Monday, February 27, 2012

Hoping

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.



Faham? 


Okay Bye!



Tuesday, February 21, 2012

sebab tak boleh tidoooooo!

Sekarang jam pukul 3.45pagi, mata aku masih terkebil kebil tak mau lelap. Tak tau pasal ape.

Aku seriously macam dah kekok nak cakap apa kat sini. Macam takde modal sebab life pun gitu je.
Asyik keje time cuti pun kadang kadang aku pegi keje jugak.

Sejak Mr.A sibuk dengan keja dia sekarang ni, aku pun sibukkan diri jugaklah.
Kalau duk rumah pun boring jugak baik pegi ofis buat OT dapatlah jugak sekupang dua.

Mr.A hari hari cakap rindu dengan aku tapi takde masa nak jumpa.
Hidup dia kejeeee je. Dari 7 pagi sampai 12 tengah malam.
Dia cakap tsunami sibuk ni maybe sampai April *sigh*

Kadang aku bengang jugak dengan dia takkan takde masa langsung nak jumpa aku.
Kalau dulu hari hari sanggup datang rumah aku dari Damansara-Puchong siap naik motor lagi.
Tapi sekarang kalau jumpa pun pegi makan je sejam dua lepas tu dia hantar aku masuk keje balik.
Normal lah kan, awal kenal dengan dah lama memang takkan sama.

Haritu aku bengang siap protes aku membisu sehari suntuk.
Lama lama aku macam dah terbiasa.

Takpelah, aku kena pikir positif.
Biarlah tak boleh dating sekarang nanti kita dating kemudian hari. Hari hari pun boleh jumpa dan teman aku.
Itu kata dia lah.

Oklah jam dah pukul 3.59pagi, aku chiow dulu.

Bye!

Wednesday, February 1, 2012

saya faham

Sooooo busy.

Bukan aku tapi si dia.

Terlalu busy dengan kerja sampai lupa makan minum sampai tengah malam baru balik rumah.
Nasib dapat girlfriend macam aku yang jenis faham (tak boleh blah perasan) kalau nak merajuk pun kadang kadang je.
Kalau tak memang lagi huru hara la jadinya.

Aku merajuk la jugak bila perlu tapi macam kesian la pulak nak merajuk lama lama dahla si dia pun pening plus banyak kerja gila skang ni.
Takpela si dia cakap tak elok cakap malas nak pergi kerja sebab itu adalah rezeki, kena semangat baru berkat.
Bab tu, aku cukup respect betul. He never complaint about his job but i know he's stress.

Tapi tetiba lepas hang up call tadi, dia cakap bila dengar aku gelak terus hilang penat dan terhibur sikit.
Wah, pandai amik hati ek hehehe

I miss you soooo sooo much dear. Ini serious. Dah seminggu lebih tak jumpa kotttt kompemla rindu dendam huwaaaaa :(



Walaupun saya tak ada bersama dengan awak tapi saya selalu ada untuk awak. 
*Ouch. I am speechless*

Wednesday, January 11, 2012

Tak elok cakap takde duit.

Bulan ni kan adalah bulan paling sengkek.
Sebab sengkek adalah kerana dah 2 bulan berturut turut aku duk selalu MC lebih dari sehari so elaun performance RM250 tak dapat.
Rugiii wooo. Masa nak MC tak pikir sekarang baru nak terpikir. Okay, lepas ni saya cuba tak MC. InsyaAllah.

Bulan ni jugak macam macam benda aku nak kene settle. Memangla aku ada saving sikit tapi tang tukar tayar tu aku tak bajet so agak terlari bajet sikit kat situ.

Tapi takpela, harus tukar jugak kalau tak kekasih hatiku itu bising potpetpotpet kalau tak tukar. Bahaya kata dia. Baiklah, tayar dah berjaya di tukar 5 hari lepas.

