Friday, February 18, 2011

Phishing Email

Selama ni saya duk dengar je customer call nangis cakap duit dalam account hilang.
Hilang tu sebab kecuaian diri sendiri.
Sape dia duk suruh gatai gedik pi update profile kat email.
Kan dah war-warkan jangan bagi sebarang tindak balas kalau dapat ape2 email, panggilan talipon mahupun sms. Wahai manusia, jangan cepat gelap mata bila ditawarkan dengan pelbagai hadiah. Siasat dulu kesahihan tu.

Kita panggil email tersebut adalah Phishing Email bukan fishing mengail ikan tu okay. Jangan keliru heeee

Tup tup hari ni saya rasa macam nak check email yahoo je bila dah puas delete beribu email kat gmail tu.
Zasss nampak email yang satu ni. Pantang ni pantang. Bukan kata kat inbox je kat spam pun berlambak.

Email yang saya dapat tu berupa seperti di bawah. Konon nak suruh update profile. 
Waklu lah fraudster jahat!

*Sila klik untuk tumbesaran gambarajah*

THE INBOX

Itu kan fraud email Si Fraudster jahanam yang memang tak tahu dan tak takut dosa pahala curi duit orang.
Haram kau tahu tak? Haih dah cacat dan bodoh sangatkah korang sampai tak boleh nak buat keje halal ek? 
Saya kesian orang yang macam ni. Kalau yang ade anak bini tu lagi kesian. Bagi makan kat family dengan duit tak berkat macam tu. Nauzubillah.


THE CONTENT OF THE EMAIL

Jadi, kalau korang ade dapat email2 macam ni JANGAN RESPOND tau. Nanti duit dalam account korang lesap macam tu je. Sekelip mata je si jahanam2 tu kejekan. Saya cakap sekelip mata, percayalah! Orang macam diorang yang hack account orang ni memang tak tido agaknya. Duk menepek depan komputer tunggu orang yang naif lagi baek hati macam mangsa2 fraud sebelum ni.

Katakan lah, korang dah terrrr respond kan atau ter key-in segala mak dato information korang dari email macam tu pastu baru perasan ade unauthorised transaction dalam account. Korang harus :-

1. Call bank cepat2 dalam kadar senafas je untuk batalkan semua facilities. Untuk keselamatan account korangla jugak. Jangan degil dan kedekut prepaid sangat tau. Mahu hilang RM50 ke 5ribu hengget? Pikirin sendiri ah.

2. Pergi bank, print statement pastu buat kad baru dan sebagainya. Nanti pandaila orang bank tu tolong. Rilek, jangan kalut dan melalak!

3. Bawa statement tadi tu, pergi menghadap balai polis buat report. Bayarlah 2 hengget untuk copy report tu.

4. Pergi balik ke bank dan suruh pegawai bank tu fax kan kepada pihak yang bertanggungjawab. (Cyber Security).

5. Tunggu je feedback dari orang bank. Samada duit korang yang dah di transfer tu masih boleh diselamatkan lagi ke tidak. Biasa memang lama untuk investigate. 

6. Balik rumah termenung nasib sendiri dan menyesal sambil menangis keluar air mata darah sekalipun duit korang tu susah nak dapat balik. Bukan salah bank tapi bukan nak kata salah pengguna juga tapi entahla. Salah fraudster jahanam tu lah sape lagi.


Itu sahajalah sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsi dengan anda. Kang kalau lebih2 mahu Bank Negara Malaysia saman saya pulak hahaha...
Harap perkongsian saya ini boleh dimanfaatkan bersama sebab saya dah tak larat hari hari handle kes macam ni.
Internet banking selamat kalau anda tidak dedahkan apa2 maklumat kepada orang lain. Ingat tu!

PS : SHARING IS CARING YO ;)


Yang berkhidmat malam malam buta,
Nabila


4 comments:

  1. i dah lama ignore kalau dpt email2 berunsurkan cmni..dan juga berunsurkan yg hasad dengki..makin layan..makin melarat..

    ReplyDelete
  2. that's gud action. kalo buleh delete terus je.kejam betul plus kesian sangat yg jadi mangsa tu.

    ReplyDelete
  3. ak rasa baik ang publish kt fb derr tuk tatapan sume sbb tak sume org tahu pasal ni..ye la..sebijik sebotol kot mcm web dr maybank..xnmpk ape kemusykilan di situ..ade jgk org yg sgt buzy dgn dunia keje sehingga lansung tidak mengetahui berkaitan email ini..lbh2 lagi pengguna merasa sgt mudah pabila berurusan melalui on9..oke..terima kasih!

    ReplyDelete
  4. babe..takmola publish kat fb nti blog aku ni dah tak privacy dah.
    ni pun untuk rakan2 terpilih jer.
    dahla dlm fb aku ni penuh kaum kerabat aku.OH NO!
    but if u wanna share with other, im just okay with it :)

    ReplyDelete