Sunday, August 7, 2011

huk aloh heh

Dari pagi sampai ke malam semalam, aku rasa penat gila. 
Nak cakap hari yang malang rasa bersalah pulak sebab kebetulan hari jumaat kan.

Muka yakin dapat MC

Mula mula start dengan bengang doctor india tu dekat Klinik Selva kat Puchong. (siap mention nama klinik hahaha)
Aku pergi klinik sebab nak MC akibat gigi aku yang baru pasang bawah ni dah tak boleh blah.
Kalau pergi kerja boleh jadi gila aku dibuatnya. Berdenyut sampai otak, mencengkam sampai ke tulang aku cakap dengan korang. 
Alih alih, doctor tu boleh sound aku pulak kenapa tak amik MC dengan dentist aku.
Hoiiiiii (kan dah kurang ajaran), klinik aku kat Ampang. Jauh okay? Sekarang ni, gigi aku tengah sakit macam mana? Aku nak pain killer. Gila.
Nak je aku sembur semua besi ni kat muka dia.
Aku cool kan? Yer, selepas aku dapat MC dan seplastik ubat.

Konon ingat nak terus balik Shah Alam tetiba kawan baik dunia akhirat aku tu talipon ajak teman dia pergi servis kereta.

Aku paksa dia posing dgn jumper yang baru dibeli

Kerusi urut Gintell ni kalau dapat memang bestlah!

Okeh cun. Aku okay saja lagipun nak tunjuk la gigi besi baru aku ni kat dia. Memang mati kene kutuk. Macam biasala.

Feeling Faizal Tahir ek

Okay, masa untuk berangkat pulang dengan penuh bergaya aku nak start enjin kereta dekat parking basement IOI Mall tu.
Ceh ceh ceh bunyi dia. Takda bunyi enjin nak hidup langsung. Aku check gear semua dalam kondisi sepatutnya. Sebab kadang2 aku terlupa patut letak gear P aku belasah gear R.
Hati dah terdetik, mampusla aku kali ni. Damn.

Diorang pun bukan tahu jump kete,. Ceh eksen lebih.
Bateri boleh pulak kong time camni kan.
Kat basement tahulah kan, bahang panas gila kot.
Lepas bukak puasa baru settle. Dan aku berjaya sampai rumah Shah Alam.
Dah matikan enjin memang tak boleh start balik dah.

Pagi buta tadi, "dia" call cakap nak datang nak tengok kereta sebab tengahari nak balik Taiping.
Awalnyaaaaa, aku tak sanggup nak bangun tambah lagi aku keje pagi pukul 10pagi. memang tak sempatla.
Tunggu aku cuti baru nak hantar workshop sekarang ni aku pinjam kereta housemate untuk berulang alik pergi keja.

Haih, payah betul kalau takde kekasih hati aku yang seorang ni. Nak kemana mana pun susah. Nak harapkan orang segan la pulak.

Dear hero, janganla rosak teruk teruk okay. 

Saturday, August 6, 2011

perfection through silence


" No relationship is perfect, ever"

There are always some ways you have to bend, to compromise, to give something up in order to gain something greater.





Thursday, August 4, 2011

pendek sudah ;)

Feeling remaja. Tak sedar umur dah 26 tahun.

Besar kan gigi kapak aku? Hahaha

Rambut jadi mangsa bila kebosanan melanda.
Ah barulah perempuan namanya *wink*

Wednesday, August 3, 2011

dah lama tak naik jerawat macam ni hekhekhek

Ceh tajuk macam nak riak.
Macam tak penah naik jerawat je aku ni.
Jangan salah faham.
Sebelum ni memang ah ada jugak naik setempek dua tapi bukan macam untuk kali ni.

Pergi office pun orang duk tegur. Eh Nabila, you ada jerawat kat pipi. Nampak sweet.
Haaaa....itu motif entry aku sebenarnya kali ni.
HAHAHAHAHAHA
Amacam?

tu haaa jerawat cinta kita. eh jerawat puasa. eh pape jela.

Alololo pink nya jerawat tu dan besi dia. Abaikan kening berserabut tu. On PMS!

Aku perasan bentuk muka aku macam dah lain sikit sekarang ni.
Aku ada pakai botox sekarang ni kalau nak tahu.
Caya tak?
Ceh, macam berani pulak aku nak suntik sana suntik sini. Jangan haraplah, lagipun aku bukan seorang yang beauty conscious sangat. Aku tak takut pun di mamah usia. Biarla kedut pun. Begitu.