Jadi untuk bulan ni aku rasa kalau gaji aku 5 riban pun tak cukup lagi kot. Nasib bulan ni aku tak shopping sangat (yess, tapi tetap ada shopping tu hahaha)

Ini dia duit mengalir macam air untuk bulan ni :-

1. Insurans & roadtax kereta = RM1,100
2. Bayar saman = RM150
3. Tukar tayar kereta  = RM400
4. Installment kereta = RM600
5. Sewa rumah = RM200
6. Bills ( HP, elektrik, air, broadband) = RM350
7. Barang dapur, Jajan bagai = RM200
8. Minyak kereta = RM250

Kalau nak tulis semua memang panjang berjela kot. Itu belum termasuk makan minum lagi.
Aduh mengeluh jugak aku bulan ni.

Time macam ni lah nak mintak semua hutang dengan orang yang pernah pinjam dengan aku. Tapi malangnya jawapan berbaur hampa.
Semua orang pun tak boleh nak bayar hutang aku time aku dalam memerlukan duit macam ni.
Tipulah aku cakap aku tak kisah. Of course, kisah beb. Terkilan, sedih semua pun adalah.
Aku pulak jenis kalau orang pinjam dengan aku, memang aku takkan mintak balik jadi kena faham faham sendiri lah tuk pulangkan semula. Nampak je macam aku buat tak tahu tapi aku tahu sebenarnya. Cuma nak tengok sejauh mana je.

Kalau setakat seratus dua aku memang tak kisah tapi kalau dah beribu sampai dah bertahun pun tak setel setel lagi.
Bukan aku nak mengungkit atau mintak balasan cuma aku rasa aku mintak hak aku balik. Itu je. Tambah pulak dunia sekarang ni, keluar rumah sejengkal pun semua pun duit.
Tapi aku pun faham situasi orang lain. Dah memang diorang takde takkan aku nak paksa diorang bayar pulak kan.
Semua orang ada komitmen masing masing sama la dengan aku sebab tu aku boleh faham situasi orang lain tapi adakah orang lain faham situasi aku?

Hmmmm jadi terpaksa aku guna duit saving aku dulu :(
Jadi bulan ni kene kerja keras sikit lah nak cover balik duit tu.
Rasa ralat kalau takde backup saving mana tahu tetiba aku sakit ke ape atau aku nak kahwin ke? Hahahaa

Patutlah orang cakap, BUAT BAIK BERPADA PADA.

Jadi, aku dah mula faham.

Ok Bye!

Tuesday, January 10, 2012

Ayam Masak Kicap

Haritu aku cuti ada orang request masakkan ayam masak kicap. Sampai merajuk merajuklah jugak.
Memang sekarang aku suka masak. Suka duduk dapur.
Rupanya memasak ni best ek. Dulu aku tak minat masak sebab aku rasa susah sangat.
Sekarang dah mula suka memasak. Yeah! Peningkatan yang bagus.

Mula mula kekasih hatiku minta datang office dia temankan dia buat keje.
So aku pada mulanya macam dah cuak sebab aku risau jammed gila nak masuk KL.
Nasib baik dia sanggup balik awal jadi aku pick up dekat LRT Bdr Tasik Selatan jela.

Sementara menunggu, kita gedik gedik dulu lah dalam kereta weeeee ;)

Lamanya...dah setengah jam ni.
Muka chef yang baru bangun tido selepas penat memasak hehehe


A : Eh, amik lah gambar orang tengah makan ayam masak kicap ni. Cepat cepat!
N : Yela yela. Memang kena amik gambar eh? Hahaha
A : Mestila. Terharunyaaa. Terima Kasih Sayang masakkan tuk orang.
N : Sesama. Sila cakap sedaappp sekarang!
A : Yer yer! Memang sedap sumpah tak makan luar dah lepas ni (motiffff)
N : Hahahaha matilah camni.

Gemokkkkk

Sedap kan kan kan?

Sedaplah jugak. Puji yang tak tahan tu. Hahahaha

Selamba lepak mamak kat area The Mines bukak tupperware sendiri. Aku malu mulanya tapi dah dapat kekasih hati yang tak berapa nak malu aku selamba jugaklah heeeee.

Sedaplah Sayang! Lepas ni, masak tomyam ayam  please? 

*wink*

Friday, January 6, 2012

morning shift.

Aku ni kan memang ada masalah bangun pagi tau.
2 hari lepas aku off day lepas tu harini sepatutnya aku keje pukul 7 pagi.
Tapi aku tak tahu kenapa aku tak tersedar langsung. LANGSUNG okay!

