Friday, May 6, 2011

Akulah Si Bodoh

Tanpa segan silu aku mengaku je aku begitu.
Korang pun mesti cakap aku macam tu jugak kan?
Aku tak kisahla orang nak cakap aku macam mana.

Sebab aku pasti malah yakin mengenai hati aku.
Orang tak faham.
Yela macam mana nak faham sebab hati masing masing kan? Ngok.

Aku dah lali orang cakap aku bodoh.
Aku ni lembap, aku ni buang masa.
Macam macam orang cakap kat aku.

Tapi aku senyum je.
Sebab aku tahu tiada siapa yang faham hati perasaan aku.
Kadang kadang bila bodoh aku berkuasa dua datang aku sendiri tak faham apa kata hati aku.
Teruk betul rasa macam nak campak je hati ni sampai segitiga bermuda.
Duduk sana diam diam.

Dia.

Sengsara sangat.
Bila bukak henpon bukak laptop rasa macam nak menangis meraung macam orang gila.
Terkenang secara automatik.

Awak tahu ke sekarang ni moral saya sedang jatuh tahap negatif?
Awak tahu ke saya sedang berperang dengan perasaan?
Awak tahu ke saya sedang merindui menggila?

Tiba tiba awak datang menjelma.
Macam tahu tahu je.
Macam besi berani awak ni.

Kejap awak datang kejap awak pergi sesuka hati.

Awak tahu tak?
Sebab awaklah saya mengelak dari sesiapa yang ingin mendekati saya.
Sebab awaklah hati saya tertutup kunci rapat untuk orang lain.
Sebab awaklah saya letakkan satu harapan yang tak pasti.

Hebat betul awak ni tapi malangnya sayalah si bodoh itu.

Terima Kasih.

Thursday, May 5, 2011

Im just okay with it

Today at Kelana Jaya.

Ayam nyum nyum

Thanks My Booooo for this lunchie :)


Wednesday, May 4, 2011

Berdosa tak kalau aku cakap dunia ni tak adil?

Aku selalu rasa aku ni malang sangat.
Serius.
Aku tak boleh nafikan aku selalu rasa macam tu.

Seringkali aku cuba tepis sebab orang kata tak baik cakap macam tu.
Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi.

Aku selalu hilang orang yang aku sayang.
Aku pernah rasa sakitnya hilang orang paling aku sayang dalam hidup aku sampai aku demam panas 2 minggu berturut2.
Aku hilang harta terbesar yang pernah aku ada. MAK AYAH.

Sekarang aku tak punya sapa sapa pun.
Sebab tu manusia suka buat apa saja mereka suka kat aku.
Suka sakitkan hati aku.
Suka lukakan hati aku.
Sebab mereka tahu aku takde siapa siapa yang nak cover dah untuk aku.
Aku ni malang sangat :(

Orang takkan pernah rasa apa yang aku alami.

Dunia ni memang tak adil.
Kejam buat aku macam ni.
Tapi jangan risau aku takdelah bodoh sampai nak bunuh diri.
Aku masih waras lagi.

Cuma aku mohon doa supaya aku kuat dari sebelum ni.
Aku dah rasa aku goyang ni.
Aku dah tak boleh handle dah ni.

Time macam ni sumpah aku rasa nak peluk mak aku pastu nak mengadu kat mak aku apa yang orang buat kat aku.
Okayla, dah abis keyboard ni dengan airmata aku.
Bye.

Cinta Dan Benci


" Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

Oh apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
Telah lama ku menantimu 
Diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta 
Aku sakit karenamu "


- Cinta dan Benci by Geisha -

Monday, May 2, 2011

Kisah Cinta

Kisahnya begini..

4 tahun lepas.

Aku mengenali kau dari teman baik ku. 
Aku masih ingat ketika itu laman sosial Friendster tengah top memuncak.
Kau add aku dari sana. Aku terima kau sebagai kawan di alam maya.
Kau menghantar pesanan ringkas di telefon ku yang mana kau dapat nomborku dari teman baikku.
Aku hanya membalas acuh tak acuh dan terus menyepi.
Aku masih belum bersedia.

Setahun kemudian.

Tiba tiba aku terima panggilan dari kau yang menawarkan promosi Streamyx pada aku ketika itu.
Kau kata nak tolong kawan kau buat marketing.
Aku hanya menolak dengan baik.
Aku kira ini hanya taktik kau HAHAHA

Sekali lagi, kau hubungi aku melalui ruang chatting di YM. Tidak putus asa nampaknya kau ni.
Aku hanya anggap seperti biasa. Tiada apa apa rasa ketika itu.
Setiap hari dari pagi sampai ke petang berchatting dengan kau macam orang gila gelak sorang sorang depan komputer.
Kau kata aku gila lah, masuk air lah, say well lah segala bagai.
Kau pun apa kurangnya suka buat lawak bangang sampai aku rasa macam nak gelak duduk bawa meja.
Beberapa minggu aku dan kau begitu. Di alam maya.

Sehinggalah suatu hari yang manis, kau dapat kekuatan untuk mengajak aku keluar.
Aku tidak pernah keluar dengan lelaki lain selain dari bekas kekasih lama dan aku sungguh takut sekali.
Apatah lagi aku masih belum mengenali kau sepenuhnya.
Dari sokongan teman teman terdekat dan terbaik ku, mereka menyokong dan mengatakan aku harus mencuba untuk berkawan.
Lalu aku setuju.

