak  pastikan kesemua adik beradik berada di dalam satu bumbung.
Saya rindukan saat kami sewa hotel atau apartment di mana2 resort dan ada sedikit aktiviti riadah. Dah lama tak buat. Makin lama makin susah nak jumpa semua. Kalau ade pape function macam kenduri atau kematian baru boleh gathering sesama.
Bila Mak Ayah dah takde memang camtu. Sedih tau bila diingatkan balik. Hmmmm

Kenapa saya ceritakan tentang cerita yang sedih ya?
Sebenarnya, saya tiba tiba rindu terlebih kepada keluarga.
Sehari dua ni, saya ada sedikit masalah keluarga :( ;(
Kalaulah mak dan ayah masih ada pasti semua ini takkan berlaku. Tapi apakan daya KEMATIAN ITU ADALAH PASTI.

Okay dah. Tak payah cerita lebih nanti banjir pulak.

Hi, My name is Erdina Nur Damia. I love gedik and u can call me Kakak ;)
Ini pulak anak kakak saya, Nasriah Abas yang mana banyak menjaga saya.
Budak di atas tu, kalau pergi ke mana mana pun mesti orang cakap macam muka saya masa kecik kecik dulu. Ramai menggelarkan dia Nabila Junior.

Gilerlah, aku rasa macam tengok nabila masa kecik kecik (kawan saya yang cakaplah)
Ya Rabbi, fotostat macam nabila lah (makcik sepupu sepapat yang cakap begitu)

Haruskah saya berbangga? Sebab ramai yang cakap dia sangat comey dan ade aura. jadi, saya tumpang perasan sekali tralalalala
Well, bagi saya dia memang comey pun. HAHAHA masa kecik dulu lagi comey dan sangat menggeramkan.
Dia punya bulu mata omangaih original tak payah pakai bulu mata palsu dah. Fuh jeles saya tau.

Dina ni kalau dengan saya memang berkepit je. Dia selalu cakap nanti besar nak jadi macam Suela.
Nak bawa kereta dua pintu lah, Nak boyfie nama sama dengan boyfie Suela lah, Nak putih macam Suela lah (weh putih ke, pleaselah), Nak gigi pun macam Suela. Walawei, pendek kata saya ni idola dia lah. Begitu.

Saya kan kalau balik kampung memang wajib kena paksa mandi sama2 dengan dia. Kalau tak nanti dia merajuk monyok je. Lepas tu kan, cara saya gosok gigi, pakai sabun, pakai shampoo semua dia nak ikut. Dia tiru sebijik i tell you. Kelakar kan Dina ni? Sungguh obses terhadap makcik dia yang saywell ni.

Hello, My name is Ezalea Nur Aleesa. U can call me Adik!
Haaa...ini pulak adik kepada Si Dina tadi. Dia ni pun saya tak boleh tahan rindu. Tambah lagi semalam kakak saya call. Dapatla cakap dengan dia, lepas tu dia boleh cari saya kat dalam henpon tu. Comey!

'Hmmm adik ni adik ni. Adik makan burger sedap. mana Suela ni? Suela suela'

Arghhh saya rasa macam nak jadi superwoman terus terbang nak balik sana. Sumpah geram giler. Dahla dia baru boleh cakap banyak. Dalam hati duk kira, bila lah saya nak ada anak sendiri yang comey begini hekhekhek

Okay, saya rasa karangan tentang keluarga ni macam dah panjang kot. Kalau nak cerita semua memang 18 episod pun tak cukup kan.

Last, I LOVE MY FAMILY!




Happiness

Depends to us?

Are you agree with that my dear fren?



:)

=)

;)

Im totally agree! Like Seriously.

Thursday, March 31, 2011

Banana Phone baby

Video clip neh dah lama saya jumpa. Tahun lepas lagi.
Tapi sampai sekarang kalau tengok gelak tak hengat. Sebab budak yang duk nyanyi dalam vc neh comey giler kot.
Geram je tengok.

Mari hiburkan hati kawan kawan ;)



Kan? comey betul budak tu melompat menyanyi! Eiiii...
Kesian bapak dia duk tahan gelak tengok gelagat anak dia sampai kembang kempis hidung nya. Cover macho yer bang hahaha


Psssttttt

Hello kawan kawan terhebat,

Saya masih sewel di sini

Rindu saya tak?

Oh pleaseee jangan bilang tidak okay.. HAHAHA

Broadband saya tertinggal kat rumah member di Putrajaya tak boleh nak online rasa macam nak semput je. Haih.

Ehem. nak tahu tak? nak tahu tak?

Kalau tak nak tahu pun saya nak citer jugak :P

Semalam adalah indah :)

Pasal dating tu la saya nak citer. Semalam la ceritanya.

Well oh saywell, kami kan suka berlagak cool macam takde pape. So, kami memang cool lah.

HAHAHA tak bleh blah betul selalu cakap diri sendiri cool :D

Gelak gelak duk cerita hapdet sana sini. Dah lama tak jumpa kan banyak cerita la nak cakap sampai berebut rebut nak cakap. Konon jual mahal merajuk ape entah. Blah la!

Dia cakap, giler keras hati sebab merajuk sampai berbulan bulan.

Saya cakap, anak askar memang camni. Dah dilatih jadi wanita besi.

Walaupun semalam kejap je tapi ianya tetap manis.

Sampai rumah terus tido dan bermimpi. Zzzzzzz

Bangun pagi sambil senyum nan indah tee heeeeeeeee

Terima Kasih untuk rasa ini yang tak pernah hilang.

Monday, March 28, 2011

My Status

I have a date next week.

Yep.. Maybe a serious dating.





Okeh Gudnite. Sweet Dream :)

Friday, March 25, 2011

Duh!

Harus lebih tegas mungkin.

Tadi kawan opis cakap, "Engkau ni nampak je garang tapi bila dah kenal ko rupanya alahaiiiii"

Masuk budak tadi dah yang ke berapa orang dah cakap cenggitu. Hek?

Muka saya garang nampak ke? Okay semula ulang dalam versi gangster. Muka gua nampak garang dan bengis ke?

Oh mungkin sebab bila time serius gua dah lupa nak senyum. Kalau orang tak kenal dengan gua mungkin orang cakap gua sombong kerek bagaila kan. Kesian gua kena fitnah sampai macam tu sekali kehkeh

Tapi bila dah kenal...Ok tak payah cakap ah. Kawan kawan tahu semua itu kan? HAHAHA

Macam ni lah baru ganas sikit. Konon. Super rindu time camni!

Okeh, chiow lu.

Babai!



Thursday, March 24, 2011

manis

Pengejut peribadi dah kembali.

Thank You. U're so sweet :)