Friday, July 8, 2011

mereka adalah terapi :)

Berada di sekeliling budak budak kecik adalah moment yang paling terbaik.
Mereka ni tak pandai menipu.
Mereka sangat jujur dengan apa yang mereka nampak dan apa yang mereka lakukan.

Segala masalah problema dunia boleh hilang sekelip mata kalau berdepan dengan mereka.

Hmmm walaupun saya tak boleh nak peluk cium cubit mereka selalu tapi cukup la dengan cakap kat talipon.
Perasaan tu tak de jual kat kedai, giant mahu pun tesco oh.

I love kiddos. Like seriously.
Bukan nak tunjuk diri ada bakat jadi mak mak atau konon penyayang la wei.
Memang sejak kecik, mak jaga anak anak kakak & abang.
Terasa amazing gila kalau bersama dengan budak budak. Sumpah.
Dalam masa yang sama, kita boleh behave diri sendiri.
Dengan budak budak tak boleh nak mencarut menyumpah sesuka hati sebab nanti dia akan ikut.
Kalau yang buas tu biasala. Mereka kan sedang membesar. Banyak benda nak explore.

Saya tak faham kalau ada orang cakap budak budak ni merimaskan.
Agak agak masa korang kecik dulu korang merimaskan tak?

Saya?
Kakak saya cakap saya sungguh montel, sungguh potpet, suka menyanyi, suka menari, suka mandi sungai, suka panjat pokok tapi pakai skirt pendek, suka merajuk, suka menangis 3 jam tak henti, suka makan ayam, suka menjeling, suka curi curi pakai lipstik, super kedekut.

Budak budak perangai dia memang dah naturally buat kita happy dan senyum sendiri kan?


Aniq Irfan. Afiq's Nephew

Berebut rebut nak naik sport car diroang cakap HAHA

Alya ni saya panggil Dora.

Alya & Azib

Ini twin saya kononnya. Erdina Damia

Budak demok Ezalea yang sombong tapi manja

ini niece baru punya. mia qisya rania & mia qisya raisya

hannah fakhira. my fren's daughter.

3 princess. Nolle's niece.

Apparently, i miss them a lot.

Nota Cute : Saya boleh cair kalau tengok lelaki yang pandai handle kids ;)


Love,
Suela

Thursday, July 7, 2011

sila bersyukur

Hidup kita akan jadi lebih indah kalau kita tahu cara untuk mengindahkannya.
Tak perlu berhari hari nak bersedih. Kita kene redah. Tabah.
Yes, aku tetap tabah.

Cuba kita fikir ramai lagi orang yang lagi teruk, bermasalah dari kita.
Ada orang yang takde rumah tido bawah jambatan, ada orang yang takde keluarga duduk rumah anak yatim, ada orang yang hidupnya susah sangat.

Sebab tu saya tak suka tengok BersamaMu TV3 sebab tak sampai hati. Tak sangka ada orang lagi susah dari kita.

Oleh itu, kita kene bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi dalam masa yang sama kita harus berusaha ke arah yang lebih baik.

Wah, tetiba saya sungguh bermotivasi gila hari ni. Dari celah mana entah dapat semangat ni.
Ke pura pura?

Owh.

Saya doakan rakan sekerja saya kuat dan tabah selepas kali kedua buat operation tulang belakang minggu lepas.

Saya : Kinkin : Ecah : Sherry. Visit Kinkin @ HTAR, Klang

Peace, My name is Shikin.
Dulu Kinkin ni junior kat tempat kerja saya. Tapi disebabkan masalah kesihatan dia yang selalu terganggu dia terpaksa hantar surat resign sebab nak buat operation. Kesian dia. Terpaksa berkorban.
Dan operation ni pun agak berisiko juga, Silap silap haribulan kaki dia boleh lumpuh. Glurp.
Harap harap tak jadi macam tu la kan. Kinkin ni muda lagi kot. Steady boyfriend pun takde lagi.
Its okay Kin, cepat cepat sembuh dan berjalan berlari berlumba seperti biasa ek.