Aku masih ingat hari itu. Bulan Julai.
Kau menjemputku dirumah.
Kau dan aku menuju ke Alamanda menonton wayang "Wanted" lakonan Angelina Jolie.
Aku kelam kabut hari tu.
Aku pun tidak tahu kenapa.
Malu aku pada kau mungkin. 
Tapi untuk sembunyikan malu tu aku bersembang dengan kau bagai kenal 10 tahun.

Aku masih tiada rasa apa apa terhadap kau cuma aku perasan aku suka bercakap dengan ikan lepas pertemuan pertama kau dan aku.
Kawan aku cakap aku dah gila.
Memang sebelum ni aku dah gila tapi kali ni lebih kronik.
Siang malam kau terus menghubungi aku seperti tiada noktah.
Boleh dikatakan semua wayang kau pinta aku temani kau kecuali cerita tamil je kau skip.
Oh kau kaki wayang rupanya.

Beberapa bulan kemudian, kau mengajak aku menonton pertunjukan bunga api.
Aku masih ingat ketika itu hujan renyai renyai.
Kenangan itu adalah sungguh manis sekali sebab pertama kali aku melihat kau beremosi.
Kau dan  aku dah mula rasa sesuatu tapi masih malu untuk diluahkan.
Kau faham aku pun faham. 
Suka atau Sayang?

TETAPI

Suatu hari aku menangis dengan hebat kerna kau ;( ;( ;(
Aku biarkan kau. Aku bagi kau masa.
Kau datang padaku dan jelaskan segalanya.
Aku hanya diam dan senyum.
Kau kata aku sungguh kuat.
Benar, aku memang kuat dari luaran tapi sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Aku pasrah.

Hari jadi aku yang ke 23 kau datang dan ceriakan aku.
Aku bersyukur kerna aku masih memiliki kau.
Kau tetap manis buat aku.
Kau menemaniku hampir setiap hari.
Aku rindu saat itu.

Saat kau temani aku makan.
Saat kau pegang erat tanganku.
Saat kau sapu air mataku.

2 tahun berlalu

Namun, dugaan demi dugaan aku tempuhi bersama kau.
Tapi kau dan aku tetap ada walaupun hubungan kita semakin rumit.
Aku berfikir panjang dan memutuskan untuk bersahabat dengan kau.

Hati aku hancur. Harapan aku hilang.
Kau tahu, aku sakit sangat sangat.
Aku sudah mula putus asa dan memutuskan untuk menjauhkan diri dari kau.
Aku terpaksa sebab aku sudah tidak kuat lagi.
Tapi lagi jauh aku lari lagi dekat kau datang.
Kau jejak aku sampai ke Kota Singa.
Kenapa baru sekarang kau berusaha? Kata hatiku.

Saban hari aku bersedih dan aku tahu kau pun sama.
Aku nekad sehinggakan aku sedar yang aku dah sakitkan dan lukakan hati kau dengan teruk.
Aku terima lamaran insan lain yang aku rasa dia sangat baik dan bisa bahagiakan aku selamanya.
Aku harus pergi dan tinggalkan segala kenangan terindah kita.
Maafkan aku dan jangan kau cari aku lagi.


*bersambung*




:(

Sunday, May 1, 2011

Buhsannnnn

Sakit betul badan kalau berehat kat rumah tak buat apa apa.
Bangun tido je kejenya.
Makan pun tidak.

Hmmmm saya rasa bulan ni bil electric mungkin akan naik untuk rumah saya.
Sebab dah 3 hari 3 malam berturut turut saya bukak semua lampu yang ada rumah saya ni.

Semua orang balik kampung tinggal saya sorang je.
Terpaksa tidur dalam ketakutan *sobs sobs*

Kan dah kantoi penakut gelap :P

PS : Selamat Hari Pekerja Semua. Semoga gaji kita semakin naik dalam menempuh kos kehidupan masa kini.  Amin ;)

omaigod panas panas!!

Kakak saya bikin panas pulak semalam.

Kak Ta : Sabtu pun keje tak pegi dating ke?
Nba : Dating? errrr Afiq balik Taiping. Kalau tak memang tak dating pun. Sibukkkkkkk
Kak Ta : Ooooo...eh Kak Yah cakap Afiq masuk AF betul ke? Tapi dia tak tergamak nak tanya.
Nba : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA 
Kak Ta : Betul ke? Muka sama je dia cakap. Botak tapi nama dia Afif kalau tak silap.
Nba : Lawak giler. Mana ada.Orang lain la tu. Orang sendiri pun tak penah tengok AF baru ni. Macam bosan je.
Kak Ta : Budak budak ni cakap Uncle Afiq dalam TV. Si Dina, Aqeef semua tu la. Amir pun cakap camtu. Ibu, inilah Uncle Afiq Suela.
Nba : HAHAHAHAHAHAHA (asyik gelak je) Bukan bukan. Tak mungkin.
Kak Ta : Itula pasal. Takkan sempat masuk AF pulak kata sibuk giler.
Nba : Hmmm dia memang sibuk. Sibuk  buat ape entah.

Begitu kisahnya.
Kakak dan anak buah buat lawak tak kelakar.

Tapi, balik rumah terus gugel betul ke muka diorang sama? HAHAHA tak leh blah.
Dah tengok memang tak sama pun. Apala diorang ni.

Merah konon garang

Bukan ke muka Uncle Afiq korang macam muka Tom Welling hero Smallville atau Ashton Kutcher ke?
HAHAHAHA pleaselah dia suka perasan macam tu tau. *pengsan*


Superman Tom Welling * cair cair*

Ashton Kutcher * gojes giler okay*


Heart,
Sayang