Pendek kata, kalau dapat hidup bersama sama dengan orang yang paling kita sayang lebih kurang macam segala impian dah tercapai.
Hidup dah rasa sempurna.
Tiada yang lebih indah selain itu.
Mungkin ada yang tak faham mengenai status atau kisah chenta hati saya kan?
Oh, saya pun tak pandai nak explain panjang panjang. Nak pendek kan pun tak berapa pandai jugak.
Hmmmm begini, setelah perbincangan dari hati ke hati kami sudah buat keputusan.
Hubungan saya dan dia kira masih berjalan seperti biasa. Maksudnya seperti dulu.
Cuma buat masa sekarang, tiada sebarang rancangan untuk ke hadapan.
Masing masing perlukan ruang.
Cuma penat sikit nak menjawab pertanyaan orang sekeliling.
Normal lah kan, bila tiada teman orang akan sibuk bertanya, bila nak berteman?
Bila dah ada teman, orang akan sibuk tanya bila nak bertunang atau kahwin?
Lepas tu, bila dah kahwin orang akan tanya bila nak timang cahaya mata?
Bila dah dapat anak satu, orang akan tanya bila nak tambah anak kedua?
Itulah lumrah soalan yang sangat biasa dalam kehidupan.
Bagi saya, kami akan rancang bila betul betul dah bersedia ke arah itu.
Tekanan dari sekeliling tu saya telan bulat bulat je.
Bukan senang nak merancang sesuatu yang besar.
Aspek ekonomi, mental dan fizikal perlu diambil kira.
Begitu senang orang melemparkan kata kata, kalau mahu seribu daya malah sebaliknya.
Tapi kita juga harus realistik. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.
Kita hanya mampu merancang. Soal jodoh maut semua di tanganNYA.
InsyaAllah kalau sampai seru, siapa yang tak mahu hidup berteman kan?
Berkongsi segala suka duka bersama sama. Berkongsi segala galanya.
Begitu juga saya.
Diharapkan semua kakak's dan abang's ku bersabar.
![]() |
| :: Ramadhan 2009 :: |
Perasaan jatuh cinta memanglah seronok.
Tapi perlu diingat, setiap hubungan pasti akan ada dugaan.
Tidak perlu mencari sesuatu yang terlalu sempurna cuma kita harus tahu untuk mencorakkannya.
Dalam mencari suatu suratan kehidupan, kadang kita pasti temui sedikit kekecewaan.
Tidak perlu mencari sesuatu yang terlalu sempurna cuma kita harus tahu untuk mencorakkannya.
Dalam mencari suatu suratan kehidupan, kadang kita pasti temui sedikit kekecewaan.
Saya berdoa semoga kami berdua boleh mengharungi semua dugaan tersebut dan juga memperolehi kebahagiaan yang di cari selama ini.
Semoga Allah SWT mendengar doaku ini. Amin.
Semoga Allah SWT mendengar doaku ini. Amin.
Salam Sayang,
Nba
Nba