Takdela, sejak aku pakai braces ni ada jugak yang cakap muka aku sekarang nampak lain.
Oh aku macam tak perasan la pulak yang dagu aku jadi makin panjang. Baru pakai 2 bulan dan atas saje ni.
Memang dentist aku Doc Zarin tu dah cakap awal awal nanti structure muka aku akan berubah.
Samada makin cun atau tidak. Siot punya doctor boleh buat lawak macam tu.

Konklusinya, pakai braces ni akan merubah hidup anda. Woi..merubah bentuk muka anda jela.

Ada berani tidak? Jom lah try.

Seronok pakai besi ni walaupun leceh gila.
Lepas makan kene gosok gigi cepat cepat. Dulu kalau sehari gosok gigi 2 or 3 kali sehari sekarang ni dah jadi  8 kali sehari.
Dulu gosok gigi 5 minit je atas bawah. Tapi sekarang ni gosok gigi atas sahaja dah 15minit.
Sumpah tak tipu. Sebab aku nak kene jelajah setiap besi gigi aku ni.
Maka, total untuk gosok gigi sahaja dalam 20minit masa aku terbuang tanpa disedari.
Yang bawah ni tak sampai 5minit aku sental lebih kurang macam biasa je tak payah pakai gajet gajet sebab masih belum ada besi lagi.

Okaylah, sempena aku cuti ni aku nak keluar kejap. Nak pergi potong rambut. Dah panjang sangat dah ni, al maklumlah hari hari pergi jamban membuang.
Kata orang, selalu berak rambut kita jadi panjang. Betul ke?

Okay.
Chiow lu.

I am sorry.

Kalau boleh aku tak mahu ada yang sedih sebab aku.
Sebab aku tahu bila rasa sedih tu datang memang tak best langsung.
Rasa macam loser gila. Useless. Haprak semua ada.

Cukupla kalau aku seorang je yang rasa sedih tu dulu.
Kalau aku terpaksa galas sedih tu sampai bila bila pun aku sanggup asalkan aku boleh senangkan hati ramai orang.

Susah sangat nak puaskan hati semua orang kan?
Mesti ada yang sengsara. Mesti ada yang sakit.
Bak kata senior aku kat office, 

Kesedihan seorang hati akan disusuli dengan kebahagiaan 2 hati.

Setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ni, memang perlukan pengorbanan.

Tapi entahla, aku rasa macam nak minta maaf dengan orang yang aku sendiri tak pernah kenal.
Tak pasti aku yang bersalah ke tidak.
Sedikit sebanyak aku kagum dengan kamu.

Jujur dari hati ini seikhlasnya aku minta maaf.

Aku berharap suatu hari nanti, kamu akan maafkan aku.
Sedikit pun aku tak terniat nak buat kamu bersedih.

 I am so sorry.

Tuesday, August 2, 2011

bintang berkerdipan ;)

Ahad lepas saya kerja pagi.
Abis keje balik rumah tido kejap dan terjaga sebab rumah saya sebelah court jadi ada beberapa sound yang mengganggu prestasi tido petang saya.
Bising gila mamat bangla bersama sama bebudak jiran ni duk main bola tepi telinga ni.
Takpela mereka pun nak enjoy weekend kan.

Lepas maghrib, saya ada date.
Acewah, gedik panggil date Hahaha
Yela yela, saya kurangkan gedik sikit so can called "meeting".

Mahu ke mana kita?
Hmmm mari kita ke bulan dan bintang jommmmm...
Kitorang pergi jalan jalan Bukit Bintang tengok aktiviti masyarakat muda mudi je.

Standard la, dekat BB macam macam diorang buat.

Nak panggil aktiviti apa macam ni? main api atau berani mati?

Atau kungfu api?
bagi support kat diorang. berapa ringgit entah dia bagi.

lagu ramadhan for ya!
Brader dreadlock!
Cool gila kan orang orang yang macam ni?
Saya terfikir mana lah diorang dapat seni macam ni.
Dengan minum minyak gas pastu sembur sembur pastu rambut kene makan dengan api.
No good no good untuk kesihatan minyak gas tu kan?
Memangla dia tak minum tapi entahla saya rasa macam MINYAKGASITUBAHAYA!
Tapi bagus jugak dengan adanya orang yang macam ni.
Baru la Malaysia ada culture sikit. Pelancong pun suka tengok.
Saya pun bajet pelancong lah kan.