Tetiba je dengar HP bunyi :-

Sherry : Cik Nab, ko kat mana? belum bangun lagi eh?
Aku : Baru nak bangun. Kenapa beb? (ingatkan dia nak inform dia tak datang keje ke ape)
Sherry : Cik Naaaaaabbbbb, ko dah bangun belum ni?
Aku : Baru nak bangun lani (confident gila tak buat salah apa apa)
Sherry : Ko dah lambat Cik Nab. Tengok jam pukul berapa. Dah 6.57 tau.
Aku : Arghhhhhhhhh benci lah aku macam ni. Selalu gini. !@#$%^&*
Sherry : Ko nak aku login untuk ko dulu tak ke ko nak MC terus?
Aku : Hmmmmmmmm. takpela aku nak tido.

Dah banyak kali tau jadi macam tu. Alarm bunyi lepas tu aku dismiss.
Lepas tu sambung tido tanpa rasa berdosa Hahahaha

Haih nak jaga diri sendiri pun tak lepas apatah lagi nak jaga anak orang nanti.
Aduhai.

Inilah padahnya semalam aku minum nescafe lepas tu susah dah nak tido.
Sampai pukul 2 pagi duk bercakap telefon.

Okayla, ni dah pukul 12 tengahari aku nak bersiap pergi klinik jap nak amik MC.
Nak cakap sakit apa pun aku tak tau.
Muka sihat badan tough lagi ni.

Kalau doctor perempuan aku ingat nak selamba cakap period pain lah tapi kalau doctor laki aku nak cakap cirit birit.

Ok. Chiow.

Happy Friday!

Wednesday, January 4, 2012

Hello Darlingssss ;)

Oh Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (amboi kemain panjang hai aku kali ni haaaa).

Latest Of Me.

Update jugak belog ni akhirnya. Seriously, aku bukanlah busy mana pun lately cuma entahla macam malas nak curi masa nak update belog sendiri. lagipun tak tahu nak update apa. Boleh tak tetiba aku ketandusan idea? Hahaha memang bukan aku la tu.

Anyway, dah masuk tahun baru dah pun sekaligus buat aku rasa semakin tua kot. Baru 2 minggu aku genap 26 tahun tapi kali ni bila orang tanya berapa umur terpaksa jawab umur 27 tahun. Amaigaddddd bunyi macam tua gila tapi muka masih comel 17 gitu. Boleh terima? Hahahaa

Oh yeah, terima kasih jua pada kawan kawan yang wish birthday i on 22december haritu. I appreciate all that wish and Alhamdulilah aku sempat reply all the wishes. Tanda perhargaan tu. Tetiba rasa disayangi lebih pulak walaupun dah takde suprise macam tahun sebelum ni. Yang facebook-ing, sms-ing, whatsapp-ing, bbm-ing, tweet-ing Thank You Very Much You olssss :) :)

Dan terima kasih jua pada kekasih hati yang menemani *wink*


DECEMBER BABY

Nak cakap apa lagi ni ek? Nak tulis pasal apa lagi ni ek?
Aku buntu weh.
Kejap jap bagi aku pikir sikit. Kadang otak ni aku jarang nak guna. Malas lagipun sayang otak.

Hmmmmmm sumpah aku tak berapa nak ada modal.
Cuma nak aku higlight kan di sini, hidup aku agak stabil sekarang.
Emosi pun jarang nak meroyan tak tentu pasal.
Yelaaaaa sejak sejak Incik Botak ketemu family ku haritu relationship kami Alhamdulillah semakin okay.
Tapi selalu gaduh jugak sampai kakak ku dah naik pening tengok. Gaduh pun pasal hal kecik kecik je. Mengada.

Ehem.

Kalau di izinkanNya, aku ingin sekali tamatkan zaman bujang aku tahun ni.
Doa kan kami ek.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya.

Jadi, harus bekerja lebih kuat untuk mencari wang. Semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Oleh itu, aku tinggalkan semua suka duka 2011 yang sudah membawa diri aku sehingga ke hari ini dengan harapan tahun 2012 lebih bermakna buat aku dan juga kita semua.
InsyaAllah.

Happy New Year Everyone :)


Regards,
Nba