Friday, December 3, 2010

Superman's Bufday!

Wish you HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY MY DEAR!

Well oh well, kamu baru saja 26 tahun hari ini. Its 03 Dec.

Be a Good Son and Man..Oh my man okay.


Syahir Afiq,

Syukur kita masih bersama sehingga ke hari ini selepas segala macam yang terjadi.
Suka, duka, kecewa, perit, pedih dan pasrah tetapi sayang masih tetap di situ.

Kamu sentiasa doakan saya. Kamu yang selalu tenteramkan bila saya sedang down. Kamu yang kalut bila tengok saya lapar. Kamu yang selalu ingatkan saya. Kamu yang marah bila saya degil. Kamu yang selalu lambat bila dating.

Walau ape pun, kelebihan dan kekurangan kamu saya terima seadanya dan begitu juga saya. Bak kata pakar motivasi terkenal  negara saling melengkapi. Cewah gitu hehehe...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kita. Sama-sama kita doakan. Amin.

Lastly, I've been such a great moment knowing you within 3 years. Thank You & Happy Birthday, Dear!

Esok saya belanja awak makan okay. Hmmm lainkali saya masakkan ayam masak merah tu ye.

Heart You =)

With heart,
AngelBilla

Thursday, December 2, 2010

Kenapa masih ada orang google "NABILA ABAS"??

Penuh tanda tanya????


Giler lah stalker..hek
Banyak kali pulak tu.
Siapa anda? Cari apa dengan saya? Sayakah yang anda cari itu?


TAK FAHAM

Saya boleh detect IP address anda. Jangan risau. Jangan takut. Jangan malu segan okay.

Oleh itu, saya akan privatekan blog ni =)
Terima kasih!

Regards,
NBA

Wednesday, December 1, 2010

Hepp

Nak tau tak? nak tau tak?
Haa...nak cakap ni.
Ingat tak orang yang marah saya haritu...

Dia kan..datang kat saya tapi bukan cakap sorry but the situation is almost like that la. Macam nak say sorry tapi dia boss kan..So ego nombor satu beb!
Pssssttt psssttt (gaya gossip) dengar citer dia sudah di basuh cukup2. Oleh sape saya tak pasti.
Hmmmm....
Bagusla, at least dia dah improve better skang ni.
Dah tak terjerit macam monyet dah.

Anyway, saya nak cakap citer The Next Three Days tu besh sangat.
Citer pasal family gitu. Suke suke suke!
Betapa sayangnya seorang husband kat wife dia yang tak bersalah tapi telah dipenjarakan bertahun2.
Lepas tu husband dia wat plan nak larikan wife dia senyap2. Tapi wooo dia punya plan tak agak2. Terbaik jugakla heeee...

Lastly, diorang hidup happily everafter lepas berjaya larikan diri ke obersea.
Nanti korang korang jangan lupa bawak awek, pakwe ke pi tengok citer ni na.
Daaa...

Tuesday, November 30, 2010

Wuarghhhh

Alamak...tak tahannya!

Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk Mengantuk!

Enough. Pegi tido.

Wuarggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *yawn*

Gudnite ^-*^

Dengan rindunya,
Cik Nab

Sunday, November 28, 2010

???

Pelik sungguh!

Tetiba bank call cakap saya dah buat dua kali payment untuk kereta saya.
Eh saya buat sekali jelah.
Check punya check memang ade payment dua kali bulan ni.
Saya buat on 22nd time hari gaji tu la..tapi yang pelik dan musykil di sini sape yang bayar tuk kereta saya on 23rd tu?

Arghh please la..
Penat ah pikir sape yang bayarkan? Atau orang tersilap bayar?? Tapi mustahil.
Kalau kata orang silap kompem internet banking system will reject the transaction tu pastu duit tu bounce back masuk account.

Anyway, saya dah pesan kat officer bank tu kalau kata ade update pape pasal issue saya ni, inform saya cepat2.
Ada patut dia suruh saya check dengan siblings, suami la, tunangla, boyfriend la bagai kot diorang yang tolong bayar.
Tak mungkin tak mungkin. Selama pakai kete ni saya bayar sendiri je wei.


PS : Kalau memang betul siapalah orangnya ek? Nak tauuuuuu sangat!

Saturday, November 27, 2010

Saya rasa dia sungguh berbakat

Nak tau tak? Saya jeles betol dengan budak ni.
Sebab nak tahu sebab ape? Sebab dia pandai main gitar. Siyes ar, saya pun suke jugak. Tapi saya tak tahu main. Bila belajar je dari kawan2 atau pun si dia, mulut bising2 cakap sakit jari lah, lenguhla ape la...Memang banyak songeh sape nak ajar. Cakap padan muke kat diri sendiri..Booooo

Eh Yuna, awak terer lah saya suka lagu awak yang ini dan banyak lagi lah ^____^
Agak membodek statement tuh.

Super Something - Yuna



Gadis Semasa - Yuna


Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya

Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia
Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu
Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu
Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Berguling manja

Selamat Pagi Weekend!

Sesungguhnya saya memang sangat suka hari sabtu dan ahad. Buat masa sekarang belum dapat schedule masuk shift lagi memang suka lah hari sabtu. Nanti bila dah masuk shift memang kompem kene keje jugak hari sabtu.
Saya hanya akan ada satu hari wiken saja iaitu Ahad. Yang pastinya akan digunakan dengan sebaik baiknya.
Dating maybe? heh gedik *wink*

Hmmmmm..apa nak buat arini? apa?
Kalau keluar pun maybe petang sikit.
Si dia ade keje pi survey motor katanya nak merempit pulak lepas ni dah penat naik LRT kononnya pegi keje.
Wooweee i loike mat rempitttt..hahaha

Okay, saya dah tahu apa nak buat.
Laundry yang banyak giler nak mampos dah tinggi bakul pink tu mintak disumbat dalam washing machine. Bukan basuh tangan pun. Woh jangan harap saya yang memang tak boleh tahan basuh baju dengan tangan. Penat weh penat! Zaman study dulu pun masa duduk rumah sewa saya sanggup perabis duit loan tuk beli washing machine. Bukan pemalas tapi bila basuh baju dengan tangan tiba2 saya jadi sangat particular pastu kompem lama duk dalam bilik air sampai jari jemari montok ni jadi kecut mecut. Jadi saya hanya nak jimatkan masa di situ heeeee

Pastu saya nak lepak lepak dan berguling manja kat umah. YES! Saya mengaku saya ni sebenarnya memang sorang yang home type jugakla. Saya boleh duduk kat umah dua hari tak keluar2 tak jejak tanah pun. Kadang2 pelik jugak bila ada sesetengah orang cakap dia leh jadi bengong dan gila kalo satu hari tak keluar rumah. Oh macam tu pulak ek? Btw, lain orang lain ragam rite..Saya okay je ^-^

Baiklah, saya jadi cinderella dulu ye.
Chiow lu. Have a nice weekend korang *smile*

PS : Entry ni ditaip sebelah tangan manakala sebelah lagi pegang air kotak milo dan butterscoth. Burp!