Oh oh oh nak tahu tak?
Nak tahu tak? Nak tahu tak?

Hati saya rasa lain macam. Rasa macam laju gila beat dia. Bulu roma pun suka hati dia je meremang tanpa sebab?
Gila.

Walaupun hati dan jiwa saya menangis dengan hebat malam tu sekurang kurangnya saya sudah cukup bersedia dan berani mendengar penjelasan dari dia yang sekian lama kami drag & biar hanging macam gitu je.
Masing masing tell the truth. Perhaps. I hope so lah kan.

Kini, semua sudah jadi jelas. Masalah yang terbeban kat dalam kepala rasa ringan sikit.
Dah tak rasa incomplete macam dulu. Dulu rasa macam ada benda yang tersekat je.
Kan senang? Benda yang simple tapi kami sahaja yang bikin complicated.
Well, time will change & decide everything right?

Pasal family pulak, macam mana nak cakap kat diorang ni pasal keputusan yang saya buat hari tu?
Damn. Harap tiada persoalan lagi dan harap mereka faham faham sendiri.

PS : In a relationship, trust & communication is very important!


Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi :)

Salam Ramadhan Kawan kawan :)

Jadual kerja saya sejak akhir akhir ini agak memenatkan sikit dan perjalanan hidup ada sedikit berubah.
Alhamdulillah.

Cakap pasal bulan puasa, aura macam dah kurang sikit sebab saya tak merasa nikmat puasa pertama.
Tahun lepas pun sama. Rasa rugi gila oh.
Semalam pun, pengumuman puasa pun dah bertukar.
Pakcik yang dari kita kecil duduk atas kerusi kuning bagi pengumuman tu dah resign agaknya.
Kekok pulak bila tengok orang lain yang ambil alih.
Papepun, puasa tetap puasa okay.

Pertama kalinya, berbuka puasa kat ofis tahun ni dengan kawan kawan yang lain.
Takdela rasa sedih sangat sebab ramai je kat ofis tu.(Walaupun sedang gigit kurma tetiba ada cust call lalu kurma ku tercampak masuk dalam tong sampah..Sorry Yusof Taiyub).
Takpela, demi rakan rakan yang lain saya korbankan buka puasa (puasa ke kau?) hehehe

Tapi pelik, customer aku tadi tu lelaki...dia tak bukak puasa ke? Azan belum abis lagi dah talipon bank tanya pasal duit.
Dan sempat lagi sebelum end call tu, saya cakap kat customer tu " Selamat Berbuka Puasa ye Encik Farhan". Dan tetiba dia cakap camni. "Terima kasih Cik Nabila, sorry kacau awak tengah buka puasa". 
Mesti dia rasa bersalah sebab buat kurma saya jatuh dalam tongsampah kan?

Begitulah, ceritanya. Kerja tetap kerja.

Papepun, sempena bulan puasa ni jangan ada yang sengaja ponteng puasa okay.
Saya boleh turn off kalau tengok lelaki yang gagah perkasa tapi tak puasa. (kat ofis ramai jugak lelaki yang tak puasa).
Muka hensem macam rockstar tapi pergi cafe beli air makan roti lepas tu selamba hisap rokok.
Turn Off gila vavi aku tengok kau!

Dan untuk perempuan tu, jangan sexy sexy sangat bulan suci murni ni. Pakai biar elok sikit nanti kurus pahala para lelaki yang melihatnya hahaha
Kalau ada yang tak boleh puasa tu, perangai biar senonoh sikit. Jangan kau selamba badak minum air kunyah makanan depan orang.
Cuba jadi pemalu macam saya ni (nak jugak kan?), makan sorok sorok okay.
Eh tapi, sempena bulan puasa ni ramai juga colleagues saya yang perempuan dah mula belajar pakai tudung.
Ada yang dah sibuk datang kat saya, mana beli tudung dan macam mana nak pakai tudung macam saya.
Oh so sweet uols buat saya rasa macam diva dan idola. HAHAHAHA Please lah.

Okayla, babai uols.

SELAMAT BERSAHUR, BERPUASA DAN BERBUKA :)


*Nba*