My name is Imaan
Haaa, budak kat atas tu super duper comel. Anak buah Kinkin.
Cakap pun nak campur campur mat salleh. Geram dibuatnya.
Tapi malangnya dia takut dengan gigi besi pink saya ni.
Mula mula takmo kawan pastu dah nak balik baru gedik nak laga laga pipi.
Sedih tau bila semua budak budak kecik dah takmo kawan dengan saya. *sobs sobs*

Aunty, please don't!
Tengok, Imaan memang takut betul dengan saya HAHAHA

Okay kawan kawanku dan juga bukan kawanku yang sedang membaca, tolong jaga kesihatan anda.
Jangan menambahkan bilangan pesakit di katil hospital kerajaan sebab ia bikin panas susah nak bernafas kepada para pesakit lain dan juga pelawat.

Babai.

PS : Tak suka betul pergi hospital. Damn.

Monday, July 4, 2011

Pain

I'm not happy. really.
Not to sound depressed.
But i'm just not happy.

I'm not exactly sure what my current feelings are called right now.

You know, i'm sick of being sad. 
It sucks gila gila.
I try telling myself that please stop crying.
Tired.






















I'm away.

Don't surprise if i'm disappear.

Good Bye.


Sunday, July 3, 2011

memories

03 July 2008 till 03 July 2011.

Rasa macam baru semalam je kenal tapi banyak gila benda berlaku.
Indah mahu pun sebaliknya.

Dia boleh ingat segala benda apa yang aku pernah cakap dan buat sampai aku sendiri pun kadang kadang macam tak sangka dia boleh ingat.
Aku tak payah cakap ah memang jenis ingat punya.

Bila dia cerita balik aku dah terkejut sawan.
Ingat lagi ek?
Terus dia cakap. Mestilah ingat. Semua ingat mana boleh lupa.

Yes, itu adalah last conversation aku dengan dia kelmarin.

Dah mula nak sedih balik la ni *sebak*

Ternyata aku memang sangat down.
Hilang fokus lagi sekali.

Macam mana nak mula benda baru kalau benda lepas terlalu banyak dalam ingatan?
Aku tak mahu hilang ingatan sebab aku benar benar sayang kenangan aku tetapi sebaliknya aku mahu kekuatan.

*banjir*

I heart YOU.

Kalau boleh dengan keadaan aku sekarang, aku tak mahu jumpa sesiapa pun.

Saturday, July 2, 2011

emak

Jangan menangis depan orang.
Jangan menangis depan kawan.
Jangan menangis depan kakak dan abang.

Nanti orang lain susah hati menyampah tengok kau.
Tak elok.

Macam mana?

Menangisla dalam hati takde sape nampak.
Menangisla dalam kereta.
Menangisla dalam jamban.
Menangisla dalam bilik.
Menangisla bawah bantal.

Aku dah tak mampu. Sesungguhnya aku dah tak mampu nak tanggung.
Aku macam dah bunuh diri sendiri.
Aku rasa nak lari sejauh mungkin.
Tapi aku tak tahu mana nak tuju.

Aku kan kuat. Aku kan tabah. Semua orang cakap macam tu.

Tapi kenapa sekarang aku dah lain?
Mana semangat aku hilang  tercampak? Semangat yang aku pernah ada dulu.
Tahun 1997 dan tahun 2000.
Semangat ketika mereka tinggalkan aku.

Kenapa banyak sangat dugaan?
Aku dah tak cukup kuat. Jatuh terjelepuk dah ni.
Ya Allah. Apa lagi ujian buat aku?

Mak.

Mak.

Mak.

Mak.

Orang nak mak!

Tolong Mak.
Mana mak?
Takmo orang lain. Nak mak.

Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;(

permata atau kaca?

Lagu ni sangat sesuatu.
Bina semangat untuk teruskan kehidupan.
Walau pun tiada sesiapa yang berharga tapi diri sendiri kita sangat berharga.
Ingat tu!

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Friday, July 1, 2011

july

July dah menjengah.
Baru semalam aku buat keputusan paling besar dalam hidup aku.

Rasa macam main judi.

Betul, hidup kita ni ibarat satu perjudian.

Perghhhhhh berdosa gila!